Thursday, September 3, 2015

Exam dan Jalan2 Kemaman

Pada 27/8/2015 baru ni saya ada exam untuk jawatan Akauntan bagi kekosongan di Majlis Perbandaran Kemaman. So dah dapat peluang tu, pergilah mencuba nasib. Ada rezeki..kalau lulus boleh ke saringan seterusnya.

Alahai umor dah 30-an masih mencari-cari kerja tetap. Moga ALLAH permudahkan rezeki saya. Exam sejam je, start kol 9am. Pagi tu kol 5am kitaorang gerak, angkut bebudak masa tido. Masa berhenti solat subuh di Perhentian Kijal, waiz dan Una bangun..si waiz ingat nak balik kampung..hehe. Kesian dia, asyik nak balik kampung. Ingat kampung mak dia ni 2-3 jam je agaknya.
Usai abis exam, kami plan nak ke rumah abang MKS. Dia kena tukar ke Kemaman baru2 ni.Tapi malangnya mereka tak ada kat rumah, ada kerja di Besut. So ajaklah MKS ke Mini Zoo Kemaman..untuk ubati hati lara waiz nak balik kampung.
Bayaran masuk dewasa RM10, kanak-kanak 6 tahun ke atas RM7..bawah 6 tahun free. Total hangus family kami RM27. Nak masuk ke dalam zoo tu boleh jalan kaki atau naik tram, free je. Kami naik tram, walaupun pada mula una melalak tak nak naik. Pedulik..paksa gak..haha.
Sampai di perhentian dia, kami di tinggalkan. Pandai2 lah jalan sendiri. Tak banyak mana pon binatang & unggas dalam ni. Boleh bilang dengan jari..eceh.
Ikan besor yang tak di ketahui namanya. Goreng sodap ni!
Burung kuning bersih.

Sebenarnya bawak bebudak gi zoo ni sebab nak expose kan binatang sebenar/realiti kat waiz dan una. Lebih2 lagi si una tu..penakut yang amat. Dengan semut pon takut..apehal?
Tengok Una tu..takut nak pergi bila nak amik gambar. Nak gi ke tak nak..itulah agaknya bermain di fikiran dia.

"Una..tulah ellie. Elephant"
Sokmo gelak2 tengok ellie dalam kartun pocoyo.
Selamat ke idok..haha.
Cepatlah Una, elephant nak masuk kandang dia dah tu.
Peace from Una with Ellie the elephant. Ada dua ekor je gajah. Dua2 pon kecik. Anak2 gajah kot.
Kat dalam taman Orkid..ada kura-kura, buaya dan biawak.

Lain binatang yang kami jumpa macam landak, ostrich, rabbit, harimau yang sibuk tido. Dah lah sekor je, nampak ekor je sipi2. Time orang datang time tu lah ko nak tido ye tiger! Orang utan pon nampak dari kejauhan..lain2 tu tak berapa familiar pulak namanya.

Tapi memang sikit jelah binatang dalam tu, nama pon mini zoo. Tapi dah tau mini...janganlah buat jauh2, sakit kaki makcik ni nak menapak tau!
Una yang tengok kura-kura pon ketakutan, hahaha.
Alahai una..macam lah kalau awak lari, kura-kura tu dapat kejar..kih kih.
Kat dalam mini zoo ni ada waterpark jugak, tapi tak serupa waterpark pon. Ada gelongsor air tak de orang main pon. Tak pasti lah di bukak untuk orang main atau untuk perhiasan semata-mata. Nak masuk mandi kat water park ni pon kena bayar tau. Tapi saya tak tau pon..maafkan kami. Minta halal anak saya termandi dalam ni, plus anak dara saya tertonggeng masuk dalam kolam ni jugak!
Sebelum kejadian..una steady di tepi kolam. Waiz nak bising2 nak mandi. Padahal saya tak standby baju dan tuala pon. Ajak rendam2 kaki je..sebab khuatir dengan kebersihan kolam tu. Tapi dah dia nak mandi sangat..saya tawakal je lah. Harap2 selamat.

Time ni tak ramai orang pon..yang meriahnya sebab ada rombongan 2 buah bas budak2 sekolah rendah. Yang datang dengan family ada lah 2-3 kerat.
Maka waiz mandi dengan spender je lah, mujur pakai spender hari tu..hehe. Suka sangat main air, macam tak pernah mandi je gayanya..hehe.
Time ni waiz buka spender dia..
"mama amik spender waiz ni, nanti nak pakai agi"
Banyak cantik muka ko.."pakai balik!"

Ish tak malu betul mandi bogel budak tu..nasib baik tak ramai orang time tu.
Gaya ape pulak si waiz ni.
Lepas ni lah..una eksaited kuis2 air dalam kolam tu. Sekali tertonggeng masuk dalam kolam..haha, suruh rendam terus tak nak. Penakutnya budak tu..ish ish.
Nasib baiklah sebelum duduk kat tepian kolam tu saya dah bukak spender dia. Maka pakailah pampers dan spender dia. Orang tengok pelik je, bakpe lah budak pompuan tu tak pakai baju..haha. Suruh pakai baju basah tak nak! Lantaklah Na..

Background kat belakang kami tu ada photographer khas yang boleh tolong amik gambar, nanti dia print cantik2. Harga dalam RM30. Kami ni warga jimat cermat..amik gambar dengan hp sendiri sudah.
YB mane lah nak rasmikan tempat ni..hehe. Dia sendiri suruh amik gambar cam ni..buuu...poyo, haha.
Kredit to waiz, dia yang amik gambar kami. Tapi nasib lah, ada gambar yang senget2..nampak jari dia lah, nampak tali hp lah..pasrah!

Abaikan semek una buncit tu kat situ..Malas nak amik baju dia, lagipon kereta kena parking kat seberang jalan pintu masuk zoo ni.
Amik gambar papa n mama lagi waiz.. Jangan nampak una. Alahai..ada jugak semek tu kat situ.
Kat tram pulak, nampak tak tali hp tu..kacau betul.
Una dan biskuat tigernya.
Tak jadi jugak gambar berdua kami, ade je tukang sibuk. Una dengan pewut gendutnya..
Jauh sikit waiz...biar nampak gambar belakang ni. Okeylah, jadilah..tq waiz jadi photographer mama hari tu. Lepas abis bergambar kami bertolak balik ke KT. Tak lalu jalan LPT..sengaja ikut jalan pantai. Sejak ada LPT ni jarang ikut jalan pantai.

MKS bawak kete slow2 je..mmg makan angin lah lalu tepi pantai. Sempat jugak singgah lunch di pantai Kemasik, beli lemang di kijal, singgah minum air dia kedai sepupu MKS di hentian Penyu, beli jagung dan singgah di kedai maggi ketam di Merchang.

Dalam kol 7pm baru sampai rumah. Alhamdulillah..

Wednesday, September 2, 2015

Random - Raya





Gambar2 atas tu tak ingat time bile..selfie dalam kereta. Maybe time nak balik Terengganu semula selepas puas beraya di Klang & Semenyih. Waaa..serius tak ingat, nampak sangat dah tua!

Gambar una & waiz tu pulak time waiz ada jamuan raya kat sekolah dia. Una siap2 nak merempit dengan mama..


Okey..jumpa raya tahun depan pula. Harap panjang umor..bai

Tuesday, September 1, 2015

Selfie 3 Syawal 1436H

Raya ketiga tu siap2 nak round lagi..ada rumah sedara tak abis jalan lagi. Dah siap2 nak keluar, orang datang beraya..so sementara tetamu makan. Ni lah keroje kami..gedik2 bersama anak2 buah. Dah macam kanak2 ribena.
Motif buat muka cam tu? Aduh berat mengangkat waiz time ni
Kepala waiz yang separuh..tahun depan dan tinggi mungkin muat 1 kepala..haha. Cuba lagi!
Abang pojan jadi mangsa kena angkat waiz pulak. Oh ye..pojan dan Fasha dah jadi penduduk kampung sekarang ni. Sebab Yong saya dapat berpindah berbakti di kampungnya sendiri. Sekarang mengajar di sekolah di pekan Sabak tu. So pojan dan Fasha ikut berpindah sama..sekolah di sekolah saya dulu. SK BATU 38. Ada lah teman mak usu sekarang..

Kak Yong pulak masih di Klang, duduk berdua dengan Emy. Haziq dok asrama.
Nilah rumah saya..rumah kampung je.Kiri kanan masih kebun..dan banyak nyamuk!
Lompat jangan tak lompat! Bergegor rumah atuk..haha
Macam macam aksi kami buat..bagi tetamu makan kenyang2 dulu. Senang sangat kami tahun ni..Atuk dan nenek dah siap2 masak. Kami tinggal makan jamu tetamu makan je..hehe.
Ish dah lah..sepesen je kome ni.
Beraya kat rumah sepupu abah. Kat kampung ni..banyak sedara mara juga, so round sana..rumah sedara, round sini sedara jugak.
Sedap makan brownies ni..una ni saya berjaya kesan dia dah nak makan kek2 ni. Dulu tak nak..sekarang selera dah besar. Pandai makan kek, kuih muih..tak lah susah macam dulu. Berperang nak suruh dia makan.

Cuma nasi tu masih susah nak suruh dia makan. Kalau ada sup2 or tomyam..baru laju sikit dia makan. Menurun macam mamanya jugak, sy suka makan sup2/tomyam..kuah2 berempah macam kari kureng sikit. Mks lain lah..dia memang tekak mamak. Hah yang tu waiz mengikut!
Sedap ke una..nanti mama beli..hehe. Bukan nak belajar buat..asyik lah membeli!

Okey..watamat ke cite raya? Kena belek gambar dlm hp ni, kalau ada..ada lah ye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal