Friday, September 20, 2013

Puting kepok dan Botak

Cuti hari Malaysia yang lalu, kitaorang ada projek baru (yg ni saya cite kemudian ok), so meeting lah sikit dekat rumah kawan my BIL. Balik dari rumah Cikgu Din tu (kawan my BIL), singgah beli air kelapa..cempedak goreng dan keropok lekor. Saje lah beli buat makan2 dalam kereta walaupon dah kenyang melantak laksa penang kat rumah Cikgu Din tadi. 

Nak dijadikan cerita, si Una ni memang dah mengantuk sangat. Tapi sibuk nak makan jugak..mengunyah jugak seMek ni kepok lekor yang liat tu. Ntah macam mana..boleh tertido time dia mengunyah tu..tengah duduk pulak tu. Hurmm..memang penat sangat lah tu.

So saya sandarkan badan dia ke badan saya. Dan kepok tu saya amiklah..takut tercekit pulak. Tapi dia boleh sedar pulak saya ambil kepok tu..di ambil semula dari tangan saya, dan di masuk balik dalam mulut dia. Ya Allah..memang kelakar lah masa tu..dia hisap kepok lekor tu macam hisap puting. Siap gigit lagi..saya try ambil, tak boleh ye! Una..una..hehe.

Oh ya, una dah 15 bulan sekarang ni. Time timbang kat klinik desa baru-baru ni..berat dia 7.8kg. Naik lah jugak walaupon sikit. Dah masuk border line kuning..emm. Nak buat macam mana, lemak-lemak dan zat2 una semuanya pergi ke mama! Saya ni yang takut nak timbang..takut pecah pulak scale tu.
Kat taska pon cikgu Una bagi report yang una dah rajin berlatih berjalan. Sekarang ni asyik nak berjalan je..senang lah sikit hati saya. Sebab b4 this, cikgunya kata una tak nak berjalan, asyik duduk je. Bila cikgu berdirikan dia..dia berdiri statik je. Maybe time tu dia masih takut lagi. Yelah, budak2 kan ramai kat taska tu..una ni plak pesen manja sikit.

Kalau kat rumah pon..abang dia tertolak sikit dia dah menangis. Tu tak sengaja..kalau abang dia memang sengat buat ke dia, lagi kuat lalaknya. Memang ratu air mata tau budak pompuan ni. Kadang2 tu..mata jadi bengkak sebab asyik nangis je. 

Ni kalau dia berlatih berjalan..tiba2 terjatuh, kita  bagilah support..suruh dia bangun dan jalan semula. Tapi dia duduk senyap je..tunduk macam nak menangis, sentap lah tu. Hai..nak sentap dengan sape pon tak tau lah. Memang macam perangai mama dia..suka sentap sorang2..haha.
Hero saya..budak ni dah banyak cakap sekarang. Kalau nak dengar dia senyap..time dia tidor je lah. Yang ni gambar terbaru, kali kedua saya botakkan rambut dia. Kuat makan, asyik ulang alik masuk dapur je. Kalau saya beli barang..hai dia pon sibuk kutip makanan dia masuk dalam troli, suka suki hati dia je!

Dengan adiknya pon pandai usik dah sekarang ni, dulu dia tak peduli pon. Tapi sekarang, asyik di usik je. Kadang-kadang di marah adiknya..di cubitlah, diketuklah, ditariklah..emm macam mana nak buat diaorang ni close ye. Ke normal situasi macam ni? Saya pernah dengar petua orang tua..kalau nak rapatkan hubungan adik beradik, simpan tali pusat diaorang dalam satu bekas yang sama. Rasanya tali pusat waiz dan una memang saya simpan bersama..tapi macam tak jadi je..huhu. Tu petua je..jangan percaya sangat ye

Hai lah..dah lama tak menulis, panjang pulak daku membebel. Terima kasih pada yang masih sudi membaca blog saya ni. Jumpa lagi..daaa


p/s: UmmiRan, lama x update blog. Betul ke cerita yang saya dengar ni? Tahniah :)

Sunday, September 15, 2013

Doter and son

Makin besar anak-anak saya ni. Pejam celik..pejam celik tetiba baju dh sendat, seluar dh singkat. Dah pandai bergadoh dua beradik ni..masing2 x nak mengalah. Kalau bermain tu..kejap je baiknya. Pastu mesti ada yg menangis. Biasanya Mek una lah..dia memang ratu air mata sikit..drama je lebey..hekhek.

Waiz pulak masih pelat..masih dgn dunia fantasinya sendiri. Kadang-kadang saya x tau apa yang budak tu ceritakan. Buat2 paham je lah..hehe.
Ni je yg sempat update..daa.

Tuesday, July 23, 2013

Pertandingan Taska PERMATA

Baru-baru ni..before puasa, cikgu sekolah waiz ada call. Katanya, nak wakilkan waiz ni untuk taska PERMATA cawangan Kampung Panji  ke pertandingan memarna dengan taska-taska cawangan lain. Ish..saya ni macam tak percaya je. Yelah, waiz tu pegang pensil pon tak berapa nak betul lagi..confuse kejap dengan cikgunya tu. Betul ke..boleh ke waiz mewarna..macam-macam lah. 

Tapi bila cikgunya dah yakinkan saya..saya pon sokong jelah. Bagi pengalaman sikit ke waiz tu..lagipon saya tau, waiz memang suka aktiviti-aktiviti macam tu. Hari mewarna diadakan pada hari Jumaat..gigihlah kami anak beranak bangun awal pagi ye. Biasanya hari cuti..anak-anak dan makpaknya bantai tido sampai kol 10am!!  
Kasi semangat sikit..beli pensil warna yang baru. Padahal kat rumah punyalah melambak..kat bawah kerusi ada, atas katil ada..dapur ada..merata-rata! Tapi sebab PAPANYA nak yang baru..kita layankan je lah! Papanya memang over semangat..hehe
Ni group taska waiz..setiap taska wakilkan 10 orang budak. Semua berkumpul kat Taska PERMATA Batu Buruk. Kawasan taska tu besar..siap ada playground lagi.

Ibubapa boleh duduk sekejap je dalam ni..lepas tu semua kena halau keluar okey. Anak-anak kena kaler sendiri. Nasib baiklah waiz tu tak penakut macam una..relax je kena tinggal sorang-sorang.

Pandai jugak dia kaler sorang-sorang..kagum sekejap. Macam tak percaya..eh anak aku ke tu? Hehehe..

Una pon saya angkut sekali..budak ni sibuk nak kaler dengan abangnya sekali. 

Lepas saya keluar dari tempat mewarna ni..hendap2 kat tingkap je lah. Waiz ni kaler punya lah laju..tak sampai 10 minit dah siap okey!! Dia lah orang pertama bangun..jerit2 kata dah siap.

Tapi cikgunya suruh duduk..dan kaler lagi. Tapi 5 minit lepas tu..dia start kacau kawan2 dia. Cikgunya tak tahan..terus suruh waiz keluar..hahaha.

Rupanya mamat tu kelam kabut mewarna..siapkan cepat2, sebab tak sabar nak main kat playground okey..sabar jelah! Lepas bagi dia main..dah dapat hadiah saguhati..kitaorang laju-laju balik. MKS sakit kepala lah pulak...

Harap akhir tahun ni, waiz dapat wakil taska untuk masuk pertandingan hafazan pulak.

Monday, July 22, 2013

Khairuna dah SETAHUN!!!

Salam semua...sihat?

Ada yang merindui saya? Tak? Okey..tak pe..

Tak kisah..nak cerita dekat korang. Sekarang una dah setahun..eh sebenarnya dah 13 bulan! Kejap je dah besar anak dara saya ni. Tak sedar pon..hehe

Tak pandai jalan lagi ye..nak berdiri sendiri pon masih takut-takut. Takut sakit..takut kucing..takut kena tinggal sorang..takut dengan orang..serba serbi penakut lah mek sorang ni. Memang berbeza dengan abangnya dulu..umor 10 bulan dah pandai jalan.
Tak pelah..lama-lama nanti mesti dia pandai jalan jugak kan? So tak naklah paksa-paksa dia sangat..semoga anak mama membesar dengan sihat!

Fuh..jenuh jugak nak abiskan satu entry ni..skill mengarang dah tumpul. Yelah..lama saya tak membebel kat blog ni kan. Tapi blog kawan-kawan..masih saya kunjungi, cuma kalau saya tak drop comment tu..sori ye.

Jumpa lagi di entry akan datang..doakan roh meng-updated blog ni masih segar lagi, hiks.

Daaa..bye. Selamat berpuasa!

Sunday, April 7, 2013

Una 10 bulan

Pejam celik pejam celik..dah 10 bulan budak una ni. Makin  comei..hehe. Rambut banyak tu lah, tak panjang-panjang. Gigi baru tumbuh dua batang..tak  bertambah-tambah. Tapi tiap malam menangis..meragam je.

Oh ya..una dah x duduk dgn tokmi lagi. Dah  dua minggu kitaorg hantar kat taska. Mula-mula tu nak hntr taska sementara waktu je sebab tokminya nak jaga ayah dia..sakit. tapi x lama pastu, ayahnya meninggal pulak. Jadi kesian pulak kat una asyik berubah org yg jaga dia..stress budak tu. Saya pon stress sama!!

So, di sebabkan una pon okey duduk taska, kitaorg decided untuk hantar una duduk taska terus. Saya hntr kat taska di kubang parit ni je. Satu jalan dengan taska waiz..petang mks Yang amik anak-anak.

P/s: 10 bulan..berat una 6.8kg

Saturday, March 30, 2013

First aid homoepathy

First aid homoepathy..ubat wajib ada di setiap rumah. Ada 12 botol semuanya. Remedi untuk bermacam penyakit..murah je. RM 100 sahaja. Kalau pergi klinik homoepathy tak dapatnya 12 botol ubat dengan harga ni..kan kan kan?

Sebenarnya saya memang kurang makan ubat hospital..banyak sgt bahan kimia. Agak bahaya utk long term..tapi kalau terdesak tu telan jugak. Waiz tu lagi lah..setiap bulan kena neb kat klinik..banyak betul makan ubat klinik..takut saya. Tapi tak baik-baik pon..next week sakit lagi.

Ubat homoepathy pon saya bagi jugak, tapi stok cepat sgt abis..sedap kan. Bila dh abis, malas nak pergi klinik. Dah lah klinik homoepathy yang saya selalu pergi tu asyik penuh je, penat menunggu..huhu. so bila dah ada first aid ni senang sikit, kan?

Okey, fyi..ubat ni from Pakistan. Ada dua belas botol semuanya. Kalau org dewasa kemam 3 biji, kanak-kanak 1-2 biji sahaja. Lepas kemam pil tu..elakkan minum air sekurang-kurangnya setengah jam.

Antara remedinya, botol 1-utk bengkak/ketengangan otot, kerapuhan gigi. Botol 2 - sengal tulang,mual. Botol 3 - utk cuci darah, sakit kulit, bisul, jerawat, luka lmbt sembuh. Botol 4 - demam panas,tmbh o2 dalam badan.

Botol 5- kahak/nanah, demam, batuk Dan kesejukkan. Botol 6 - utk sel otak, keletihan fikiran emosi,tension,stress Dan kemurungan. Botol 7 - keseimbangan kulit, penyakit kulit yg teruk, kulit pecah, kelemumur. Botol 8 - saraf Dan otot, cramp. Botol 9 - hingus, cirit birit, muntah, kurang air. Botol 10 - utk neutralkan asid berlebihan dlm bdn, makanan x hadam. Botol 11 - utk menulenkan air dlm bdn, mengatasi kesedihan, bengkak. Botol 12 - pembersih kotoran, user.

Yang gambar saya post tu general first aid, satu lagi women first aid, tu memang khusus utk wanita.

Kalau korang baca, ubat-ubat tu bukan hanya utk fizikal..tapi juga emosi kita. Tapi apa yang paling penting....x ada bahan kimia.Dan memang selamat, makan kerap..atau acap kali pon take memudaratkan.

So, kalau berminat boleh lah email saya di mamakhairuls@gmail.com.
RM100 sahaja..

Saturday, March 16, 2013

Khairuna - 9 bulan

 
Lama tak update blog..bersawang dah..hukhuk. 

MKS dah pasang streamyx kat rumah, tapi masih tak berkesempatan nak bersosial. Mek una tu pantang betul kalau mamanya tak duduk dekat dia..menangis aje. Asyik nak melekat. Dah macam kembar siam pulak! Ni pon laju-laju update..dia tengah tido.

Una dah sembilan bulan. Baru-baru ni timbang kat klinik..baru 6.8kg. Kecik betul budak ni..tak padan dengan 'pembesaran' makpaknya. Orang pandang atas bawah kalau saya dukung una ni..hehe.

Hari tu kat Giant saya dudukkan una kat atas meja. Ada sorang akak ni tegur, umur 5 bulan dah boleh duduk ke..tak sakit pinggang ke budak ni. "Dah sembilan bulan kak". Terkejut kak tu..hehe.

Merangkak pon tak lagi budak ni..gigi baru nampak nak tumbuh, rambut tak panjang-panjang. Makan pon boleh kira berapa sudu...cam mana nak cepat besar kan? Takpelah..budak perempuan ni jaga badan agaknya. Janji sihat dan cerdik..sudahlah.

Okeylah, mek una dah bangun...daaa



Friday, March 1, 2013

Bye Shah Alam

2 minggu bersamamu..terasa cepat masa berlalu..cis.

Lepas ni mesti rindu dengan kesibukkan kota, dengan jalan jammed-nya, dengan tolnya.. hiruk pikuk suasananya..hehe.

Cukup widadi..Ini semua poyo!!
Mungkin saya ni yang tak betah/biasa dengan kehidupan kota..orang kampung macam saya, memang selayaknya di kampung saje. Tapi alhamdulillah..dapat jugaklah merasa hidup di kota..walaupon 2 minggu sahaja. Lepas ni..kembalilah rutin saya seperti biasa...di Kuala Terengganu.

Terima kasih pada kotaraya..kerna beri peluang saya jadi sebahagian daripadanya. Syabas jugak pada saya, sebab berani sahut tugasan ni. Berani drive sorang diri dari Klang ke Shah Alam..berani rebut parking, pandai isi minyak sendiri (tapi biasanya saya jerit-jerit jugak kat mat bangla tuk isikan minyak kereta saya..hehe) boleh jaga anak sorang-sorang. Alah..ai kan manja sikit. Dulu sikit-sikit..MKS yang buatkan. Tapi sekarang..bolehlah berdikari..sikit jelah. Balik KT nanti..harus saya suruh MKS buat balik..hahaha.

Okey Shah Alam..tunggu saya datang time meeting quarterly nanti lah ye!

Shah Alam..peace yooo.




Thursday, February 28, 2013

Yuna MKS

Sekarang ni kan saya stay di rumah yong kat Klang. So anak-anak yong memang rajin melayan si una ni..lebih-lebih lagi si Fasha sendat..anak bongsu yong. Ada je benda dia nak usik..cium..di gomol-gomol budak kecik tu, sampai naik rimas dibuatnya. 

Umur fasha ni 6 tahun..dah lama jadi anak bongsu, teringin adik lah tu. Asyiklah mintak adik kat maknya..keh keh. Kena tunggu maknya abis belajar dulu lah..baru boleh merasa dukung adik sendiri. Kak yong saya tu tengah sambung belajar..yelah, sekarang kan cikgu sekolah kena amik program pensiswazahan guru. Susah jugak kalau nak belajar..preggy lagi..kan?
Ada je kerja si fasha sendat ni..ni proses nak pakaikan tudung untuk una. Biar jadi macam Yuna..hehe. Mula-mula memang si una ni diam je. Tapi bila lama-lama..naik rimas..menjerit lah budak tu. Tu kalau dah ada gigi..konpem di gigitnya. Eh, una tak tumbuh gigi lagi lah..dah nak masuk 9 bulan ni. Risau pulak..huhu.
Nampak tak tu..muka tak rela kena jadi model kak fashanya. Bengang je muka si una tu..hehe. Tak pe una..bertahanlah, dua minggu je duduk dengan kak fasha. Nanti dah balik KT..tak de orang nak main dengan kamu. Abang waiz tu bukannya reti main mekap2..fesyen ni. Dia pandai main pistol dengan kereta je!

Taip nama waiz..teringat kat budak tu..emm..sob sob. Kesian waiz kena tinggal dengan papa kat sana. Sabarlah..mama pergi mencari rezeki untuk family kita..cewaahh! 


Wednesday, February 27, 2013

U-Cafe

Sepanjang saya training di Shah Alam..hampir dua minggu lah, tak pernah pon makan kat luar. Biasanya makan di u-cafe je, cafe di tempat kerja saya. Sebab kat u-cafe ni dah banyak pilihan. Macam-macam menu ada..cafe of choice lah katakan. Western ada..masakan panas ada, lauk pauk bermacam jenis, roti ada, kedai kek ada..memang banyak pilihan lah.

Harga pulak memang berpatutan..bayangkan semua jenis makanan panas harga RM3.80. Ni kalau kat KT..tak dapat rege cam ni! Lagi best dari foodcourt mydin KT ni..hehe.

Ni dari pandangan mata saya selama training 2 minggu kat sini lah...kalau dah duduk 2 tahun, konpem bosan..hehe. Biasalah..manusia memang tak pernah puas..kan?
Ni bahagian western..macam2 jenis pasta dan pizza ada. Pelik-pelik pon ada..jarang beli. Perut ai ni wajib makan nasi. Kalau tak makan nasi..belum pukul 4pm perut dah bergendang semula..hehehe.
Cantonese yee mee..RM3.80 je tau. Udang banyak..ayam pon ada..memang berbaloi. Yang penting, mee tak lembik. Saya ni ada problem sikit kalau makan mee/bihun yang lembik. Meggi pon sama..kalau dah kembang sangat..tong sampah lah jawabnya. Eeei..memang tak lalu lah nak makan benda kembang-kembang lembik ni.

Hari ni nak makan ape yer....

WW ~ Si Teddy Bear

Nasib baik saya bukan pencinta bear..tapi sekali tengok, geram jugak. Teddy bear ni lagi besar dari saya..hehe.

Monday, February 25, 2013

Cendol Bakar

Dapat jugaklah merasa time balik kampung raya cina baru ni. MKS malas nak makan kat situ..so kitaorang drive thru je. Tapau..pastu berhenti makan kat kedai mamak di Kuala Selangor.

Okeylah..sedap jugak. Rasa cendol..hehehe. Memanglah, dah namanya cendol..mestilah rasa cendol!! Tapi yang saya perasan..sepanjang jalan dari Ijok - Kuala Selangor - Tanjung Karang...memang banyak kedai cendol. Macam-macam tagline dan promosi. Dah macam jadi pusat jualan cendol pulak kat situ..hehe.


Saturday, February 23, 2013

Pindah Taska

Mama tukar kerja..dengan waiz sekali kena tukar taska, hehehe. Sebenarnya dari awal bulan Februari hari tu waiz dah pindah taska. Tapi saya tak berkesempatan nak cerita. Taska Permata jugak..tapi di cawangan lain. Sebelum ni waiz di taska permata desa chendering, sekarang ni di kg.panji..dekat sikit dengan rumah kitaorang.

Sebelum ni kan saya yang hantar dan amik waiz kat taska dia, tapi bila dah kerja baru ni..ofis hour saya berubah. Masuk kol 9 pagi..abis kol 6 petang. So tak kan nak berkejar dari ofis ke Chendering..then nak balik rumah pulak. MKS tu pulak, nama je kerja di chendering...tapi bukannya selalu masuk kedai. Jarang-jarang sangat masuk kedai, kalau pergi pon tak menentu masanya. Tu yang kitaorang decided tukar taska waiz.

Sekurang-kurangnya kalau MKS tak sempat nak amik..boleh mintak tolong SIL saya amikkan. Atau anak2 buah MKS. Lagipon dekat je dengan rumah.

So far waiz okey je bila tukar taska ni. Tak delah menangis atau sedih..dia kan mesraaaa alam. Cikgu2 pon kata dia okey. Cepat berkawan dan tak takut orang. Waiz okey..happy, saya pon senang hati pergi kerja.

Taska baru ni...lagi besar, macam rumah banglo je. Kanak-kanak kat situ pon ramai..adalah dalam 50 orang. Lagi ramailah kawan-kawan waiz..sukalah budak tu. Kemudahan pon lagi banyak...tv besar, ada library dan kelas belajar..okeylah.  Nanti tunggu una besar sikit..mama pon nak hantar dia kat situ jugak..hehe.

p/s: tak dapat nak beli kuih dan durian crepe kat Kak Anum di taska lama waiz dulu...huhu.

Friday, February 22, 2013

Kenangan Lama..bersama Boss & Ofismate










Sebab ni gambar lama...saya pon tak de mood nak cite. Saja nak abadikan kat blog ni..sebagai kenangan terindah selama saya bekerja di ofis lama. Rasanya..kejadian di atas sehari sebelum saya berhenti kerja. Boss saya memang suka makan..entah bila dapat makan free macam ni lagi yer..hehehe.

Terima kasih pada boss sudi belanja makan..di Paradise Deluxe. Dapat hadiah lagi..hehe. Lebih kurang 5 tahun saya bekerja kat sana. Harap-harap kerja baru ni pon saya boleh bertahan lama..huhu.

Thursday, February 21, 2013

Kerja Baru

Assalamualaikum semua..

Lamanya tak meroyan kat blog ni..aduh. Rindu nak membebel macam dulu..huhu. Tapi apa kan daya, kerja baru saya ni tak se-relax macam kerja dulu. Ada masa bukak facebook..updated blog, tengok cite korea. Saya dulu pon konpius.."aku ni kerja ke tidak ni"...hahaha. Tapi kerja tetap siap ye..

Pada yang masih tak tau..saya dah dapat kerja baru. Sekitar bandar Kuala Terengganu jugak. Tapi sekarang ni saya tengah training selama dua minggu di Seksyen 13, Shah Alam. Masa mula-mula apply kerja ni, memang diaorang dah inform..jawatan saya ni akan kena training di HQ di Shah Alam. Masa tu, nak dapat kerja punya pasal..sangguppppp. Tapi bila dah masuk kerja..rupa-rupanya memang kena pergi HQ. Aduh..masak betul!!

Nak tak nak, terpaksalah saya berkelana dan mengembara ke Shah Alam..huhu. Macam-macam cabaran lah saya hadapi. Kena tinggal anak lah..runsing nak pergi training macam mana lah, tempat tido, bla bla bla...emm. Nasib baiklah MKS paham..dan dialah yang bagi semangat kat saya. Kalau ikot perangai saya yang lembekkk dan manja ni, rasanya..sehari dua je tahan kerja kat situ kot..huhu.

Dipendekkan cerita..15hb baru ni, MKS hantar saya ke Klang. Oh ya..tempat kerja saya ni sediakan penginapan kat Hotel Laman Seri di SA sebab ada 2 orang lagi yang training bersama saya iaitu dari Sungai Petani dan Kuching. Tapi disebabkan saya bawa Una (korang tau2 jelah..una tu kan masih menyusu badan dengan saya), so saya decided untuk menumpang di rumah yong (abang sulung) saya kat Klang tu. Sebabnya..kalau saya duduk hotel..kat mana nak letak una masa saya training dari pukul 9-6 tu? Kat Klang, saya tumpang letak una kat rumah pengasuh anak-anak yong saya.

Alhamdulillah sangat2..family saya banyak membantu. My SIL..K.Yong sudi pinjamkan kereta kancil dia untuk saya berulang alik dari Klang-S.Alam. Tumpang tido rumah lagi..tolong amik una waktu petang lagi sebab saya sampai rumah dalam pukul 7pm..tolong masak..kadang-kadang tolong jemur baju saya lagik! Huhuhu...memang banyak lemak sungguh! Tu belum adik saya..Lily, tolong pinjam GPS..pinjam smartag dia, bagi baju-baju, tudung..sebab saya malas bawak stok baju dari Terengganu..hahaha. Nasib baiklah k.yong saya tu kecik je..kalau sama saiz, harus saya pinjam baju dia je!

Bab jalan satu hal jugak. Yong saya ada tunjukkan jalan dari Klang ke ofis saya kat Shah Alam tu..tapi orang blur dan lembs cam saya ni mana lah ingat jalan kan. Jalan kat Kuala Terengganu tu pon saya boleh sesat...padahal dah duduk sana 7 tahun, ini kan bandar besar macam Klang dan Shah Alam. Lepas yong tunjukkan jalan, saya test bawak kereta sama MKS & Lily..teruk saya kena hentam tau. Diaorang tu kalah JPJ..asyik kondem...ish nak buat macam mana, saya ni memang lemahhhh bab jalan.

Hari pertama pergi kerja..saya sesat. Pergi balik sesat tau! Hari kedua pon sama! Padahal GPS on..peta kat kertas pon ada..sesaaattttt jugak!!! Hari ketiga baru okey...barulah boleh ingat sikit..so tak sesat. Agak bangga jugaklah..walauponnnnn!!! Ni dah hari ke-4 saya training di HQ. Okeylah..staff kat HQ ni memang banyak mengajar dan membantu. Memang tak lokek ilmu..besttlah. Feeling cam jadi student balik je, teringat masa belajar kat UiTM dulu..hehehe. 

Tapi..tapi..yang tak bestnya...bab parking kete. Saya ni dahlah parking failed. Dulu test parking 2 kali tau..memang hazablah nak cari parking kat sini..fuhh. So reject nak kerja kat sini...hahaha.
Ni permandangan dari tingkat 3 ofis...kereta parking bawah flay over je. Bertindih-tindih...orang bandar biasalah kan. Saya tak reti sangat nak parking cam ni. Hari tu sampai nak nanges rasanya menunggu parking...huhu. Saya takut kereta k.yong saya tu calar je. Baru cat kereta tu..aduh. Mintak-mintaklah selamat yer.

Okeylah..saya training sampai 28hb ni. Sape nak jumpa..mehlah, hahaha.



p/s: waiz dan MKS dah balik KT 17hb hari tu..so saya dan una je tinggal kat Klang. Kesian waiz....kena berpisah dengan mama dan adik dia untuk sementara waktu :(

Sunday, February 17, 2013

Shah alam peace yo!

Lama saya menyepi..nanti2 saya updated okey. Cuma nak bagitau..saya kat shah alam sekarang.

Bye

Monday, February 4, 2013

Model cilik

Photo
Gambar ni saya 'curi' dari facebook kawan saya...ex-ofismate saya. Dia memang pandai buat benda-benda alah ni..ape ke namenya ek? Craft yer? Tu kat atas kepala una tu..salah satu produk yang dia hasilkan. Kebetulan masa Una datang ofis..jadi model sambilan..hehe.

Sesiapa area Kuala Terengganu..yang berminat topi atau kopiah kait-kait cam ni, leh lah terjah page dia di sini. 

p/s: saya ni jugak yang keras tangan..apa pon tak reti buat! Pheww..

Friday, February 1, 2013

Ujian & Rahmat

"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."

Selalu dengar dan baca petikan kat atas tu kan? Rasanya tu lah yang terjadi dekat saya sekarang ni. MKS selalu kata..ni lah ujian untuk kami sekarang. Ye..kadang-kadang saya menangis jugak. Tapi..last-last kena redho dan terima kenyataan. Jangan selalu tengok orang di atas yang hidup senang lenang. Kena pandang orang di bawah kita, alhamdulillah saya tak pernah missed makan lagi setakat ni. Masih ada rumah untuk berteduh, masih ada kenderaan untuk bergerak ke sana ke mari, masih ada pakaian untuk di tukar ganti, masih ada telefon untuk menghubungi..syukur syukur syukur Ya Allah.

Semoga Allah bukakan rezeki untuk kami..untuk keluarga saya, untuk kawan-kawan saya...untuk seluruh muslimin dan muslimat...amin.

p/s: ni entry lama..masa saya emo nak cari kerja lain. Ni dah dapat kerja baru..still tak puas hati. Aduh...napelah hidup ni asyik nak senang dan tak bersyukur. Hanya peringatan untuk diri sendiri..wassalam.




Thursday, January 31, 2013

Hari Kejadian

Festime lah saya pakai kasut skema cam ni..dah gaya nak interview gomen! Hehehe..ni MKS punya hal lah. Saya cuma bunyi-bunyi kat dia..tak ada kasut cantik..diulangi kasut CANTIK nak pergi interview, sebab selama ni saya pakai selipar jepun je pergi ofis. Ofis saya...nak masuk dalam tu kena bukak kasut. So pakai selipar buruk pon tak pe. Jadi bila pergi interview ni..mula lah mengagau selongkar kasut lama. Tapi...nan hado. Tercabut tumit lah..rosak itu lah..rosak ini lah...emm

Jadi MKS ajaklah beli kasut baru. Tu dia lah pilihkan. Saya nak kasut biasa jer..asalkan cantik. Eh..dia nak kasut yang berkilat okey..veryyy the formal! Keluar masuk keluar masuk kedai kasut mencari kasut taste dia..aduhhh MKS kan memang cerewet sikit bab membeli ni. Saya layan je lah...sebab dia yang nak membayar kan. Kalau guna duit saya..haruslah saya beli ikut taste saya....hehe.

Nak dipendekkan cerita..lepas interview tu, saya dapat jawatan tu. Mungkin bertuah sebab pakai kasut yang MKS belikan. Tapi kan..tapi kan...emm tak nak cite lah. Cuma..beberapa orang taulah kisah saya ni. Cam kak Yaya, kak PR..MKS...huhu. Doa-doakanlah saya berjaya dengan kerja baru ni..

Terima kasih sudi baca!

p/s: ni schedule n3..hari ni hari pertama saya ditempat baru...wish me luck!

Wednesday, January 30, 2013

WW ~ Geng Pink

:: From Google ::

Boleh geng dengan saya budak ni..

Tuesday, January 29, 2013

Sumbangan Terakhir

Assalamualaikum semua....
Bizi bizi bizi....rasa nak demam dah ni. Manager saya kat sini dah pesan sesiap..before berhenti kerja SIAPKAN REPORT..huk huk huk. Kat atas tu..fail pekerja. Pekerja kat loji yang saya jaga ni ada 14 orang..sikit je. Tapi kena cek satu-satulah status diaorang ni. Saya kena buat proposal untuk kenaikan gaji pekerja dan report untung rugi.

Semput...tapi tak pelah. Memang saya akan settled-kan semua kerja. Rasanya tak ada yang tertangguh. Kalau ada..ampunnnn.

Report dan proposal..baru je siap, alhamdulillah. Lega rasanya. Dah siap print pon. Lepas dah tanggungjawab saya. Lepas ni..apa-apa tindakan dan keputusan dalam meeting atas pengarah-pengarah lah pulak. Tolonglah jangan salahkan saya kalau gaji tak naik yer..hiks.

Tapi saya doakan agar pekerja-pekerja di bawah jagaan saya ni dapat gaji minimum dan kenaikan seperti yang diaorang harapkan. Mudah-mudahan...banyak-banyaklah berdoa. Jangan nak mogok jer...opps terlepas sudah!

Dapat bonus ke..naik gaji ke, jangan lupa belanja saya! Hehehe


Thursday, January 24, 2013

Kali terakhir?

Agak2nya dapat x saya makan free macam ni lagi kat tempat keja baru nanti? Alhamdulillah..saya dah bg surat resign kt boss. Notis seminggu. Sepatutnya saya kena bagi notis dua minggu..tapi keadaan x mengizinkan..terpaksalah. Saya pasrah je lah kalau kena potong gaji pon..huhu.

Rasa berdebar-debar lah pulak bila start kerja baru ni nanti. Baik dan sporting x boss baru saya nanti..ofismate baru okey tak..macam2 lah yang terlintas difikiran ni. Harap semuanya baik-baik saja.
Doakan saya!

Wednesday, January 23, 2013

WW ~ Kehkeh


Dalam Dilema

Rentetan dari entry ni. Masa tu memang saya tengah menunggu panggilan interview. Memang betul-betul berharap dan berdoa..kalau dapat pergi interview pon dah okey. Selalunya kalau hantar permohonan kerja..mesti senyap tak ada jawapan. Sekurang-kurangnya, kalau pergi interview..kita taulah permohanan tu di tengok kan?

Alhamdulillah..hari selasa baru ni, saya dapat pergi interview di sebuah kolej swasta di Kuala Terengganu ni. Okeylah jugak..walaupon memang saya berharap dapat kerja kerajaan. Tapi masih tak ada rezeki..nak buat macam mana. Terima jelah mana yang datang dulu.

Keesokkan harinya...dapat jawapan, saya diterima! Wah...alhamdulillah..syukur sangat. Dan pihak kolej harap saya dapat masuk secepat mungkin! Aduhh..saya sepatutnya kena beri notis 2 minggu berhenti kerja. Tapi 27hb Januari ni saya dah kena daftar kerja baru. Macam kelam kabut lah pulak. Mungkin ini cabaran bagi saya..saya terpaksa buat pilihan. Bukan senang nak hidup senang kan?

Dalam masa yang sama..saya tak sampai hati pulak nak tinggalkan kerja sekarang, berbelah bagi..huhu. Tak tidor lena saya sehari dua ni..dari hari saya hantar resume tu lagik! Nasib baiklah kerja saya tak ada yang tertangguh-tangguh. Kalau tak..lagi serba salah nak tinggal kerja yang menimbun.

p/s: Okeylah..tq pada kawan2 yang doakan saya sebelum ni. Harap-harap langkah saya berhenti kerja ni adalah jalan terbaik untuk masa depan saya dan family saya jugak. Yang pastinya...kerja 5 hari seminggu. Tak larat dah nak kerja 6 hari..fenaattt. Buat UMMI RAN..sis tak tertinggal ape2 cite. Cuma tau2 je lah saya ni..kuat berahsia..hehe.


WW ~ Tertinggal Kunci

Setengah jam tunggu papanya hantar kunci..sebab mama tertinggal kunci dalam kereta, huhuhu...nanges!

p/s: bukan waiz yg nanges..mamanya! Biasalah...budak ciwek memang cam tu.

Tuesday, January 22, 2013

HOKAIDO

Ni lah kek hokaido..kecik cam muffin jugak, tapi gebunya...macam kek chiffon. Pastu ada inti kustard..dan ditabur gula icing. Sedapnya.....tapi manis sikit. Sebelum makan, kalau sejukkan...lagi sedap!

Hehehe..saya ni bab makan apa yang tak sedap. Semua sedap..kan? Ni lagi satu keluaran Anum Cookies. Kak Anum tu masak apa pon sedap lah..untungnya pandai masak. Sebiji RM1.50..Minima order 5 biji. 
Gambar kat atas ni..saya amik dari FB Anum Cookies. Kalau berminat..silalah order yer. Saya ada amik gambar kek tu sebelum makan..tapi kat instagram. Huk huk...orang berjaman ada instagram, saya baru register. Tu pon sebab ada tab samsung waiz. Hp saya manalah boleh berinstagram ni...huhu.

Sebenarnya...masa amik hokaido ni lah kunci kereta saya tertinggal kat dalam kereta. Yer...sebab gaduh-gaduh (kelam kabut) nak keluar..entah macam mana tertinggal. Waaaa....haru betul.

Camni..hari selasa lepas, lepas amik waiz..saya ke rumah Kak Anum, depan sekolah waiz..dekat je. Biasanya kalau sampai depan rumah dia, saya hello sepatah...ada orang tukang hantar. Tapi time tu..tak ada orang nak hantar, Kak Anum pulak tak sihat..so dia suruh amik kat pintu rumah dia. Kelam kabutlah turun kereta..mane nak pegang purse, telefon lagi...pegang waiz lagi, alih-alih kunci tak amik!

Dahlah masa tu MKS dah balik rumah...kalau dia ada kat kedai, dekat lah jugak. Tak lah takut sangat. Tapi macam mana pon..memang kena bagi tau dia jugak. Kalau tak macam mana nak balik rumah kan..huhu. Memang membebel lah mamat tu...lalai sangat..buat kerja kelam kabut..huhu..tadah jelah telinga. Memang kita yang salah kan...emmm

Tapi nasib baik kek hokaido ni sedap..saya order 5 biji je. 2 Waiz makan time menunggu MKS hantar kunci, 3 biji lagi saya makan. MKS saya tak bagi pon..tu lah sape suruh dia bebel kat saya..hahahaha.



Monday, January 21, 2013

Wish Me Luck

Doakan untuk saya...

Tq semua!

Ber-steamboat

Hari tu dah pernah makan kat Zisma Kitchen ni..tapi tak berkesempatan nak try steamboatnya. Tapi entah apa yang merasuk perut MKS minggu lepas..tiba-tiba teringin nak makan, ai follow je! Dia tak pernah makan steamboat cam ni...saya cuak dia muntah je lepas makan nanti..hehehe.

Untuk warga KT..Zisma Kitchen ni bersebelah dengan court badmintan & gelanggang futsal DS (Datuk Sulong) di wakaf mempelam. Tepi jalan besar...konpem nampak!

Minima 2 orang untuk makan steamboat ni. RM15 untuk satu kepala. Saya makan dengan MKS je..so RM30. Pakej termasuk air sirap untuk setiap seorang...murah lah jugak kan. 
Ni lah set yang saya dapat..kat hujung tu ada jugak megi dan sebiji telur. Dapat sup dan tomyam. Tapi kitaorang makan sup je. MKS tak makan tomyam yer kawan-kawan. Kalau makan...nanti dia muntah. Emm..padahal tomyam tu feveret saya!
Ada 3 jenis sos untuk cicah-cicah..sos cili biasa, thai dan black paper. Sebab kitaorang ni perut kampung...order steamboat, tapi nasi nak makan jugak..so tambah dengan 2 pinggan nasi putih biasa. Mane kenyang nak share sekeping meggi tu kan...adooii.

Steamboat ni kan self services...kena main masak-masak. Yang MKS ni ingat...ada orang tukang masakkan..adooi nak senang je hidup dia ni. Dia try masak sotong pon hangus...sampai sakit gigi menguyah sotong yang overcooked..hehe. Rasanya..ni lah pertama dan terakhir kali MKS makan steamboat!

Total kena bayar untuk malam tu..RM33. Pakej steamboat RM30, tambah nasi 2 pinggan RM3...hehe. Okeylah untuk orang macam MKS yang baru nak try apa itu steamboat.

Saturday, January 19, 2013

Kuasa Tab

Masa mula-mula dapat tab hari tu...waiz main direct tanpa henti. Saya pon tak sedar sampai pukul berapa dia main tab malam tu. Sebab dia tau tu tab maksunya..walaupon sebenarnya saya dah beli tab tu untuk dia. So dia takutlah kalau maksunya amik balik. Tu yang di pulun habis main malam tu..keh keh.

Sampai sekarang pon..kalau dia cari tab tu "ane tab maksu?"..keh keh. Kalau saya nak bagi dia main..saya bagi jelah. Kalau tak bagi..saya jawap "maksu amik dah tab tu!". " Em..maksu amikk..emmm" . Senang-senang kena tipu budak ni...alahai..keh keh.

Pernah..satu malam tu, rumah saya kemas je. Tak ada lah eksiden terpijak mainan waiz. Sebab budak tu kalau bermain...abis semua mainan dia kat ruang tamu lah, dapur lah..toilet lagi. Kadang-kadang hampir terjatuh sebab terpijak mainan dia. Sejak ada tab..mengadap benda alah tu, kemas molek je rumah saya. Tv pon tak berapa nak berebut dah. Dulu asyik bukak kartun jer...hihi.
Selagi tak abis bateri tab tu..selagi tu lah dia pegang! Jangan harap nak pegang okey...tengok je dari jauh!
Kat kedai makan pon boleh duduk diam sekarang ni. Saudara mara..kawan-kawan saya tau lah perangai budak ni. Memang hyper! Kakinya tak pernah kenal erti penat. Kalau duduk kat kedai...tahanlah 10 minit. Lepas tu...berlari-lari lah, tolak kerusi lah, kacau orang lain makan lah..fuh.

Buat Lily - Setakat ni..alhamdulillah tab tu masih elok...hehe.

Wednesday, January 16, 2013

WW ~ Kuberdoa

:: from google ::

Ku berdoa dan berharap...hanya padaMU

Sambal Pecal

:: From Google ::
Bila post entry sambal tempe semalam..teringat pulak ada anon pernah tanya pasal sambal pecal yang saya post suatu ketika dahulu - entry ni dan ini. Nak balas..tak tau siapa gerangannya. So kalau dia terbaca atau masih mencari-cari sambal pecal jawa yang sedap lagi meletups..bolehlah try email saya di achiq_mks@hotmail.com

Saya tak pandai buat kuah pecal tu..tapi bolehlah mintak tolong adik saya yang cantik manis tu belikan. Stok pecal kat rumah saya ni pon dah abis..huhu. Tempat yang saya beli tu memang orang jawa yang buat..sedap, pedas! Kadang-kadang saya gaul sambal pecal tu makan dengan nasi panas-panas je..hehe. Mana tak cepat abis!

Tak sabarnya nak balik kampung....waaaa

Tuesday, January 15, 2013

TIDAK tu maksudnya TIDAK

Kalau dah namanya orang melayu..duduk kat Malaysia, mestilah paham maksud 'tidak' tu kan? Tidak..maksudnya tak boleh..NO! Susahnya nak bagi orang paham..fuh. Dah cakap banyak kali..tak boleh..masih merayu-rayu kata boleh. Eeiii...mek menang tensi kalau jumpa manusia pesen macam ni. Tak makan saman! Nak cakap kasar..kang kena cop kurang ajar pulak kan. Tapi diri sendiri tu tak reti bahasa. 

Ni pasal customer lah. Hutang lama tak bayar lagi...tapi nak order barang baru pulak. Tanya saya..memang jawab 'tak boleh' lah. Bayar hutang lama...baru boleh services! Pujuk-pujuk saya..bukannya saya ada kuasa. Nanti..muka saya ni kena jawab dengan bos pulak. Fuh..mengeluh lagi. Eeiii...tak de mood nak kerja!

Waaaaa...saya ni dah tension tahap maksima. Letih..penat. Kerja 6 hari seminggu. Dari pukul 8pagi - 5petang. Tu masa kat ofis. Ikutkan...pukul 7.30pagi dah keluar rumah. Pukul 7petang pulak baru sampai rumah semula. Yeee..orang lain lagi teruk. Tapi badan saya dah tak larat. Bertungkus lumus...penat lelah, hujung-hujung apa yang saya dapat? Dapat bonus..emmm. Gaji rasanya dah lama tak naik. Bercuti? Jauh sekali..plezz plezz..letih okey.

Sampai masa..dapat kumpul kekuatan diri sendiri, saya resign jugak..emm.

p/s: tongkat dagu..renung masa depan.

Info Sambal Tempe

Ramai yang berminat ke dengan My Homemade Sambal Tempe yang saya post baru-baru ni? Memang sedap..saya punya yang adik pos tu dah hampir abis! Memang penyelamat surirumah macam saya yang tak sempat nak masak lepas balik kerja. Semalam..saya goreng ayam, hidang kicap dan sambal tempe je. Tu pon bertambah-tambah MKS makan!

Disebabkan tokei sambal tempe ni tak ada blog..meh saya tolong promosi sekali lagi kat blog saya..hehe. Sebab bukan semua pembaca kat sini ada facebook kan? Ada facebook..kat ofis tak boleh bukak pon ada kan? Saya paham...

Ni antara senarai harga & bekas sambal tempe yang tokeinya post kat page FB dia:

Saiz S  : RM6 (bekas taufu fa)
Saiz M : RM7 (Tutup merah)
Saiz L  : RM13 (Bekas kuih raya)

Kos postage : RM10 (semenanjung Malaysia) (0gram - 500gram), RM15 (Sabah/Sarawak)

Berminat..hubungi tokeinya sendiri.

Cik Siti : 019 - 305 1485 atau Whatssap : 010 - 802 0285
:: Contoh saiz L ::
: : Contoh saiz S , M & L ::
Ni bahan utama..Tempe. Style jawa..kat kampung saya macam ni lah packaging-nya. Guna daun pisang. Oh rindunya tempe cam ni..sedap!
Fresh dari kuali..rangup..makan macam tu je pon sedap. Yang duduk Kuala Terengganu..kalau nak beli pon boleh. Tunggu saya balik kampung yer. Murah sikit..tak payah pos..hehe.

p/s: kalau ada problem..x boleh contact ke..email saya achiq_mks@hotmail. Okey?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal