Tuesday, October 28, 2014

Pergi Tak Kan Kembali..

Tajuk dah macam nama lagu Rabbani tu kan?
Hehehe..gurauan untuk hati yang sedih..

Serius..masih tak dapat hadam lagi. Pejam celik pejam celik..eh Ajah dah tak ada ye? Betul ke? Tak tercapai dek akal fikiran lagi..

Saya yang tak berapa nak rapat/dekat dengan arwah pon..cam tak percaya. Inikan suami..anak..ummi & abah..family dia? Hah?

27/10/2014..dalam pukul 4.00 pagi tu MKS dapat panggilan. Kebetulan dia memang baru balik dari Masjid dalam pukul 3.00 pagi. So deringan telefon tak berpanjangan..cepat di angkatnya. Entah macam mana..saya pon tersedar dengan deringan tu. Selalunya jangan harap, tido mati sokmo!

Terdengar MKS sebut "Innalillahirajiun"..terus terang mata saya. Takut..terkejut. Sape yang meninggal? Saudara sayakah? Berdebar-debar tunggu MKS tamatkan panggilan. Oh saya memang fobia kalau dapat mesej/telefon time malam2 buta ni. Selalunya memang panggilan kecemasan. Saya selalu cemas memikirkan..macam mana nak balik Selangor kalau ada kematian/kecemasan time malam2 ni.

"Ajah meninggal ma". 

"Hah..Ajah mane?"

"Ajah..Ajah anak Abang Li"

"Hah..kan dia mengandung?"

"Yelah..td izzu (abang sulung arwah) col, meninggal kat hospital"

Puas saya pikir..dah sampai due dia bersalin ke? Tumpah darah ke? Betul ke panggilan yang MKS terima ni. Takut dia salah terima maklumat. MKS dah panjang langkah...terus sebarkan berita yang dia terima ke waris2 dia. Tiba2 dapat panggilan dari Kak Mah (kakak MKS)..

"sape yang meninggal? Ajah ke baby-nya?"
"Tadi izzu col kata Ajah"
"Eh..cuba mu konpem mula (semula)..salah sebar nanti"

Kakak ipar saya pon tak percaya dengan maklumat yang kitaorang terima tu..langsung tak leh terima dek akal masa tu. Saya pulak dok siasat MKS..cuba cari satu klu untuk mengiyakan berita yang dia dengar tu.

"Tadi izzu col abang..dia cakap ape. Kena siasat betul2 dulu..konpem ke Ajah yang meninggal. Cuba cite balik"..bertubi-tubi lagi persoalan saya kat MKS. Tapi secara ringkasnya..macam tu lah ayatnya.

"Entah..izzu kabo..cik kir Ajah tak dok dah. Abang tanya..pegi mana pulok? Izzu cakap meninggal kat hospital ni"

"Okey kalau ikut klu yang abg terima tu..memang Ajah yang meninggal. Abis tu anak dia?"

"izzu tak sebut pulok"

"Okey tak pe..cuba call Fahmi (Abang kedua arwah) . Tanya dia pulak"

Lepas call Fahmi..barulah konpem, anak dalam perut dah meninggal dunia terlebih dahulu. Tak lama lepas tu..Ajah menyusul. Terdiam kami..

Lepas tu..terus kitaorang tak boleh tido. Sampailah azan Suboh..terus solat, mandi dan bersiap-siap. Maka EL sekali lagi lah saya. No more cuti. Saya baru bajet cuti 2 hari yang saya dapat untuk tahun ni..nak guna untuk cuti Krismas nanti. MKS kata nak turun KL..tak pelah. Kita hanya mampu merancang..Dia yang tentukan segalanya.

Pagi tu kitaorang dah sampai kat rumah Abang Li & Kak Jah..di Gong Badak. Ramai dah orang yang datang menziarah. Memang tak boleh nak tengok biras saya (Kak Jah) time tu..benda mengejut, kita pon rasa tak boleh nak terima..apatah lagi ummi dia. Allahu Akbar! Masa saya sampai tu..suami arwah pon baru sampai dari Melaka. Dia tak tau pon isteri dia dah tak ada, saat tiba kat rumah baru dia tahu cite sebenar. Keluarga arwah rahsiakan sebab dia kena drive jauh..dari Melaka - Terengganu. Jadi dia cuma tau..isterinya sedang nazak..bukan meninggal dunia.

Jenazah masih di hospital..masih ada urusan kena selesai. Mandi jenazah pon di buat di hospital terus..walaupon pada awalnya, mandi jenazah nak di buat di rumah. 

Waktu di rumah Abang Li barulah tau cerita..adik iparnya bercerita, bibiknya cerita. Ajah baru je balik Terengganu hari Jumaat baru ni. Sempena cuti Maal Hijrah, suaminya hantar dari Melaka untuk dia bersalin dan berpantang kat rumah umminya. Difahamkan..tangan dia sakit, tak boleh di angkat. Mungkin salah urat..ada jugak tukang urut kata, baby tindih urat dia..tu yang jadi lenguh. Rekod buku merah dia pon okey..tak ada apa2 masalah. Cuma hari ahad tu..ada lah dia ke Klinik Intan..tapi tak ada apa2. So balik rumah cam biasa. Makan nasi..suka2 cam biasa. Suami dia dah balik ke Melaka. Sampai Melaka dalam pukul 9pm..masa tu di Terengganu, Ajah pergi semula ke Klinik Intan. Mungkin sakit hendak bersalin..
 
Masa tu doktor bagitahu baby dah tak gerak..dan Ajah pon ada masalah pernafasan. Saya tak pasti..klinik response lambat, ataupon ada masalah lain. Bila naik ambulance..time tu Ajah dah pengsan/koma.

Sampai hospital besar..baby dah konpem tak ada. Ajah masuk ICU..dan ada pertumpahan darah dalam rahim dia. Tak lama lepas tu..dia pulak menyusul. Sape2 pon mesti terkejut..kan? Hah..ajah dah tak ada? why why why..

Lebih kurang pukul 2.15pm..jenazah Ajah dan baby sampai. Sedih tak kalau tengok ada dua jenazah kat situ..baby girl. Putih..bersih..besar..sama macam anak sulung dia dulu. Arwah pon muka cam tido je..bersih..tenang. Saya tak tengok..tak berkesempatan nak tengok..saya selisih dengan van jenazah time nak balik sebab MKS dah berpeluh-peluh macam nak pitam. Abang Usop (abg MKS) cek nadi dia pon..rendah sangat. Kitaorang di suruh balik..padahal saya nak sangat tatap jenazah buat kali terakhir. Terkilan..terkilan..terkilan..

Lepas Asar..jenazah selamat dikebumikan.
Gambar ni ada tergantung kat rumah saya..bila tengok rasa sayu sangat. Emm..kurang dah sorang. Tak sangka ko pergi macam tu Ajah. Mati syahid ko Ajah..untungnya ko Ajah. Cuma kami kat sini macam masih tak percaya ko dah tak ada..
Arwah NurHafidzah yang berbaju hijau..disamping suaminya berbaju oren. Anak perempuan sulungnya..umur 4 tahun sekarang. Ada duduk di sebelah tok ki-nya tu. Anak saudara MKS yang saya kenali paling baik akhlaknya..molek budi pekertinya..cukup tutup auratnya, solatnya..mengajinya. AllahuAkbar. Mukanya sentiasa tersenyum..tak pernahlah saya tengok bibirnya masam. Umminya pon kata..anak paling baik, isteri yang baik..dan ibu yang baik. 

Selamat tinggal Nurhafidzah binti Rozali. 1985-2014.
Al-Fatihah..
ALLAH janji Syurga untukmu..    

Monday, October 27, 2014

DALAM KENANGAN

Inilah rumah arwah atuk dan nenek saya..

Rumah yang menyambut kelahiran saya..iye, saya dilahirkan di rumah ini. Bukan di klinik atau hospital. Malah adik saya pon dilahirkan di rumah ini.

Rumahnya tinggi..kat bawah rumah tu boleh parking kereta. Di situ jugaklah tempat saya bermain-main. Sebab nak main kat luar panas..saya memang tak suka sangat main panas, takut hitam..haha.

Bilik air kat bawah..yang kat tepi tangga depan tu..itulah bilik air. Hanya untuk mandi. Kalau jamban..untuk buang hadas besar ada kat tangga belakang nuu. Jauh nak masuk ke kebun..serammm!
Tapi dulu kalau dah tak tahan nak membuang..tak kira seram atau hantu dah. Redah jugaklah..hahaha. Kalau tak berani sangat barulah ajak sesiapa teman..biasanya arwah nenek lah jadi mangsa teman saya..haha. Sambil membuang..saya jerit dan terintai-intai, takut nenek tinggalkan saya!

Time nak mandi pon sama..neneklah jadi mangsa kena tunggu atas tangga depan tu. Sebab dulu saya suka mandi waktu Maghrib..petang2 sibuk layan drama cina. Bila dah azan..baru kelam kabut carik towel. Pastu..takut nak turun mandi..terpaksalah buat drama cina depan nenek pulak. Merengek..menangis ajak dia teman. Memang berbululah orang tua tu! Sambil dia menunggu kat tangga tu..sambil tu dia membebel marahkan cucunya ni dalam bahasa jawa. Saya buat bodoh je..sebab tak paham bahasa jawa tu. Kalau faham mau sentap agaknya. Tapi bila dikenang balik...kelakar pulak.

Hah..gambar ni lagi rare. Belek2..jumpa kat FB pakcikku. Kita amik..simpan sini buat kenangan pulak ye. Rumah yang sama jugak..cuma bahagian depan, anjung rumah tu mungkin lain sikit. Seingat saya..rumah ni ada 2 bilik je. Dulu kalau berkumpul semua keluarga (adik beradik abah), semua pakat tido luar je. Macam-macam gaya ada..seronok. 

Kumpul semua sepupu-sepupu..malam2 pakat cerita hantu..hahaha. Pastu main masak2 lah..treasure hunt lah..sorok2 lah, main cikgu jaafar lah (alah yang cerita cili padi tu!) - ada yang jadi cikgu jaafar, lily, shafiq..ishh saya pon tak paham kenapa nak main macam tu! Sorang-sorang perangai memang tak leh blah..ada yang kencing malam (atau org jawa cakap ngompol), terberak dalam seluarlah, yang asyik nangislah. Ni kalau saya tulis nama empunya diri..mau malu besar..haha.

Time raya lagi havoc, sebab masa tulah arwah nenek dan atok menunggu anak2 diaorang pulang. Adik beradik abah ada 7 orang semuanya. Family kitaorg menumpang duduk kat rumah atok ni. Adalah beberapa orang yang duduk jauh sikit..kat klang, k.selangor..gemas. Yang lain ada rumah sendiri kat sekitar kampung ni jugak. So time raya berkumpul lah ramai-ramai.  

Yang ni antara gambar raya kat rumah lama. Nampak tak pintu belakang tu. Itulah salah satu bilik kat rumah ni. Tapi jarang orang duduk bilik tu. Biasanya kalau ada tetamu baru orang duduk. 

Gambar raya tahun berapa pon saya tak ingat. Tapi masa tu saya sekolah rendah lagi..mungkin darjah 4-5. Trend pakai tudung saya masa tu..mesti nampak serkup kepala. Pastu tudung kena cerut..memang ikut gaya mak lah tu. Baju raya dengan lily (adik) sama corak..tapi kaler lain2. Waktu tu memang menjadi kepantangan saya kalau budak tu nak baju sama dengan saya..haha. Yelah..jadi adik ni memang selalu nak mengikut gaya kakak dia yang gojes tu..yang kakak pulak dengki tak nak bagi adik lagi cantik dari dia. Aduh...buruk perangai betul!
Ni pulak gambar bahagian dapur. Ada jugak wet and dry kitchen tau! Tapi idoklah cam dapur rumah2 kat kota nu. Bahagian dapur untuk memasak..lantainya berlubang2 tau. Tapi bukanlah berlubang sebab rosak..tapi memang fesyennya macam tu. Kayunya di susun jarang2..so boleh nampak/intai kat bawah rumah. Ooohh..ini seram, memang saya selalulah terbayang ada hantu mengintai dari bawah. So bila masuk dapur waktu malam..memang tak berani nak pandang bawah! Dinding pon jenis terbuka..tengok gambar kat bawah ni. Kat pintu belakang tulah jalan nak masuk wet kitchen..hehe

Ni pon gambar time raya. Maklah orang paling sibuk time tu..yelah, dah dia yang menantu duduk kat rumah tu. Memang serba serbi kena buat lah. Saya teringat lagi masa tu mak saya menangis sebab arwah nenek tak layan dia macam menantu yang lain. Biasalah..yang duduk dekat ni bau tahi..yang jauh tu bau bunga..harum. 

Waktu tu saya pon tak faham lagi..tambah pulak saya ni geng dengan arwah nenek. Macam kepelikkanlah..napelah mak nak gaduh dengan nenek. Tapi bila kita dah besar ni..barulah paham kan. Memang selalunya begitulah..bila kita dekat dengan family, tak dipandang pon penat lelah kita. Yang nampak..hanya kesalahan. Walaupon 9 kebaikan yang kita dah buat..tapi disebabkan 1 kesalahan..itulah yang di ungkit. Betul tak?

Okey..dah jadi carca marba entry dalam kenangan saya ni. Banyak lagi memori saya yang tersimpan dalam rumah tu..tapi biarlah ia terus di situ. Yang pahit..yang pedih, sedih..so biarlah. Kalau boleh saya nak share yang happy2 sahaja..

Terima kasih kerana membaca!


Friday, October 24, 2014

HABIS BELAJAR

Malam baru ni..menghantar anak sepupu yang dah abis belajar kat UiTM Chendering nu. Tu yang bertudung dan berbaju hijau...Sufiah. Mak dia yang tudung purple tu..kakak sepupu saya (sebelah arwah mak)
Siap bawak 2 orang lagi anak lelakinya..jadi bodyguard dan pengangkut beg/barang2 Sufiah yang banyak tu. Datang ke Terengganu naik bas...balik naik flight.Tido jugak rumah saya semalam. Sebelum tu, 2 malam diaorang tido di Hotel Sumai. Saya pon tak tau diaorang nak datang..tau2 dah ada kat hotel. Tak kisah pon kalau nak berkampung kat rumah saya...waiz tu lagi suka kalau ada tetamu. Dia lah yang paling kecoh..dan kepoh!
Bayangkan...

Dalam jip hitam MKS tu, kat seater belakang..boleh sumbat 4 orang Kak Yam dan anak-anaknya. Yang berbaju hitam tu siap memangku adik dia (tukang amik gambar). Bukan budak kecik ye..tinggi lagi dari saya tau! Nasib baik dia kurus.

Kat depan saya pangku semek una dan waiz..sampai sakit2 kaki ni! Kat tong belakang..memang penuhlah dengan barang2 si Sufiah ni. 2 tahun duduk Terengganu..beranak pinak barang dia!

Tu pon..ada tikar, baldi, bakul..dan kotak2 lain yang dia tinggal kat rumah saya. Tak taulah bila nak ambil pulak. Kalau saya balik kampung bolehlah tolong bawakkan..huhu. Tapi nak ditinggalkan kat rumah sape pulak ye?

Time nak timbang barang tu..memang lama giller. Sebab lebih 30kg tu! Padahal dah guna kuota kargo utk 4 orang 20kg (20kg x 4 = 80kg) , handcarry 7kg (7kg x 4 =28kg)..lebih jugak!  Kena tambah dekat RM400 tu..hai lagi mahal dari harga tiket. Mujurlah..boleh tumpang2 bahagian passengger lain. Dekat 5 passengger jugak  tuuuu..

Lepas diaorang abis check in beg tu..barulah kitaorang berpisah. 
Ni pulak gambar masa Sufiah mula-mula datang Terengganu. 2 1/2 tahun yang lepas. Time tu datang dengan sebuah kereta je..bersama Kak Jai, suami dia..dan anaknya yang berbaju merah tu.

Masa ni una dalam perut saya lagi..memang tengah sarat sangat tu. Selang 2-3 hari tu saya bersalin, hehe. Time tu memang havoc sangat lah..sebab ramai bebenor datang Terengganu termasukkan adik saya dan anak sedara..family Jedos. Mujur tak terberanak..una lahir ikut tarikh due dia..06/06/2012.

Salam ketemu lagi...tunggu raya jelah. Itu pon kalau saya turun ke Seremban.


Wednesday, October 22, 2014

WW ~ PELUANG

sumber :FB


Pilih yang mana satu..

Tuesday, October 21, 2014

Cermin Kereta Pecah

Nak update sikit je..

Kereta kancil MKS..kena pecah! Abis cermin sebelah pemandu dipecahnya. Bukan pecah sikit-sikit..abis sebuah cermin tu! 

MKS ni tiap2 malam cam biasalah..kol 10pm memang dia keluar dengan BFF dia, pergi solat dan berubat kat Masjid Pengadang Baru tu. Dalam kol 2am siap solat..baru balik rumah. Cam tulah rutin dia hampir setiap malam.

Ntah cam mana..malam td, saya perasan gak dia balik lewat. Tapi tak koserlah nak membukak mata tengok jam..tido jelah. Pagi tu dia cite..pas solat kol 2am tu, tengok kete dah kena pecah. Mujur gak beg laptop dia dah dipindahkan ke jip hitam. Cuma hilang spek itam dia..spek ori pulak tu, spek paling dia sayang..haha. Rugi kena ganti cermin kereta..tu jelah. Cuma bff dia lah..tinggal wallet dalam dashboard, pencuri tu boleh tau ye..abis dirembatnya. 

Dapat pulak wallet kontraktor..memang teballah wallet tu ye. Untung bebetul pencuri tu..rezeki dia lah kat dunia ni. Kat akhirat nanti tanggunglah ye. Ni kat dunia pon..tak taulah balasan apa yang dia dapat. Tau-tau jelah..MKS dgn BFF dia tu..geng alim ulamak, tok bomoh semua ada kan..merasalah ko pencuri. 7 hari 7 malam diaorang buat solat hajat tu! 

Report polis dah buat..tapi setakat cermin satu yang harga RM100 tu..pakai duit sendiri jelah. Walaupon insurans cover cermin..tapi idoklah kita claimed.

Mungkin ini juga peringatan Allah pada MKS..kita mana nak tau kan. Setiap kejadian tu, Dia dah atur sempurna. Cuma kita sebagai hambanya ni..nak sedar atau pun tidak.


Sakit Sekeluarga

Mood nak update hilang...lepas demam hari tu terus jadi malas. Cis alasan lagi..hehe 

Sebenarnya selepas cuti raya haji lagi, una dah start demam..kemudian jangkit ke waiz pulak. Bila budak-budak dah baik, papanya pulak kena. Ehhh..tak lama tu, saya pulak demam!!

Dapatlah mc 2 hari (13hb & 14hb), tapi saya tak berani nak mc lama-lama. Maka 14hb tu saya masuklah ofis...huhu. Demam saya kali ni..agak lain macam sikit. Dia punya sejuk tu..terketar-ketar sampai ke tulang sumsum! Berjaket..berstokin, dah macam orang lepas pantang gayanya..hehe.

Selang beberapa hari, si mek una ni muntah-muntah pulak. Satu malam dia muntah..sampai tak tido kita ni menahan bekas muntah dia.
Ni sebelum kejadian muntah, elok lagi. Sebab malam tu pergi ke kenduri tahlil pakcik MKS. Dia tak makan apa pon kat kenduri tu. Tapi sebelum balik rumah..kitaorg singgah rumah abang Usop (abg MKS). Kat situlah dia abiskan sebalang karipap mini inti serunding tu. Ish..dia memang suka bebenor dengan karipap tu..kuih raya lain tak dimakannya!
Balik tu..dalam kol 12 malam, melambak dia muntah. Jenuhlah papanya memebersihkan muntah dia. Abis kuarlah isi perut dia..sampai minum air masak pon muntah balik. Kesian pulak..

MKS pulak ada kerja..kena pergi ke K.Berang, tak dapat nak jaga semek tu. Terpaksalah saya amik EL. Nasib baiklah saya tak amik MC 2 hari tu kan? Ada hikmahnya jugak..

Tapi pagi tu saya tak bawak pon Una ke klinik. Sebab pagi tu saya dah masuk siap2 ubat tahan muntah dalam vontot dia. Alhamdulillah..tak muntah dah. Segar bugar pulak pagi tu. Cuma saya kena pantau dia jelah..minum susu okey, makan nasi okey..sihat dah tu.

Ada kelebihan jugaklah kerja company kecik ni..tak ada lah KPI, BE, TLE yang kena apply tu. Kalau dulu..amik EL je kena tolak 3 points. Dah rosak KPI kita..huh..jenuh tau. Kadang-kadang tu time cuti pon orang call tanya pasal keje..sungguh tak aman!

Hari Sabtu baru ni..18hb, saya pulak muntah-muntah. Bukan keracunan..lebih kepada gastrik sebenarnya. Ish..lama tak kena, sekali sakit...aduuhh. Macam nak hilang nyawa dibuatnya! Siang tu okey lagi. Tengahari pulak..saya pergi kenduri kahwin depan rumah ni...okey lagi. Lepas kenduri saya lawat kak ipar, K.Nah..kat rumah dia tak makan apa pon. Tapi bila balik rumah..saya rasa tak larat, minumlah air oren..tido jap. Tido-tido ayam je, bebudak ni bising..nak tido cam ne kan. Time tu rasa loya dan angin dah.

Dalam kol 6 tu..si waiz dapat pisang dari kak sebelah rumah ni. Besor pisangnya...sejuk pulak tu. Terliur tengok..mintak segigit dari waiz. Lepas tu..terus perut saya mencucuk-cucuk. Time Maghrib tu lah episod muntah-muntah bermula. Bayangkanlah..makanan yang saya makan dari pagi semua keluar. Malam tu tido sambil pegang baldi ye. Sebab tak larat nak ulang alik ke tandas dah. Mujurlah MKS tu memahami..dia lah yang basuh muntah kite..hehe. Saya memang penggeli sikit..muntah sendiri pon tak lalu nak bersihkan..hehe

Pagi Ahad tu pegi kerja..MKS tolong hantar. Tapi saya tak berani nak makan apa2. Minum air masak je. Sampailah ke hari ni..saya makan hanya untuk alas perut je. Rasa lagi loya-loya kat tekak ni. Sebelum ni kan saya suka tengok orang updated dalam group Resepi Ringkas kat FB tu, ni saya tak bukak pon. Tengok gambar makanan pon saya nak muntah! Emm..pelik betullah. Lain macam..rasa macam ke alahan time preggy tu. Tapi sesungguhnya saya tak mengandung ye..confirm! Sebab tengah 'bendera merah' sekarang ni..huhu

Macam ni rupanya kalau Allah tarik selera makan kita kan? Emm..semoga Allah ampunkan dosa-dosaku, sembuhkanlah penyakitku ini. AMIN..AMIN..AMIN...

Jauhkanlah malapetaka, bencana dan penyakit dari keluarga ku.








Wednesday, October 15, 2014

WW ~ Lama tak ada entry WW ni


































Hari ni Rabu kan? Aci tak WW? 

Thursday, October 9, 2014

BBQ Raya Korban

Sementara tengah segar di ingatan ni, meh saya coretkan aktiviti wajib Family MKS time raya korban ni. Biasanya 2 tahun sekali, akan ada majlis besar..perhimpunan family belah arwah mak MKS. Tahun ni tak ada family day tu..so kitaorang buat family day adik beradik je, hehe.

Yang join pon hanya 3 orang kakak2 MKS dan keluarga saya. Venue..cam biasa rumah Kak Nah (my SIL). Saya tak pasti berapa RM adik beradik diaorang ni collect duit. Sebab time belah family saya..dia nak berkira dan buat tak tau, so haruslah saya berperangai begitu jugak..haha (gelak jahat sket)
Disebabkan Kak Nah saya ni tak berapa sihat..so tak adalah menu yang best2 sangat. Cuma bihun goreng, keropok keping (yang ni kitaorang gotong royong masak sama2 kat rumah K.Mah) dan satay sahaja. Satay tu tempah..dan kitaorang bakar sendiri.

Walaupun sebenarnya saya tak berapa setuju..kenapa nak beli satay mentah. Beli jelah yang siap masak..tapi siapalah hendak mendengar rintihan suaraku ini...hukhuk. Maka..marilah kita membakor satay tu.

Kita bako..bako bako..

Mula-mula MKS yang bakar. Di susunnya satay rapat2...udahnya tak terjaga! Dahlah bara tengah marak dan panas kan. Abih rentung satay2 tu..hahaha.
Mem besar tengok jelah. Penat dah goreng bihun dan keropok keping tadi kan!

Tapi sebab tak menahan tengok satay2 yang rentung tu..meh lah mem besar amik alih tugas bakar satay tu. Ish gambar tak boleh nak upload pulak..tapi naik berpeluh jugaklah nak memabakar satay ni. Hangus tebakar bulu-bulu roma ku. Udah di cakap..beli yang siap masak je, Tak nak dengar! Kan...
Alih-alih..bila sampai anak sedara MKS ni..harus ku lepas takhta ke dia. "Meh hamid..bakor pulak" Haha..sedap je bagi arahan kat orang ye. Kat sebelah tu..membakor gak..bakor daging liat!
Budak paling menyibuk..dan pot pet pot pet jelah kerjanya.
Dapat gadget..senyap lah dia. Bersama anak-anak sepupu waiz. Nak buat camne..sepupu2 waiz semua dah besar2 dan beranak pinak..hehe. Dua orang tu antara cucu2 saya.

Banyak lagi gambar2..tapi semua dalam kamera hp org lain. Masuk dalam IG..tapi mek tak reti nak amik save dalam hp..huhu.

Watamat cite raya haji tahun ni, Jumpa lagi tahun hadapan..inyaALLAH

Wednesday, October 8, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha 2014

Raya haji tahun ni company baru yang saya kerja ni cuma cuti sehari..iaitu hari Ahad. Isnin dah kerja semula..siapa nak sambung cuti, kena apply cuti. Macam kepelikkan pulak..padahal Terengganu cuti 2 hari. Emm..ni cuti Deepavali pon company saya kena kerja. Pelik betullah! Dahlah kita ni dapat cuti 2 hari je tahun ni..huhu

Oh..berbalik dengan cerita raya haji. Cam biasalah..memang tak balik kampung pon. Nak kena luku kepala dengan MKS kalau merengek nak balik kampung..haha. Disebabkan saya dah pahammmmmm sesangat macam mana family MKS ni beraya..so tahun ni saya BERAZAM..hendak masak makanan raya.

BERAZAM je tau..buat atau jadi ke tak..kita tungguuuuu...

FYI lah, tahun2 sebelum ni..kalau hari raya haji, family MKS ni memang tak memasak pon. Paling hebat masak bihun goreng di pagi raya. Tersangat lah sedih tau! Memang tak jumpa ketupat rendang lah! Pernah masa tahun mula2 saya kahwin dengan MKS..pagi raya kitaorang makan kat Mekdi tau (time tu tak boikot lagi..hehe). Sadis sangat tau..huhu.

So hari Jumaat tu..saya dah sangai (goreng tanpa minyak) kacang tanah ni. Ingat nak buat kuah kacang lah.Kacang tanah saya beli setengah kilo..tapi saya guna separuh je. Sebab tau..MKS memang tak berapa nak makan makanan cam ni..huh. Resepi saya amik kat blog aziejaya. Sebab cam senang je. Dulu saya buat kacang tak jadi..huhu. Terus trauma nak buat kuah kacang. Dekat 5 tahun lepas lah..lama kan. Lepas berguru di blog aziejaya tu..baca komen2 yang orang tanya..barulah saya MACAM yakin nak memasak.

Lepas sangai kacang tu..tunggu sejuk dulu. Pas tu barulah tiba hazabnya iaitu nak menanggalkan kulit2 merah kacang tu. Naik fed up dibuatnya. Dulu masa saya kecik2..selalulah tengok arwah nenek menampi untuk tanggalkan kulit kacang tu. Ni saya kuis sebiji-sebiji tau! Ke ada cara yang senang untuk tanggalkan kulit kacang tu..sila ajar saya.

Tengok..lama-lama dah malas. Banyak kacang yang tak tanggal kulitnya. Tak koser ai! Kemudian petang Sabtu tu baru saya start memasak. Sambil masak kuah kacang..saya rebus nasi impit segera dan ketupat palas segera. Bila dah masak...rasa sikit..oh yeahh..sedap kau!

Rasa macam kuah satay je..sedaplah di tekak saya. Kacangnya pon saya tak kisar halus2. Fuh..lega rasanya bila kuah kacang ni menjadi. Sonang je pulak tu. Terus hati berbunga-bunga..
Wasap gambar kuah kacang ni kat group family saya, yong kate kuah saya basi sebab berbuih-buih. Eeei...muluttt. Tu tengah menggelegak ye..atas api lagi.

Disebabkan MKS tak boleh makan segala maknenek rendang..sebab bahan-bahan rendang kan ada banyak serai lah, halia, lengkuas lagi..so saya tak masaklah. Ada sedikit kiciwa di situ..baru nak asah bakat memasak..huhu.

So saya buat makanan feveret saya..resepi arwah mak - hati lembu masak merah. Kalau organ2 lain memang saya tak reti nak makan..cuma hati je saya lalu makan. Masakan ni..arwah mak memang akan masak time hari raya puasa je. Hari-hari biasa memang jangan haraplah nak makan. Memang makanan ni lah yang ditunggu-tunggu setiap tahun...sedap.

So saya share resepinya yer.

Bahan-bahanya:
Hati lembu (hari tu saya beli RM10 - kalau sekilo RM23. So 1/3 dari sekilo hati lah kan?)
10 tangkai daun kari 
3sb cili giling
3 biji bawang merah (kisar)
2 biji bawang putih (kisar)
sedikit halia (kisar)
sedikit lengkuas (kisar)
4sb gula (saya guna setengah kerek gula melaka)
garam
air asam jawa
Minyak masak

Cara-caranya:

1. Goreng hati bersama daun kari dengan sedikit minyak selama 3 minit
2. Angkat dan toskan minyakknya
3. Tumis bahan yang di kisar, kemudian masukkan cili giling/boh (nak sedap kisar sendiri cili kering - sebab kebanyakkan cili giling yang ada di pasaran tak berapa sedap) - saya guna cili giling buatan orang kampung. Tiada campuran..hanya cili kering dan minyak sahaja.
4. Tumis hingga cili masak dan pecah minyak.
5. Masukkan daun kari, air asam jawa, garam dan gula melaka. (Biasanya gula melaka akan menjadikan kuahnya sedikit gelap dan cantik. Tapi kalau tak ada..guna gula biasa, dan campurkan sedikit kicap).
6. Tambah air..tunggu kuah sehingga sedikit kering.
7. Kemudian baru masukkan hati. Tunggu 3-4 minit, dah siap. Jangan lama-lama...nanti hati keras.

* Tips : Pastikan bahan tumisan kita tu dah kering..jangan masukkan hati time tengah banyak airnya - kalau tak hati tu keras!

Tadaaaa....hati lembu masak merah resepi warisan arwah mak ku. Sedap makan dengan nasi impit/ketupat dan kuah kacang.

Pagi raya tu..lepas solat Subuh, saya masak pulak kuah lodeh. Guna resepi simple dari aziejaya blosgpot jugak. Lama tak makan lontong. Susah nak dapat lontong yang sedap kat Kuala Terengganu ni. Balik balik menu nasi dagang dan nasi minyak sahaja.
Siap menu pagi raya saya!!
Tak ada lah saya menangis tengok gambar menu family saya kat kampung tu. Agak berbangga jugaklah dengan pencapaian memasak saya ni. Yang kureng tu..boleh ditingkatkan lagi..hehe

Tengok gambar kat atas tu..tangan waiz yang tak menyabar nak makan ketupas palas feveret dia tu. Serunding daging dan ayam saya beli kat pasar payang.

Alhamdulillah..kenyang dan berpuas hati sangat2. Dapat jugak jamu my SIL dan anak2 buah MKS dengan air tangan saya ni. 

Raya kedua..saya dah masuk kerja, bawak jugak bekalan lontong ke ofis. Sebab memang dah agak...kedai makan mesti tak bukak lagi. Ofismate ramai yang apply cuti..so saya makan sorang2 lah..hehe.


Tuesday, October 7, 2014

Kek Di Hari Lahirku

Tahun ni tak ada orang nak hadiahkan kek..so saya buat lah kek sendiri. Nak tau kek apa?


Taraaaaaa.... 



Kek pisang!.

Eh..kek jugak kan..hiks.
Sebenarnya..tak kisah pon ada kek atau tidak. Agaknya sebab faktor usia agaknya. Bila umur makin bertambah ni, bukan ucapan..hadiah atau kek jadi idaman. Cukuplah doa..supaya hidup yang saya lalui selama 30 tahun ini tidak sia-sia. Dan semoga hari mendatang akan menjadikan saya insan yang lebih baik.

Pasal kek pisang pulak tu..kebetulan ada pisang emas waiz yang dah naik lebam dalam esbok tu. Eeeiii..ada lah menjadi keserabutan dalam diri saya ni kalau banyak benda dalam esbok saya tu. Lebih2 lagi kalau barang orang lain lah. Yelah..esbok kecik, nak sumbat macam-macam!

Dah di pesan.."waiz, bila nak makan pisang waiz ni" (yer..budak tu hantu pisang!..nampak pisang mentah pon nak dimakannya). Nanti nanti jawapannya. Sampai dah naik lebam. Ikut hati nak buang je (Oh..tangan saya ni memang cepat je kalau nak membuang). Tapi..tetiba rasa insaf pulak, tak naklah membazir.

Resepi pisang memang ada saya printscreen dari group RR tu..tengok bahan kat rumah semua complete..so zasss..

Bahan-bahannya:
4-5 pisang emas
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1sk soda bikarbonat (ayak)
1sk baking powder (ayak)
3 biji telur
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor (tapi saya rasa sape tak suka manis baik kurangkan)
1 penutup esen vanilla

Cara-caranya:
1. Lecek pisang dalam bekas
2. Putar gula, telur dan minyak dalam mixer
3. Kemudian kaupkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan pisang dalam bahan yang dah di mix tadi
4. Masukkan esen vanilla
5. Bakar dalam oven - 160c selama 30 minit/masak

* Cucuklah dengan garfu/lidi kalau nak tau masak lagi atau tidak. Kalau lidi bersih..maksudnya dah masak.

Rasanya..cam kek pisang lah! Hahaha..tapi saya rasa manis sikit. Next time kalau nak buat..saya kurangkan sikit gula tu. Urat2 pisang tu..time baru keluarkan dari oven memang tak berapa nampak tau. Tapi bila dah sejuk..terus nampak..suka suka. Cuma saya tak pasti kenapa dia tak naik gebu macam kek pisang beli kat kedai2 tu. Salah acuan ke..emm..tak pe, boleh cuba lagi.

Tak sampai 2 hari, licin kek pisang saya..sape lagi yang abiskan kalau bukan waiz!







Friday, October 3, 2014

HAPPY BESDAY PRETTY WOMAN!

 


 Happy Birthday Cup CakeAnimation





Macam tak caye...hari ni officially i'am 30!
Tarik selimut...sambung tido.
Hopefully tak ada orang yang perasan umur saya bertambah! Lorr

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal