Saturday, December 31, 2011

Gathering YKHY

Sambungan dari cerita ini...

Habis je majlis H3N3 kat Klang..dalam pukul 4.30pm tu kitaorang berkonvoi ke Tasik Shah Alam pulak. Ada hi-tea & gathering untuk YKHY [Yayasan Keluarga Haji Yunus]. See..tak puas makan kat kenduri, ada minum petang pulak. Mula2 tu aku ingat minum air & makan kuih jer. Tapi bila Kak Yong aku cakap ada kueatiaw goreng, nasi goreng semua..terus simpan perut. Sampai ke sudah aku tak makan nasi arab kat majlis Pak Usu aku tu..hehe.
Kat sinilah majlis hi-tea kitaorang..kedai kopi Shah Alam. 1st time datang sini..tak pastilah zaman aku study kat UiTM SA dulu ada ke tak kedai ni..tak pernah pergi pon.
Budak tak duduk diam..nyaris2 hilang masa kat sini. Tak tau ke mana dia merayau-rayau. Tak pasal2 aku kena bebel dengan MKS! Tu MKS tak tau pon cite budak ni hilang masa kitaorang solat kat masjid tadi.

Time tu MKS tido kejap kat dalam kereta..aku bawak waiz ni masuk tempat solat. Tapi ruang solat wanita tu jenis terbuka..tak de pintu pon. Aku tawakal dan redha je lah time solat tu. Doa2 harap budak tu tak hilang. Bila aku siap solat..tengok2 budak ni dah tak. Bila aku cari keliling, tak jumpa! Bila keluar kawasan solat tu..tengok budak ni merayau keliling masjid pakai terompah masjid!
Ni antara menu kat majlis hi-tea tu. Aku tak round pon meja bufet tu. Suruh MKS amik kan kueatiaw goreng jer. Tu je yang aku lalu makan. Sekarang ni makan kueatiaw  goreng hari2 pon tak pe..hehe
Rojak buah yang menarik selera aku..sebab banyak bahan2nya. Ada jambu batu..jambu air..sedap. Yang ni aku makan banyak!
Puding sagu tu MKS makan banyak kali..banyak pinggan dia repeat. Katanya sedap..sejuk. Tapi bila aku rasa..tawar jer. Ntah apa yang sedap aku pon tak paham.

Banyak lagi menu lain..tapi aku tak lalu sangat nak makan. Sangat sadis bila tengok banyak makanan yang sedap2..tapi tekak kau tak lalu nak telan!
Dalam pukul 7pm tu acara hi-tea ni pon abis. Masing2 bergerak balik ke destinasi tersendiri. Time ni lah bersalaman dengan saudara mara yang lain. Lepas ni ntah bila pulak dapat berkumpul lagi. Aku ni dahlah duduk jauh kan..gaya cam duduk amerika jer. Balik kampung pon setahun sekali!

*** Entry aku tulis sebelum ni lagi panjang, tapi tak taulah dimana silapnya..bila publish..n3 aku tinggal separuh. Tak pasal2 aku kena taip balik. Tapi ada cite bahagian pemberian wang saguhati dari YKHY tu aku tak taip semula. Mungkin tuhan beri petunjuk supaya aku tak ceritakan perkara yang terjadi. Jadilah biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan Allah. Sesungguhnya dia yang mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. Lagipon kesedihan tu dah berlalu dan hanyut..so biarlah.


Sincerely...

Lagu-lagu Tentang Dhia

Baru selesai tengok cite Tentang Dhia kat tonton.com...Khamis hari tu tak sempat nak tengok. Meleleh-leleh airmata ai tengok tadi. Abis basah semua kertas2 kerja aku..hehe. Tapi tak best sebab tengok sorang..kalau MKS ada mesti best. Boleh tumpang nangis kat bahu dia..auww! Ni kalau MKS tau aku dah tengok, mesti dia jeles..sebab dia pon tak tengok cite last episod ni lagi.

Tak nak citelah pasal endingnya..walaupon aku baca2 kat blog & facebook..ramai yang x puas hati. Sebab tak tunjuk pembalasan kat mak si Zikir tu. Tak pelah..agaknya penulis skrip tu nak kita buat kesimpulan sendiri kot. Lagipon..kalau mak si Zikir tu tak dapat pembalasan di dunia atas apa yang dia dah buat selama ni, kat akhirat nanti pasti dia terima kan..hehe.

Sebenarnya aku nak share lagu2 latar kat dalam drama Tentang Dhia ni..best2 pulak lagu kat episod akhir ni. So aku google-lah..tq pada blog ni sebab ada buat list tentang lagu2 dalam cite Tentang Dhia. Ni versi youtube..untuk simpanan aku sendiri. Enjoy...















Sincerely...

Restoren Pulau Ketam Ikan Bakar

Aku dah cite pasal minah perasan kat n3 ni.

Sape2 nak try makan boleh lah pergi ke alamat seperti di bawah. Bagi selera & tekak aku ni...okeylah. Agak2 dah jemu asyik makan ikan 3 rasa jer..boleh lah try menu lain dari yang lain.

Restoren Pulau Ketam Ikan Bakar
33, Jalan Batu Nilam 4,
Bandar Bukit Tinggi 1, 
41200 Klang, Malaysia 

Aku dah try cek kat hp MKS..ingatkan ada lah gambar minah perasan tu..tapi memang ternyata T.I.A.D.A.! MKS memang tak ada amik gambar orang lain pon..kecuali gambar family kitaorang & background restoren.

Jom layan gambar yang MKS amik..




:: Gambar tukang buat air ada lah.. ::



Aku sebenarnya tak kisahlah kalau minah perasan tu nak sound2 MKS..tapi cakap elok2 boleh tak. Kitaorang ni customer...ko tu pekerja! Bos ko tak ajar yer nak layan customer cam ner!

Sincerely...

Friday, December 30, 2011

Menu di Majlis H3N3

Aku ada simpan sekeping tisu ni...kot2 MKS nak guna untuk majlis waiz nanti..kuikui.Pak Usu aku guna katering ni lah. MKS kata..bajet puluh ribu jugak. Tak taulah betul ke tak..
Antara menu2 yang tersusun di meja bufet. Time kitaorang datang pukul 10am tu..awal2 lagi family YKHY [Yayasan Keluarga Haji Yunus] dah rasmi dulu semua makanan. Tak naklah berebut time tetamu datang nanti..

Seingat aku lah..menunya nasi arab, ayam goreng berempah, daging, dalca, gulai lemak nenas & ikan masin, acar buah, buah oren. Tak pastilah kalau ada lauk lain..sebab aku tak makan pon. Time ni kenyang lagi sebab dah brekpes. Teman MKS makan jer..
Time tak mengandung..ni peveret aku. Tapi dah mengandung ni...tak lalu nak makan ayam goreng yang dipotong besar2 cam ni. Kalau potong kecik2 tak pe..hiks.
Acar buah...rasa sikit je..pedas! Teringat zaman dulu. Kalau ada kenduri kahwin..acar buah ni dah dibuat seminggu before majlis berlangsung. Di perap/peram dalam tempayan. Makin lama di simpan..makin sedap.

Tapi yang ni tak diperap lama..makan buah2nya pon dah tau..sebab keras!
Ni je menu yang aku terliur..benda tak boleh makan tu lah aku nak makan. Nenas tu aku tak amiklah..kang tercirit pulak. Rasa ikan masinnya jer..tapi bila dah rasa..emmm. Tekak aku ni yang tak berselera kot..
Ni meja kuih muih...kat sinilah aku banyak makan. Sebab tak makan nasi..so aku kenyang makan kuih talam cendol, talam keladi, lemper [heaven..sedapnya!], apam, macam2 lagi lah!

Bila tengahari..ada pulak cendol [tapi aku tak rasa pon], pastu rojak buah..ni pon aku tak makan sebab tak de mangga! Pastu laksa penang pulak..my peveret..tapi time tu tak teringin nak makan pon..jeling je lah.

Lepas tu aku lepak kat masjid..solat & mandikan waiz. So tak taulah samada ada makanan lain pulak lepas tu. MKS berapa kali repeat makan time majlis tu. Yelah..kitaorang duduk dari pagi sampai majlis berakhir. So memang kerja makan je lah!

Lepas ni aktiviti makan pulak tau..nanti ai story ek.


Sincerely...

H3N3 [Nak jugak tiru tajuk entry sis Yati..hehe]

Cis..dasar penciplak..tajuk pon nak tiru sis Yati punya entry..hiks. Sori sis. Sape nak baca n3 original H3N3 boleh ke sini. Aku punya ni versi cetak rompak!
Kat sinilah majlis perkahwinan sepupu2 aku berlangsung. Tak lah jauh sangat dari rumah Yong aku..dalam 10-15 minit jer. Zaman sekarang senang buat majlis kat dewan or hotel jer kan. Aku pon pernah cakap kat MKS..kalau Waiz kahwin nanti kita buat di dewan/hotel je lah yer. Tak payah susah2 nak kemas2 rumah. Tapi MKS jawab..'hai, anak awak tu sunat pon belum lagi!' Sentap mak dengar laki sound cam tu..hiks. Tapi MKS suruh aku simpan tisu katering masa majlis anak2 Pak Usu hari tu. Sebab kat tisu tu ada alamat & no.tel katering. Bila aku tanya nak buat..katanya boleh guna time majlis waiz nanti. See..sekarang sape yang hampeh?
H1N1 yang pertama [macam virus lah pulak]..abang yang paling sulung, Humaidy & Norzaimah. Kat tepi pengantin perempuan tu adik pengantin lelaki. Sepupu aku jugak..si Qila. Yang tepi pengantin lelaki tu bukan pengapit yer..penyempit! Sebab dalam semua gambar ada muka dia..over tau! Kalau korang nak tau..tu abang aku, Ngah!
Time makan kat meja beradab. Punyalah sedap..sampai tak pandang kamera yer. Eh gambar2 ni aku cilok kat facebook Cik Pok [Pakcik aku jugak]. Tak ingat nak transfer dari hp MKS. Ada jugak gambar dari hp aku..tapi sikit jer. Dan banyak yang kabur sebab tukang amik gambar tangan ketar!
Ni H1N1 yang kedua..Hibatul Haqqi & Nurul Aini. Diaorang ni dah lama nikah. Majlis kat rumah perempuan pon dah lama di buat. Tapi majlis sambut menantu dibuat serentak dengan abang & adik pengantin lelaki.

See..ada lagi gambar Ngah! Anaknya Nabil pon sempat menyelit sama. Time ni aku tak sempat nak tengok ketibaan pengantin. Sebab budak kecik..si waiz tu baru bangun dari tido! Aku ingat time dia dah tido tu..sempatlah nak bergambar. Tapi hampeh..kejap bebenor budak tu tido. Maybe panas kot..nak tido lama pon tak selesa.
Comel lah kaler pink..menyesal time aku kawin dulu tak amik kaler pink!
Eh..tiba2 sesat baby pulak. Ni anak pengantin kedua tadi..Haqqi & Aini. Sama tarikh lahir dengan waiz..05hb December. Ayatul Husna..comel & pink.. sama mama & babahnya. Elok je tido kat buaian..macam tau2 je mama & babahnya tengah bersanding.
H1N1 yang terakhir..Haniffah & Nor Izni. Warna grey ni pon cantik. Terkejut tengok pengantin perempuan...cantik sangat. Tengok kat luar biasa2 jer..tapi bila dah make-up..macam retis. Adik aku cakap macam Raja Ema..yeke?
Sweetnya diaorang...nak bersanding sekali lagi dengan MKS boleh tak? Emm...nantilah, annivesary yang ke-30..hahaha.
Ni pulak sebahagian kakak2 sepupu & makcik2 aku..diantara orang kuat majlis ni. Baju pon sama...ai je yang tak dapat baju ni..hehe. Tak dapat baju khas ni..so kita duduk diam jelah..jadi VVIP..hiks.

Lily..nanti ko kahwin buat kat dewan je lah yer..hehehe.



Sincerely...

Thursday, December 29, 2011

Gejubos lah sangat...

Tak tau samada ejaan gejubos tu betul ke tak..ai ni nama je anak orang jawa, tapi nak cakap jawa..hampeh! Siji loro telu je lah aku reti!

Rentetan peristiwa selepas makan nasi arab kat Shah Alam. Aku, yong & ngah bergerak ke rumah Pak Usu aku di Bukit Tinggi Klang. Keesokkan hari ada kenduri kahwin untuk ketiga-tiga sepupu aku. Biasanya orang jawa ni..ada lah buat gejubos atau gotong royong untuk majlis perkahwinan tu. Tapi disebabkan Pak Usu aku buat kenduri kat dewan..so tak adalah gejubos2 ni. Makanan pon semua tempah katering..kalau kat kampung mesti ada sembelih lembu, masak memasak..pasang khemah..macam2 lah.

Jadinya masa kitaorang datang rumah Pak Usu tu..cuma lepak2 sambil sembang2 dengan saudara mara je lah. Seronok jugak jumpa saudara mara yang lama tak jumpa..sebab last aku balik pon masa hari raya puasa dulu. Tapi bila dah petang tu..ada jugak tolong sikit bungkuskan dodol untuk tetamu makan esok. Nak tolong yang lain2..semua dah siap. So duduk makan je lah..hehehe.

Kat rumah Pak Usu ni jugaklah aku lepaskan mengidam aku nak makan pecal. Dari hari tu nak makan. Nak tunggu adik aku tu pos..kang sampai beranak belum tentu dapat makan! Nasib baiklah masa makan nasi arab kat Shah Alam tu aku makan sikit jer. So bolehlah aku sumbat pecal ni banyak2 kat perut aku. Memang puas hati lah..2 kali jugak aku tambah. Cuma rasa kureng sikit sebab tak ada bihun..sebab aku tak suka sangat makan sayur. Sebab tu kalau kat kampung..bila beli pecal mesti letak bihun & nasi himpit jer.
Sape yang tak kenal pecal ni..ni aku tolong google-kan. Kalau kat kampung..orang jual dalam daun pisang cam ni lah. Yang penting..kesedapan pecal ni terletak pada kuahnya. Kalau sedap kuahnya..sedaplah pecal tu.

Lagi satu..dapat jugak makan cempedak goreng masa kat rumah Pak Usu. Panas2 pulak tu..terus stop bungkus dodol. Layan makan cempedak dulu..hehehe. Kat Terengganu ni pon ada orang jual cempedak goreng..tapi aku tak jumpa2 lah pulak orang yang menjualnya! Bila berhenti tengok..ada goreng pisang & keropok lekor jer..sedih betul. Alhamdulillah..lepas mengidam aku. Kalau tak..meleleh-leleh air liur baby nanti..hehehe.

Banyak lagi makanan kat rumah Pak Usu aku..tomyam lah, sup lah, bubur kacang lah, roti jala lagi..kalau dah nama orang jawa tu..memang macam2 makanan ada! Tapi aku tak usik pon makanan yang lain..tak lalu. Kalau tak mengandung..dah lama aku bedal! Sejak mengandung ni..memilih sikit time makan. Nasi tak lalu..makanan goreng & minyak2 tak lalu..gulai & kari langsung tak boleh telan. Ish..mengade sungguh!

Hampir maghrib tu..kitaorang balik ke rumah Yong. Janji dengan Mak Usu nak datang balik..tapi bila dah sampai rumah, masing2 malas nak keluar. Perut pon dah kenyang kan..kalau perut lapar..wajib kitaorang pergi balik! Tapi Yong & MKS memang kena pergi ke rumah Pak Usu semula..sebab malam tu orang2 lelaki kena angkat barang2 ke dewan. MKS kata..lepas angkat barang, diaorang makan lagi kat kedai. MKS kata..keluarga aku ni memang suka makan. Sekejap2 makan..kumpul ramai2..mesti makan! Tengok lah badan masing2..hiks.





Sincerely...

Hajat Orang Mengidam!

Walaupon aku yang tengah mengandung...tapi bukan aku yang mengidam yer. Ni MKS lah! Asal balik KL jer..mesti bunyi2 nak makan makanan Arab. Naik bosan aku! Nasib baiklah ada abang2 iparnya yang rajin melayan..maka ke Shah Alam lah kami selepas penat menapak kat Midvalley tadi.

Dari kat Midvalley lagi si MKS ni dah masam2 muka..sebab dah pukul 3pm tapi still tak lunch lagi. Perut MKS ni kena makan on time sokmo..kalau lewat mulalah masuk angin. Lepas tu masam memanjang..tension betul aku bila menghadap orang perangai cam ni. Tapi bila dah sampai restoren makanan arab..terus senyum. Suka sangat lah tu..sabar je lah!
D'Arab Cafe...MKS kata..okeylah jugak. Tapi sedap Restoren Saba' jugak. Kat sini yong order 2 talam nasi. Tapi aku makan sikit jer..
Air arab..tapi Yong tukar dengan air fresh orange & tembikai.
Ni gambar2 yang MKS amik..senget benget!
Budak kecik ni..tengok menu, terus mintak aiskrem. Dapat aiskrem..senyap lah sikit. Dapatlah mama & papanya duduk makan dengan tenang sikit. Masa ni aku tengah layan cendol..

Yang ni..Yong jugak yang bayar. Habis bonus Yong aku belanja adik2 dia makan..dah lah sorang2 [kecuali aku okey..] makan banyak!



Sincerely...

Sakit Kaki Jalan2 di Midvalley

24hb..Yong bawak kitaorang gi jalan2. Macam yang aku pernah bagitau b4 ni..nak suruh MKS bawak, memang tak berjalan lah aku kan. Tak pasal2 ada orang menangis sebab sesat kat KL nanti yer.

Nasib baiklah ada kereta yong..maka berhimpit-himpit lah kami 10 orang dalam kereta tu campur adik aku yang gebuz tu. Mujur tak penyek Kak yong aku..hehe. Mula2 tu aku ingat nak pergi GM Klang jer. Tapi rupa2nya Yong aku nak bawak ke Sogo. Tapi masa ODW tu..Ngah aku bagitau diaorang nak ke Midvalley. So mengikutlah kami ke Midvalley jugak.
Tak de duit nak membeli belah ni yer. Gaji tak masuk lagi! Company aku ni bukannya macam orang gomen..dah dapat gaji plus bonus lagi. Kitaorang ni tak kira time raya cina ker, raya xmas ke, raya puasa ker..gaji tetap masuk akhir bulan hokey. Jadinya cuci mata jelah...sambil2 amik gambar pokok xmas..huhu.
Ramainya umat...nak berjalan pon susah. Nak kencing pon kena beratur panjang! Ish..aku kalau ramai orang cam ni, ada duit pon terus tak de mood nak menyopping lah! Ceh..
Oit..budak ni tak duduk diam dah. Susah jugaklah nak monitor budak ni. Takut hilang nanti..mana nak cari ganti kalau anak hilang kan? Hari tu hilang kat Mydin Mall Kuala Terengganu pon aku dah cuak gila. Laju bebebor budak ni berlari..tak terkejor ko. Lagi senang tangkap ayam dari nak menangkap budak kecik ni! Sabau jer lah..



Sincerely...

Wednesday, December 28, 2011

Ada Minah Perasan Di Restoren Pulau Ketam!

Nasib lah jumpa blogger macam aku kan..tu lah..sape suruh ko jadi minah perasan. Tak pasal2 aku cite kat dalam blog aku kan! Hehehe. Nasib baiklah blog aku ni tak se-gah blog Red Mummy tu..kalau tak, memang semua reader pergi terjah Restoren Pulau Ketam tu semata-mata nak tengok minah perasan!

Kisahnya macam ni..lepas aku sampai kat Klang, yong aku ajak pergi makan kat luar. Tak pasti lah area mana..aku mana lah tau jalan2 kat Klang ni [oh ya..aku bukan orang Klang yer, orang kampung..Sabak Bernam. Klang ni rumah abang aku yang sulung..Yong]. Sampai kat restoren tu..sementara tunggu order, MKS amiklah gambar kat sekeliling restoren tu. Sebab deko kat restoren tu cantiklah jugak. Ada gambar2 jeti kat Pulau Ketam..nostalgia gitu. MKS ni kan macam al-jakun sikit..amik lah gambar sana sini. Campur amik gambar si waiz yang tak reti duduk diam tu jugak!

Pastu..tiba2 datang seorang pekerja restoren ni kat MKS. Dia tanya..MKS ada amik gambar tadi kan. MKS ni angguk lah...mula2 tu MKS ingat tak boleh ambik gambar kat restoren tu..takutlah jugak kan. Kot2 polisi restoren tu..dilarang mengambil gambar. Tapi masa MKS amik gambar..tak de pon mana2 pekerja yang tegur dia. So minah ni cakap kat MKS..kalau ada terambil gambar dia or gambar dia termasuk dalam kamera MKS tadi..dia suruh delete. Pastu terus blah..sambil buat muka tak puas hati. Kitaorang yang dengar dia cakap ni..terus tercengang, pastu gelak2 dengan perangai minah tu. Terus MKS cop pekerja tu 'minah perasan'!

Aduh...ada jugak orang pesen cam ni yer. Macamlah laki aku tu kemaruk sangat nak amik gambar dia. Bukannya cantik macam Fazura atau comel cam Nora Danish pon! Ish ish sabor jelah. Tapi aku pikir positif lah jugak..maybe before ni ada pelanggan fanatik amik gambar dia secara curi kot. Tu yang dia jadi trauma. Agaknyalah..

Tamat cite minah perasan tu. Ni antara menu2 yang yong aku dah order. Memang lain dari yang lain. Selalu makan ikan 3 rasa..masam manis. Ni lain sikit masakannya. Ikan2 dan lauk2 yang lain semua di ambil dari Pulau Ketam..memang fresh dan murah.
Ni sotong..tak pasti masak apa. Tapi kebanyakkan lauk yang yong order semua versi hitam2 jer. Aku suka makan sotong..tapi time mengandung ni, semua yang aku suka makan semua jadi tak sedap! Lagipon aku rasa cam hangus2 sikit..can not go!
Ni adik beradik lala jugak kot. Tapi besor2 cengkerangnya. Isinya ciput jer. Sedap..pedas2 sikit.
Ni ikan cencaru..dengan sos aneh. Aneh kan namanya? Lain dari yang lain. Tapi yang ni pon aku makan sikit jer.
Ni pepahat. Mula2 tu aku geli nak makan..tapi bila dah rasa..sedap pulak. Ada jugak menu telur dadar & kerang rebus..tapi tu tak payah amik gambar lah..hehe. Tak de sup or tomyam..kitaorang makan kering2 jer. 10 orang makan..total RM204. Yong aku belanja!

Sincerely...

Balik Mengejut..

Lama aku tak bersiaran di blog ni..gara2 balik Klang secara mengejut. Bukan ada hal kecemasan pon..tapi cuma kenduri perkahwinan sepupu2 aku. Pak Usu aku terima menantu 3 orang sekaligus sebab 3 orang anak terunanya masing2 nak menamatkan zaman bujang diaorang.

Asalnya aku tak ada hati pon nak balik bila mengenangkan gaji tak masuk lagi..cuti pon dah abis. Kalau aku balik..sah2 kena potong gaji. Sayang jugak kalau kena potong kan..nak balik kena guna duit lagi. Tapi sebab ramai yang bertanya-tanya..aku balik ke tak, MKS jadi serba salah lah pulak. Sebab semua keputusan atas tangan dia..kalau aku meraung-raung nak balik pon, tapi MKS tak benarkan..tak kan aku nak lari balik sorang2 kan?

So pagi Jumaat tu..MKS buat keputusan untuk balik Klang. Kelam kabutlah aku mencari beg..kemas baju, kemas rumah sikit. Dalam pukul 12pm baru kitaorang keluar dari rumah. Jalan kat highway tak jammed pon..tapi bila masuk KL..bertembung dengan orang balik kerja..aduh..naik kematu punggung aku ni duduk dalam kereta. Dalam pukul 9pm baru sampai rumah yong aku kat Klang.

Orang yang paling seronok..mesti lah waiz sebab dapat jumpa sepupu2nya. Nak2..semua anak2 yong memang rajin melayan budak kecik tu. Lagi lah suka budak tu..bermain, berlari..sampai tak ingat nak makan!

Malam tu jugak..Yong aku bawak makan kat luar. Kat Restoren Pulau Ketam..ada cerita 'minah perasan' aku nak cite kat korang...tunggu yer!

Sincerely...

Thursday, December 22, 2011

Majlis Hari Lahir Waiz

Alhamdulillah...setelah beberapa kali asyik menunda tarikh jer. 17hb hari tu..jadi jugak buat majlis hari lahir waiz. Nasib baik kak Sue yang aku tempah kek tu boleh bertolak ansur. Kalau tak..tak de kek lah waiz!

Hari Sabtu tu aku tetap datang kerja..tapi half day je lah. Lepas dapat kek, aku amik tempahan nasi pulak kat rumah kawan aku. Nasib baik area ofis jer..tapi semput lah jugak. Ke sana ke mari..bawak kete sorang2. Sebab sekarang ni..time pregnant asyik lah mengade suruh MKS hantar & amik pergi kerja. Bukannya manja yer..tapi mengandung kali kedua ni agak penatlah sikit berbanding masa aku mengandung ke waiz dulu. Tak boleh berdiri lama2..duduk lama2 pon sakit jugak, bawak kereta asyik lah sakit kaki..padahal kereta auto! Mungkin faktor usia..or mungkin jugak faktor berat badan aku yang berlebihan ni. Aduh..tak mengandung pon semput nak bawak badan sendiri..inikan pulak dah berisi...kan?

Okey..sambung dengan majlis waiz. Tepat je pukul 1pm..aku cabut balik rumah. Waiz tengah tido..tak pe, bagi dia charge tenaga dia dulu. Aku susun2 semua makanan. Potong buah oren sikit..buat air. Lain2 semua aku beli & tempah. Nasi minyak lauk daging & ayam masak merah, acar, kuih penganang, buah, cheesetart, kek. Oh ya..aku buat puding laici jer..hiks.

Kitaorang jemput tetamu dalam pukul 2pm..tapi dalam pukul 3pm baru orang start datang. Lagipon time tu hujan..ada jugak yang kerja. Tak pelah..janji ada orang datang. Kitaorang jemput tetamu pon tak ramai, dalam 20 orang jer..adik beradik MKS & pengasuh waiz.

Memang aku dah niat..dalam setahun kena ajak jugak orang datang makan kat rumah. Time raya dah lah aku asyik buat rumah tertutup jer kan..so aku curik masa time besday waiz lah nak jamu family ni. Alhamdulillah...tahun ni lepas dah niat aku. Dapat jugak buat sedikit tahlil untuk arwah2 yang dah pergi meninggalkan kami.
Biras aku kata..kek waiz asyik lah warna hijau & ada nombor jer..hehe. Kek ni aku tempah kat Kak Sue. Ada 2 layers..carrot walnut cake + cream chees topping & brownies marble cheese + choc ganache. Memang sedap...lebih2 lagi carrot cake walnut tu.
Kek ni 1.5kg..aku amik half recipe jer. Harga pon berpatutan. Kalau nak besar..boleh order yang 3kg punya. Tapi tetamu aku sikit jer..so order yang 1.5kg pon dah cukup.
Ada lah sikit buat edible image si waiz ni..tapi semua orang tak sanggup nak makan muka budak kecik ni. Last2...biar omaknya yang makan...hehe.
Cheesetart ni pon aku order dengan orang yang sama. Tapi menyesal order sikit..sebab sedap sangat. Tak cukup pulak. Aku sempat rasa sebiji jer. Lately memang suka sangat dengan cheesetart. Kalau balik kerja..mesti suruh MKS berhenti kat kedai kek Ziq.
Ni jelah kanak2 yang datang hari tu. Memang tak de budak2 dah. Waiz ni lah yang paling kecik. Sepupu2 dia [sebelah MKS] memang dah besar2..ada yang dah kahwin, belajar U, sekolah. Furaihah tu cucu saudara MKS..baby Amsyar tu pulak cucu kepada pengasuh Waiz.
Budak ni sesuka hati dia jer..tak abis potong lagi, dia dah jilat pisau tu! Makan sorang2..semua orang tengok jer lah keletah dia. Nasib baik besday's boy..hihi.
Waiz pon suka sangat makan kek ni..berapa kali ntah budak tu repeat makan kek. Ada baki sikit kek tu aku simpan dalam peti sejuk..dia jugak yang menghabiskan!
Ni antara hadiah & duit yang waiz dapat. Aku jemput orang datang rumah nak suruh makan jer..tapi di bawak jugak bermacam-macam hadiah untuk budak tu. Dah lah mainan yang sedia ada kat rumah tu..aku tak reti nak sumbat mana dah. Bertimbun-timbun dengan mainan budak kecik tu..ni bertambah lagi. Makin sukalah budak tu!

Dalam pukul 6pm tu..habis lah majlis kitaorang. Kemas sikit2...basuh bekas2 makanan jer. Pinggan & cawan..semua pakai buang. Tak rajin lah nak bawak keluar segala mak nenek pinggan mangkuk aku tu..hiks [alah..sebenarnya rumah aku ni tak de pinggan & cawan! Aku ni dari dulu tak pernah beli pinggan mangkuk buat koleksi sendiri. Bila buat majlis cam ni..baru lah rasa menyesal sebab tak de pinggan mangkuk sendiri..huhu]

Terima kasih pada semua yang sudi hadir..tunggu tahun depan pulak lah kami jamu makan yer.


Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal