Friday, April 6, 2012

Nasib anak..

Rentetan luahan hati ini.

Terima kasih pada teman2 yang memahami. Memang ni lah nasib pada ibu2 yang bekerjaya ni kan. Untuk mencari sesuap nasi..kena tinggalkan anak. Rasanya ramai lagi golongan ibu2 kat luar tu yang alami masalah macam aku ni. Cuma aku ni baru nak alami..tu yang macam kecoh sikit. Padahal orang lain relax jer..hihi.

Setakat ni memang tak decide lagi nak hantar waiz kat mana. Tapi memang ingat nak cari nursery yang ada taska & transit sekali. So senang..tak payah nak tukar banyak2 kali kan.

Dulu sebelah ofis aku ni ada nursery & taska Syaz..tapi dah pindah lah pulak sebab owner nak bangunan tu balik. Sekarang ni pindah jauh sikit dari ofis aku..tapi still di area Panji Alam.

Option satu lagi..seberang ofis aku. Nursery, taska & transit An-Najwa. Yang ni aku tak survey lagi. Tak tau lah okey ke tak. Sekarang ni tunggu kata putus dari MKS jer..samada nak hantar waiz kat ofis aku atau di Chendering. Kat Chendering tu memang banyak pilihan..rasanya ada lebih 5 nursery. Tapi kalau boleh..kena cari nursery yang bukak hari Sabtu. Sebab kitaorang kan kerja. Emm..

Bak kata kak Rasp..ni lah dilema ibu bekerja. Yes..setuju 100%. Ni dari situasi aku sendiri lah. Bayangkan..waiz duduk lagi lama dengan pengasuhnya. Biasanya aku hantar paling awal 7.30am sehingga 5.30pm [10jam!!]. Manalah budak tu tak manja dengan Tok Minya? 10 jam berkepit dengan Tok Mi.

Dulu aku selalu lah sedih..sebab apa2 perkembangan waiz mesti Tok Mi yang tau dulu. Time amik waiz lepas abis kerja..mesti Tok Mi cite, 'waiz pandai mengiring' 'waiz pandai merangkak' ' hari ni waiz pandai sebut bla bla...'

Waaa...sentap aku tau. Tapi lama2 tu Tok Mi tak cite dah kat aku. Agaknya dia perasan perubahan air muka aku bila dengar perkembangan waiz tu kot. Yelah, ibu mana tak sedih kan..patutnya ibu lah orang pertama yang perasan perkembangan anak ni. Tapi dah ibu sibuk kerja...emm.

Okey..bila dah amik waiz. Masa yang diluangkan bersama dari 5.30pm - 10pm [4 1/2jam sahaja]. Sebab waiz ni memang tido awal..biasanya dalam pukul 10 malam tu dah tumbang. Tu kalau dia tido petang lah. Kalau kat rumah Tok Mi dia tak tido..alamatnya pukul 7pm tu dah pengsan!

Aku ni duduk rumah pon..bukannya boleh mengadap dia jer. Kerja rumah pon kena siapkan jugak. Biasalah ibu2 ni kan..walaupon ada bibik, tak kan tak masuk dapur langsung or tak kan tak buat kerja rumah sikit. Kena lah amik tau. Cam aku yang tak de bibik ni? Kena lah buat sendiri.

Tu pon nasib aku tak masak..kalau kena masak? Amik masa sejam jugak [lainlah masak meggi..2 minit dah siap]..kalau masak dari 4 1/2jam tu, tolak sejam..tinggal 3 1/2 jam je masa boleh luangkan dengan waiz. Nak solat..mandi..tolak 1/2 jam lagi, tinggal 3 jam!

Kadang2 tu aku rasa kurang 3 jam aku luangkan masa dengan waiz..kesian anak mama. Nak buat cam ner, ni lah nasib anak2 yang ibu2nya bekerja. Nak harapkan wiken..aku cuti hari Jumaat jer. Tu pon banyak bereskan kerja rumah..kadang2 rasa bersalah pulak sebab abaikan si waiz tu..huhu.

Agak2nya..korang alami tak perasaan macam apa yang aku hadapi sekarang?


Sincerely...

7 comments:

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

akak lebih kurang macam wida gak....
maid takde semua buat sendiri...
balik kerja tak tentu waktu...
ada tu kul 8mlm baru sampai rumah...
tapi syukur sgt2 sbb sabtu ahad mmg tak kerja...
time tu mmg try spend as much quality time dgn dorang...
not to worry...
insyaAllah semuanya akan berjalan lancar...
yg penting, cherish and enjoy setiap saat kita spend wif them...

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tak payah risau sgt laa soal masa tu, wida... hubungan anak & ibu walaupun macamana singkat pun masa bersama, insyaAllah dipelihara.. sedangkan ibu yg tinggalkan anak pun, masih lagi anak mencari ibunya inikan pula kita yg tinggalkan sekejap sbb urusan kerja...

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

akak x yh keje la, dok rumah jage waiz n baby nnti. Abg mampu la nk tanggung akak anak beranak...

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

beza nyer papa mifz hantar mifz ke rumah pengasuh tak lama...sehari 6 jam jer...5 hari seminggu...

nak buat macam mano kan...buat nih semuo pun untuk maso depan Waiz jugak...

RYA AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

itulah hakikatnya... masa dgn anak-anak mmg terlampau singkat.. skrg alhamdulillah akak dah joint organisasi yang kerja cuma 5 hari dapat juga sabtu dan ahad bersama anak-anak... bila dah bersekolah lagi perlu masa untuk attend anak-anak sebenarnya... mcm manapun mmg kena cari waktu untuk itu...

deqnoor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

DN memang selalu tengok kakak2 ofis DN alami masalah yg sama macam wida..

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Same la kite WIda... tp PR masak tau lagi tak de mase utk anak2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal