Tuesday, January 10, 2017

TAHUN 2017

Selamat tahun baru 2017.
Azam tahun lepas dah penuhi ke? 
Ke azam tahun 2016 tu bawa ke tahun 2017?
Hahaha..sape tu, baik mengaku! 

Punyalah lama nak updated blog ni, rasanya ramai jugak blogger lama2 yang saya follow dah kurang update post baru. Adakah blog sudah tidak relevan di zaman sekarang ni?

Apa-apa pun saya tetap nak coretkan permulaan tahun 2017 ni. Buat kenangan..sejarah keluarga ni! Alhamdulillah..pejam celik, kejap je semek Una saya ni dah 5 tahun. Kitaorg as parent decide dari tahun 2016 lagi nak daftar Una kat sekolah sama dengan Waiz 2 tahun lepas...Tadika Yayasan Islam.

Macam biasalah, 1hb Januari tu saya dah AL. Eksaited nak menghantar anak dara ni sekolah. Waiz dah darjah 2, so pandai2lah bawa diri. Saya hantar dia sampai pintu kelas je..dengan ucapan "jangan lupa kelas baru ni, kang masuk kelas lama pulak!" Sebab apa tau, waiz tu selalulah buat perangai lupa2 dia..geram tau. 

Una pagi2 hari dah start menangis sebab tidonya terganggu. Yelah, dulu papa dia selalu tunggu dia bangun tido. Kadang2 pukul 10 pagi baru bangun..lepas tu baru papanya hantar ke tadika. Sekarang tak bolehlah nak ooi..kena bangun awal lah.

Lepas Waiz siap2..dalam pukul 6.30 pagi baru saya kejutkan semek ni. Nangis sekejap..lepas tu okey lah. Alhamdulillah..dipermudahkan urusan saya. Agak stress jugak kalau pagi2 dah kena mengadap kerenah anak menangis ni!

Una amik gambar jom!
Tak nakkkk...
Hahaha..malulah tu sebab baru lepas menangis.
Tapi bila pujuk2..peace terus!
Serba baru..baju tudung warna pink okey, my ferevet color. Beg ungu tu dapat hadiah dari tadika dia masa umur 4 tahun. Jimat tak payah beli. Kalau beli mesti mama pilih kaler pink jugak.
Sayang budak anjer mama ni..tempat mama gomol2, cium peluk. Kejap2 kiss..kiss banyak pulak tu. Dengan budak ni jelah nak manja2nya. Waiz tu penggeli..dari kecil lagi dia tak suka org cium2 dia. Kalau nak suruh sayang..siap kena ugut dulu, baru datang kiss2.
Una kelas Al-Insan. Waiz dulu kelas Al-Falaq
Sebab masuk lambat, dapatlah kerusi belakang sekali. Sebab pagi tu berkejar hantar Waiz dulu. Lepas tu singgah sarapan pulak sebab semek Una tu nak makan roti canai. Sampai dalam pukul 9 pagi, terus cek nama dia kat papan memo. Tapi tak jumpa..aish berdebar hati saya sebab takut papanya tak daftar (sebenarnya dah daftar, tapi still tak percaya kat laki sendiri). Bila cek nama dengan cikgu..baru jumpa nama una duduk kat kelas Al-Insan.
Una ni memang lambat dan susah sikit nak masuk/berkawan dengan orang. Haii..tu lah yang paling menyusahkan hati saya. Memang langit dengan bumi kalau nak banding perangai dia dengan Waiz yang mulut becok tu.

Tengok tu..dengan kawan sebelah pon dia tak bertegur. Masing2 senyap..tak pelah, bagi can..hari pertama.

throwback waiz tahun 2014
Memang berbeza dengan Waiz, hari pertama dia boleh cakap2 (walaupun pelat!) dah dengan kawan baru..boleh berpeluk sakan lagi. Memang kepochi budak sorang ni..haha.
Bagusnya anak mama..sekolah rajin2 ye. Dengar cakap cikgu ye, nak kencing bagi tau cikgu ye, nanti makan ye..aish macam2 lah pesanan saya. Tapi senyum je jawapan budak ni. Langsung tak bercakap. Dah macam introvet pulak anak saya yang sorang ni!
Tapi yang bagusnya Una tak menangis, so saya tinggalkan dia sorang2 kat situ. Cuak jugak bila dengar beberapa tangisan budak2 lain. Yelah takut berjangkit ke Una dan budak2 lain nanti.
Snap dari pintu depan kelas una..nun jauh kat belakang tu. Dah lah kecik je, harap2 nampaklah apa yang cikgu tulis kat whiteboard nanti.
Hai Una...sayang Una mama. Kejap je dah 5 tahun. Masih manja sebab tak ada orang nak berebut dengan dia. Abang pun selalu mengalah dengan dia. Adik pon tak de lagi..dia lah anak bongsu saya.
No. 24..snap gambar ni sebab nak tunjuk kat Una. Esok kena susun kasut kat no 24 ni. Dalam kelas..kalau ikut turutan tarikh lahir, Una yang ke-24. Sebab Una lahir 06 Jun.

Lepas sejam terintai-intai Una dalam kelas tu..Guru besar buat pengumuman untuk ibubapa beredar dari kelas anak masing2. Ada yang tunggu di luar kelas..tapi masa tu saya rasa mengantuk sangat. So balik ke kedai suami sekejap untuk lelapkan mata.

Dalam pukul 11pagi saya pergi semula ke sekolah Una, dekat je dengan kedai papanya. Memang plan asal nak sekolahkan dia dekat dengan tempat kerja papanya.
Lepas abis waktu sekolah ni, saya daftar Una untuk transit pula. Senang..sebab ada staff transit datang amik kat kelas masing2, kemudian boleh mandi..solat, makan, dan mengaji pula. 

Waktu ni saya skodeng je Una dari jauh. Jadi mamarazzi sekejap. Tu Una dipegang oleh owner transit. Una memang dah biasa dengan owner transit ni, kami panggil Ummi. Sebab dulu masa tadika pon..owner yang sama jugak.
Suka hati sebab dapat belon..cikgu kelasnya yang bagi. Semua budak dapat. Tu pun dah gembira abis..senang je nak gembirakan hati budak2 ni.
Ada ramai lagi yang transit sama Una, staff akan ambil secara berperingkat. Dekat je..cuma kena lintas jalan depan tadika Yayasan Islam ni.
Saya ambil gambar dan ikut senyap2 dari belakang. Una tak perasan pon. Bila tengok dia dapat sesuaikan diri..pandai berdikari macam ni, hati kita pon rasa senang. Esok lusa nak kerja tak lah susah hati memikirkan anak kat sekolah dan transit..kan?
Ni dalam transit Una, kakak kat transit suruh duduk rehat dulu. Sebab nak ambil budak2 yang lain dulu. Senyum je Una  mama. Bila diaorang dah naik atas utk mandi dan tukar baju..baru saya balik semula ke kedai MKS. 

Petang dalam pukul 3 petang, baru saya ambil semula Una. Alhamdulillah dipermudahkan semuanya..Una pon seronok sekolah. Yang bagusnya, Una pandai jaga barang2 dia. Tiap2 hari kot saya cek pencil case dia..tak ada satu pon yang hilang. Semua pencil color pon ada..baju sekolah pon tak kotor.

Memang bezalah dengan Waiz dulu..minggu pertama sekolah semua benda hilang. Pencil color tak cukup, pemadam hilang, baju jangan cakaplah..nak menangis saya ni menyental tau! Kasut lagilah..dari putih jadi hitam!

Minggu pertama sekolah, saya pon sama pengsan..penat tak terkata. Tu baru 2 orang anak..yang anak ramai tu macam manalah agaknya ye?

Okeylah harap2nya ini bukanlah entry terakhir saya untuk tahun ni. Dasar malas nak update blog..haha

Sampai jumpa lagi, daaa..

Assalamualaikum 


4 comments:

eltamaz elmithaly said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]



توفر الشركة لعملاؤها الكرام الكثير من خيارات و برامج عمليات تنظيف المنازل
شركة تنظيف منازل بالجبيل
وخبرتنا العملية و استطلاعنا الدائم لسوق خدمات تنظيف الشقق يؤكد لكم عملاؤنا الكرام انكم حتما ستجدون ما يناسب
احتياجاتكم ضمن شرائحنا المختلفة والمتعددة المصممة خصيصا لتلبى مختلف احتياجاتكم فى اعمال تنظيف المنازل بالجبيل
تنظيف المنازل بالقطيف انتشر بكثرة بين الناس لضمان الحصول على افضل اسعار تنظيف الشقق ذلك لأن شركات التنظيف لديها من
العمالة ما يكفي لأنجاز المهام فى اقل مدة زمنية، ايضاَ كل شركة تنظيف من المفروض ان يتوفر بها ماكينات تنظيف مخصصة فى
تنظيف الفلل و تنظيف القصور ونظافة المنازل وكل ماكينة تنظيف تقوم بمهام معينة يصعب على ربة المنزل القيام بها بمفردها
مثل تنظيف القماش و لهذا يفضل إسناد المهمة إلي افضل شركة تنظيف منازل بالقطيف شركة تاج الافضل دائما 0551844053
شركة تنظيف بالجبيل
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة تنظيف شقق بالجبيل
شركة تنظيف فلل بالجبيل


شركة تنظيف مجالس بالجبيل
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة تنظيف مجالس بالقطيف
شركة تنظيف سجاد بالقطيف
شركة تنظيف شقق بالقطيف

eltamaz elmithaly said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]



شركة تسليك مجارى بالدمام
شركة تسليك مجارى بالخبر
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة تسليك مجارى بالجبيل
شركة تسليك مجارى بالاحساء

شركة تسليك مجارى بصفوى وسيهات وراس تنورة
شركة تسليك مجارى بالرياض
شركة تنظيف وشفط بيارات بالدمام والخبر
شركة تنظيف مساجد بالدمام والخبر
شركة الماسة لمكافحة الحشرات بالدمام

eltamaz elmithaly said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]





شركة المثالية للتنظيف بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف المنازل بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف المجالس بالجبيل
شركة امست للتنظيف ومكافحة الحشرات بالدمام
شركة امست للتنظيف ومكافحة الحشرات بالخير
شركة امست للتنظيف ومكافحة الحشرات بالقطيف
شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالجبيل
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر
شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالدمام

eltamaz elmithaly said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]



شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة مكافحة النمل الابيض بالدمام
شركة مكافحة الحمام بالدمام والخبر
شركة مكافحة حشرات بالقطيف
شركة مكافحة النمل الابيض بالقطيف


شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة مكافحة النمل الابيض بالجبيل
شركة مكافحة حشرات بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالاحساء
شركة مكافحة حشرات بالرياض

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal