Showing posts with label Tentang Aku Kamu Dan Dia. Show all posts
Showing posts with label Tentang Aku Kamu Dan Dia. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

HOKAIDO

Ni lah kek hokaido..kecik cam muffin jugak, tapi gebunya...macam kek chiffon. Pastu ada inti kustard..dan ditabur gula icing. Sedapnya.....tapi manis sikit. Sebelum makan, kalau sejukkan...lagi sedap!

Hehehe..saya ni bab makan apa yang tak sedap. Semua sedap..kan? Ni lagi satu keluaran Anum Cookies. Kak Anum tu masak apa pon sedap lah..untungnya pandai masak. Sebiji RM1.50..Minima order 5 biji. 
Gambar kat atas ni..saya amik dari FB Anum Cookies. Kalau berminat..silalah order yer. Saya ada amik gambar kek tu sebelum makan..tapi kat instagram. Huk huk...orang berjaman ada instagram, saya baru register. Tu pon sebab ada tab samsung waiz. Hp saya manalah boleh berinstagram ni...huhu.

Sebenarnya...masa amik hokaido ni lah kunci kereta saya tertinggal kat dalam kereta. Yer...sebab gaduh-gaduh (kelam kabut) nak keluar..entah macam mana tertinggal. Waaaa....haru betul.

Camni..hari selasa lepas, lepas amik waiz..saya ke rumah Kak Anum, depan sekolah waiz..dekat je. Biasanya kalau sampai depan rumah dia, saya hello sepatah...ada orang tukang hantar. Tapi time tu..tak ada orang nak hantar, Kak Anum pulak tak sihat..so dia suruh amik kat pintu rumah dia. Kelam kabutlah turun kereta..mane nak pegang purse, telefon lagi...pegang waiz lagi, alih-alih kunci tak amik!

Dahlah masa tu MKS dah balik rumah...kalau dia ada kat kedai, dekat lah jugak. Tak lah takut sangat. Tapi macam mana pon..memang kena bagi tau dia jugak. Kalau tak macam mana nak balik rumah kan..huhu. Memang membebel lah mamat tu...lalai sangat..buat kerja kelam kabut..huhu..tadah jelah telinga. Memang kita yang salah kan...emmm

Tapi nasib baik kek hokaido ni sedap..saya order 5 biji je. 2 Waiz makan time menunggu MKS hantar kunci, 3 biji lagi saya makan. MKS saya tak bagi pon..tu lah sape suruh dia bebel kat saya..hahahaha.



Monday, January 21, 2013

Ber-steamboat

Hari tu dah pernah makan kat Zisma Kitchen ni..tapi tak berkesempatan nak try steamboatnya. Tapi entah apa yang merasuk perut MKS minggu lepas..tiba-tiba teringin nak makan, ai follow je! Dia tak pernah makan steamboat cam ni...saya cuak dia muntah je lepas makan nanti..hehehe.

Untuk warga KT..Zisma Kitchen ni bersebelah dengan court badmintan & gelanggang futsal DS (Datuk Sulong) di wakaf mempelam. Tepi jalan besar...konpem nampak!

Minima 2 orang untuk makan steamboat ni. RM15 untuk satu kepala. Saya makan dengan MKS je..so RM30. Pakej termasuk air sirap untuk setiap seorang...murah lah jugak kan. 
Ni lah set yang saya dapat..kat hujung tu ada jugak megi dan sebiji telur. Dapat sup dan tomyam. Tapi kitaorang makan sup je. MKS tak makan tomyam yer kawan-kawan. Kalau makan...nanti dia muntah. Emm..padahal tomyam tu feveret saya!
Ada 3 jenis sos untuk cicah-cicah..sos cili biasa, thai dan black paper. Sebab kitaorang ni perut kampung...order steamboat, tapi nasi nak makan jugak..so tambah dengan 2 pinggan nasi putih biasa. Mane kenyang nak share sekeping meggi tu kan...adooii.

Steamboat ni kan self services...kena main masak-masak. Yang MKS ni ingat...ada orang tukang masakkan..adooi nak senang je hidup dia ni. Dia try masak sotong pon hangus...sampai sakit gigi menguyah sotong yang overcooked..hehe. Rasanya..ni lah pertama dan terakhir kali MKS makan steamboat!

Total kena bayar untuk malam tu..RM33. Pakej steamboat RM30, tambah nasi 2 pinggan RM3...hehe. Okeylah untuk orang macam MKS yang baru nak try apa itu steamboat.

Tuesday, November 6, 2012

Family Portrait

Hari tu saya dah cite pasal program raya Aidiladha keluarga MKS kat sini dan sini. Semua gambar kat dalam entry tu amik dengan kamera pinjam. Kamera adik saya, Lily. Henpon tak nak bagi pinjam ke adikku? Kesian..semua orang dah ber-whasapp & ber-bbm, saya jugak yang ketinggalan zaman. Simpan duit nak beli hp android asyik kena korek jer...huhu.

Gambar-gambar kat bawah ni guna kamera besor anak saudara MKS. Ada lagi gambar kat kameraman yang di upah. Nanti kalau dapat, saya up lagi entry baru..hehe.

Nak cite pasal adik beradik MKS. Rasanya 7 beradik tu dah macam besar, berbanding adik beradik saya 4 orang je. Tapi bila dah berkumpul macam ni..eh sikit je. 

Abang MKS yang sulung, Abang Sin & isteri tak datang. Saya pon dah lama tak jumpa. Rasanya memang lama tak jumpa, waiz pon tak kenal Pak Longnya tu kot..sadis. Diaorang tak ada anak..tapi ada bela anak angkat kot. Ntah..saya tak pasti. Eh tapi sebenarnya mak mertua Abang Sin meninggal dunia sehari sebelum raya hari tu. So mungkin sebab tu tak dapat hadir...ya sebab tu. 
Ni abang MKS yang kedua..Abg Usop & Kak Yah. Duduk kat KL..tapi ada jugak rumah kat Beladau nu. Abg Usop Kaunselor, Kak Yah cikgu. Anaknya 2 orang je..Mat & Sabri. Semua duduk KL jugak. Kalau kitaorang balik kampung, rumah Abg Usop ni lah tempat persinggahan kitaorg.

Sabri si baju biru tu lah tuan punya gambar2 ni..semua saya cilok kat fb dia, hehe.
Abg Li & Kak Jah. Anaknya yang sulong, Iju si baju merah [bujang yg dah bertunang]. Kedua Fahmi [berjambang & jubah putih] dah ade anak dua. Ketiga Ajah si baju hijau dan suaminya si baju oren, ada anak sorang. Keempat Syukriah, ada di Mesir. Bongsu Hakimah berbaju biru.

Abg MKS yang ni duduk Gong Badak je. Kerja gomen.
Family besar, Kak Mah. Yang saya selalu cite tu..ni lah dia. Kakak merangkap mak saya kat sini. Apa-apa hal, dia lah tempat rujukan saya & MKS. Anak ada 7 orang, tapi sorang tu..Fahim ada kat Mesir jugak. Cucu dah 6 orang.

Kak Mah duduk kat kawasan rumah saya jugak. Selang 2 buah rumah dari rumah saya. Suaminya ustaz pencen. Sekarang jadi imam kat masjid kampung. Kak Mah tukang jahit. Sape2 nak upah jahit langsir..boleh lah.
Kak Ha, rumah sebelah rumah saya je..dalam satu pagar. Dia ustazah. Anak 2 orang..along & angah. Dua-dua belajar UiTM..beza setahun je diaorang ni. Si along ni lah pembekal cite2 korea & runingman kat saya..kehkeh.
Kak Nah..suri rumah. Suaminya Abg Wahab keje gomen. Anaknya semua perempuan..yang sulong tu muda 3 tahun je dari saya, Mukminah. Kak Nah ni dah macam kawan baik & kakak saya jugak kat sini. Mungkin sebab anak dia semua perempuan..so memang dia cool macam kawan2 kita jugak. 

Kak Nah beza 15 tahun dengan adik bongsunya...
Ni dia si bongsu..MKS. So boleh agaklah macam mana manjanya MKS ni dengan abang2 & kakak2nya...kan? So waiz & una memang jauhhh berbeza umur lah dengan sepupu-sepupunya yang lain...hehe.
Nin dia...mana satu korang weiii.






Thursday, November 1, 2012

Hari Keluarga YSR

Semalam saya cite raya kedua [Sabtu] baru ni ada buat PROGRAM untuk Yayasan Salleh Ramlah (YSR) kan? Kat sini saya titipkan sedikit gambar sepanjang majlis berlangsung. Ada banyak..tapi saya letak sebahagian jelah yer. Bukannya saya yang amik gambar semua ni..MKS yang pegang kamera. Saya kan demam..ingat tak? Sekarang pon demam lagi. Aduh..lamanya demam saya kali ni. Rasanya dah dekat seminggu. Sampai dah tersebar virus tu ke waiz dan una..emm.

Program ni MKS yang cadangkan kat adik beradik dia. Untuk merapatkan hubungan silaturrahim yang makin lama semakin jauh. Kalau adik beradik dia pon dah tak berapa nak bersatu/berhubung/rapat..agaknya macam mana dengan generasi yang seterusnya yer? So sebelum terlambat, baiklah kita eratkan atau tautkan kembali hubungan tu..InsyaAllah.
Antara menu yang ada malam tu..nasi goreng yang ditempah [nasi goreng lagi! Padahal pagi raya saya makan nasi goreng. Ni pon tempah nasi goreng jugak..emm] Sate ayam [tempah jugak], satu keluarga sumbang ayam seekor untuk di bakar/bbq. Tapi majoriti sumbang 2 ekor ayam sebab family besar. Family MKS je beli sekor..hehe. Ada lah jugak menu2 lain. Saya buat kek batik je..licing. Mendapat pujian ramai..tq pada adik saya, Lily. Tu saya guna resepi dia..simple tapi sedap.
Tahun ni saya tak join bakar ayam pon..ramai lagi anak dara boleh buat kerja. Mak2 & pak2 duduk meeting kat atas. Tapi saya tido dengan una kat dalam bilik, eh kan saya demam!
Ramai yang datang...cuma Fahim [anak Kak Mah] dan Syukriah [anak abang Li] je tak ada sebab diaorang belajar kat Mesir. Adik beradik MKS ada 7 orang, semua orang datang kecuali abang MKS yang sulong tu. Yang tu no komen lah. Duduk kat Bukit Payong je..Kuala Terengganu jugak, tapi rasanya dah 3 tahun saya tak jumpa. Last jumpa dia masa dia datang melawat saya bersalinkan waiz dulu..emm.

Bestlah jugak ada family gathering macam ni..tapi yang family saya buat [Yayasan Haji Yunus] seribu kali ganda lagi best kot! Hahaha..makan hatilah family sini kalau baca statement saya ni. Apa lah nak di marah-marah, tau jelah perangai sengal saya ni. Cakap kat mulut jer, tapi kat hati tak simpan apa-apa. So tak payah nak emo-emo okey.

Next family gathering YSR ni mungkin akan diadakan pada raya cina tahun depan. Ala..raya tu saya nak balik kampung! Amboi...semua raya ko nak kaut balik kampung ko kan! Memang melampau!!





Wednesday, October 31, 2012

Pengorbanan Raya Korban

Raya haji kali ni tak best..sebab tak dapat balik kampung saya, hehehe. Dan makin tak best..sebab saya demam!! Apa pon tak bolehhh...arrggh.

Hari rabu & khamis tu saya dah dapat mc..2 hari. Tapi rabu still kena pergi ofis sebab kena attend meeting. Lepas abis meeting, saya cabut balik rumah.

Doktor kata saya stress sangat, penat..badan tak bermaya. Sebab tu pening2 dan demam. Tapi saya tak makan pon ubat2 yang doktor bagi tu, mc tu saya guna untuk rehat & tidor je. Tu lah ubat saya sebenarnya.

So bila bangun pagi raya tu..rasa macam dah ok sikit, jadi saya masak2 lah untuk family. Masak nasi goreng je pon. Sedih sangat...pagi raya makan nasi goreng! Tak ada ketupat, rendang, kuah kacang!!

Lepas brekpes, saya sambung masak lauk untuk lunch..senang masak awal2. Tak payah nak kelam kabut..lagipon si kecik una tu tengah membuta lagi, boleh lah nak buat kerja. Dah siap semua..mandi anak2, saya jalan ke rumah kak Mah.

Balik dari rumah kak Mah, saya rasa badan makin sakit pulak..makin teruk rupanya. Badan tak sihat sepenuhnya..terus buat kerja, memang mendapatlah kan. Barulah terhegeh-hegeh makan ubat klinik. Masa tu lah..terus saya tak boleh bangun2. Terlantar ni atas katil..hari raya pulak tu!! Dari pukul 12pm [Jumaat] saya tido..keesokannya baru saya boleh bangun!

Agaknya sebab dah lama tak makan ubat klinik..kepala saya macam bingung. Ni pon still rasa kesannya..macam orang lalok & mabuk. Jalan terhuyung-hayang..aduhh. Saya tak ingat berapa biji pil MKS sumbat dalam mulut saya. Sebab MKS kata badan saya panas sangat..so dia bagi saya makan ubat tu banyak kali..emm

Lepas solat Asar raya kedua tu baru saya keluar rumah. Tu pon sebab MKS ajak ke rumah Kak Nah [my SIL]. Ada program hari keluarga..mesyuarat, tahlil & bbq. Layankan jelah. Bagi sokongan sebab MKS lah orang yang menjadi tulang belakang majlis ni semua.
Siap ada sesi bergambar..panggil cameraman lagi. Saya tak tau. Orang lain pakai comei2..saya pakai seluar jeans buruk je! Ni MKS punya kije..dia bukannya cerita semua hal kat bini dia ni. Time ni una dah tido..tapi sebab nak amik gambar, saya angkat jugak. Tu yang terlentok kepalanya..[oh ni gambar guna kamera saya, bukan kamera profesional yer]
Bila orang tengok dia tido..semua jerit, terkejut budak tu. Bulat mata kejap..nasib baik tak menangis. Abis amik gambar dia sambung tido.

Sebenarnya saya ada buat akikah untuk una..tapi lembunya kat kampung. Memang sedih tak dapat join. Dengar cite pulak, adik saya Lily tu pon beraya sorang2. Abang2 kitaorang semua balik kampung lepas solat jumaat..sedihnya.

Maaflah, bukannya saya tak suka raya kat sini..okey tipu..saya memang tak ada hati nak beraya kat sini. Sepanjang hidup saya..raya kat kampung halaman yang meriah dan dikelilingi lauk pauk yang best, jumpa sanak saudara sekepala..memang lain rasanya bila beraya kat Teregganu ni. Jiwa dan hati saya rasa kosong..kosong..kosong. Yelah, sape tak suka dapat beraya kat kampung sendiri kan?

Ni lah cite raya korban saya tahun ni. Pa, tahun depan kita balik kampung lah!



Monday, September 3, 2012

Cite Raya 2012

Alhamdulillah..sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut lebaran kali ini bersama keluarga yang aku cintai [maksudnya beraya kampung aku tau..keh keh keh].

Hari Khamis [16hb] aku dah start cuti. Pukul 3am dah gerak dari KT. Berhenti sahur di Paka..kol 12pm sampai kat KL. Berhenti rehat lagi kat rumah pakcik aku di Kuala Selangor..dalam kol 2pm sampai kat rumah aku di Sabak Bernam.

Tahun ni tema family kitaorang PINHKKK..sungguh gojes & santek tau. Sama dengan PM kita tu...perasan tak? Bukan senang nak buat abang2 aku tu terima tema kali ni. Nasib baiklah diaorang nak..hehehe.
Family Yong bersama 4 orang anak. Katanya sama2 beli kain kat Jakel dengan PM..hihi.
Family Ngah..bersama 4 orang anak plus baby dalam perut. InsyaAllah bulan Oktober ni kuar geng anak aku, Khairuna. Kak Ngah kata maybe perempuan..bestnya. Tak sabar nak tunggu 'cik Aisya' kuar..
Family aku..dah bertambah budak gegirl tu. Nasib baik Una tak meragam time raya tu..elok je tido. Tapi si Waiz tu asyik lah berdrama..aih pening. Tiap2 tahun memang menangis lah kejenya. Dia kan tak leh tengok orang sedih..kitaorang yang bersalam dan bermaaf-maafan, dia yang melalak. Bad mood sepanjang masa.
Abah, makcik dan adik aku..Lily. Masih single di lebaran kali ni..tahun depan tak taulah. Kalau tahun depan dia kawin..raya rumah mertuanya, tak bestlah raya kitaorang nanti..huhu.

Banyak lagi gambar & cerita yang aku nak kongsi..tapi kerja aku ni tak abis2 lah weii. Penat. Kat rumah pon sama..nak bibik plezzzz.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN


Thursday, June 7, 2012

K.A.M.I

Biasanya waiz & papa je yang pakai spek itam..mama rabun, tak boleh pakai..huhu

Tapi baru2 ni MKS suruh aku beli cermin hitam tu, boleh lekat kat spek biasa. Beli kat Giant KT ni..RM25 sahaja. Plastik je pon. Saiz yang aku amik tu besar sikit dari spek aku tu..tapi okey jer. 

Orang rabun cam aku ni susah sikit lah kalau nak melaram spek itam kan. Sekarang dah boleh..hehe.
Dengan waiz pulak..budak ni comel lah sangat. Time perangai dia baik lah..hehe.

Tapi pagi tadi, aku test letak cermin itam tu kat spek esprit aku ni. Bingkai dia besar sikit..terus tercabut penyangkut cermin itam tu. Tension betul! Suruh MKS baiki dulu..huhu. Kalau tak boleh..kena bawak ke kedai spek tu pulak.


Sincerely...

Monday, June 4, 2012

Penat yang tersangatlah best

Minggu yang memenatkan..tapi best. Sebab ramai my family yang turun Kuala Terengganu. Seronok dapat jumpa saudara mara ni..yelah, ai kan duduk jauh di perantauan..hiks.

1hb baru ni, sepupu2 aku belah arwah mak [Kak Jai & Kak Yam] datang dari KL. Sebenarnya aku tak berapa rapat dengan sepupu belah mak ni. Tapi kenal lah jugak. Dia datang nak hantar anaknya masuk ke UiTM Kampus Chendering ni. So petang..lepas Asar tu, kitaorang jumpa kat Masjid Terapung.

Sembang2..then kitaorang ziarah Tok Ali [Atuk Saudara belah mak] yang duduk kat Kuala Ibai. Lepas tu..tunjuk jalan ke UiTM Chendering, sebab my cousin ni tak jumpa jalan nak ke UiTM ni. Disebabkan dah Maghrib..aku pelawa lah ke rumah. Sebab cousin aku ni tak dapat chalet/hotel hari Jumaat tu..full house semua chalet/hotel kat Terengganu ni! Ramai giller orang datang KT tau. Dia dapat chalet untuk hari keesokkannya je. So aku ajaklah tido rumah..

Malam..lepas bawak gi dinner, sambung sembang2 kat rumah.

Esoknya..my cousin tu dah check out dari rumah kitaorang sebab nak buat pendaftaran anaknya masuk U.

2hb tu punyalah banyak jemputan kenduri. Tapi aku larat pergi 2 buah rumah jer..sebab ada agenda lain pulak. Nak jumpa my family yang lain pulak..ni belah abah. Pakcik aku turun KT dengan semua anak, menantu & cucu2nya. 5 kereta tu...

Plannya..aku nak turun ke chalet diaorang kat Anggullia Marang tu, bolehlah tumpang2 tido semalam ke..tapi plan lari sebab Kak Jai & Kak Yam tido kat rumah pulak. So tak ada rezeki lah kan.

Tu yang lepas kitaorang pergi kenduri..terus hello2 ajak jumpa. Alhamdulillah..dapat jumpa kat Pantai Batu Buruk. Diaorang berhenti lunch kat situ..tapi tak dapat jumpa lama pon, sebab jadual masing2 ketat kan. Bestnya diaorang turun holiday kat sini sebab nak candat sotong. Sewa bot bagai..aku ni kalau tak kerna mengandung, memang menggelupur nak ikut lah. MKS biar tinggal jaga waiz..hehe.

Lepas berpisah dengan pakcik & sepupu2 ni, kitaorang lepak kat Giant sebab nak tunggu trip ke-3 saudara aku ni pulak. Adik aku..Lily tu pon ikut sama. Diaorang ada jemputan kahwin di Kemaman..so terus jalan2 kat KT ni.

Sempatlah jugak bagi budak waiz tu main2 kat Giant, solat Zuhur & Asar semua..then dalam pukul 4.30pm tu adik aku sampai. Tu pon sesat..sampai masuk town. Kena lah amik diaorang pulak. Jalan pulak jammed giller. Memang hazab betul lah mengadap jem ni..nasib baiklah kitaorang ni tau jalan alternatif kan. So lepas amik diaorang..kitaorang terus naik ke Batu Rakit, makan sotong celup tepung Pok Nongggggg!!

Kat kedai Pok Nong ni pon ramai orang..berebut-rebut sampai tak terkawal kedai tu. Bayangkan..pelanggan sampai masuk dapur tunggu tepi kuali! Melampau betul..tak menyempat-nyempat nak makan. Dah macam orang kebuluran pon yer. Aku ni yang mengandung pon orang tak heran tau..siap langgar je perut ni. Surrender..suruh Lily je take over bab berebut ni. Dapatlah sotong 3 ekor, ikan 2 ekor, mee goreng 2 pinggan..air bergelas-gelas. Udang?..tunggu2 asyik tak keluar dari dapur. Tension aku. Kesian kat saudara aku..tak puas makan. Nak berebut..tak koser dah..hiks.

Mahgrib..kitaorang balik rumah. Rehat2 jap. Aku ni nak order lah makan. Senang sikit kalau order makan thru phone ni..malas nak tunggu lama2 kat kedai. Waiz tu tahan paling lama pon 15 minit! Lepas tu start lah berlari sana-sini...fening aku. Tapi..semua restoren aku call, full house ko. Heran aku..awatnya ramai sangat umat kat Terengganu ni.

Nasib baik restoren ke-3 aku call tu nak amik order aku ni. Kalau tak..aku give up, masak nasik..hidang telur goreng je lah sebab lauk2 cam ayam & ikan memang aku tak simpan lah dalam esbox tu..hehe.

Lepas makan..bawak diaorang round town. Penat weh...tapi best.




Sincerely...

Tuesday, May 15, 2012

MALAS

Bukan sebarang malas..dan hakikatnya aku bukan pemalas yer. Ni pasal kerusi malas..hehe. Sejak aku preggy 7 bulan lagi MKS dah keluarkan kerusi malas ni. Sebelum ni terperap kat dalam bilik. Ni bila dah makin sarat..tak boleh nak duduk kat lantai, terpaksalah duduk kat kerusi malas.

Before ni..aku selalu baring kat tilam depan tv ni. Berebutlah 3 beranak nak duduk & baring kat tilam bujang tu. Nasib lah sape yang terjatuh kat lantai [biasanya aku lah tu!]. Tapi bila dah tak larat nak bangun duduk ni..kenalah duduk kat kerusi jer.

Kerusi malas ni kan boleh di ejas2..kadang2 tertido kat kerusi tu jugak lah. Dah akhir2 pregnancy ni..makin tak senang duduk di buatnya. Baring lama2 pon sakit pinggang & badan. Sudahnya..susah nak bangun. So lepak kat kerusi malas je lah.

Sape yang mampu tu..bolehlah duduk kat kerusi empuk tu. Tapi bajet2 orang sederhana cam aku ni..mampu beli kerusi malas je lah. Ni pon kerusi turun temurun masa mengandungkan si waiz tu dulu..keh keh.
Tapi..tapi yang tak sedapnya, ada jugak orang yang nak berebut kerusi malas ni dengan aku. Menyampah tau! Kalau dengan MKS tu..bolehlah aku sound2 kan. Tapi bila dengan budak kecik ni..alah..ai surrender! Memang tak makan saman lah.

Bila kita sound dia..dia siap jawab lagi 'mama..gi sane' [di suruhnya aku duduk kat kerusi lain]. Oitt..tu kerusi mama lah!

Sincerely...

Thursday, April 19, 2012

Tragedi

Cite semalam..tak de gambar, sebab aku tengah cuak giller.

Balik kerja semalam, ingat nak hantar minyak tanak & telur ayam kampung untuk di buat selusuh. Sebab bidan aku dah pesan..hantar sebelum hari khamis sebab dia biasanya buat selusuh tu pada malam jumaat. Minyak tanak tu..Kak Mah [SIL] yang tolong buatkan. Aku beli santan 1/2 kilo..dapatlah secawan minyak. Telur ayam kampung tu pulak MKS kerah pekerja dia cari..ish tak patut betul!

Sampai jer traffic light Pengadang Baru, MKS perasan temperature kete kancil tu naik mendadak. Terus sampai H. So berhentilah kat Stesen Minyak Caltex nak masuk ke Kepong..nak cek apa yang patut.

Ntah macam mana [selalunya MKS tu orang yang paling berhati-hari bab emergency ni] dia boleh terrrrbukak penutup tangki air tu. Padahal dia tau kalau jadi kes macam ni..tak payah bukak dulu. Yelah sebab tengah panas kan. Aku ni baru terkeluar ayat 'Jaaa... [nak cakap 'jangan bukak!]. Sekali tersembur air panas dari tangki tu..abis kena muka, badan & tangan MKS. Mau tak melompat aku dari kereta tu..terus amik air, pas kat MKS. Jirus satu botol air kat situ jugak..

Aku ni cuak dah..takut MKS melecur ke, kena mata ke..tak ke haru. Nak nangis pon ada time tu. Tapi MKS pandai cover..dia kata sakit sikit jer. Terus ajak balik rumah..cancel nak hantar minyak & telur.

Dalam kereta..setiap saat lah aku tengok muka dia. Kot2 jadi gelembong atau merah..tapi tak ada pulak. Padahal air tangki tu panas..aku tengok menggelegak macam volcano kat gunung berapi. Tapi tak de apa2 effek kat MKS..pelik jugak. Kat rumah..kakak MKS bagi air spirulina untuk sapu kat muka & tangan. Dia kata sejuk..lega lah jugak.

Yang aku pulak..lepas Maghrib, rasa sakit2 macam nak bersalin. Nak duduk sakit..baring pon tak boleh. Ish..memang rasa cam nak bersalin lah! Tapi belum sampai masa lagi..kontraksi tipu2 je tu. Omputih kata Braxton Hicks. MKS dah ajak pergi klinik..takut jadi apa2. Tapi tak nak lah..sebab aku tau belum sampai masa lagi.

Dalam pukul 12am tu baru boleh tido..tapi tengah malam terjaga pulak. Sebab si waiz tu tiba2 batuk2 pulak time tido. Cam semput jer. Kejutkan dia makan ubat..tapi still batuk2 lagi. MKS pon demam jugak lepas kena air panas tadi..Allahuakbar. Memang lembiklah aku. 3 orang sakit serentak!

Pagi tadi..terpaksa hantar waiz kat rumah pengasuh dia, sebab aku tengok cam dah okey sikit. MKS rehat kat rumah jer..aku kena masuk ofis jugak. Sebab report meeting tak siap lagi. Ikutkan..tak larat dah ni. Tapi nak buat cam mana..sampai sekarang pengganti aku tak ade lagi. So kerja2 pejabat kena buat jugaklah walaupon dah sarat2 cam ni. Nak cuti tanpa gaji pon tak berani..sebab tak de sape2 nak cover kerja aku ni...huhu. Mak tensionnnnnn..



Sincerely...

Friday, April 6, 2012

Nasib anak..

Rentetan luahan hati ini.

Terima kasih pada teman2 yang memahami. Memang ni lah nasib pada ibu2 yang bekerjaya ni kan. Untuk mencari sesuap nasi..kena tinggalkan anak. Rasanya ramai lagi golongan ibu2 kat luar tu yang alami masalah macam aku ni. Cuma aku ni baru nak alami..tu yang macam kecoh sikit. Padahal orang lain relax jer..hihi.

Setakat ni memang tak decide lagi nak hantar waiz kat mana. Tapi memang ingat nak cari nursery yang ada taska & transit sekali. So senang..tak payah nak tukar banyak2 kali kan.

Dulu sebelah ofis aku ni ada nursery & taska Syaz..tapi dah pindah lah pulak sebab owner nak bangunan tu balik. Sekarang ni pindah jauh sikit dari ofis aku..tapi still di area Panji Alam.

Option satu lagi..seberang ofis aku. Nursery, taska & transit An-Najwa. Yang ni aku tak survey lagi. Tak tau lah okey ke tak. Sekarang ni tunggu kata putus dari MKS jer..samada nak hantar waiz kat ofis aku atau di Chendering. Kat Chendering tu memang banyak pilihan..rasanya ada lebih 5 nursery. Tapi kalau boleh..kena cari nursery yang bukak hari Sabtu. Sebab kitaorang kan kerja. Emm..

Bak kata kak Rasp..ni lah dilema ibu bekerja. Yes..setuju 100%. Ni dari situasi aku sendiri lah. Bayangkan..waiz duduk lagi lama dengan pengasuhnya. Biasanya aku hantar paling awal 7.30am sehingga 5.30pm [10jam!!]. Manalah budak tu tak manja dengan Tok Minya? 10 jam berkepit dengan Tok Mi.

Dulu aku selalu lah sedih..sebab apa2 perkembangan waiz mesti Tok Mi yang tau dulu. Time amik waiz lepas abis kerja..mesti Tok Mi cite, 'waiz pandai mengiring' 'waiz pandai merangkak' ' hari ni waiz pandai sebut bla bla...'

Waaa...sentap aku tau. Tapi lama2 tu Tok Mi tak cite dah kat aku. Agaknya dia perasan perubahan air muka aku bila dengar perkembangan waiz tu kot. Yelah, ibu mana tak sedih kan..patutnya ibu lah orang pertama yang perasan perkembangan anak ni. Tapi dah ibu sibuk kerja...emm.

Okey..bila dah amik waiz. Masa yang diluangkan bersama dari 5.30pm - 10pm [4 1/2jam sahaja]. Sebab waiz ni memang tido awal..biasanya dalam pukul 10 malam tu dah tumbang. Tu kalau dia tido petang lah. Kalau kat rumah Tok Mi dia tak tido..alamatnya pukul 7pm tu dah pengsan!

Aku ni duduk rumah pon..bukannya boleh mengadap dia jer. Kerja rumah pon kena siapkan jugak. Biasalah ibu2 ni kan..walaupon ada bibik, tak kan tak masuk dapur langsung or tak kan tak buat kerja rumah sikit. Kena lah amik tau. Cam aku yang tak de bibik ni? Kena lah buat sendiri.

Tu pon nasib aku tak masak..kalau kena masak? Amik masa sejam jugak [lainlah masak meggi..2 minit dah siap]..kalau masak dari 4 1/2jam tu, tolak sejam..tinggal 3 1/2 jam je masa boleh luangkan dengan waiz. Nak solat..mandi..tolak 1/2 jam lagi, tinggal 3 jam!

Kadang2 tu aku rasa kurang 3 jam aku luangkan masa dengan waiz..kesian anak mama. Nak buat cam ner, ni lah nasib anak2 yang ibu2nya bekerja. Nak harapkan wiken..aku cuti hari Jumaat jer. Tu pon banyak bereskan kerja rumah..kadang2 rasa bersalah pulak sebab abaikan si waiz tu..huhu.

Agak2nya..korang alami tak perasaan macam apa yang aku hadapi sekarang?


Sincerely...

Thursday, April 5, 2012

Dipersimpang Dilema Lagi..

Pasal waiz lah..

Tak lama lagi kan aku nak bersalin..nanti adik si waiz ni aku nak hantar ke Tok Mi (pengasuh waiz) untuk dijaga. Rasanya dah biasa dengan Tok Mi ni..aku senang dengan cara dia jaga waiz. So kalau boleh memang nak hantar si baby ni kat dia jugak. Tapi masalahnya..dia tak boleh lah jaga dua2 [waiz & baby]. Sebab sekarang ni pon dia jaga cucu dia jugak. Katanya tak yakin nak jaga 3 orang budak dalam satu masa.

So rasanya terpaksalah akur dengan keputusan Tok Mi. Waiz kena hantar kat tempat lain lah..huhu. Sape yang biasa baca blog aku mesti tau..dulu2 pon aku pernah try hantar waiz kat nursery, tapi tak jalan. Asyik menangis jer. Kali ni kena tegas sikitlah nampaknya..kalau nangis pon kena buat hati kering jugak.

Sekarang ni memang aku & MKS tengah mencari-cari nursery yang sesuai untuk waiz. Masih dalam pertimbangan samada nak hantar kat nursery di Chendering [tempat kerja MKS] atau nursery area bandar KT [tempat kerja aku].

Tak taulah macam mana perasaan si waiz & Tok Minya nanti bila berpisah..mesti sedih. Diaorang tu manja dan rapat sangat. Tok Mi tu antara waiz & cucunya sendiri..lagi di layan dan sayang kat waiz. Dari umur waiz 2 bulan dia dah jaga. Faham apa yang budak tu suka..apa yang di takut. Sampai sekarang..waiz dah 3 tahun pon, asyiklah di dukung budak tu. Padahal Tok Mi tu bukannya kuat sangat..

Aduhai...

MKS kata..nanti baby dah sebulan, bolehlah start hantar waiz ke nursery. Sebab bulan kedua tu nak hantar baby ke Tok Mi pulak. Harap2 waiz nak lah duduk nursery..sebab nanti dia 4 tahun memang kena hantar ker taska jugak kan. Semalam MKS dah mintak surat beranak waiz..nak tanya kat Yayasan Islam Terengganu kat Chendering tu, samada pendaftaran kemasukan untuk pelajar 4 tahun di buka atau tidak.

Taska untuk belajar dah cari..tapi nursery ni masih kabur lagi. Kadang2 tu rasa nak berhenti kerja jer..senang. Boleh jaga anak2 kat rumah..emm. Apa2 hal pon..mintak Allah permudahkan urusan kami. Dan bukakan hati si waiz tu supaya terima persekitaran baru kat nursery nanti.


Sincerely...

Friday, March 23, 2012

Pengalaman Kali Kedua

Rasanya pregnancy kali kedua ni tak lah se-eksaited masa mula2 preggy si waiz dulu. Abis banyak mana membeli barang2 budak tu..semua beli, completed. Tapi baby kali ni..tak lah banyak sangat membeli. Sampai ada ketika tu.."dah 7 bulan, nape tak de perasaan nak membeli jer". Selalu lah pikir.."emm adik pakai jerlah baju abang yang lama2 tu". Kesian anak aku dalam perut ni..

Normal tak perangai aku ni? Jarak waiz & baby pon tak lah jauh sangat..almost 3 year jer. So memang barang2 waiz masa baby dulu..aku simpan elok2 lagi. Kalau nak guna..kena basuh dulu, takut berhabuk jer. Tapi aku simpan dalam almari tu..rasanya tak lah berhabuk sangat.

Dulu..masuk 7 bulan dah siap packing baju baby dalam beg. Takut jadi kes emergency kan. Sekarang ni..apa pon tak siap lagi! Haiish..tiba2 jadi gerun pulak.

Tapi apa2 hal pon..memang aku dah niat, akan belikan barang2 baby ni yang baru..walaupon serba satu. Macam kain bedung & kain barut..nak jugak belikan untuk si baby ni walaupon waiz punya bertimbun lah hai. Baju2 tu memang aku tambah lah. Borong yang kaler pink jer..

Apa lagi aku belum beli ekk:

* Kain selimut - waiz punya yang tak guna lagi pon ada..tapi aku nak beli jugak, kaler pink!
* Beg baby - Yang ni kena beli sebab waiz punya dah koyak.
* Kain bedung & barut - tengah ushar nak beli on9..yang ada corak2 tu. Time waiz dulu..aku beli kain plain jer.
* Tilam & bantal - Kalau tak beli yang baru pon..aku beli sarung dia je lah.
* Set sarung tangan & kaki - nak tambah jugak.
* Baju - WIP [semalam aku kira dah lebih 10 pasang beli untuk si baby ni] ---> Cuma tak sempat nak basuh lagi..huhu.
* Besen mandi, kelambu & katil - recycle waiz punya:)
* Tuala - baru beli 3 helai..kena tambah lagi. Nanti mama beli yang corak2 & kaler pink yerr
* Sabun, minyak telon, minyak zaitun, bedak & wet tissue - tak beli lagi..yang ni pon kena beli siap2 bila dapat gaji nanti. MKS bukannya reti nak membeli semua ni. Pastu kena beli stok banyak..senang. Dalam pantang nanti tak boleh keluar dah.
* Lampin & pampers - Lampin waiz yang tak guna lagi pon ada lagi..pampers NB dah beli sikit hari tu.
* Botol susu - Kena cari jugak ni
* Breast pump - ni kena kumpul duit dulu. Sape lah aku nak pau yer. Yang dulu punya aku dah jual..hiks.
* Tikar getah - waiz punya yang tak guna lagi pon elok lagi..
* Krim - jenama apa..aku lupa lah. Yang kaler pink tu..untuk ruam2 celah kangkang/vontot baby. Kena beli siap2 ni..sonang. Nanti nak suruh MKS beli..susah pulak. Mamat tu serba tak reti..dasar anak manja!

Emm..korang rasa ada apa2 lagi barang penting yang aku terlupa? Yelah..urat ingatan aku ni dah banyak terputus masa bersalinkan waiz dulu. Asyiklah lupa..banyak makan semut pon iyer.

Eh barang aku pon kena sedia jugak kan :

* Kain bengkung - Yang lama tu ada..kat mana lah aku simpan yer. Hai..nak menyelongkar barang ni lah paling malas tau!
* Pad - ni aku beli kat budak opis jer. Pad herba Bio Sanitary..
* Set tungku - pinjam kat SIL. Tapi aku ingat nak beli jugak untuk koleksi diri sendiri. Kat mana nak beli yer..pasar payang ada tak?
* Tikar - Untuk menyalai nanti. Eh katil salaian aku MKS tak siapkan lagi tau. Dia tu suka buat kerja last minute!
* Stokin - aku punya yang dulu..MKS bantai pakai lepas abis pantang. Orang lelaki ni pakai stokin pakai buang jer..entah ke mana hilangnya! Suka pakai stokin lelaki sebab kemas dah panjang. Kena cari nanti ni.
* Nursing bra - banyak dah..tapi macam gatal nak tambah lagi.
* Nursing pad - kena beli ni!!
* Bidan - tak konpem lagi nak suruh sape urut. Yang aku nak tu..duduk kat tanggol, MKS kata jauh [kes malas nak amik hantor le tuu]. Tapi..rasanya aku kena guna kuasa veto tuk paksa MKS amik bidan tu jugak! Hahahaha..
* Termos - nak bawak ke hospital nanti. Yang dulu..aku dah pas ke pengasuh waiz.

Fuh..banyak jugak yer.
Kali ni aku pantang sorang2 jer..dulu time waiz kitaorang 'berpindah sementara' ke rumah SIL aku [selang 2 buah rumah je dari rumah aku tu]. SIL tulah yang jaga aku siang malam. Sekarang ni tak naklah menyusahkan dia..sebab suami dia sakit. Kena ulang alik ke Hospital Kubang Kerian untuk buat kimoterapi [betul ke ejaan aku ni?]. Lagipon anak dia & isteri yang balik dari mesir tu pon ada kat rumah tu..tak sedaplah nak duduk rumah orang ni.

Dulu aku tak reti sangat..tapi yang ni dah ada pengalaman sikit2, inyaallah boleh kot. Bab makan, mandi & tunggu baby tu..aku tak dapat bayangkan lagi lah. Sape nak sediakan makanan & mandian aku..sape nak tunggu baby time aku nak mandi ker..melabur ker. MKS konpem pergi kerja kan. Bila pikir2..kadang2 sebak jugak. Time nilah teringat kat arwah mak..kalau lah arwah mak ada lagi, mesti dia yang jaga aku..tsk tsk. MIL pon dah tak der..huhu.

Tu bahagian aku..MKS dengan waiz pulak? Sape nak jaga makan pakai diaorang. Selama ni aku yang jaga. MKS tu nak minum air segelas pon, aku yang sediakan. Baju..spender..aku yang sediakan. Baju waiz..mandi waiz..susu waiz..aku jugak. Oh tak dapat bayangkan!!

Cuma sekarang ni apa yang dapat aku lakukan..train MKS buat kerja rumah sikit2. Tak banyak..sikit pon jadilah. Kena tegas sikitlah..bukan senang nak ajar orang manja ni buat kerja. Jemur baju..angkat baju. Mandikan waiz..ajar pilih baju waiz [kalau tak..siang pakai baju tido, malam pakai seluar pendek..camno tu?], kemas mainan waiz, tukar pampers plus basuh berak waiz. Baju2 & seluar MKS pon aku dah kemas cara praktikal sikit. Senang nanti..nak amik spender kat drawer 1, kemeja drawer 2, t-shirt drawer 3, seluar kat almari lain. Terpaksalah buat cam tu..kalau tak berterabur satu almari tu time dia nak amik baju.

Bab masak tu..aku tak ajar lagilah. Tak taulah dia tu reti ke idok nak menanak nasi untuk aku nanti, panggang ikan..alahai. Nak upah bibik mahal sangat..RM700!! Bayar kat aku..aku buat sendiri lah!



Sincerely...

Thursday, March 22, 2012

Pulokkk..



Aku percaya ramai yang minum air 3 in 1 ni kan. Kat rumah aku guna 3 in 1 jer..milo, nestum nesvita, horlick. Uncang teh je tak segera..nak minum teh kena bancuh dengan gula lah.

Tapi yang lain2 tu memang beli yang 3 in 1..senang dan mudah. Nak nak lagi orang berkerjaya cam aku ni..hiks. Manalah ada masa nak kacau gula or susu ni. Lagipon buat banyak2 bukannya abis. MKS kalau order air..aku letak milo 3 in 1 tu se-sachet, then tambah air panas..sonang. Segelas tu pon kadang2 tak abis..simpan pulak dalam peti sejuk.

Kat ofis ni..kalau tak keluar brekpes kat kedai, memang aku bancuh air nesvita jer. Dulu minum milo...sejak preggy ni jarang2 lah minum. Konon2nya tak nak bagi baby kulit gelap...puii..hiks. Dah papanya hitam manis..ada hati nak anak kulit cam orang putih.

p/s : Tak tau lah pulak rupa2nya kandungan dalam minuman 3 in 1 ni tinggi gulanya. Dulu kalau minum milo..mesti tambah susu or gula. Sebab aku ni suka manis..haiii


Sincerely...

Tuesday, March 20, 2012

Malang Yang Berbau

Semalam punya cite...

Balik kerja..MKS lapoor. Tengok muka aku time amik kerja tu..terus cakap lapor. Tak pernahlah tengok muka aku ni jadi kenyang kan. Nak memasak..punyalah al-malas. Lagi pon bahu ni kebas2 kesan dari kena cucuk kat KK pagi tu, very the mengada kan.

Balik amik waiz dari rumah Tok Mi..terus ke Mydin. Port biasa lah..mamak. MKS kan hantu kari mamak. Awat lah mamat ni tak kawen dengan orang Penang jer..dapat makan kari mamak tiap2 hari..hiks.

Usai makan, terus masuk Mydin..nak cari buah delima kononnya. Bukan aku yang mengidam..MKS tau!! Tapi tak ada lah pulak..so meng-shopping lah barang2 lain. Belek2 baju baby..nak tambah koleksi untuk si baby ni. Tapi MKS tengok aku pegang kaler pink..terus di tegurnya "tak konpem girl..janganlah amik, membazir je". Dia tak tau baju2 lain yang aku amik kat GM hari tu semua kaler pink!

Terbantut hajat nak amik baju baby..sentap.

Time nak bayar tu..kitaorang q lah belakang abang & kakak ni. Memang dia beli barang banyak..ai tak kisah pon. Sebab Mydin ni memang tempat orang memborong kan. Tapi yang panasnya..time nak membayar tu. Dah lah total kena bayar RM600++ tau..kakak tu bayar guna duit RM1!! Oh..geramnya. Tak pasal2 kitaorang kena tunggu lebih 20 minit nak menunggu si cashier tu mengira sekeping2 not RM1 tu.!

Aku tak kisahlah kalau kakak tu nak bayar guna duit seposen pon..duit dia. Tapi dah tau kalau lambat tu..pergilah beratur kat lorong pemborong. Tak delah menyusahkan pembeli lain nak menunggu. Time tu dah lah kitaorang nak balik cepat..nak mengejar solat Maghrib. Malang sungguh beratur kat belakang kakak ni..

Aku time tu memang dah tak boleh nak cover mulut yang muncung sedepa ni..siap berdengus lagi. Mata pulak siap menjeling 360 darjah..fuh. Panas hati sungguh. Tapi bila pikir diri ni tengah pregnant..ku sabarkan jugak hati ni. Duduk kat kerusi..tenangkan hati. MKS yang beratur sampai ke sudah.

Kesian ke MKS & Waiz sebab kena beratur lama kat situ. Tapi salah MKS jugak..sebab cepat sangat keluarkan barang dari trolley. Kalau aku lah yang kena q time tu..cepat2 blah cari kaunter lain. Tak koser layan orang tak belajar sivik ni!!




Sincerely...

Friday, March 9, 2012

Burger Paling BEST Di Sabak Bernam

Lepas makan mee udang kat BNO..malam tu melantak burger pulak yer. Ni bukan sebarang burger..burger since 1996 tau. Dari zaman aku sekolah rendah lagi dah makan burger bro ni. Dulu dia bukak stall kecik jer..pastu guna van pulak, sekarang dah ada kedai tau.
Ni lah kedainya..dulu jual burger jer. Sekarang ada juga menu tambahan..yang ringan2 lah. Kedainya betul2 kat pekan Sabak Bernam.
Kedai P'e Burger. Yang penting tu...TELUR AYAM DI BASUH yerrrrr. Aku lupa pulak nak snap gambar burger yang di beli tu. Selamat dah masuk perut..baru teringat lorr. Tapi aku jamin..memang sedap DI TEKAK aku. Sebab aku ni orang kampung jer..burger ni lah kami melantak. McD mana ade kooo..
Ni tokey-nya..P'e. Mula2 suruh amik gambar..dah diambil gambarnya, malu lah pulak. Seingat aku..dulu bro ni rock. Sekarang dah pakai kopiah..hiks.

Tq kat adik aku..Lily yang sudi layan 'kemengidaman' kakaknya yang sorang ni. Tutti Fruitti done, mee udang done, jagung bakar pedas done, soto done, burger P'e done...puas hati. Bolehlah balik Terengganu dengan hati yang lapang...sob sob sob.



Sincerely...

Mee Udang BNO

Dipersembahkan..Mee Udang BNO.


BNO tu singkatan untuk Bagan Nakhoda Omar. Lebih kurang 15 minit dari rumah aku di Kampung Batu 38, Sabak Bernam. Terbaeekkkk wokkkkkk...

Nampak kosong sebab order mee udang tak ada sayur. So ada kuah, udang, telur dan mee sahaja. Harga RM5.50 sepinggan. Aku kira2..ada lah 8-9 ekor udang saiz sederhana kat dalam setiap pinggan tu.

Bagi tekak aku ni..sedaplah. Sebab aku memang hantu udang & seafood ni. Hirup kuah jer dah rasa 'keudangannya' tu..

Nak banding dengan mee udang Mak Jah kat Taiping tu, aku pon no komen lah sebab tak pernah makan pon mee udang kat situ.

Tapi menurut orang yang pernah makan mee udang BNO & Mak Jah..Lily [adik aku], dia kata mee udang yang BNO punya ni..kuah lagi pekat. Tapi rasa lain2. Hah..camno tu?
Kalau korang pergi pantai BNO..ada dua buah kedai kat situ. Wajib pergi kedai Kak Jaiton ni yer. Kedai yang paling ramai orang. Kedai di buka dari 10am - 7pm. Kalau musim orang balik kampung..kadang2 pukul 5pm dah sold out yer. 
Nak tau glamer ke tak..ni buktinya. Dah masuk paper yer.. Tu dia Makcik Jaiton..baju kaler purple. Biasanya..dia duduk kat kaunter jer. Kira duit.

Ada jugak menu lain..korang sebut jer. Laksa Penang ada, mee sup ada, nasi goreng ada, kerang bakar ada..macam-macam ada lah!

Menu terbaru udang celup tepung..RM10 sepinggan. Tapi aku tak order pon. Lily kata sedap..next time lah aku try ek. Tepungnya makan macam tu pon sedap..ni adik aku lah yang cakap yer. Tapi aku tengok kat meja sebelah tu order udang celup tepung..memang penuhlah sepinggan. Puas hati lah dengan harga RM10 tu. Ala-ala stail udang celup tepung perlis je aku nengok..nyesal pulak tak order, huhu.
Macam biasa..model tak berapa nak cerah. Best katanya...

Lepas makan, terus ajak aku bukak kedai mee udang kat Terengganu. Aduh...mana nak dapat resepi abang wooiii..



Sincerely...

Sabtu Yang Mem-bizi

Hari sabtu kena bangun awal2..sebab banyak benda nak di buat. Lepas brekpes kat kedai abah, terus ajak Lily pergi beli pecal. Stok kuah pecal aku kat KT dah abis. Sekarang MKS pon dah pandai makan. Selalunya kat rumah, aku rebus bihun..gaul dengan kuah pecal. Bertambah MKS makan. Tak payah nak letak ulam2 sangat. Kalau rajin atau ada stok sayur kat rumah..baru aku celur sama bihun.

Kali ni beli 1 kg..cukuplah stok sampai aku bersalin nanti. Waktu pantang tak boleh makan dah..pedas! So kena pastikan before aku bersalin..kuah pecal dalam peti sejuk tu kena abiskan jugak.

Usai beli stok pecal..terus ke Sungai Tengar. MKS nak beli kerepek2 sebagai buah tangan untuk saudara mara dan pekerja2 dia.
Tempat ni lah kitaorang pergi. Tak ada lah borong banyak sangat..sikit jer. Cukuplah dapat sorang sebungkus. Tu pon dapat pulak free 3 bungkus..alhamdulillah. Semua aku bagi budak ofis..buat kunyah2 time mengantuk.

Abis je beli kerepek..terus ke rumah Wak Nab aku. Tolong sikit2..sebab kebetulan hari Sabtu tu ada masak2, nak hantar ke masjid. Tunggu sampai ke petang jugaklah..time Asar baru balik ke rumah. Sebab ada program lain pulak...tungguuuuu




Sincerely...

Thursday, March 8, 2012

Jumaat Yang Terik Di Sabak Bernam

Semalam kitaorang sampai rumah dalam pukul 8pm..terus abah ajak makan kan luar. Port kesukaan abah..restoren di Sungai Besar. Alhamdulillah..sendat seluar aku. Ni kalau timbang kat klinik konpem berat naik. Selalu weight asyik turun jer..

Hari jumaat tu..masing2 bangun lewat. Penat tak hilang lagi. Lepas semua bersiap, bermulalah aktiviti ziarah kami. Mula2 singgah rumah Wak Nab [makcik] aku kat sebelah rumah ni..lepas tu terus ke rumah Wak Usin pulak. Wak tu gelaran untuk pakcik/makcik yer. Nanti ada yang tanya pulak..'wak' tu ape. Sape yang tak tau lagi..aku ni orang jawa okey. Tapi jawa pada nama je lah..nak cakap tak reti you. 

Lepas tu terus bergerak ke kedai abah aku. Dekat dengan masjid al-Taqwa Batu 38, Sabak Bernam..sape tau? Sape2 orang Sabak Bernam tu boleh lah singgah yer.

Kitaorang berhenti untuk brekpes plus dengan lunch sekali. Lepas kenyang terus berjalan ke Sungai Besar.

Kebetulan pulak..cuaca panas terik. MKS nak balik rumah pon malas..panas katanya. Orang dah biasa duduk dalam aircond gitu lah gamaknya. Tak biasa dengan suasana kampung. Tu belum abah aku ajak masuk kebun lagi..menggelupur agaknya nak pegang sabit & parang!
Sudahnya lepas keluar masuk kedai [sempat jugaklah rembat 2 cadar - barang2 Sg.Besar memang murah!], MKS ajak masuk KFC. Nak duduk tempat sejuk katanya.

Alah..KT pon ada KFC lah bang! Jom kita masuk Mee n Cafe..ada aircond jugak. Sedap jugak layan aiskrem time cuaca panas terik ni.

Aku tak taulah apa penyakit budak kecik ni. Asal balik kampung jer..mesti selera makan dia hilang. Kalau seminggu duduk kampung..seminggu lah dia tak makan nasi. Abis kuruih kering bila balik kampung.

Tu yang order kentang goreng & aikrem untuk dia. Memang sebakul kentang tu abis ke dia jer lah. Sampai tak cukup..kena order pulak.
Menyibuk amik mak usu punya aiskrem. Nak buat cam ne..aiskrem mak usu lagi sedappppp..

Balik rumah..masing2 membuta pulak. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan bukan main lebat lagi. Makin sedap lah melayan tido..sampai ke maghrib.

Sincerely...

Festime Ber-Tutti Frutti

Yer..aku tau korang dah makan.
Aku jer festime baru nak makan..so macam menjakun sikit lah yer. Harap maklum.

Ni lepas jer berabis duit kat GM, Klang..terus mengagau cari jalan ke Tutti Frutti. Berhadapan dengan JUSCO AEON Bukit Tinggi Klang. Berpusing jugaklah kami time tu..nasib baik jumpa.
Amik saiz kecik sudah...orang kata mahai koo..haruslah gerun.

Aku kongsi dengan MKS, Lily kongsi dengan Fasha [my niece]..total dalam RM20 sahaja. Okeylah. Terlepas dah satu hajat aku..nak tunggu kat KT tu bukak Tutti Frutti bila lah gamaknya yer.
Papanya yang mula2 macam excited nak makan..tapi frust sebab flavor vanilla dah abis. Rasa 2-3 sudu..lepas tu tok sei dah lah.

Budak kecik ni memang pantang nampak benda alah macam aiskrem ni..peberet dia lah.
Mak usu [Lily] yang bajet dirinya cun..bersama my niece Fasha Sendat Manja..hiks. Budak ni lah paling rajin melayan si waiz tu kalau kitaorang balik kampung. Fasha nak adik yer..suruh mak mengandung lagi ye. Yayah pon nak dapat adik tau..
Okey..Tutti Frutti done. Next...........


p/s: Abis je makan Tutti Frutti cepat2 kitaorang balik rumah Yong, hantar Fasha & amik beg. Lepas tu terus balik kampung. Bertolak pukul 6pm..sampai Sabak Bernam 8pm. Lily drive.

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal