Hari tu saya dah cite pasal program raya Aidiladha keluarga MKS kat sini dan sini. Semua gambar kat dalam entry tu amik dengan kamera pinjam. Kamera adik saya, Lily. Henpon tak nak bagi pinjam ke adikku? Kesian..semua orang dah ber-whasapp & ber-bbm, saya jugak yang ketinggalan zaman. Simpan duit nak beli hp android asyik kena korek jer...huhu.
Gambar-gambar kat bawah ni guna kamera besor anak saudara MKS. Ada lagi gambar kat kameraman yang di upah. Nanti kalau dapat, saya up lagi entry baru..hehe.
Nak cite pasal adik beradik MKS. Rasanya 7 beradik tu dah macam besar, berbanding adik beradik saya 4 orang je. Tapi bila dah berkumpul macam ni..eh sikit je.
Abang MKS yang sulung, Abang Sin & isteri tak datang. Saya pon dah lama tak jumpa. Rasanya memang lama tak jumpa, waiz pon tak kenal Pak Longnya tu kot..sadis. Diaorang tak ada anak..tapi ada bela anak angkat kot. Ntah..saya tak pasti. Eh tapi sebenarnya mak mertua Abang Sin meninggal dunia sehari sebelum raya hari tu. So mungkin sebab tu tak dapat hadir...ya sebab tu.
Ni abang MKS yang kedua..Abg Usop & Kak Yah. Duduk kat KL..tapi ada jugak rumah kat Beladau nu. Abg Usop Kaunselor, Kak Yah cikgu. Anaknya 2 orang je..Mat & Sabri. Semua duduk KL jugak. Kalau kitaorang balik kampung, rumah Abg Usop ni lah tempat persinggahan kitaorg.
Sabri si baju biru tu lah tuan punya gambar2 ni..semua saya cilok kat fb dia, hehe.
Abg Li & Kak Jah. Anaknya yang sulong, Iju si baju merah [bujang yg dah bertunang]. Kedua Fahmi [berjambang & jubah putih] dah ade anak dua. Ketiga Ajah si baju hijau dan suaminya si baju oren, ada anak sorang. Keempat Syukriah, ada di Mesir. Bongsu Hakimah berbaju biru.
Abg MKS yang ni duduk Gong Badak je. Kerja gomen.
Family besar, Kak Mah. Yang saya selalu cite tu..ni lah dia. Kakak merangkap mak saya kat sini. Apa-apa hal, dia lah tempat rujukan saya & MKS. Anak ada 7 orang, tapi sorang tu..Fahim ada kat Mesir jugak. Cucu dah 6 orang.
Kak Mah duduk kat kawasan rumah saya jugak. Selang 2 buah rumah dari rumah saya. Suaminya ustaz pencen. Sekarang jadi imam kat masjid kampung. Kak Mah tukang jahit. Sape2 nak upah jahit langsir..boleh lah.
Kak Ha, rumah sebelah rumah saya je..dalam satu pagar. Dia ustazah. Anak 2 orang..along & angah. Dua-dua belajar UiTM..beza setahun je diaorang ni. Si along ni lah pembekal cite2 korea & runingman kat saya..kehkeh.
Kak Nah..suri rumah. Suaminya Abg Wahab keje gomen. Anaknya semua perempuan..yang sulong tu muda 3 tahun je dari saya, Mukminah. Kak Nah ni dah macam kawan baik & kakak saya jugak kat sini. Mungkin sebab anak dia semua perempuan..so memang dia cool macam kawan2 kita jugak.
Kak Nah beza 15 tahun dengan adik bongsunya...
Ni dia si bongsu..MKS. So boleh agaklah macam mana manjanya MKS ni dengan abang2 & kakak2nya...kan? So waiz & una memang jauhhh berbeza umur lah dengan sepupu-sepupunya yang lain...hehe.
Nin dia...mana satu korang weiii.
9 comments:
seronoknyaaa family ramai nie dikk
bila berkumpul ramai2 kecoh jadinya .. nak2 bila time bergambar ekeke
mesti berebut bilik air time nak mandi kan nok? hahaha...
one hepi family at home!
Meriahnya suasana
Alhamdulillah... walaupun wida orang mendatang, hubungan keluarga sebelah suami tak da masaalah... Mudah2an kekal sampai bila2...
bukan sennag kan nak berkumpul macam nie..
besar juga family MKS..
ramailer tu.. meriah akak suka leh curi tulang.. kah! kah! kalau keluarga sikit balik2 kita jer kena keje... seronok dapat berkumpul yerk...
wahh meriahnyaaa
besar juga yer keluarga...keluarga besar nih seronok bila sesekali berjumpa tuh...
Post a Comment