Saturday, June 28, 2014

Ramadhan Sudah Tiba..


Semoga segala ibadah kita di terima oleh-NYA.
Selamat Berpuasa ye rakan-rakan semua..

Friday, June 27, 2014

Day Trip Ke Pulau Kapas

Cita basi ni...bulan lepas punya aktiviti. Before cuti sekolah hari tu family MKS buat rombongan (lebih kuranglah) ke Pulau Kapas. Day trip je..naik bot pukul 9 pagi, balik pukul 3 petang.

Saya ni..nama je duduk Terengganu. Tapi nilah kali pertama ke Pulau selain pulau musang, pulau kambing, pulau manis...hehe. Lapan tahun tau..dalam sejarah lah. MKS lah..tak tau lah apa yang trauma sangat dengan bot tu.

So bila family dia buat trip ni..kitaorang ikut lah. Collect RM30 untuk satu kepala. Budak free kot..entahlah, sebab MKS yang bayar. So lebih kurang je lah dengan harga tiket bot yang kat jeti Marang tu. Tapi bezanya..kitaorang naik kat Taman Tamadun Islam (TTI), alah kat Masjid Kristal tu. Bot tu milik TTI jugaklah. Tu antara perkhidmatan yang TTI tawarkan selain naik bot untuk round sungai Terengganu.

Sape yang datang satu group..family ke..dalam 25-30 orang, boleh lah charter 1 bot. Seronok sikit..tak payah kongsi dengan orang luar..kan? Hari tu saya tanya..satu bot lebih kurang RM1100..tapi kalau nak tahu detail, boleh tanya staff TTI lah ye. 
Ni kat jeti TTI..gambar before berlepas. Banyak aktiviti ada kat TTI ni. Saya yang duduk kat Terengganu ni pon tak abis explore lagi. Malu pulak kat orang luar ye..siap dah mencandat sotong lagi! Kedaung betul tuan belog ni..
Ni lah bot yang kami naik tu..muat Family kami yang 28 orang tu. Campur staff TTI 2 orang..total 30 orang dalam satu bot. 

Kitaorang dapat harga staff..so murah sikit. Sebab isteri sepupu MKS kerja TTI. 
Bot tu macam kat kedai makan..ada kerusi dan meja. So santai je..saya duduk dengan my SIL. Mek una yang nampaknya agak kegusaran di situ..nebes agaknya.
Bagi kerepek pon tak di makannya...muka macam tu lah sampai ke sudah. Tak abis-abis monyok! Melampau-lampau nebesnya..haha

Si abang jugak cool..siap duduk dengan driver bot lagik! Abis di pot pet pot pet sepanjang jalan. Memang banyak cakap budak ni.
Perjalanan dari jeti TTI ke Pulau Kapas lebih kurang 1/2 jam..kalau ikut jeti Marang cepat sikit. Biasa dalam 15 minit dah sampai. 

Sebelum sampai ke Pulau kapas..bot berhenti di kawasan terumbu karang untuk snorkeling. So apa lagi..terjun lah!
Waiz pon turun..tapi penakut. Sudahnya duduk kat tangga bot je lah..hahaha. Nak hantar ke kelas renang budak ni. Biar berani sikit.

Mek una?

Emm..ni lah kerja. Boleh dia tido kat atas meja boat tu. Tapi bagus jugak..masa dia tido tu lah saya amik kesempatan untuk turun snorkeling jugak. Tapi duk pegang tepi bot je lah. Dah pakai life jacket pon tetap tak yakin...

So boleh agaklah dari mana datangnya sifat penakut waiz tu..haha.
Dah sampai ke pantai..ni lah aktiviti bebudak ni. Si una memang dari datang sampai nak balik, ni jelah kerja dia. Di ajak rendam laut..memang lansung tak nak! Penakut air sikit..melalak-lalak bila kena air!
Main lah nak..main puas-puas.
Waiz pon seronok..tapi kejap je dia main pasir ni. Selebihnya dia berendam kat laut!
Tengoklah...tak kisah dia berendam sorang-sorang pon. Sibuk dengan dunianya sendiri. Orang lain dah naik ke darat..makan, solat..mandi. Dia tak abis2 lagi mandi laut. Sampai hitam lah! Sun burn ko!

Sape yang nak pergi ke Pulau kapas day trip tu boleh lah try. Best jugak. Harga makanan...saya tak pasti. Sebab kitaorang bawak bekal hari tu. Makan ramai2..rasa masakan orang tu sikit..cuit ni sikit..ohh sedapnya. Tandas awam ada..boleh je nak mandi dan tukar pakaian. Cuma surau awam tak ada. Surau milik chalet ada..tapi tak pasti lah boleh guna ke tak. Sebab kita tak sewa chalet kan.  So hari tu kitaorang tumpang solat di kem budak2 askar ni training. 

Chalet yang glamer kat Pulau Kapas ni..Chalet Makcik Gemok. Dari harga RM40 pon ada..tapi tak pasti camne rupanya. Boleh google sendiri okey..

Ni jelah coretan dari saya..buat kenangan gitu.

Jom kiterr..







Thursday, June 26, 2014

Unknown Pictures

Budak-budak sekarang ni memang dengan gadget je lah kan. Tak boleh hidup agaknya kalau tak ada gadget ni.Tak kata sapa2...kata ke anak sendiri je ni.

Mulut asyik tanya tab..tab tab tab! Dengan mama langsung tak heran..cari bila nak susu je. Emm...padan ke diri sendiri lah ye.

Tab tu ada satu je..anak dua, so memang berebut jelah. Hp mama lah selalu jadi mangsa. Tapi saya tak install pon games ni. So kamera hp lah jadi mangsanya! Dalam hp saya ni..memang penuh dengan unknown pictures. Macam2 gambar ada, jangan ada gambar yang tak sepatutnya sudah lah.

So saya memang keraplah cek kat gallery hp ni..setakat ni tak jumpalah gambar pelik2. Gambar mama tak pakai tudung ke..gambar duduk terkangkang ke..ish...takut jugak.

Yang waiz tu jangan cakaplah...memang expert dah. Tapi si kecik una tu pon sama! Takut je..budak tu dah pandai2 tekan wasap mama..emm
Maybe gambar cover hp saya..sebab cover hp saya warna merah. Ni semua hasil tangkapan semek una tu. Cam mana boleh tau? Sebab hujung2 gambar tu mesti ada jugak bukti gambar jurukameranya..hihi.
Siling rumah..
Gambar kaki si jurukamera..
Gambar separuh muka...
Ni gambar di hari kejadian yang lain..siap tak pakai baju lagi. Buat 'duckface' tu memang kepakaran budak kecik ni.Sampai penyet2 hidung tak berapa nak mancung tu
Selfie dengan abang yang tiba2 menyibuk..
Selfie lagi...takpasti gaya apa
Dahi jendul dan rambut yang tak berapa nak lebat..saya tau milik sape.
Gambar penuh dah..tapi bergegar.

Banyak lagi gambar yang semek ni amik..tapi saya delete. Ni pon saya amik kat dropbox..biarlah kekal dalam dropbox tu. Buat kenangan..
 



Wednesday, June 25, 2014

GARAM BOOSTER



50 gm

Harga   : RM33.00 Sebotol

Garam Booster ni merupakan garam dari laut dalam. Tak sama macam garam kat dapur rumah kita tu ye. So yang darah tinggi..tak boleh makan garam tu..sila lah cuba garam ni. 

Garam booster ini juga memberi kalsium pada tubuh badan kita. Siapa yang alergik susu..tak suka minum susu. Boleh dapatkan kalsium dengan memakan garam ini. 

Caranya mudah sahaja..seeloknya sebelum subuh. Dalam pukul 5 pagi..campurkan sedikit garam booster ini ke dalam air sejuk. Dan minum sehingga habis. 

Boleh juga di amalkan dengan mengambil sedikit garam sebelum serta sesudah makan sepertimana yang di amalkan oleh Nabi kita.



















Garam Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Tuan Haji Mohd Yusoff di 019-228 9916 iaitu pemilik Pusat Rawatan Kesejahteraan Insan YDR ini. No telefon pejabat : 013-341 1994 (Pn. Wida)


KEMBALI LAGI

Kembali lagi... 

Jangan terkejut kalau sebelum ni..entry saya banyak menjerumus kepada penjualan ubat-ubatan..hehe. Takut ada yang tenyeh mata 24 kali. Salah blog ke..salah url ke..

Tapi kalau ada yang betul2 berminat, boleh wasap or msg saya di 013-3411994. Tu nombor office saya.  Nak beli AIR ke, FIBER ke, UBAT MINDA ke, GULA ke, PATCH CEGAH KANSER ke..boleh wasap or email saya di yusham.dr@gmail.com ok.

Ooo..rupanya saya tertinggal entry garam. Tak pe..lepas ni saya up entry garam pulak.
Kenapa gambar saya jadi macam ni ye? Salah setting camera ke? Emmm..

Yang ni dalam minggu lepas..tak taulah macam mana boleh terjadi. Gula dalam darah saya rendah.. too low! Saya terpitam-pitam lah. Saya ingat macam nak mati je masa tu. Badan tiba-tiba jadi sejuk. Terkejut jugak sebab dah lama rasanya saya tak sakit dan pergi klinik. Almost 6 months. Ya...tak tipu. Alhamdulillah sejak saya amalkan minum air mutiara As Syifa', saya tak makan ubat angin, panadol, etc. Memang air mutiara tu lah amalan saya setiap hari. So bila tetiba jatuh sakit ni..terkejut jugaklah.
So bila dah pitam2 tu..saya pergilah klinik. Kena tanya pada yang pakar jugak..sebab apa tubuh saya jadi macam tu. Mula-mula soalan doktor tanya,..mestilah pasal kitaran haid kita. Kot2 lah ada 'isi'..berdebar jugaklah. Tapi sebab saya yakin ni bukan sebab hal itu..doktor cek tekanan darah dan gula.

Ternyata..gula dalam darah saya tersangatlah rendah. So doktor suggest cucuk..tak pastilah masuk glukos ke..air ke. Janji sihat. Kalau tak nak buat..doktor ugut suruh masuk hospital. Ohhhh tidakkk

Dekat 2 jam jugak lah terbaring nak abiskan satu botol tu. Gila kematu punggung dan belakang badan saya ni. Lepas 2 hari..barulah rasa nak pitam saya tu hilang. Rupanya..selang 4 hari kemudian, saya datang bulan. Ooo..rupanya 'penyakit' lama saya ni kembali lagi!

Dulu masa sebelum melahirkan waiz..memang saya ada masalah dengan waktu uzur saya ni. Orang lain mungkin suka sebab boleh cuti solat. Tapi bagi saya..bagai mimpi ngeri. Seminggu sebelum uzur..campur lagi dengan 2 hari semasa uzur adalah waktu genting bagi saya. Paling teruk..boleh muntah2, pitam..lemah. i don't know why..

Lepas lahirkan waiz..alhamdulillah..sakit tu hilang. Tapi..lepas melahirkan una ni, sakit tu datang serang balik sikit demi sikit. Paling teruk seperti yang saya alami minggu lepas ni. Dan saya mendoakan agar bulan depan..saya baik2 sahaja.

Saya terpikir jalan menyelesaiannya..mengandung! Bila mengandung..tak ada period pain. Agagaga...baru rasa senang sikit sebab una pon dah 2 tahun..dah besar. Saya baru dapat nikmat tido saya..tak payah bangun bancuh susu..hehe. Mungkinkah..mungkin kah..emm

Sunday, June 15, 2014

CARA MENGGUNAKAN CITIMAGMA DI TUBUH

Citimagma Bio Energy Patch juga boleh digunakan untuk di tampal di bahagian badan kita. Berikut adalah gambarajah contoh penggunaan Citimagma.
 
 


Tanggalkan selepas sekurang-kurangnya 24 jam. 
Untuk melegakan kesakitan tertentu, tampal pada titik-titik akupuntur seperti di dalam gambarajah.

1) Sakit kepala 
2) Leher tegang
3) Sakit bahu & tegang belakang badan
4) Sakit lengan & tangan
5) Sakit belakang badan
6) Sakit akibat haid
7) Sakit sendi lutut
8) Kejang kaki
9) Sakit pergelangan kaki
10) Keletihan seluruh badan


 Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Tuan Haji Mohd Yusoff di 019-228 9916 iaitu pemilik Pusat Rawatan Kesejahteraan Insan YDR ini. No telefon pejabat : 013-341 1994 (Pn. Wida)

KESAN PENGGUNAAN CITIMAGMA BIO ENERGY PATCH

KEBAIKAN CITIMAGMA BIO ENERGY PATCH


PENGALIRAN DARAH YANG BAIK

warna MERAH menunjukkan kawasan aliran darah.

SUHU BADAN

Sebelum, suhu badan yang rendah

Selepas, suhu badan mencecah 37 oc

Untuk pengetahuan anda, suhu badan manusia normal ialah 37oc!!!



SEL DARAH MERAH

SEBELUM:    Sel darah merah yang kelihatan bergumpal.

SELEPAS:  Sel darah merah yang normal



GELOMBANG OTAK

SEBELUM
SELEPAS

Dapatkan CitiMagma anda sekarang!
1 patch = RM4.00
1papan = ada 10 Patch = RM35.00 (Jimat RM5!!!!)

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Tuan Haji Mohd Yusoff di 019-228 9916 iaitu pemilik Pusat Rawatan Kesejahteraan Insan YDR ini. No telefon pejabat : 013-341 1994 (Pn. Wida)

CITI MAGMA

Tahu tak anda handphone yang kita guna setiap hari tu ada gelombang yang menyumbang radiasi kepada tubuh kita? Rasanya berapa jam sehari kita bersama handphone kita? Berapi kali terima panggilan, sms, whats up, facebook, instagram, twitter dan banyak lagi..berapa berapa berapa?

Kini kami hendak perkenal produk yang sangat murah untuk membantu mengurangkan kesan radiasi kepada pengguna handphone. Caranya ialah..melekatkan CitiMagma Bio Energy Patch ini!

Kesan daripada EMF (gelombang elektromagnet - iaitu dari hp, internet dan radio) ini boleh merosakkan sel-sel darah, merosakkan DNA dan juga mengakibatkan penyakit kanser. Melalui beberapa kajian penyelidik antarabangsa, barah otak dikaitkan dengan penggunaan telefon bimbit di usia muda.

Berita Harian 15 Januari 2004

Semua telefon bimbit mengeluarkan radiasi samada rendah atau tinggi. Sesetengah pengeluar tidak menepati syarat yang ditetapkan dan mengeluarkan telefon bimbit yang mengeluarkan radiasi terlalu tinggi dan tidak sesuai digunakan oleh kita. Berbual yang terlalu lama juga meningkatkan lagi kesan radiasi kepada pengguna. 

Oleh itu, amalkan untuk tidak berbual terlalu lama menggunakan telefon bimbit. 
Dapatkan CitiMagma Bio Energy Patch dengan harga RM4 satu dan lekatkan di bahagian belakang telefon bimbit anda untuk mengurangkan kesan radiasi. Ianya juga mampu menjimatkan dan memanjangkan jangka hayat bateri telefon anda kerana kesan gelombang yang ada pada CitiMagma Bio Energy Patch tersebut.


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Tuan Haji Mohd Yusoff di 019-228 9916 iaitu pemilik Pusat Rawatan Kesejahteraan Insan YDR ini. No telefon pejabat : 013-341 1994 (Pn. Wida)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal