Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Saturday, March 30, 2013

First aid homoepathy

First aid homoepathy..ubat wajib ada di setiap rumah. Ada 12 botol semuanya. Remedi untuk bermacam penyakit..murah je. RM 100 sahaja. Kalau pergi klinik homoepathy tak dapatnya 12 botol ubat dengan harga ni..kan kan kan?

Sebenarnya saya memang kurang makan ubat hospital..banyak sgt bahan kimia. Agak bahaya utk long term..tapi kalau terdesak tu telan jugak. Waiz tu lagi lah..setiap bulan kena neb kat klinik..banyak betul makan ubat klinik..takut saya. Tapi tak baik-baik pon..next week sakit lagi.

Ubat homoepathy pon saya bagi jugak, tapi stok cepat sgt abis..sedap kan. Bila dh abis, malas nak pergi klinik. Dah lah klinik homoepathy yang saya selalu pergi tu asyik penuh je, penat menunggu..huhu. so bila dah ada first aid ni senang sikit, kan?

Okey, fyi..ubat ni from Pakistan. Ada dua belas botol semuanya. Kalau org dewasa kemam 3 biji, kanak-kanak 1-2 biji sahaja. Lepas kemam pil tu..elakkan minum air sekurang-kurangnya setengah jam.

Antara remedinya, botol 1-utk bengkak/ketengangan otot, kerapuhan gigi. Botol 2 - sengal tulang,mual. Botol 3 - utk cuci darah, sakit kulit, bisul, jerawat, luka lmbt sembuh. Botol 4 - demam panas,tmbh o2 dalam badan.

Botol 5- kahak/nanah, demam, batuk Dan kesejukkan. Botol 6 - utk sel otak, keletihan fikiran emosi,tension,stress Dan kemurungan. Botol 7 - keseimbangan kulit, penyakit kulit yg teruk, kulit pecah, kelemumur. Botol 8 - saraf Dan otot, cramp. Botol 9 - hingus, cirit birit, muntah, kurang air. Botol 10 - utk neutralkan asid berlebihan dlm bdn, makanan x hadam. Botol 11 - utk menulenkan air dlm bdn, mengatasi kesedihan, bengkak. Botol 12 - pembersih kotoran, user.

Yang gambar saya post tu general first aid, satu lagi women first aid, tu memang khusus utk wanita.

Kalau korang baca, ubat-ubat tu bukan hanya utk fizikal..tapi juga emosi kita. Tapi apa yang paling penting....x ada bahan kimia.Dan memang selamat, makan kerap..atau acap kali pon take memudaratkan.

So, kalau berminat boleh lah email saya di mamakhairuls@gmail.com.
RM100 sahaja..

Monday, February 25, 2013

Cendol Bakar

Dapat jugaklah merasa time balik kampung raya cina baru ni. MKS malas nak makan kat situ..so kitaorang drive thru je. Tapau..pastu berhenti makan kat kedai mamak di Kuala Selangor.

Okeylah..sedap jugak. Rasa cendol..hehehe. Memanglah, dah namanya cendol..mestilah rasa cendol!! Tapi yang saya perasan..sepanjang jalan dari Ijok - Kuala Selangor - Tanjung Karang...memang banyak kedai cendol. Macam-macam tagline dan promosi. Dah macam jadi pusat jualan cendol pulak kat situ..hehe.


Monday, February 4, 2013

Model cilik

Photo
Gambar ni saya 'curi' dari facebook kawan saya...ex-ofismate saya. Dia memang pandai buat benda-benda alah ni..ape ke namenya ek? Craft yer? Tu kat atas kepala una tu..salah satu produk yang dia hasilkan. Kebetulan masa Una datang ofis..jadi model sambilan..hehe.

Sesiapa area Kuala Terengganu..yang berminat topi atau kopiah kait-kait cam ni, leh lah terjah page dia di sini. 

p/s: saya ni jugak yang keras tangan..apa pon tak reti buat! Pheww..

Wednesday, January 30, 2013

WW ~ Geng Pink

:: From Google ::

Boleh geng dengan saya budak ni..

Wednesday, January 23, 2013

WW ~ Kehkeh


Wednesday, January 16, 2013

Sambal Pecal

:: From Google ::
Bila post entry sambal tempe semalam..teringat pulak ada anon pernah tanya pasal sambal pecal yang saya post suatu ketika dahulu - entry ni dan ini. Nak balas..tak tau siapa gerangannya. So kalau dia terbaca atau masih mencari-cari sambal pecal jawa yang sedap lagi meletups..bolehlah try email saya di achiq_mks@hotmail.com

Saya tak pandai buat kuah pecal tu..tapi bolehlah mintak tolong adik saya yang cantik manis tu belikan. Stok pecal kat rumah saya ni pon dah abis..huhu. Tempat yang saya beli tu memang orang jawa yang buat..sedap, pedas! Kadang-kadang saya gaul sambal pecal tu makan dengan nasi panas-panas je..hehe. Mana tak cepat abis!

Tak sabarnya nak balik kampung....waaaa

Tuesday, January 15, 2013

Info Sambal Tempe

Ramai yang berminat ke dengan My Homemade Sambal Tempe yang saya post baru-baru ni? Memang sedap..saya punya yang adik pos tu dah hampir abis! Memang penyelamat surirumah macam saya yang tak sempat nak masak lepas balik kerja. Semalam..saya goreng ayam, hidang kicap dan sambal tempe je. Tu pon bertambah-tambah MKS makan!

Disebabkan tokei sambal tempe ni tak ada blog..meh saya tolong promosi sekali lagi kat blog saya..hehe. Sebab bukan semua pembaca kat sini ada facebook kan? Ada facebook..kat ofis tak boleh bukak pon ada kan? Saya paham...

Ni antara senarai harga & bekas sambal tempe yang tokeinya post kat page FB dia:

Saiz S  : RM6 (bekas taufu fa)
Saiz M : RM7 (Tutup merah)
Saiz L  : RM13 (Bekas kuih raya)

Kos postage : RM10 (semenanjung Malaysia) (0gram - 500gram), RM15 (Sabah/Sarawak)

Berminat..hubungi tokeinya sendiri.

Cik Siti : 019 - 305 1485 atau Whatssap : 010 - 802 0285
:: Contoh saiz L ::
: : Contoh saiz S , M & L ::
Ni bahan utama..Tempe. Style jawa..kat kampung saya macam ni lah packaging-nya. Guna daun pisang. Oh rindunya tempe cam ni..sedap!
Fresh dari kuali..rangup..makan macam tu je pon sedap. Yang duduk Kuala Terengganu..kalau nak beli pon boleh. Tunggu saya balik kampung yer. Murah sikit..tak payah pos..hehe.

p/s: kalau ada problem..x boleh contact ke..email saya achiq_mks@hotmail. Okey?

Monday, January 14, 2013

My Homemade Sambal Tempe

Sambal tempe ni antara barang yang selamat sampai semalam. Tester sampai sebekas ko..orang lain mampu ke bagi cam ni? Hehehe..murah rezeki tokei sambal tempe ni.

Orang jawa kalau tak makan tempe..malu oiiii. Meh pakat beli..ni junior saya yang buat & jual. Duduk satu kampung dengan saya, Kampung Batu 38 Sabak Bernam Selangor.

Ada macam-macam bekas dan saiz..dan ofkos lah macam-macam harga jugak. Rasanya sedap...crunchy gitu. Makan dengan nasi panas-panas..perghh terangkattt.

Nak beli? Like My Home Made Sambal Tempe ni. 

Yang duduk area Kuala Terengganu kalau nak beli pon boleh..tapi tunggu saya balik kampung lah yer, hehehe.

Thursday, January 10, 2013

Zisma Kitchen

Ada restoren steamboat baru kat area rumah saya ni..berhampiran dengan gelanggang badminton & futsal DS(Datuk Sulong) di Wakaf Mempelam. Macam best dan happening je..so saya ajaklah MKS try. Tapi tak try lagi steambotnya..tau-tau jelah, MKS ni memang susah sikit nak cuba makan makanan pelik-pelik ni. Kitaorang makan makanan panas je..
Tempat air...mungkin pilihan air untuk yang order steambot. Saya tengok harga untuk steamboat..RM15.00 untuk satu kepala. Minimum boleh order..2 orang. Air free. Waiter tu cakap dia bagi portion ayam, daging, seafood, sayur, sosej, telur, dan mee. Sup pilih either tomyum or sup.
Belek-belek menu lain..makanan panas pon okey. Saya order nasi goreng paprik, MKS nasi goreng ayam, waiz nasi putih dan sup ayam. Air milo panas dan teh o ais..total RM21.00. Kalau beli ayam mentah..yang besar dah dapat RM20...hehe. Boleh makan sampai muntah! Hehehe...
Setiap atas meja memang ada dapur steamboat cam ni. Boleh bakar..boleh celup-celup. Agaknyalah...kesian, saya tak pernah try pon makan-makan steamboat ni! 

Makanan yang kitaorang order..boleh lah tahan. Tapi nasi gorengnya pedas..tu yang waiz tak boleh makan. Order lain (nasi putih & sup ayam) untuk dia..tapi bercintanya kami menunggu..lambat. 15 minit kemudian baru sampai order waiz! Biasa kedai makan, kalau masak tu..5-7minit je, kalau lebih 10minit..consider lambat lah. Sorri...

Mungkin chef baru kot..so kalut sikit nak masak. Tu yang lambat. Sampai waiz tu bosan menunggu nasi tak sampai-sampai. Tau-tau jelah budak ni, mana tahan duduk kat kerusi..abis round satu kedai. Mujur tak masuk dapur!

Sape nak try..boleh lah.



Wednesday, January 9, 2013

Bukan Una Yang Sakit

Ada sedikit kekeliruan kot kat entry ni. Bukan anak saya yang sakit..hehe. Una still sihat..alhamdulillah. Tak mo lah sakit-sakit ni..risau mama.

Anak buah saya...AISYAH yang sakit. Ibunya kata kena 'broncholitis'Ish..ape ke bendanya tu? Macam-macam penyakitlah sekarang ni..

Photo: Nur aisyah humairah, cepat baik ye nak.... Amin.... 
Ibu dh bosan ni dok hosp lama2
Kakak Yayah kata : Aisyah.. Aisyah, cepat baik tau, kita balik umah kita ye, x best la dok hosp.
Ni lah Aisyah..ciannya, kecik-kecik dah kena cucuk. Teringat dulu waiz pon macam ni lah. Lagilah teruk..masa tu baby lagi. Baru lepas lahir. Kesian tengok tau!

Eh..malaslah saya selit cite waiz pulak, kang ada yang komen 'waiz cepat sembuh pulak' hehehe..

p/s: doakan Aisyah cepat sembuh yer kawan-kawan. Terima kasih sudi komen dah doakan...saya tak marah pon kalau korang salah mention name or something else. Peace! Teruskan mengomen..hiks

Monday, January 7, 2013

Terima Kasih DN

Alhamdulillah...rasanya ini bukan  kali pertama dapat hadiah dari DN. Emmm..rasa malu pulak sebab asyik DN je bagi hadiah kat wida. Lari lari..tutup muka..hehe. DN datanglah cuti kat Terengganu..nanti wida belanja pulak yer.

Dulu..saya pernah dapat hadiah dari China, DN jugak yang bagi. Kali ni dapat hadiah dari Indonesia dan Thailand pulak. Dah lah mahal-mahal hadiahnya..segan sangat-sangat nak terima. Lepas tu DN susah-susah pos pulak..terharunya!
Dah sampai hari Khamis 3hb baru ni..cantik kan.

Baguslah DN ni..bercuti dan jalan-jalan ke negara orang, tapi tak lupa beli buah tangan untuk kawan-kawan. Terima kasih DN..semoga Allah murahkan rezeki DN.

Eh korang jangan jeles tau. Kalau nak hadiah macam ni..pergilah berkenalan dengan DN  ye. Ni alamat blog dia..


Saya dapat hadiah pon sebab inilah! Tak harap apa-apa balasan/hadiah pon...saya komen atau melawat 'rumah' mane-mane blogger sebab suka baca dengan penulisannya.

Kadang-kadang tu, kita tak dapat rasa makanan yang sedap2 atau melawat mana-mana negara yang kita impikan...tapi bila baca tulisan bloggers..rasa saya pon ada di situ. Menikmati sama makanan yang korang rasa..dan menjejaki tanah yang korang pergi. Sama-sama berkongsi rasa walaupon hanya melalui alam maya..

Buat sahabat bloggers semua...terima kasih sebab sudi singgah & baca cerita. luahan hati dan amarah saya selama ini.

Terima Kasih..

Wednesday, January 2, 2013

Tolong Saudara..

Ehem..test test 1, 2, 3...

Sebenarnya saya malu nak promote barang-barang orang kat blog 
saya ni. Sebab..sebab blog saya ni bukannya ramai orang kuar masuk. Lagi pon 
kebanyakkan entry yang saya tulis perihal diri dan family saya je.

Tapi..sookey je kalau orang nak suruh buat entry khas. Kot-kot 
dengan penulisan yang tak seberapa dari saya ni dapat membantu melariskan 
business kawan2 & saudara-mara saya.

Okeylah..sape nak mekap, dah baca entry saya yang ini?
Sila lah like page di bawah...



Yang mencari-cari t-shirt Muslimah
sila berkawan dengan tokei di bawah ni..




All the best!

WW ~ dOUGHNUTS's Time



p/s: Ai punya dua ketul jer...share beli dengan ofismate. Motip bagitau? Kang ada yang ingat 6 ketui ni saya makan sorang-sorang pulak, kehkeh.

Tuesday, January 1, 2013

T-Shirt Muslimah

Ingin tampil sopan? Gaya muslimah?

Meh..jamu mata tengok my cousin in law jual baju/t-shirt muslimah. Memang cantik..harga pon berpatutan. Ada macam-macam jenama..rugi kalau tak beli tau! 

Ni saya 'curi' sikit je gambar dalam FB dia..ada baaaanyakkkk lagi pilihan. Dari sekecik-kecik saiz...sampai yang berdouble-double saiz (macam saya) pon ada. Don't worry okey...sila jamu mata ye.

Saya berkenan kaler pink kat atas & bawah ni..kalau dah nama peminat tegar kaler pink, baju rupe lagu mana pon..tetap cantik di mata saya! 
Yang penting..bajunya labuh, kain tebal..tapi tak panas, tak jarang..memang menepati ciri-ciri baju muslimah. Dari mana saya tahu? Eh..ofkos lah saya dah beli. Tu yang berani promote kat sini.
Yang saya paling suka...baju untuk nursing pon banyak tau! Saya pon ada beli..baju nursing muslimah. Nak NIP (Nursing in Public) pon tak malu-malu. Tak payah nak lari-lari cari nursing room atau masuk kerete. NIP dengan begitu yakin sekali..hehe.
 Cantik tak, cantik tak? Kan kan kan..ai tak tipuuu.
Jubah nursing pon ada! Harga? Konpem korang tak caye...harga mampu milik! Jom ramai-ramai terjah Facebook cousin saya ni. Biar dia tak menang tangan melayan korang..okey. 


FB : PADI JER



p/s: pssttt...time order tu informlah korang baca blog wida..manelah tau dapat special price.

Monday, December 31, 2012

Babai 2012

Pejam celik pejam celik...dah setahun berlalu. Tertunaikah azam-azam tahun 2012? Ke postponed ke tahun 2013 je..keh keh. Impian-impian lain terlaksana kah? Janji-janji telah ditepati ke..hehe. Tepuk dada..tanya diri sendiri. Betul tak?

Apa jua kenangan manis atau pahit yang berlaku tahun 2012 ni..biarkan ia berlalu. Ia akan jadi sejarah. Terus pandang ke depan, tetapi sesekali..renung balik sejarah lalu tu. Biar jadi panduan hidup..semoga yang salah tidak terus kita jadikan amalan. Yang baik..kita perbaiki lagi. Wahh...feeling macam Prof. Izzi pulak..hehe. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Babai 2012. 

And welcome.......




p/s: Azam 2012 saya nak cari kerja lain..tapi nampak masih tak ada rezeki lagi. Mungkin belum tiba masanya. Allah tu maha mengetahui. Berdoa dah berharap..tahun 2013 ni saya dapat kerja yang lebih baik dari sekarang.

Saturday, December 29, 2012

Didikan Mengikut Jantina.

Pernah tak korang terfikir untuk mendidik anak-anak yang berlainan jantina dengan cara yang berbeza? Ke korang balun je. Sama jugak dengan pekerja bawahan korang...ada lelaki dan perempuan. Dua-dua jantina ni di ajar dengan cara yang sama ke?

Tahu tak korang lelaki dan perempuan miliki personaliti dan pemikiran yang berbeza? Jom baca sini dulu!...pastu baru paham apa yang saya bakal bebelkan seterusnya..keh keh.

Mengikut penerangan adik saya yang dah pergi kursus tu, anak lelaki (L) dan perempuan (P) tak boleh di ajar dengan perkara yang sama. Pekerja L dan P pon sama.  Sebab L selalunya bersikap objektif di mana kita kena bagi pilihan pada mereka. Manakala P lebih bersikap subjektif.

Ibubapa sekarang selalu ajar benda/rules yang sama untuk anak-anak mereka. Lepas baca ni..apa kata kita renung-renungkan dan ubah sikit ajar cara didikan kat anak-anak kita.

Contohnya bila tanya soalan kat waiz (L), "Waiz nak aiskrim perisa ape? Coklat, stoberi atau vanila?" Beri pilihan.  Tapi lain pulak dengan anak P yang lebih subjektif. Tak bagi pilihan jawapan pon diaorang tau apa jawapan yang logik.

Kalau bagi arahan pon sama. Anak L kena diberi arahan secara satu persatu. Jangan beri arahan dalam masa serentak. Dalam 10 arahan, mesti ada 1-2 arahan yang tertinggal lah..terskip lah. So biar diaorang siap buat satu arahan, baru arahkan tindakan seterusnya.

Kalau anak P tak per..kita boleh listkan 10 arahan dalam masa yang sama. Sebab P ni kan multitask..boleh buat kerja serentak dalam satu masa lagi. Sebab tu dulu saya heran, kalau kat rumah kenapalah saya boleh masak, sambil basuh baju..tengok waiz mandi, intai Una kat ruang tamu. Laju je buat kerja...macam lipas kudung. Dalam satu jam..saya dah siap masak, mandi waiz dan Una, boleh jemur baju..tapi MKS? Diri dia pon tak terurus lagi! Kalau sapu sampah..sapuuuu je lah sampai siap. Kalau basuh kereta..basuh je lah kereta tu. 

Sama lah bila kat tempat kerja..time kerja saya boleh ingatkan anak kat taska & pengasuh. Makan ke diaorang hari ni..berak kencing orang tukar ke tidak, baju basuh pagi tadi kering lagi tak..kucing saya balik ke tak..bla bla bla..macam-macam bermain kat kepala otak ni. Ibaratnya otak ni tak berhenti berfikir pon..time nak tido pon boleh fikir lagi. Tapi..tapi kerja kat ofis tu siap tak? Siap okey...walaupon fikiran merewang ke tempat lain, tapi kerja ofis tetap siap.

MKS? Kalau kat tempat kerja..dia pikir kerja je lah. Kadang-kadang time dia kena amik waiz kat taska pon saya yang ingatkan! Pernah lah dulu time saya rajin ikut dia kat kedai, saje saya nak tau cara dia bekerja macam mana kan. Dia kerja non-stop dari pukul 9am-3pm. Perut saya dah lapar time tu..tapi saya senyap je. Pukul 3.30pm cam tu baru dia teringat tak lunch lagi! Emm patutlah kena gastrik..time makan pon tak betul!

Cuma satu je saya tak setuju..MKS tak shopping secara objektif (terus kedai, beli, balik) Oh no no no..MKS bukan sebegitu. Bab membeli ni..dia lagi cerewet. Nak beli sesuatu barang tu (yang mahal, tapi kalau murah pon kadang-kadang macam tu jugak!) survey 5-6 kali tau, kalau dah beli..kadang-kadang tu asyik komplen je. Rasa menyesal beli lah..salah beli lah, macam-macam lah! Fuh..memang tak tertahan lah dengan perangai orang cam tu. Cerewet!

Sebab kalau saya..dah terpandang barang tu. Tak pikir dah..beli, balik. Kalau tak beli..mesti menyesal..hehe.  Kajian yang lain-lain tu ada betulnya jugak lah..hehe.

Korang rasa macam mane?



Friday, December 28, 2012

Gender Intelligence

Baru-baru ni adik saya Lily ada kursus pasal Gender Intelligence ni lah. Bila dia cite kat wasap..wah bestlah. Beruntung dia dapat attend kursus macam tu. Saya memang teringin nak pergi kursus tentang keibubapaan ni..tapi nak yang free lah, hahaha. Hari tu..Taska waiz ada offer kursus under YPKT..tapi sayangnya saya tak boleh attend sebab demam..emm.

So, bila Lily update kat blog dia..saya mohon share lah. Untuk tatapan kawan-kawan blogger saya ni. Moga-moga jadi panduan dan berguna untuk masa hadapan. 

Bila saya baca huraian yang lily tulis ni, eh betul lah..patutlah MKS macam tu..patutlah macam ni. Macam2 benda yang tersirat telah tersurat akhirnya. Dah macam misteri nusantera pulak..keh keh.

Tak pelah..korang baca dulu ye. Lepas tu..tengok, betul tak kajian melalui jantina ni.

Saya kopipes je dari blog adik saya - Di Sini


Lelaki ~Monotrek~
  1. minat benda / alatan (selain manusia)
  2. mono-tracking : fokus 1 kerja dalam 1 masa [so, jgn bg lelaki arahan kerja yg bnyk dalam 1 masa. biarkan dia selesaikan 1 keje, then br bg arahan keje yg lain]
  3. matanya melihat kaedah kanta zoom (jauh dan kecil sudut)
  4. matanya kurang sel terima warna [sbb tu kengkadang x pandai nk mix+match kn baju]
  5. telinga dengar guna 1 otak (fokus 1 bunyi)
  6. nk selesai semua mslh dgn cepat
  7. cepat lupa
  8. selesai masalah dengan ubah faktor luaran diri
  9. berfikiran sendirian
  10. bila stress, selesai sendiri mendiamkn masalah
  11. memburu (aktiviti menguasai sesuatu) boleh hilangkn stress
  12. pegi shopping secara objektif (terus ke kedai, beli, balik)
  13. dh dapat barang, seronok 2-3 minit slps membeli
  14. mudah tido
  15. komunikasi terus & bpegang kpd perkataan [straight to the point, tak cakap berkias2] 
  16. anytime asal datang moodnye [seks]     

Perempuan ~Multitask~
  1. minat manusia
  2. buat banyak kerja dlm 1 masa [sambil masak bleh basuh baju, etc]
  3. mata guna wide angle (luas sudut dan dekat)
  4. mata seperti HD TV (bnyk guna sel warna)
  5. telinga guna kedua2 otak, boleh dgr mcm2 
  6. nk kongsi semua mslh dulu then br selesai
  7. kuat ingatan yg bkaitan emosi & perasaan
  8. selesai mslh dgn ubah faktor dalaman diri
  9. bfikir secara berpasangan atau bertiga
  10. bila stress nk luah pd org tsayang
  11. shopping bleh hilangkn stress
  12. pegi shopping secara subjektif (enjoy jln2 tgk brg)
  13. dh dpt barang dibeli, seronok sampai 2-3 bulan
  14. susah nk tido, ade je perkara yg difikirkan
  15. komunikasi berbunga bahasa, menjaga hati, melihat non-verbal
  16. keinginan seks mengikut jadual & mood dalaman dan luaran         

Beza Lelaki Perempuan di Tempat Kerja / Luar Rumah

Lelaki akan fikir tentang : 
  1. wawasan
  2. misi
  3. objektif
  4. strategi
  5. kualiti
  6. pelanggan
  7. perancangan
  8. penilaian
  9. kejayaan
  10. sukan
  11. sosial
  12. politik
Huraian : Lelaki akan fokus dgn ape yg dia tgh buat masa dia kat luar rumah. Thats why korang takpayah pelik bila dia kat luar / tgh keje, dia takkan call takkan sms (kecuali utk hal tertentu). Kengkadang ade sesetengah isteri yg bengang bila suami tak call atau sms. Then, mula la nk buat spekulasi yg bukan2. Hentikan. Memang itu sifat lelaki. So, buang jela prasangka bukan2 tu okay.

Perempuan akan fikir tentang :
  1. kerja pejabat
  2. kawan-kawan
  3. bos
  4. anak
  5. suami
  6. masak
  7. baju
  8. kucing
  9. make up
  10. hiasan dalaman
  11. sampah
  12. bil
  13. ikan
  14. dapur
  15. bla bla blaa, etc
Huraian : Macam yg dh diterangkn kt atas td, perempuan kt multitask. So, walaupun dia kat opis atau kat luar, dia tetap akan fikir macam2 perkara, macam2 benda. Sbb tu walau sesibuk mane pon, seorang wife ni mesti akan call suami, call maid nk tanya keadaan anak. Itu la sifat perempuan kan.. Selalu ade perasaan empati. 


Beza Lelaki Perempuan di RUMAH

Untuk aktifkan minda lelaki di rumah ialah dengan menyatakan dia diperlukan (appreciate him), dan beri dia MAKAN dan MAIN... kemudian baru minta tolong sebelum dia TIDUR.

Ape yg perempuan fikir bila di rumah? Still..
  1. kerja pejabat
  2. kawan-kawan
  3. bos
  4. anak
  5. suami
  6. masak
  7. baju
  8. kucing
  9. make up
  10. hiasan dalaman
  11. sampah
  12. bil
  13. ikan
  14. dapur
  15. bla bla blaa, etc

Wednesday, December 26, 2012

Mekap Mekap [Dijamin Murah & cantik]

Lai lai lai..... [mari mari mari]

Dengar sini orang kampung..sape-sape yang duduk area Sabak Bernam dan Sungai Besar, nak guna khidmat mak andam boleh lah try adik saya ni. Bukan try orangnya yer! Try khidmat jari jemari dia untuk mekap korang lah.

Dijamin murah & cantik...wah saya pulak pandai-pandai letak tagline macam tu, hahaha. Tapi memang cantik pon..sesuai lah untuk korang-korang yang nak mekap simple tapi manis di pandang.

Majlis bertunang ke, nikah ke, kahwin..tak pon nak pergi dinner..tak kan tak nak gojes kan. So bolehlah contact adik saya tu. Dia buat part time je dengan kawan dia jugak.

Terjah & like lah page dia...



Yang kanan..mek gebus tu lah adik saya -LILY. Model sebelah tu hasil mekap dia..

Kat bawah ni..contoh-contoh hasil mekap dia jugak.
Cantik kan? Tunggu ape lagi....

Wednesday, December 19, 2012

WW ~ MAK, UMMI, IBU, MAMA, MOMMY..sila baca!


Yes, i know Allah Knows..yang penting niat kita. Ya..pasang niat! Nak menitik air mata baca..sebab saya percaya, bukan saya sorang je yang mengalaminya kan?

p/s:  sila klik gambar untuk kebaikan mata anda!

Sumber : FB

Sunday, December 16, 2012

Nak ASAP [Valve Unimom Mezzo]

:: Google ::
Saya agak stress sekarang..valve unimom mezzo saya koyak. Tengah syok-syok sental valve tu dengan berus, koyak pulak. Selama ni punyalah berhati-hati...emm benda nak jadi.

Valve tu antara komponen yang penting dalam set pumping saya tu. Wajib ada! Kalau tak ada..atau rosak, saya tak boleh pump. Valve tu lah yang menyedut susu keluar bila kita pump.

Ibaratkan straw untuk kita menyedut minuman tu koyak ditengah-tengahnya, sedut macam mana pon..tak sampai air tu kat mulut kita kan. Lebih kurang macam tu lah fungsinya.

Dari semalam saya survey internet..dah email & pm penjual2 valve, tapi tak ada response pon. Adakah sebab semalam (sabtu) dan hari ni cuti?. Kedai baby Xiri yang saya beli pump ni pon dah pergi semalam..tak ada. Pekerjanya janji nak call saya lepas dia tanya bosnya..tapi tak ada response jugak..fuh!

Ada sape-sape yang perasan siapa jual valve ni? Saya nak segera. Kalau ada jual kat KT..sekarang jugak saya terjah kedai ni. STRESS..tolong pergi jauhhhh. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal