Friday, February 27, 2015

Teluk Anson Teluk Batik

Bila dah balik kampung..biasanya saya suka lepak2 kat rumah je. Tapi tau2 je lah MKS, dia pulak komplen bosan. Ajak jalan-jalan..so yok kita ke Perak sahaja.

Ikut tekak..nak rasa air jagung dan mee rebus Mastan Ghani yang popular tu..tapi tutup, nangis! Lepak2 dan bergambar kat Menara condong ni jelah. Rasanya ni gambar pertama saya di mercu tanda Teluk Anson/ Teluk Intan ni...haha.

Walaupun dulu selalu gak round2 teluk Intan..tak de lah napsu nak bergambar, yelah..dulu mane ada hp kamera kan! Saja2 nak bergambar guna kamera pun malu..huhu.

Ni ramai je orang berpicca-picca dan berselfie..so kita layankan je lah.
Adik una tak lepas2 nak buat peace...asyiklah jadi "1 Malaysia"..haha. Eh memang senget ye menara ni. Tengok depan mata tak senget pon!
Gambar berkeluarga..Cinta hati mama sangat 3 orang ni. Cepat je dah besar budak2 ni..


Dengan adik..tq sebab temankan akak sekeluarga jalan2.
Lepak je..panas ye?
Sempoi je anak2 mama..pakai selipar je, hahaha.
Sila baca!

Lepas jalan2 kat Teluk Intan..kitaorang decide ke Teluk Batik. Sebab tak tau nak pergi mana dah..haha.
Ramai orang..tengah hari terik pon orang melenjan mandi pantai. Tak takut hitam ke korang? Musykil aku!
Waiz dah bising nak mandi jugak..lepas dapat port best dengan sewa kerusi, suruh dia main2 pasir dulu. Masih panas lagi. Nasib standby baju dan seluar, tapi saya paksa jugak dia pakai spender una. Sayang nak bagi dia mandi pakai seluar..takut kang lepas2 tu dia terkencing dalam seluar, tak ada seluar pulak nak tukar. Sentap2 dia sebab kena pakai spender una...haha. 

Tapi sekejap je lah sentapnya..lepas tu lagi teruja dapat main air. Yelah kat terengganu, biasa main pasir je. Mana boleh mandi kan..bahaya. So kat sini..mainlah puas-puas!

Una saya pakaikan pampers je..dia tak berani nak main2 air ni, main pasir je. Tertonggeng-tonggeng dia main pasir..makin lama air makin naik. Kena jugak kat kaki dia..mujur dia tak berendam, kang abis penuh pampers dengan air laut.

Lepas petang sikit..baru kitaorang beransur balik. Nak cepat ke pasar malam kat Sabak pulak..nak kejar sate kerang..tapi abis..nangis sekali lagi!

Tapi okeylah dapat makan cakoi..air jagung..sob sob.

Tu jelah cerita balik kampung di cuti CNY saya. Hari Sabtu..saya dah gerak balik Terengganu sebab tak nak sangkut jem kat tg karang/ijok.

Okeylah..selamat selamat pergi dan balik. Tunggu raya pose pulak lah dapat balik..huhu. 

p/s: bila lah highway LATAR tu nak terus ke sabak bernam..mesti lagi cepat. Tak payah nak serabut jem kat tg karang/ijok/k.selangor...kan?




Thursday, February 26, 2015

Balik Kampung CNY 2015 & BNO

Cuti CNY baru ni kami balik kampung. Plan asal MKS tak nak balik..sebab kete hitam tu rosak. Apa ntah..cluth? Sempat je nak baiki, tapi pomen tak bagi jalan jauh lagi. So kitaorang decide nak pergi Bukit Gambang City Resort (BGCR) je. Siap dah wasap2 dengan adik saya, Lily..ajak dia turun Terengganu..nak pergi BGCR. Saya punyalah semangat survey package..hotel semua. Nyaris2 nak booked..lepas tu bila meeting dengan MKS..terangkan dia semua apa yang best n tak best BGCR tu, dia decide tak jadi pergi.

Sebab utamanya, ramai orang! Sebab saya memang tau sangat perangai MKS ni, kalau tempat tu ramai orang..bersesak-sesak..konpem dia tak suka. So dari saya sentap dan makan hati dengan perangai dia di kemudian hari..laju2 saya pujuk dia balik kampung. Lagi pun boss saya bagi cuti awal sehari pada 18hb tu..yelah boss saya chinese, mestilah dia nak beraya..

So saya cuma apply AL untuk 22hb. Di sebabkan kete hitam tak boleh jalan jauh (mengade je tau!), rasanya mesti MKS mengadu kat kakak dia. So kakak dia kesian lah kat adik kesayangan dia..Kak Nah bagilah pinjam kereta persona dia. Saya okey je..kereta auto, lagi senang saya nak bawak berbanding kete hitam MKS tu.

Lepas subuh 18hb tu, kami bergerak. Biasa perjalanan dari KT - KL - Sabak Bernam makan masa 10 jam. Tu standard MKS lah, dia kan ala-ala pak JPJ. Tapi kali ni alhamdulillah..8 jam sahaja, sebab lalu LPT baru. Sape yang bawak kete laju tu..mesti lagi cepat kot. Dari rumah saya ke tol Jabor tu hanya 2 jam sahaja...tak payah serabut hadap jem bila masuk bandar dungun, kemaman..kijal dan cherating. 

Tapi..tapi..awas ye, banyak pump station,  RNR dan Perhentian yang tak siap lagi. Kalau rasa2 nak makan atau isi minyak..kena exit highway lah. Kami tak berhenti kat mana2 pon..walaupon perut dah berbunyi mintak di isi. Berhenti makan di RNR Gambang.

Sampai Sabak Bernam..terus lunch kat kedai abah, lepak2 rumah makcik..lepas tu janji dengan adik nak jumpa kat Pantai BNO. Wajib pergi ni bila balik kampung..hahaha. Sebab yakin..esok lusa mesti penuh dengan orang ramai yang balik kg, so cakap kat MKS..kena makan hari ni jugak!
Saya selalu makan kat sini je..so rasanya mee udang kat sini memang tersedap kat tekak saya. Tak ingat nak kira bape ekor udang dalam tu..tapi still banyak.
Maybe dalam 8 ekor. Kat terengganu saya tak jumpa udang cam sini. Saya panggil udang merah..memang sedap dan manis isinya. Kat terengganu hanya ada udang biru2 kelabu, dan udang merah yang kulit keras tu. Udang galah pon ikut musim..tu pon kecik je.

Up jugak dengan kerang bakar..tapi kerang dia tak best. Dari dulu tak best..tapi order jugak! Kerang berselut..cuci tak bersih. Kadang2 ada yang still merah..tak dibakar dengan sepenuhnya.
Anak2 sibuk main kat playground. B4 Maghrib..kami balik. Tapi sepupu saya ajak makan lagi roti kebab/tortilla kat rumah dia. Balun je lah...

Bersambung..

Jang Geun Suk

Hari ni ntah berapa kali bukak image 'Jang Geun Suk' kat google. Dah macam orang angau pulak. Tapi memang angau pon..hahaha.Saya ni kalau tengok citer korea..cam ni lah, kejap suka hero ni, jap lagi hero lain pulak. Sekarang ni tengah SS kat JGS..mula lah marathon drama2 dia.

Ni kalau KJ tau..mesti kena kecam! Hahaha...please please..jangan kecam makcik!
Sorry KJ..kita tak bersependapat.

Comei tak?
Yang ni pon smart...

Yang ni pon jambu..
Banyak2 gambar JGS, rambut panjang lagi sesuai dengan dia. Lebih2 lagi kalau dia ikat rambut cam dalam drama 'Marry me Mary' tu.

Haaaa...cairr!
Ni dalam drama Marry me Mary..cite lama, tapi tak sempat nak tengok. Dok terperam dalam hard disk. Lepas tamat cerita Pinnochio..baru sempat layan cite ni.

Heroin kesukaan jugak..suka heroin ni masa dia berlakon drama 'Autum in my Heart' tu. Rasanya tu lah drama korea yang mula2 saya tengok masa sekolah rendah. Menangis2 i tengok!
You're Beautiful...best jugak. Yang ni pon baru nak layan..Kelebet dalam hard disk tak ada pulak, ke daku dah delete. So sekarang baru nak download. Siap ada Yong Hwa CNBLUE lagi..package ni!
Pretty man...ada cd, tapi tak taulah boleh main lagi ke tak. Sabar naaaa...ikut turn.

Love rain..heroin tu saya tak bape suka..so kita bagi nombor last sekali. 

Ni kalau MKS tau..mau urut dada dia tengok bini tergila-gila kat pelakon korea..haha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal