Friday, December 31, 2010

Senam Tapi Tak Kurus-Kurus

Awal2 pagi mr MKS dah kejutkan kitaorg dua beranak yang lena di ulit intan mimpi..semata-mata kena temankan dia pergi bersenam. Port biasa..tempat orang senam bersebelahan Bank Negara & Mydin Mall tuu. Apa mimpi nak pergi bersenam? Cam biasalah..bila dah sakit2..mesti jumpa doktor kan. Biasanya doktor yang mr MKS selalu pergi tu akan suruh dia buat senaman. Bagi jantung dia aktif sikit. Sebab mr MKS ni..pagi2 dah pergi kerja, balik senja..manalah ada masa nak bersenam. Rutin harian dia : KERJA - TIDUR - MAKAN . Senam : 0. Tapi yang aku tak puas hatinya..time pergi bersenam tu, mesti aku jer yang iyer2 berlari. Dia dok jalan cam YB melawat kawasan..errg!

Budak ni lah yang paling excited..tak sabar2 nak berlari. Okeh..ayo matz get set..GO..
Pantang kalau ada benda kat kepala dia..le ni susah sikit kalau nak di pakaikan kopiah & topi..mesti di buangnya. Itik dia sengaja aku bawak..takut budak kecik tu tak larat nak lari. Boleh letak & tolak dia kat dalam tu..
















Aku baru lari 3 round..mr MKS dah ajak balik..semput & nak pitam katanya. Sape tak geram..nasib baik dia tu laki kesayangan aku. Kalau orang lain aku dah sekeh kat situ gak..hehe. Ni lah yang dikatakan bersenam, tapi tak kurus2. Cam ne nak kurus kalau lari baru 3 round..peluh tak dan nak kuar lagi..dah ajak balik. Saborrr je lah

Sincerely...

Thursday, December 30, 2010

Yahoo..Cuti.

Suka sangat sebab time rehat tadi tengok kat notis board ada memo..hari Sabtu CUTIIIIIIIIIII. Cuti sempena Malaysia menang Piala Suzuki (betul ke piala Suzuki?). PM dah announce cuti jatuh pada hari Jumaat (esok), tp memandangkan esok kami yang duduk kat Pantai Timur ni memang dah cuti..so cuti akan di anjakkan kepada hari Sabtu. Sape2 yang kerja gomen tu lagi best sebab dapat anjak sampai hari Ahad! Wah..jelesnya.

Nak buat ape cuti 2 hari ni yer? Sebab aku dah biasa cuti sehari jer. Bosan lah pulak..gi kerja lah..lorrr! Hampeh tol widadi ni..tadi gatal sangat nak cuti. Sampai nak protes kat bos kalau tak dapat cuti..ni dah cuti ko buat perangai nak gi kerja pulak ~ (nak wat cam ner..kerja aku melambak tak siap..nak tutup akaun dorr)

p/s : Tension tak kalau korang wat akaun tapi tak balance. Pastu rugi pulak..penat aku nak jawab! Bos bukan salah saya lah..huhu. Oit sape2 yang hutang tu cepat bayar..aku nak tutup buku ni.

Sincerely...

Esok Cuti..Betul Ke?

Firstly nak ucapkan tahniah pada pasukan bola sepak Malaysia sebab menang malam tadi. Walaupon aku tak berapa nak melayan bab2 sport ni..tapi tau lah jugak sape yang menang. Malam tadi teman mr MKS tengok bola kat kedai mamak di Mydin Mall. Tengok sorang2 kat rumah mane feel kan? Bininya pulak memang x reti pasal bola..penalti..kad kuning..kad merah..bla..bla  ni. So kali ni aku excuse dia tengok kat kedai mamak..hehe. Tapi time game tu..aku idoklah tengok sama. Eeeii tak paham lah kenapa diaorg dok kejor2 bola tu. Daripada aku sakit kepala & sakit telinga sebab penontonnya terpekik & terjerit cam orang kena histeria..aku bawak waiz shopping kat dalam Mydin. Syukur kali ni boleh shopping dengan tenang sebab tak banyak orang..orang2 lain sibuk tengok tibi!

Bila dah menang ni..aku cuma nak tau ada cuti ke tak..tu je! Hehehe..teruk tol orang Malaysia ni yer, sikit2 demand cuti umum. Orang lain yang penat main bola..kita pulak sibuk-sibuk nak cuti. So bila PM dah umum 31hb Disember (Esok) cuti umum..sukalah. Tapi masalahnya sekarang..esok..jumaat..Terengganu memang cuti! So sekarang aku nak tau adakah cuti ni boleh di anjakkan pada hari Sabtu? Aku rase cam tak ada harapan jer..Emm kena kerja gak lah New York Year nanti!


Sincerely...

Wednesday, December 29, 2010

Kami Pengunjung Setia Mydin

Lihatlah betapa gembiranya budak kecik itu..dapat duduk di troli Mydin sudah terserlah kegembiraannnya. Tu belum aku lepas dia suruh jalan sendiri..habis lingkup barang2 Mydin dia tarik. Haru papanya nak membayor nanti! Seminggu ada lah 4-5 kali aku pergi Mydin. Kalau tak beli barang pon..saje2 jalan2 cari makan. Tapi sebenarnya orang yang paling suka pergi ke Mydin adalah mr MKS. Aku pon tak paham..gaya cam orang udah kena ubat guna2 jer. Tak pergi Mydin dalam seminggu tak sah! Mandi tak basah..tido tak lena. Ke ada sapa2 kat Mydin ni? Ish..ish..jauh2 ko syaitan, jangan ko nak menghasut hatiku yang suci bersih ni.

Tapi sebenarnya aku tau kenapa mr MKS suka sangat pergi Mydin tu..sebabbbbbbb nak tengok buah hatinya Alah handphone lah! Kesian kat laki aku ni..selagi tak dapat beli HP idaman dia tu..selagi tu lah dia heret aku ajak tengok HP tu! . Kalau nak di ikutkan..duit yang di kumpul tu dah cukup nak beli HP tu, tapi bininya tak reti2 asyik meminta-minta duit jer. Sabor jelah ye bang sebab dapat bini ruper itu!

Sincerely...

Tuesday, December 28, 2010

Saya Blogger Terengganu

Pagi tadi ber-BW kat blog Yaya tengok dia join segmen yang di buat oleh blog pilihan malaysia. So cam dah lama jer tak join segmen2 cam ni. Jom kita join...boleh kenal2 & tambah kawan. Sape2 nak join leh klik kat header di bawah ek.
Nak join segmen ni kena wat sessi perkenalan..cam buat biodata masa sekolah2 dulu. Sape2 nak kenal aku..jemput lah baca :

Nama Glamer : Wida

Status : Anak kepada Hj Pauji, Isteri kepada Hj Mohd Khir & Mama kepada Khairul Waiz

Cara Hubungi : Campak botol ke laut (hehe gurau jer) achiq_mks @hotmail.com

Daerah : Kuala Terengganu

Tempat Tinggal : Kampung Kubang Tangga

Apa yang menarik di Terengganu : Bak kata Astro..macam2 adaaaa. Tempat pelancongannya, makanannya, aweknya..dll. Tapi yang wajib ada kat Terengganu ni..tempat lain konpem tak ada..sure lah..ialah..

*

*

*

*

*

*

*
Kami anak beranak..spesis ni boleh dijumpai dia area Kuala Terengganu sahaja..hehe. Jangan marah...

Sincerely...

Brian Hyland - Sealed with a Kiss with Lyrics



Yey..dah jumpa. Satu lagi lagu yang aku dok carik2 sejak azali zaman sekolah. Aku dengar lagu ni masa kat sekolah menengah lagik! Ada batch buat koir guna lagu ni..sedap sangat. Tapi aku carik2 kat internet tak jumpo lorr.Macam mana nak jumpa kalau tak tau sape penyanyinya & tajuk lagunya..hikhik. Ni lah untungnya bila ber-BW. Hari tu aku jumpa lagu2 rakyat negeri Terengganu..sekarang jumpa lagu "Sealed With A Kiss" ni. Lagu ni aku jumpa kat blog Sekamar Rindu..selalu singgah blog dia sebab lagunya best2 & selalu bertukar-tukar. Lagu ni banyak versi..tak tau lah sape penyanyi asalnya. Tapi kat blog SR tu..Bobby Vinton yang nyanyi.

Sincerely...

Monday, December 27, 2010

Bosannyaaa..Tak Ada Tempat Lain Lagi Ker Nak Pergi

Best kan sape duduk bandar2 besar cam Kolumpo tu. Banyak tempat boleh pergi..banyak tempat boleh melawat. Yang penting sediakan ongkosnya..kan kan kan? Tapi sape2 yang duduk tempat cam aku ni..pusing2 pergi tempat sama jer!Minggu ni pergi Giant..minggu depan pergi Mydin, minggu satu lagi pergi TTC (kalau ada ekspo!), minggu tut pergi Giant balik, pastu Mydin..pastu TTC..kalau rajin round pantai Batu Buruk. Weh..tak bosang ker? Hah kan tubik ayat terengganu aku..hehe. Orang2 Terengganu jangan marah pulak aku komplen2 ni. Tapi aku tau korang pon sama..kan kan kan?

Sebenarnya aku suka duduk Kuala Terengganu ni.  Makananya sedap2 & bandarnya kecik jer..senang aku nak hafal jalan. Sebab bab2 jalan ni memang aku fail sikit. Korang bayangkan lah..aku nak balik kampung dari Terengganu ke Sabak Bernam pon tak tau nak ikut jalan mana. MR mks selalu gelakkan aku..hampeh tol! Tapi kalau  aku tak suka  duduk sini tak kan tahan sampai 5 tahun! Awal2 lagik dah cabut duduk Selangor. Aku kalau boleh nak duduk  sini sampai bila2..nak beranak pinak cucu cicit piut! Tapi kalau dah takdir aku kena pindah bandar besar cam Selangor @ Kolumpo tu..tak tau lah apa nak jadi nanti. Eh tak reti lah dengan jalan2 dia..transport dia..pening aku. Mane tahan dengan jem lagik..masalah sosial lagi..erk (tak tak..kat ceruk mane pon ko duduk mesti ada gak masalah sosial. Selagi ada makhluk bernama manusia..mesti ada gak masalah sosial)

Kesimpulannya aku memang suka duduk Terengganu walaupun...(dah stop stop..no tapi2!) Nasib badan. Sape2 blogger KT ni yang nampak aku kat Mydin & Giant tegur2 lah ek. Wa Salabak Belenam (Sabak Bernam) mari..talak sombong maa.


Sincerely...

Friday, December 24, 2010

Aduh Sakit Jantung Den!

Kecik2 pakai tudung tak apa..besor nanti jangan ngade nak pakai cam ni! Sakit jantung mama kamu nanti. Lepas ni tak tau lah apa yang kakak2 sepupu kamu nak pakaikan kat budak kecik ni..Tak pelah, sementara budak kecik ni tak sampai akil baligh lagi..buat lah apa2 pun. Nak  peluk cium gigit..buat lah. Dah besar nanti..NO NO NO..harammmmmmmmm

Sincerely...

Thursday, December 23, 2010

Hari Ni Ke Result PMR Kuar?

Tak silap aku hari ni result PMR kuar kan? So pada adik2 yang amik PMR tu..selamat mengambil slip result PMR lah yer..moga2 berjaya! Sape yang tak berjaya tu..jangan putus asa. Terus sambung belajar ok..

Seingat aku lah..dari pekse UPSR, PMR & SPM..aku tak pernah amik slip result tu. Takut beb..biasanya abah atau abang2 aku yang tolong amikkan. Satu lagi..aku malu sebab masa sekolah dulu tak berapa pandai (ceh bajet cam sekarang ni pandai jer!). So malu lah bila jumpa cikgu2, then diaorg tanya result bape? Arrghhh..tension tau.

Masa UPSR dulu..abah aku yg tolong tengokkan..aku menyorok kat kelas mane ntah. Pastu dapat tau result 2A 2B. Sedih lah gak, sebab aku ingat leh dapat 3A ker..huhu. Pastu PMR pon aku tak amik result tu..rasenya abang aku yang pergi tgk. Masa PMR aku dapat 3 bungkus ABC..hehe, 3A 3B 3C. Last sekali masa SPM pulak..cikgu Aisberg (kawan Yong aku) yang tolong amikkan. Masa SPM ni aku memang teringin nak rasa amik result sendiri..tapi masa tu aku tengah kejer kilang. Iyer..aku kerja kilang Hitachi tau..kontrak 3 bulan. Bosan tak tau nak buat ape lepas SPM..aku kerja lah kilang..best gak. Nak tau aku dapat baper? Sibuk lah korang ni..okey aku tak pandai..tak pelah nak share pon. Kalau aku pandai & tunjuk result yang best2 tu..korang ingat aku riak pulak nanti. SPM aku dapat 6A 3B 2C. korang dapat bape? Tak nak share ker?

 p/s : result masa aku diploma & ijazah masa kat UiTM dulu x nak tau ker?

Sincerely...

Wednesday, December 22, 2010

Jumpa Doh..

Dah lama aku cari lagu2 rakyat negeri Terengganu ni..baru hari ni jumpa. Suka lah sangat..hehe. Cam ne boleh jumpa? Tadi ada follower baru..nama blog dia nklialonghafiz. Orang dah datang rumah kita..kena lah reti bahasa gi jenguk2 balik rumah dia. Memang lah tak ada paksaan..tapi biasanya sape yang melawat rumah aku ni..konpem aku pergi terjah balik rumah diaorg.


Bestnya blog nkli along hafiz ni ada playlist lagu2 rakyat negeri Terengganu. Wajib lah aku dengar kesemua lagu2 tu. Kata nak jadi orang Terengganu..kenalah khatam semuanya kan? Sape lagi orang Terengganu..cepat follow aku..nak tambah kawan lagi ni. Best pulak bila jumpa kawan2 sekampung dlm blog ni..hehe.

Sincerely...

Serbuk koko tiruan dicampur dalam Milo

Berita ni di petik dari Kosmo hari ni :

GEORGE TOWN - Terdapat peniaga minuman di negeri ini yang memperdaya pelanggan mereka dengan mengisi semula serbuk koko tiruan ke dalam tin Milo asal bagi mengaut keuntungan mudah. Penggunaan serbuk koko tiruan itu dipercayai dapat menjimatkan kos pembelian sebanyak 30 peratus berbanding harga Milo asal.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, M. Guna Selan berkata, perkara itu dimaklumkan orang awam selepas menyedari ada peniaga menggunakan serbuk koko tiruan bagi pesanan minuman Milo. Menurut beliau, hasil pemeriksaan di beberapa kedai minuman di sekitar Bukit Minyak, Taman Ciku di Bukit Mertajam serta di Seberang Jaya mendapati, serbuk koko yang dijual di dalam bungkusan plastik tanpa jenama itu diisi ke dalam tin Milo seberat dua kilogram (kg).

Kenapalah banyak sangat barang tiruan ni? B4 ni biasanya baju, kasut dan beg je yang tiruan..sekarang makanan pon ada yang tiruan. Diaorg tak pikir ke makanan tu boleh beri kesan pada penggunanya? Lebih2 lagi pada penggemar milo cam aku ni. Kalau minum kat kedai mesti order milo ais..hehe. Sape yang duduk Georgetown tu hati2 lah yer..

Sincerely...

Tuesday, December 21, 2010

Itik Waiz

Dulu kan aku pernah cite beli basikal itik untuk waiz masa hari raya puasa. Aku beli kat Sungai Besar (kampung aku)..beli masa tokey cina tu nak tutup kedai dah. Harga dari RM150, tapi aku dapat RM100 + percuma bola lagik! (Bola tu mr MKS yang pau kat cina tu) Petua : kalau nak beli, beli masa org nak tutup kedai..boleh turun harga dgn gila2nya. Tapi jangan ko yang gila kalau tak dapat harga yang ko nak!
Sekarang ni tiap petang, budak ni mesti request nak main kat luar rumah. Kalau tak bagi..asyik duduk kat depan pintu jer! Cerdik sungguh anak mama sorang ni. Time ni tengah main sambil makan buah katak puru. Budak ni memang suka sangat makan masam2 cam mamanya (tapi  sebenarnya aku x nak bagi sangat..kata org x elok makan masam2..nanti jadi pelupa! Cam aku..erk!) Tu yang bila amik gambar jadi berkerut-kerut muka..menahan kemasaman.

Time ni along (kakak sepupu waiz) ada..budak2 U kan cuti..so along lah yang rajin melayan budak kecik ni bermain-main. Mama duduk jer sambil kunyah katak puru..ngeh ngeh. FYI , sepupu2 waiz belah mr MKS semua dah besar2..dah ada yang kawen & beranak pinak pon! Ada sepupu yang paling muda pon dah darjah 6. Jadi kelahiran budak ni memang paling dinanti-nantikan lah..sebab dah lama tak ada budak kecik kat family mr MKS. Sebab tu jugak lah budak kecik ni jadi manja sangat..sebab semua makcik2 & sepupu2nya dok melayan sangat kerenah dia.

Dah penat duduk kat "itik" dia..dia pulak tolak "itik" tu..Nasib baik along tu dah besar, kalau tak mesti waiz suruh along duduk kat "itik" dia..hehe. Terkedek-kedek tolak "itik"..tak sedor dia sendiri jalan dah macam itik!

Sincerely...

Nasi Kunyit a.k.a Pulut Kuning

Aku : Kak, bungkus pulut se
Penjual : Pulut tak siap lagi dik
Aku : Blur..(padahal pulut tu ada depan mata aku!). Dah tu ni apa? (Sambil tunjuk kat pulut kuning tu)
Penjual : Ooo..nasi kunyit
Aku : A'ah..nasi kunyit se (dalam hati : @%#^$& err..)
Dah nak dekat 5 tahun duduk Terengganu..x pas2 lagi!  Kalau di ikutkan banyak lagi perkataan/bahasa Terengganu yang aku konfius..nanti kalau rajin aku wat n3 ek.

Pulut Kuning yang buat aku konfius..kenapa org sini panggil "nasi kunyit"..sedangkan sudah terang-terang makanan ni adalah pulut. Tolong terang sikit org Terengganu..

Sincerely...

Monday, December 20, 2010

Tak Ader Kojer..

Gedikss time..hehe. Jangan marah ek. Asyik letak gambar budak kecik tu jer..sekala sekali mamanya nak jugak glamer.

Sincerely...

Azwan Ismail Berkata "Saya Gay Saya OK"


Biar betikkkkk! Ni video betul2 ke main2..konfius aku.

Sincerely...

Sunday, December 19, 2010

Cuba Teka Aku Masak Ape?

Teringin..mengidam..so apa lagi..menggoogle resepi. Balik kerja..sedia bahan, terus masak

Siap! Satu untuk aku, satu untuk mr MKS..yum yum. Korang rase aku masak aper? Nak clue..tgk bahan2 nak masaknya:

- Kueytiaw
- Bawang merah, putih & halia
- Ayam, Kubis Bunga, Lobak Merah
- Air secukupnya
- Sos tiram
- Tepung jagung
- Minyak masak
- Telur ayam
- Cili padi
- Garam


Tak ade hadiah..saje2 suruh teka. Jangan korang claim pulak hadiah kalau jawab betul nanti. Tengah2 bulan ni aku dah pokai!

Sincerely...


PILIH THEME BLOG sw33tdarling.com

Pas sehari2..baru dapat tunaikan kewajipan nak mengundi. Eh bukan mengundi calon-calon Yang Berhormat atau ahli-ahli Parlimen yer. Tapi mengundi theme baru untuk blog Kak Amy. Punyalah banyak pilihan dia..patut pon Kak Amy pening! Kan dah susah..kenalah rakan2 blogger dia pulak memeningkan kepala nak undi yang mane satu. Rasanya ramai yang undi Lady Green untuk mengungguli top carta "pilih theme blog se33darling.com" ni. Tapi aku paling suka theme Venayard Glow..

Theme Venayard Glow ni simple jer..tp lawa. Header dia pon lawo & sedap mata memandang..sesuai benor kalau Kak Amy guna theme ni. Tak nampak cam maskulin sangat ataupun feminin...kena lah dgn trademark Kak Amy "Aku Halimunan" tuuu. Okeh..harap2 Kak Amy suka dengan pilihan aku ni..

Nak tag semua org join GA ni..jomlah ramai2 kita bantu Kak Amy decided theme mane yang paling sesuai untuk dia..tp ikut syarat kena tag jugak 3 org. So aku nak ajak qaseh dalia adelia, Yana & Mush. Hope korang boleh join..hehe


Sincerely...

Dua2 Beranak Emo Terlebey..

Hari Khamis semalam ntah kenapa..tiba2 je jadik emotional. Tapi aku kalau emo2 ni x de lah meroyan nak marah2 orang. Cool jer. Tapi rasa cam x sedap hati jer..ingatkan Waiz kat rumah Kak Ipar aku. Sebab hari Rabu tu aku boleh cuai..terlepas pandang kat budak kecik tu..last2 dia jatuh tangga. Masa aku amik dia..muka pucat giller..agaknya terkejut sebab sebelum ni dia jatuh kat lantai kayu..so x ada lah sakit sangat. Tapi hari tu dia jatuh kat simen..so maybe agak sakit kot. Lama jugaklah dia nangis..pastu diam jer. Aku ni mula lah pikir bukan2..rasa bersalah sangat2. Tu yang masa kat ofis aku asyik teringat kat dia..emm
Aku ni kalau susah hati..sikit2 nak makan coklat! Balik kerja..terus pergi SR cari kek choc chip walnut. Pastu amik budak kecik tu kat rumah Kak ipar aku..dia baru bangun tido. Sampai rumah..nangis2 peluk mamanya. Maknya emo..anaknya pon emo jugak! Budak tu leh lah memeluk maknya. Maknya sape nak peluk ni?

Kamu minum susu sambil mengentel telinga..mama makan kek sorang2. Cepat..cepat sebelum papa kamu balik. Nanti x cukup..mama beli satu je!

p/s : n3 hari jumaat..tp nak post n3 ni guna berukband mr MKS punyalah lembab..gayut x abis2..pastu jatuh..mati..mengong tul.
Sincerely...

Saturday, December 18, 2010

Road2 to Langkawi

Ish bukan aku yang pi jalan2nya..family abang aku lah..Ngah's family. Beronok-ronoklah diaorg..naik aeroplane lagik! Cuti sekolah..seronoklah bawak anak2 pi jalan2. Waiz..kamu x sekolah lagik..so x dapatlah mama nak bwk kamu jalan2 ekk. Harap maklum..
Gambar kat atas tu Ngah, Kak Ngah & anak-anaknya (Nabil, Afiq, Aqil & Yayah). Punyalah banyak gambar Kak Ngah aku upload dlm Facebook dia. Jalan sakan kowang yer..jgn lupa coklat sebar!
Ni gambar periuk vision idaman aku..saje je Kak Ngah aku mms mau bikin hati aku panas. Ish..panas ni! Bila lah boleh sambar satu set..padahal ko masak pon malas! Set vision arwah mak aku pon ade..rase cam nak rembat jerr. Mampus kalau adek aku baca ni!

Sincerely...

Friday, December 17, 2010

Pakai Spec Mata Pulokkk..


Bila ada org melayannya..jadi beginilah anak bujang aku. Kat rumah Mok Nah ada ramai kakak2 sepupu yg melayan kerenahnya..amik gambar bagai..ish ish. Dia ni memang dah lama mengidam spec mamanya..pantang nampak spec mata aku, abis dipegangnya. Jgn lah kau rabun nak..susah kena pakai cermin mata ni.


Sincerely...

Thursday, December 16, 2010

My Header Contest

Rasenya x terlewat nak join contest Cik Yana kita ni..sebab contest ni ditutup pada 05hb Januari 2011. Sori yer yana lambat join sebab header b4 ni x santek..maluuu.
Sape nak join & dapat hadiah top up RM100.00 leh klik kat header yana di atas yerr. Boleh gayut sampai patah dahan..hehe. Tapi akak x pakai prepaid lah dik..so leh dapat cash lah yer?

Okeh..okeh..ni header baru akak..santek tak?
Harap-harap boleh menang..ngeh ngeh.
Opps lupa nak tag pulak..nak tag miss-niera, Gadis Kampung & Gee 

Sincerely...

Wednesday, December 15, 2010

Jom Kita Berkenalan

Lama dah x join segmen mr Ben Ashaari ni. So ada kelapangan ni..boleh lah turun padang. Jom2 ramai join segmen ni..klik kat header di bawah yer.
Kena jawab beberapa soalan..
1) Bila mula buat blog?
- Bulan 8 tahun 2010 (1st n3 aku 10/08/2010)

2) Jumlah followers sekarang?
- Baru 50 orang..sedih tak? Aku rasa dah follow byk blog..tp x tau nape diaorg x nak follow ai balik. Perlukah aku listed kan sape yg x follow lagi? (Huahaha..rase2 kalau nak kena hempuk 18 kali dgn keyboard diaorg buatlah!)

3) Berapa trafik harian?
- Maaflah..aku x berapa paham nak main2 dgn trafik ni. Rase2 ada lah dlm 5-10 org je kot (kata dgn penuh merendah diri okeh!)

4) Sehari berapa entri?
- Bergantung pada mood aku..tapi sekarang ni kalau boleh WAJIB post 1 hari  dengan 1 atau 2 entri (at least ade lah jugak kan?)

5) Berikan satu blog yang best korang suka baca..
- Hari2 memang aku baca semua blog yang aku follow..tp Borak Kosong paling best..hehe


Sincerely...

Anakku Jadi Superman!

Hari tu balik dari rumah Mok Nah dia..tak tau lah nak kata fesyen apa..korang rase?


Tak ke sama macam fesyen mahkluk paling seksa seksi ni...
-

-

-

-

-


Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal