Wednesday, March 30, 2011

Nikmatnya...

Malam tadi...pergi mengurut kat Sentuhan. Sape2 yang duduk kat Kuala Terengganu, tau kot kedai ni. Berhadapan dengan Giant KT. B4 ni biasanya mr MKS jer yang pergi berurut kat situ. Aku sibuk menjaga budak kecik tu. Rasanya pernah cerita kat entry ni [sila lah baca]. Tapi malam tadi..mr MKS bawak aku gi berurut pulak, sbb dah 2-3 hari aku merungut asyik sakit belakang jer. Suruh mr MKS urut, abis lebam2 badan aku..sakit wooo. Tau2 jer lah tangan orang lelaki mengurut badan orang perempuan, sakit tau!
Ni gambar aku amik masa mr MKS berurut dulu. Tapi bila datang malam tadi, dah naik regenya. Macam aku buat urutan seluruh badan RM55.00..naik RM10.00. mr MKS buat urutan badan jer..dulu RM30.00, sekarang RM35.00. Kesan dari harga minyak naik, semua benda naik gak!

Mana budak kecik tu? Hahaha..awal lagi mr MKS dah hantar kat rumah kakak dia. Kesian dia kena tinggal..huhu.

Berurut kat situ okey lah jugak. Tapi dia bukan mengurut stail kampung tu, ni lebih macam kat spa kot..untuk relaxing badan jer. Tapi boleh lah..kuranglah jugak sakit belakang ni. Harga jer kot mahal sikit.. (abaikan kata2 orang kedek cam aku ni!) Malam tadi tido dengan lenanya..sampai terbangun lewat tadi. Mujur punch card aku tak merah.


Sincerely...

Tuesday, March 29, 2011

Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...

BERBALOI PENAT LELAH KU...
by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat.

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 tahun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straigh away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

P/S: Menangis aku baca note yg Wardina tulis kat FB dia..semoga menjadi ikutan kepada anak2 kita, insyallah...amin.
Sumber :Taken from FB

Sincerely...

Kubur Kereta Terbesar

Selepas Tsunami yang melanda negara Jepun...banyak kerete-kereta yang tidak dapat diselamatkan telah 'dikuburkan' (ditanam).

Tapi perasan tak, kereta2 tu macam banyak yang kaler putih kan? Kalau kat sini..macam2 kaler ada. 

Masih bersimpati dengan bencana yang melanda negara Jepun..semoga rakyat mereka terus tabah. Janganlah jadi kat Malaysia...takuttthttp://www.cute-smiley.com


sumber : magazindo

p/s: sepatutnya hari ni aku ada meeting, tp postponed sbb banjir!



Sincerely...

Sunday, March 27, 2011

Saturday, March 26, 2011

Budak Manja

Kepala aku masih toing toing..kesan dari makan ubat batuk, selsema, demam, cair kahak & antibiotik. Hari Khamis semalam dapat MC sehari jer. Jumaat memang cuti..hari ni nak tak nak kena masuk kerja juga. Sebab kerja bertimbun-timbun tak siap lagi. Nak kejar report untuk collection meeting lagi. Nak hantar akaun untuk audit lagi. Fuhh...kuss semangat. Susah jugak kalau dah sakit ni. Kerja2 semua terbengkalai. Dah lah hari tu cuti 4 hari! Kemana? Jeng jeng jeng...
Kalau ada masa..nanti aku cite ek. Mula-mula layan gambar budak manja ni menepek kat mamanya. Cam mana nak ada adik ni..manja sangat2. Asyik melekat jer. Oh gambar terpaksa di blur-kan sebab nampak sangat perut berlipat-lipat ko widadi!


Sincerely...

Wednesday, March 23, 2011

Pengumuman Tempoh Berkabung Negeri Terengganu

Rasanya baru beberapa hari tinggalkan negeri Terengganu, buka http://myadha.blogspot.com/ dapat berita kemangkatan bonda Yang di-Pertuan Agong. Sebagai rakyat, kami juga berdukacita dengan kemangkatan bonda baginda.

Semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan serta badan-badan berkanun di seluruh Terengganu dikehendaki mematuhi peraturan pemakaian sepanjang tempoh berkabung 40 hari mulai 21 Mac hingga 29 April ini berikutan kemangkatan almarhum bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisahmuddin Alam Shah.
Pegawai dan kakitangan lelaki Melayu perlu memakai songkok berlilit kain putih berukuran satu inci, manakala pegawai dan kakitangan wanita Melayu pula harus berselendang atau berkain tudung warna putih.
Sementara pegawai dan kakitangan yang berbangsa lain perlu mengenakan tali leher hitam atau lilitan hitam (armband) di sebelah kanan bagi lelaki dan lilitan lengan hitam (armband) bagi wanita. Sementara polis dan tentera berpakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan masing-masing.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengumumkan peraturan perkabungan itu di Kediaman seri Iman, Kuala Terengganu, petang ini (22 Mac).
Selain itu, beliau berkata segala perhimpunan ramai dan majlis atau acara anjuran Kerajaan dan bukan kerajaan yang berunsurkan hiburan juga ditegah sepanjang tempoh perkabungan kecuali majlis atau acara yang berunsurkan keagamaan, pendidikan riadah dan ilmiah.
“Jika ada pihak yang tidak menghormati dan ingkar peraturan sepanjang tempoh perkabungan dengan mengadakan majlis hiburan, mereka boleh dikenakan tindakan. Bagaimanapun, sebarang majlis itu perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa tempatan dan polis terlebih dahulu.
“Majlis kenduri kahwin juga tidak boleh diselitkan dengan acara hiburan. Perlawanan bola sepak adalah suatu bentuk riadah dan ia boleh diteruskan seperti biasa,” katanya.
Menteri Besar berkata, semua bendera negeri dan lain-lain bendera kecuali Jalur Gemilang di jabatan dan bangunan kerajaan negeri, persekutuan, badan-badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan, bangunan perniagaan, perusahaan dan kediaman hendaklah mengibarkan bendera separuh tiang.
Beliau juga menyarankan orang ramai untuk turut sama mematuhi peraturan sepanjang tempoh perkabungan itu.
“Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu diminta mengeluarkan arahan kepada semua imam dan bilal masjid serta surau kerajaan supaya melakukan tahlil sepanjang tujuh hari berikutan kemangkatan almarhum,” katanya.

Unit Komunikasi Negeri Terengganu

p/s: Baru tau berita ni..emm

Sincerely...

Demam

Oh aku diduga dengan nikmat kesakitan sekarang ni...demam, sakit tekak, batuk, flu & sakit kepala. Tak ada entry..tak sempat nak komen. Mau rehat...

Waiz pon demam, flu, ulser..dah 3 hari tak makan. Anak mama dah kurus..huhu

Tunggu giliran mr MKS pulak sakit..hehe

Sincerely...

Monday, March 21, 2011

Nape Dia Comel Sangat?

Noh dengan protege-nya. Comel tak? Biarlah macam2 cerita yang kurang enak di dengar pasal peribadi Noh ni..tak kisah, aku tetap suka..hehe.
Spek mata itam yang Noh selalu pakai tu..aku sukaaa! Sampai mr MKS pon termakan dengan kata2 bininya supaya membeli spek sebegitu walaupon spek pasar malam jer. 

Bang, pakailah spek tu...feeling2 cam Noh ada di depan mata. Tapi...huk huk. Noh versi itam manis lah ---->Dush dush kena sebijik dari mr MKS

Bang, buatlah cam rambut Noh pulak..huhu ----> Bluekk..rambut ape senget2 cam tu.  Sabor jer melayan bini 3 suku cam tu ek.

Bang, tak pon nyanyi lah cam Noh..buat suara jantan ( Apakah sore laki ko tak macam suara jantan) --->Daripada abang menyanyi, baik mengaji..awak gak dapat tumpang pahala!

Insap aku! Okey..tutup mulut. Zip mulut rapat2.


Sincerely...

Sunday, March 20, 2011

Selamat Malam

TIDO!

Sincerely...

Saturday, March 19, 2011

Siapa Sangka?

Siapa sangka..dulu comei jer. Anak beranak aku kenal lah budak ni..nama Muhamad Afiq. Anak kedua Ngah aku. Sekarang...comel jugak. Kui kui..kalau kata tak comel, marah pulak Ngah & Kak Ngah aku nanti..
v

v

v

v

v
Sebijik cam atuk! Hitam..botak..tak ada gigihttp://www.cute-smiley.com

Sincerely...

Friday, March 18, 2011

Ngeh ngeh..

Dah lama budak kecik ni mengidam spek mata itam. Selalu main spek mata itam papanya..tapi papanya kedekuttt, takut speknya rosak. Walaupon spek pasar malam..dengan anak tetap nak berkira..huhu. Tak pe waiz, mama belikan kamu spek mata itam jugak ek. Cap Mydin..RM3.90 sahaja. Silalah jaga elok2 yerrrr
Senget benget cam kamu jugak! Hahaha...
Tak pelah..janji comel & sengih sokmo..


Sincerely...

Thursday, March 17, 2011

Video Budak Comot


Cerita budak comot boleh baca di sini. Budak ni kalau makan..suka makan depan tibi. Mata mengadap tibi, tangan suap nasi masuk dalam idung!


Sincerely...

Budak Comot

Sekarang ni dah 'pandai' makan sendiri. Tak nak di suap-suap dah. Tapi kalau letak nasik sepinggan..separuh tu belum tentu masuk perutnya. Banyak yang tumpah ke baju..ke lantai ke seluar. Suruh pakai bib pon tak nak. Dia rasa rimas kot..menjerit-jerit suruh cabut.
Tak tau lah nak ngajor cam ne lagi..budak tu tetap makan guna tangan kiri. Konpem kidal cam papanya! Nasi berlauk kicap jer. Tu kira special lah jugak..biasa aku bagi nasi kosong jer..haha. Kejam kan? Lauk2 tak boleh letak kat pinggan budak tu..nanti dia buang! Jadi aku yang suapkan. Kalau tak..mana nak dapat zatnya.
Budak comotttt!

Sincerely...

Wednesday, March 16, 2011

Sambut Menantu!

Hari Isnin bersamaan 14hb Mac 2011 hari tu kak ipar aku buat majlis kecil2an untuk sambut menantunya. Tapi aku tak dapat tolong masa majlis tu sebab bizi sangat dengan kerja2 ofis. Tapi aku balik awal lah jugak..dalam kol 4pm aku dah cabut balik. Masa tu sempat jugaklah jumpa saudara mara belah mr MKS. Malas nak cite panjang2..layan gambar je lah ek. Zassss....
Amik berkat pengantin..huhu, motif? Pengantin pompuan terpaksa aku blurkan mukanya. Tak payahlah korang tengok gambar pengantin baru tu..tgk muka aku yang somel tu jer cukup lah! Pengantinnya cantek...tapi biarlah orang yang selayaknya sahaja dapat tatap wajahnya. Aku bagi hint sikit lah ek...ada orang kata muka pengantin cam muka Rosalinda cite latin zaman aku sekolah dulu. Yang terbaru aku dengar muka cam Aisyah dalam filem ayat2 cinta. Korang pandai2 lah imagine sendiri!
Si baju purple tu mak pengantin lelaki a.k.a kak ipar aku. Lelaki berkopiah tu anaknya..Si baju merah kak ipar aku gak.
Dari kanan (Atas) : aku, Kak Ha, Pengantin perempuan, pengantin lelaki & Kak Mah
Dari kanan (Bawah) : Mok de(mak saudara) Mukminah, Jibah (Anak bongsu Kak Mah) & Kak Nah a.k.a kak ipar.

p/s: alahai..3 keping jer ke gambarnya rupernya! Tak kisahlah..janji ada.

Sincerely...

Tuesday, March 15, 2011

BE Keempat..TQ NUFFNANG

Baru berkesempatan buat n3 ni..walaupon tak dapat apa2 banus dari company, tapi nuffnang telah bagi BE baru pada aku iaitu BE maxis. Teruskan berjoget-joget di blog aku ni. BE Ford telah jadi ME..dapat kumpul sikit jer. So sekarang tinggal BE AXE & MAXIS je...
Eh ni bukan n3 nak menunjuk-nunjuk kat korang ek. Aku tau korang punya BE lagi banyak & $$ yang mashuk lagi banyak. Ni cuma sebagai n3 penghargaan aku pada Nuffnang jer..kira cam nak bodek lah, huhu. So sape yang tak suka tu janganlah kutuk2 aku ek..

p/s : pada 'diary of one' yang berwajahkan green apple tu..sy tak tau link awak, so tak leh nak terjah balik. Bagilah link ek..

Sincerely...

Alhamdulillah..

Baru abes meeting...alhamdulillah semua paper dan akaun yang aku buat telah diterima oleh BOD. Kalau untung besar..sape tak suka kan? Tumpang gembira jugak pada pekerja2 syarikat yang aku jaga ni, sebab naik pangkat dan dapat kenaikan bersama tunggakan yang banyak tu..wah tersangatlah jeles. Tapi dah rezeki diaorang..bukan senang nak dapat tu.

Emm company aku jer yang tak tau lagi bila nak dapat bonus atau apa2 kenaikan. Kena tunggu tutup akaun jugak baru boleh declare apa2 kenaikan/bonus. Kalau korang nak tau..aku kerja kat Company A, tapi tugas aku untuk menjaga akaun & pentadbiran Company B. Yang dapat bonus & kenaikan tadi co.B..best lah korang! Sila belanja aku okey..kalau tak aku tak prepare cheque & surat kenaikan korang!

Hahaha..jahat tak? Peduli apa aku!
Jadi pandai2 lah korang bawak KFC, Pizza etc kat aku sekarang..ngeh ngeh

Sincerely...

Monday, March 14, 2011

al-Fatihah. Perginya Seorang Blogger..

Takziah buat keluarga arwah..walaupon tidak pernah bersua muka, hanya memberi komen di blog masing2..kehilanganya sangat terasa. Kepada yang mengenali  abah_izz, marilah kita sama2 menghadiahkan al-Fatihah kepada arwah kerana arwah baru sahaja menghembuskan nafasnya pada 12.30pm tadi di Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.  Buat isteri arwah iaitu Shamam, semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Info : Diperolehi dari blog abang kepada arwah iaitu http://villakejora.blogspot.com/

Sincerely...

Mentor 5

Mentor 5 ni aku layan sikit2 jer..tak adalah follow sangat. Kalau nama2 mentor aku tau lah - Erra Fazira, Rahim Maarof, Afdlin Shauqi, Kak Pah, Edry & NOH HUJAN.  Nama2 protege..aku tak tau sangat. Dengar2 ada nama Salma, Ayish...emmm..yang lain aku lupa! Tak pe..tak penting pon. Aku fokus kat NOH jerr. Kalau bukan kerana Noh..tak tengok gamoknya!
credit to Google
p/s: Tengok tak mentor semalam? Suka tengok masa afdlin & Noh gaduh..comel jer.

Sincerely...

Tolong..Otak Aku Dah Mereng!

Aduh..saat ni baru boleh bernafas sikit, sikit jer lah. Report untuk meeting esok siap dah..tunggu nak fotostat je lah. Tapi selagi tak meeting..selagi tu lah rasa berdebar-debar, pening, sakit perut, sakit kepala..macam-macam lah. Penat! Sindrome penyakit aku hari tu pon tak ilang2 lagi. Meeting kali ni aku kena buat 6 kertas kerja yang berbeza. Tak masuk full akaun lagi! Kalau tiap bulan macam ni..http://www.cute-smiley.commereng otak aku.
Hope BOD puas hati dengan akaun kali ni..kalau tak, bungkusssss

p/s: Hari ada kenduri sambut menantu kat rumah kak ipar aku, tapi tak leh tolong2 sebab aku bizi sangat.

Sincerely...

Saturday, March 12, 2011

Aku Sakit..

Rasanya aku tengah sakit ni :
PMS
Bila & tanda2nya?
Tanda-tanda PMS berlaku 1 hingga 2 minggu sebelum datang haid, kadang kala tanda-tanda ini berlanjutan sehingga beberapa hari semasa datang haid. Tanda-tanda umum adalah kembung perut dan rentasi air ( menyebabkan peningkatan berat badan ), sakit pada payudara, sakit kepala (migran), kekejangan, sakit perut, letih, senang meradang dan sebagainya.
Kenapa terjadi?
Tekanan hidup, diet pemakanan yang tidak sihat (makan makanan yang mengandungi sisa-sisa hormon estrogen misalan : daging, telur, hasil tenusu) dan kekurangan senaman akan menyebabkan estrogen yang berlebihan dalam badan kita dan kekurangan hormon progesteron untuk mengimbangkan keadaan ini. Ini seterusnya mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan masalah PMS pada kalangan wanita.
p/s: rasa nak marah jer..dan aku tak  leh control marah tu. Grrrr..

Sincerely...

Dah Selamat

Ni lah gambar2 yang sempat aku snap masa majlis pernikahan anak saudara mr MKS hari Jumaat semalam. Gambar2 lain aku tunggu dari kamera Mukminah je lah. Cam mane lah nak amik gambar..budak kecik tu terlampau 'baik' perangainya! Dah lah masa mula2 sampai tu..dia tak malu leh makan 3 ketui muffin yang kak ipar aku nak bagi kat keluarga pengantin perempuan. Adoii..mana nak letak muka aku yang shomel ni?
Time ni budak 'baik'  ni tengah terlompat-lompat nak turun tanah. Sengaja tak nak bagi dia pakai kasut..sebab rumah pengantin kat atas bukit. Seram lol..Jatuh ke bawah nanti. Tak ke haru? Kesian ke ayah Wahabnya kena pengang budak sengal 'baik' ni.
Tu..yang lain dari yang lain (kaler putih) ada lah pengantin perempuannya. Biji mata pon aku tak nampak..adoii. Simple jer kan..ko jer berangan nak pakai baju mantin glemer kan? Orang tu pakai jubah biasa jer..penuh zuhud. Insap aku.
Ni pengiring2nya. Terdiri dari kaum kerabatnya..masa ni aku rasa cam nak tutup badan dengan kain gebor (selimut) je, sebab baju aku jarang! Insap sekali lagi..bila lah aku nak berubah jadi baik ni.
Akad nikah dibuat di surau/masjid kat depan rumah pengantin perempuan. Macam surau baru buat..tak siap pon lagi.
Okey..ni aku zoom sikit. Tangan kanan pegang hp tuk amik gambar..tangan kiri mengongcang dunia waiz.
Non-nampak...si baju kuning menghalang! Si mr MKS tengah menyandor kat sliding door kat hujung tu. Anak tak mau pegang! Grrr..
Dah abis akad nikah..mantin solat sama sebelum upacara batalkan air sembahyang. Pas amik gambar ni aku calibot..masuk kete, tepon mr MKS..bang, jom balik!

Nape aku balik? Tak makan tak minum..terus balik. Oh tu, off record! Aku tak nak cite kat sini..sebab masa tu ada eksiden yang buat hati aku panas..membara! Daripada ko menggila kat situ, baik ko balik.

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal