Wednesday, August 31, 2011

Patriotik Katanya..

Ni kat kete MKS..dia kata:

"Orang lain kibar bendera masa bulan ogos jer, tapi dia kibar sepanjang masa. Ni baru dikatakan patriotik".

Oh ada bau2 keriakkan dan kebanggaan di situ. Abaikan..

Sebenarnya beberapa kali jugak lah aku khianat (memperdajalkan) ke MKS..aku pernah cabut bendera tu. Tapi dia jumpa pulak..terus pasang balik. Aku cabut lagi..tak jumpa, dia beli baru! Eh bukan aku tak cintakan bendera Malaysia..tapi memang aku tak suka letak apa2 barang kat atas dashboard tu. Menyemak jer..mengganggu pandangan pemanduaan aku jer,hiks.

Before ni lagi lah macam2 benda kat atas dashboard tu. Penyu ada..pewangi..kertas memo lah..kereta mainan waiz ada..semua aku buang! Hahaha..

Tu belum sticker yang di tepek kat cermin kereta. Penuh satu cermin kereta kat tempat sebelah pemandu tau. Ishh rimas!

Tapi nak buat camno..kete dia, bukan kete aku. Menumpang buatlah cara menumpang..huhu.

Apa-apa pon tujuan aku karang entry ni nak ucapkan "selamat menyambut hari kemerdekaan". Merdeka Raya lah kita ek...


Sincerely...

Tuesday, August 30, 2011

Bloggers...Selamat Hari Raya!


Salam Aidilfitri...Buat teman-teman maya yang aku sayangi dan hormati.

Ampun dan maaf aku hulurkan jikalau penulisanku selama ini ada yang mengguris hati nurani korang samada sengaja atau pon tidak.

Semoga lebaran ini akan memberi seribu kebahgiaan dan kegembiraan kepada korang semua.

Sesiapa yang duduk Kuala Terengganu tu..jemputlah kerumah aku yer. Tapi aku balik lepas raya 6 okey. Sekarang ni beraya di Sabak Bernam.

Sincerely...

Monday, August 29, 2011

Rambut Raya

Rambut dah panjang..kena lah potong kan? Hari tu teman MKS pergi potong rambut. Dia ni kalau potong dengan mamak tak nak..geli katanya. Tak berapa nak sedar..kulit tu pesen2 mamak jugak, hihi. Kalau ajak potong kedai amoi..laju jer naknya.

Tapi kali ni aku suruh potong kat kedai Wakaf Mempelam jer..orang melayu. Masa tu tak ada orang, MKS orang 1st. Sekejap jer..kena RM7.00.
Budak ni mula2 takut nak masuk sebab ada banyak rambut kat lantai. Dia ingat rambut tu semut. Tak tau nape budak tu takut sangat dengan semut..sampai gambar semut pon takut!

Lama2 baru tunjuk perangai sebenar..abis digeledahnya laci tukang rambut tu. Tolak kerusi lah..aduh pening. Waiz tak pernah gunting rambut lagi..sayang dengan rambutnya. Lagi pon rambutnya tak panjang2 pon..takat tu jer. Kalau kena gunting..tak tau lah macam mana pe'elnya nanti..


Sincerely...

Sunday, August 28, 2011

Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid

Tak tau lah ustaz ni keturunan apa..biasa dengar keturunan Wan, Tengku, Raja, Megat, Radin..ni Don. Dah macam cite Shah Rukh Khan pulak..Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid. Sekali pandang macam Jehan Miskin..2x pandang macam Ashraff Muslim..hehe.

1st time dengar tazkirah dia kat rancangan ihya Ramadhan di tv al-Hijrah. Bersahaja..kelakar. Tak kering gusi dibuatnya. Rasanya pas ni mesti ustaz Don ni glamer..

Ada satu tazkirah ustaz Don tu..betul2 buat aku menginsafi diri. Dari suka2 tengok keletah ustaz Don ni..terus aku senyap seribu bahasa. Bergenang air mata.

Katanya (lebih kurang begini) :

Sebab apa kita puasa di bulan Ramadhan ni? Sebab perintah Allah kan. Jadi kenapa tuhan yang sama (Allah) perintah kita solat..kita tak solat? Kenapa tuhan yang sama (Allah) perintah kita menutup aurat..kita tak tutup? Kenapa tuhan yang sama (Allah) perintah kita taat kedua ibu bapa..kita tak taat? Kenapa? Renung-renungkan..

Betul jugak cakap ustaz Don tu kan. Aku harap dengan kata2 tu..buat aku beringat dengan semua perintah Allah yang telah DIA tetapkan. Semoga aku berubah menjadi insan yang lebih baik..insyaallah.


p/s: psst..tak ada niat pon nak tegur@kata ke sape2..sapelah aku nak tegur orang. Hanya untuk peringatan diri sendiri. Harap maklum..sayang korang. No komen..hehe. Komen dalam hati je yer.

Sincerely...

Saturday, August 27, 2011

Jom Balik Kampung..




Tak sabarnya..
Sabak bernam..kau tunggu!

Doakan keselamatan kami pergi dan balik okey..
Sayang korang!

Sincerely...

Friday, August 26, 2011

Seram..

Beberapa malam yang lepas, masa aku tengah tido..tiba2 ada lembaga duduk kat tepi aku. Tak jelas..sebab kitaorg tido tutup lampu. Nak kata hantu..bulan pose kan. Lembaga tu macam tengah mengodek sesuatu. Terus aku pusing badan ke arah dinding, tutup kepala dengan selimut. Eeii..janganlah kacau aku.

Masa bangun sahur..aku cite lah kat MKS. Dan dan tu aku kena ketuk! "Weii..waiz lah! Lembaga apanya". Lorrr..hahaha. Aku ingatkan hantu..rupa2nya budak kecik tu. "Apa yang dibuatnya tengah2 malam tu"? MKS kata main kereta baru dia lah.

Sebenarnya malam tu papanya beli kereta baru untuk waiz. Tapi tak sempat main sebab dalam kereta budak kecik tu dah tido. Macam manalah dia boleh bangun dan teringat yang dia ada kereta baru..hehe. Siap main dalam gelap lagi..

Teringat masa waiz isap jari kaki aku dulu. Masa tu aku bayangkan hantu raya/toyol yang isap. Bila aku kuis2 dengan kaki satu lagi kat benda yang menghisap tu..eh ada rambut, pakai baju..pakai pampers! Citt..budak kecik tu.
Pas abis sahur..baru aku sedar kereta mainan tu ada kat waiz. Tak syak lagi..memang waiz lah lembaga yang aku bayangkan tu.

Hehe..jangan marah.

Sincerely...

WAJIB ada.

Aku tiap2 tahun beli jer biskut raya ni..tak pernah buat pon. Tak retiii. Paling pandai yang aku buat pon cornflakes madu jer..haha.

Tahun ni kebetulan masa anak saudara MKS datang jual abaya & tudung, dia ada bawak biskut raya. So aku amik terus..Tart nenas & almond london. Sebekas tu RM22.00 sahaja.
Punyalah gebuzz tart nenas ni macam tuan yang memakannya. Tak sempat raya dah tinggal separuh okey. Time buka amik dua biji, time sahur 2 biji lagi..dah macam makan ubat pulak! Tak pelah, biskut raya yang aku beli ni pon memang untuk makan2. Rumah aku tiap2 tahun rumah tertutup..balik kampung youuu.
Ni lagi satu kuih peberet. Nape namanya almond london yer? Resepi dari london ker? Time kecik2 dulu..pergi rumah orang mesti cari bisut ni dulu. Habis sebalang biskut tu kitaorg kerjakan..hehe. Biskut raya ni pon dah tinggal separuh!
Yang ni biskut seroja..agaknya. 1st time aku makan tahun lepas [tak ingat rumah sape] Sedap..ada peanut butter dalam tu. Aku memang hantu peanut butter yer. Kalau makan roti..letak peanut butter melambak-lambak! Nak nak yang mix dengan stoberi tu. Aduh..rasa nak berbuka dengan roti+peanut butter pulak petang ni.

So tahun ni aku carilah biskut seroja ni. Ada jual dekat kedai Agro Bazar Permint Jaya, Chendering. Hari tu aku tengok banyak lagi. Esoknya pergi tinggal sebekas jer. Cepat2 lah amik..RM23.00. Pas berbuka, terus melantak biskut ni. Memang sedap i tell youu...terbaek. Biskut ni MKS dengan waiz pon aku tak bagi makan, kena catu. Hahaha...giller tak?

Biskut raya korang mesti lagi banyak kan?

Sincerely...

Thursday, August 25, 2011

CONTEST DUIT RAYA DELICIOUS-CUPPIES!

*STICKY POST 1/8 - 25/8*

::Sila klik-klik banner di atas::
Sape nak duit raya..mai pakat join. Senang jer..kita tolong PROMO RAMADHAN - SYAWAL untuk blog http://www.delicious-cuppies.com


Tuan rumah murah hati nak bagi duit raya sebanyak :
RM50
RM30
RM20

Kalau nak join pergi sini.

Sincerely...

Dah Shopping Raya?

Kesengsaraan seorang lelaki..'nak kawen, tapi duit tak ada'
Kesengsaraan seorang wanita..'nak shopping, tapi duit tak ada'

Hahaha..tak lawak, jangan gelak!

Aku ni paling pantang..kalau jalan2, tapi takat boleh cuci mata. Memang azab! Perasaan geram tu..Ya Allah, memang tak boleh nak sembunyi. Sabar je lah. Nak beli..tapi duit tak ada. Sedih kan. Tapi tu tak pe lagi. Lagi sadis kalau ada duit..tapi laki yang pegang. Wah..nak beli kena tanya dan mintak izin. Huhu...tapi nak jadi isteri solehah, kena lah ikot cakap suami kan.

Tapi kan..kalau MKS tak bagi jugak beli. Mesti aku pergi beli sendiri..degil sungguh! Kenapalah perangai aku cam ni yer..

Aku ni boros sikit..kalau nak beli apa2, pakai amik jer. Kalau suka barang tu..amik. Kalau tak menyesal nanti. Tak minat buat survey2 bagai ni. Perangai ni memang berbeza lah dengan MKS, dia kalau sebelum membeli tu..kena cukupkan 10x survey baru afdal membeli. Tu pon kalau dah beli, still ada yang tak puas hati lagik...hiks.

Tapi sebab perangai aku ni jugaklah MKS suka kuar shopping dengan aku. Tak banyak songeh..tak pemilih..tak buang masa..tak penat lah dia menunggu. B4 shopping tu..aku dah set dlm otak/hp (kalau banyak barang nak beli) nak beli apa. MKS tolak troli..aku kutip barang. Kalau ada barang yang luar biasa..baru aku cek ada cop halal or tak. Kalau tak..aku cek expired date jer.
Eh ni kat depan ofis aku..ada sales untuk raya 50%. Aku ingat nak beli tudung raya kat sini jer..senang. Kedai ni kat Gong Gemia, Jalan Panji Alam. Emm nak pakai tudung pesen apa tuk raya nanti yer..



Sincerely...

Antara 2 Darjat

Aktiviti wajib tiap tahun..bagi hamper ke pengarah2 kami. 5 Orang semuanya. Ni my ofismate yang buat...ai tukang sibuk jer, hehe.

Budget hamper boss lebih kurang RM200 seorang yer...hamper kami masa bulan pose tu tak sampai RM30, sadis kan. Okey..tak payah kecoh2 kat sini. Nak dapat hamper mahal silalah jadi pengarah [kata ke diri sendiri!]
Masa the making..berterabur lagi. Nasib baik pengarah 5 orang jer. Dah lah dapat tau untuk buat hamper tu last minute. Kesian my ofismate..kelam kabut cari barang, order kek & biskut raya.
Ni lah hampernya..kan best kalau kitaorang pon dapat. Koyal sungguh! Okeylah, selamat hari raya boss. Terima kasih kerana membuat raya kami 'sungguh bermakna' tahun ni [Dalam hati still tak puas hati sebab tak dapat bonus raya]

Sincerely...

Wednesday, August 24, 2011

IFTAR OFIS

Selingan : Mula2 nak cite berita sedih..bonus or duit raya yang kami semua harap2kan tak dapat yer. Jadi marilah beraya dengan seadaanya sahaja..sob sob. Sebab apa tak dapat? Kata pengarah2, kitaorang baru jer dapat bonus bulan 6 hari tu. Bos2 ni assume kitaorg simpan duit bonus tu untuk rayakah? What the...[sabor ai pose hari ni] Jadi bakal2 penerima duit raya dari ai..dimaklumkan jangan terkejut tengok dalam sampul tu kalau dapat 50 sen jer yer, hiks. Abaikan cite sedih ni..orang lain pon ramai yang tak dapat bonus dan duit raya. Tak pe, nanti kita pau puas2 orang gomen yang dapat bonus tu yer...especially adik aku dan abang aku tu.

Ni baru cite sebenar. Semalam kitaorang ada majlis buka pose bersama2 staff. My big boss tak join sama sebab ada komitmen dengan anak2 dia. Rasanya masuk tahun ni dah 2 tahun dia tak join iftar bersama staff. So yang datang semalam cuma my manager & family (7 orang), Kak Jun, Ku Lan & family (3 orang + baby), Aku (bawak MKS & Waiz), Kak Zie, Wani. Total 17 orang. Kitaorang amik dua meja..satu untuk my manager sefamily. The rest satu meja lagi. Kak F dan Che Ku pulak tak dapat join atas sebab2 tertentu..

Kali ni kitaorang buat di @Garden. Restoren ni kat dalam NACC Chendering. Masa kitaorang berbuka tu tak ramai pon dalam restoren tu..adalah dalam 4-5 meja termasuk meja kami ni. Nak kata tak sedap..rasanya okeylah. Maybe mahal sikit or orang tak tau tempat tu kot.
Sementara masuk waktu berbuka, layan budak kecik ni main dulu. Padahal b4 kitaorang pergi restoren tu dah bawak dia round dan main2 kat lagun Masjid Terapung Kuala Ibai tu..tapi still tak puas2 yer. Sampai restoren sambung main lagik! Tak boleh duduk awal2 kat meja..nanti dia cepat bosan. So biar jer dia main. 3 orang lagi tu anak my manager yer. Anak aku baru sorang..

Okeylah..jom tengok menu..
:: Ikan siakap 3 rasa ::
:: Ayam Manggo ::
:: Ikan sweet sour ::
:: Butter Prawn ::
Ada jugak sayur campur, tomyam, telur dadar, ayam lemon, timun cina, kurma [kurma yang cam dah busuk..terus aku campak dalam sungai!] dan air sirap tak berapa nak sejuk.

Makan free memang sedap..tapi bila memikirkan takut baju raya tak muat. Aku makan sikit jer..banyak ratah lauk. Tu pon still tak abes..sayangnya. MKS pulak makan banyak..siap bertambah. Aku takut dia muntah jer..tapi nasib baik malam tu okey, selamat.

Keseluruhan makanan malam tu sedaplah jugak..my manager pon suka. Kenalah dengan taste dia. Dari 10..ai bagi 8 bintang sebab kurma dia busuk, air sirap tak sejuk plus ada kucing yang asyik mengacau aku makan. Bagi ayam tak nak..udang nak pulak! FYI..aku ni takut kucing. Kucing tu pulak cam tau2 jer aku ni penakut. Tak nak pulak dia pergi kat orang tak takut kucing cam Kak Zie tu..cis.

View kat restoren tu cantik..tepi sungai yer. Boleh nampak jambatan Kuala Ibai dari restoren tu. Surau NACC pon ada..besar dan sangat selesa. Aku & MKS solat dulu before balik. Tapi tak balik rumah..pergi hospital pulak. Tu nanti kalau ada masa aku citer later ek.

B4 lupe..total bil kitaorang untuk dua meja RM484.00. Sape nak terai leh lah pergi Restoren @Garden kat Noor Arfa Complex Center (NACC) Chendering.

Sincerely...

MB Bagi Tau!

Semartnya MB kita pakai baju melayu..kaler pink lagik! I likeeeee....

Rasanya tiap2 tahun pon dapat kurma & air zam-zam free ni. Tapi tahun ni packaging-nya special lah. Air zam-zam tu macam peket air ribena tau. Kurma pulak dapat 3 bungkusan. Alhamdulillah..elok2 jer kurma free yang aku dapat dari boss tu abis, dapat pulak yang ni. So memang tak beli langsung lah buah kurma ni...

Beberapa hari lepas pulak, pergi melawat ayah MKS..baru balik dari umrah. Mok de (mak tiri MKS) ada jugak bagi kurma, kismis, buah tin, air zam-zam.  Eh jadi banyak pulak stok buah kurma dalam peti sejuk ni. Tak pe...waiz suka makan. Kita suruh dia abiskan..hehe.

p/s: Orang Terengganu yang lain dapat tak kurma MB ni?

Sincerely...

Wordless Wednesday #1

:: Wajib ada ::

Sincerely...

Tuesday, August 23, 2011

Fenin

Alahai..kepala ai ni dah fenin2 lah. Tadi masa lunch hour aku kuar kejap ke TTC. Ingat nak cari baju melayu untuk waiz. Sebenarnya aku dah beli baju melayu untuk dia..tapi dia tak nak pakai yang ada leher cekak musang tu. Rimas kot. So sekarang nak cari baju melayu pesen teluk belanga tu. Tapi aku pusing2 satu TTC x ada kaler yang sepadan dengan papanya. Adooiiii..fenin.

Hari ni dah lah panas, sakit kepala aku kuar tengah2 hari buta . Sampai ofis, tengok audited report 2010 tak baca lagi. Esok ada AGM kat ofis..masaklah aku nak menjawabnya. Malam nanti aku nak berdoa banyak2 supaya meeting esok berjalan lancar. Bior directors baca report tu sendiri. Tak payah lah panggil aku tuk terang segala hal dalam report tu. Malas lah. Dah untung tu..senyap jerlah. Tak payahlah tanya...hiks memang dasar pemalas!

And nak doa banyak2 supaya my manager sebutlah pasal bonus raya kitaorg. Walaupon dalam AGM sepatutnya tak leh masuk isu2 bonus ni..hope semua director bermurah hati nak bagi duit raya kat kami. Harapanya memang tipis..tapi ai tak kira nak berdoa jugak. Manalah tau Allah makbulkan doa aku..insyallah. Apa kata korang doakan sekali untuk aku yer..doa orang puasa ni mudah didengar oleh Allah tau.

Oh ya, hari ni ofis aku ada majlis berbuka pose. Esok aku cite kat korang yer. Tapi aku tak boleh makan banyak2, nanti baju raya tak muat! Huhu..sadisnya bila dapat makan free tapi tak leh makan byk2!

Sincerely...

Mee Rebus Muar

Nak makan mee rebus Muar..tak payah pergi Muar doh. Kat Terengganu pon ada. Semalam teringin sangat nak makan mee rebus, google resepi..alah lecehnya nak membuat mee rebus ni. Tapi mengidam nak makan jugak..camno tu?

Last2..aku pergi kedai Agro Bazar..cari pes instant punya. Cap Agro Mas rasanya. Balik tu didihkan air..masukkan pes mee rebus, kacau sampai pekat..letak udang. Celur mee, taugeh dan rebus telur. Tadaaaa...siap mee rebus Muar.

Sedap tau! Cuma rasanya sedikit manis dan tak pedas. So hari ni ingat nak buat lagi..tapi aku nak alter sikit supaya jadi pedas..hehe.


Sincerely...

Hati Terbahagi Dua

Badan jer datang kerja..tapi hati ni terbang ke dua tempat. Nak buat kerja pon tak ada mood. Satu hati aku dah terbang balik kampung, Sabak Bernam. Insyaalah lagi 3 hari berangkatlah kami ke halaman terchinta..cewah.

Tapi lagi satu hati aku terbang ke taska waiz. Bestnya kalau taska tu ada cctv, boleh aku monitor dia dari ofis. Hari ni masuk hari ke-4 waiz pergi taska. Hanya hari pertama dia tak nanges. Tu pon sebab mamai baru bangun dari tido. Hari ke-2,3 dan 4 menangis okey. Berlari peluk aku..nak masuk semula dalam kereta! Dulu masa hantar ke rumah pengasuh dia..tak pernah menangis tau. Dengan rela hati masuk rumah pengasuh dia..siap buka tv sendiri, pastu panjat kerusi nak intai menu apa pagi tu.

Esok aku tak sanggup hantar dia..nak suruh MKS yang hantar. Aku rasa sayu sangat bila tinggalkan dia dalam keadaan nanges cam tu. Memang buat aku rasa susah hati. Bila dia nanges cam tu mula aku terbayang-bayang, waiz kena dera lah, kena pukul dengan budak2 lain lah, tak cukup makan lah, kena marah lah, tak ada orang layan dia ker. Sebab tu dia takut nak masuk taska. Emm..cepat lah hari khamis. Tak nak hantar waiz pergi taska dah!


p/s: eh hati kita ada dua ker?

Sincerely...

Monday, August 22, 2011

Big Boss

Hari Selasa hari tu...[baru nak cite] waiz kena pergi ofis aku sebab tak ada orang nak jaga dia. Penatlah melayan dia..tak duduk diam. Jadi nak bagi duduk diam..kenalah bukak boboiboy dan upin ipin. Hah..baru senyap ko. Siap boleh gelak sorang2 lagi..hehehe.
Tengoklah..kerusi aku dia duduk. Dah rupa big boss..bukan main eksyen lagik!


Sincerely...

...

Nak kata pantun bukan pantun, baca kat FB tadi..nice. Saje nak share..buat pedoman diri sendiri, insyaalah.

Apa guna jadi lelaki kacAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK...
Apa guna jadi perempuan cantIK, kalau Pukul 12 tengahari pun tak celik-celIK...
Apa guna jadi wanita solehAH, kalau aurat pon terdedah-dedAH...
Apa guna umur besar panjANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG....
Apa guna Allah bagi hidaYAH, kalau nak solat pun sikit punya paYAH...
Apa guna jadi manusIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sIA..
Apa guna harta melimpAH..kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun susAH...
Apa guna pangkat besAR...kubur dah dekat pun masih tak sedAR


Renung-renungkan..selamat beramal.

Sumber : FB

Sincerely...

Sunday, August 21, 2011

Buka Di Playground

Tengokkk...sampai dah tak ada orang, dia masih tak berganjak. Masih nak bermain! Orang lain semua berbuka pose kat pizza hut, kat KFC, kat TCRS..mama & papa kena buka pose kat playground sebab kamu tak puas2 main.

Semalam budak ni duduk dengan Cik Mah (kakak MKS) sebab taskanya tutup. Masa kitaorang amik dia..melompat-lompat kat depan pintu. Terus ajak balik..tak kasi aku nak duduk sekejap kat situ. Kesian..bosanlah tu duduk rumah satu hari.

Kitaorang balik mandi2 kejap, solat Asar..terus pergi Giant. Kat atas tu ada playground dan games. Sukalah budak kecik tu..sampai dah nak masuk berbuka, tak nak keluar dari tempat tu. Last2 kitaorang berbuka air dengan kuih sekaya jer. Solat maghrib dulu kat surau Giant..baru pergi makan kat foodcourt Mydin. Budak kecik tu sambung pulak lari2 kat Mydin Mall...balik rumah terus pengsan!


Sincerely...

Ke Klinik Pulak

Lepas amik waiz dari taska..tengok hidung budak tu berhingus. Ish..ni mesti berjangkit dengan budak2 lain ni. Balik rumah terus bagi ubat selsema hemoeopathy. Pas isya'..MKS ajak pergi klinik. Nak mintak ubat antibodi untuk waiz. Nasib baik klinik tu buka..
Ni klinik homoeopathy yang selalu kitaorang pergi..Klinik Dr.Azizi dekat stesen minyak Caltex Pengadang Baru. Waiz dari lahir memang aku dah bagi ubat homoeopathy..kalau teruk baru pergi klinik biasa.
Budak ni dok intai2 masa doktor amik ubat dia. Mamang tak duduk diam langsung..kadang2 bilik doktor tu dia masuk! Doktor cek tak ada sakit apa2..so amik ubat antibodi jer. Ubat2 lain memang standby dah kat rumah. Kena RM5.00 sahaja.


Sincerely...

Saturday, August 20, 2011

Maksud Lain

Tadi aku belek2 kamus..

Terjumpa perkataan Quaker yang bermaksud kumpulan kristian. Selama ni bila sebut quaker..terbayang quaker oats jer...hehe. Tak tau pulak ada maksud lain..
Okey..tutup kamus, sambung kerja. Esok meeting..report tak siap lagi.

Sincerely...

Susah Sekali Lagi..

Hari ni siap2 hantar waiz ke taska..tapi bila sampai pintu taska tertutup rapat jer. Bila MKS call Ummi..rupanya minggu ke-1&3 taska tu tutup. Alah salah faham lah pulak..aku tanya dengan Kak Yah hari tu katanya boleh hantar, tapi caj RM10.00. Rupanya boleh hantar sabtu minggu ke-2&4 jer..cam tu lah pulak.

So sape pulak nak menjaga waiz hari ni? Aku memang dah cakap awal2 dengan MKS..esok aku ada meeting. Report tak siap lagi. Bawak budak kecik tu..tak siap kerja aku nanti! Tak taulah MKS nak mintak tolong sape untuk jaga waiz hari ni. Adoooii..

Nak cite pulak masa aku amik waiz hari khamis hari tu..budak tu dah pakai baju tido. Ntah mandi ke idok tak tau lah..tak ada bau sabun pon. Tapi rambutnya berkilat![berkilat sebab cikgunya letak minyak baby]. Eeeii..aku memang tak suka pakai minyak baby kat rambut. Boleh magrain dibuatnya. Bila peluk waiz..kiss kepala dia, terus aku nak pitam tau! Dah lah masa aku amik dia..hidungnya berhingus! Baru satu hari tinggal kat taska dah berhingus okey..tak ada orang nak lap pulak tu. Ishh..sabar je lah.

Masa dalam kereta nak balik rumah..waiz asyik suruh pegang kepala dia jer. Agaknya dia pon rasa pening kepala bila pakai minyak rambut tu. Menurun penyakit mamanya..hiks. Yelah..budak tu mana lah pernah pakai minyak rambut..selama ni aku biar jer rambut dia kering beralun. Sedap jer bila bau rambut dia..kat situ jerlah sisa2 bau baby yang masih ada. Kat tempat lain bau mashammm!

Kat rumah, dia suruh papanya pulak pegang kepala dia. Kesian pulak..lepas aku siap masak, mandikan dia sekali lagi. Syampoo balik rambut dia..keringkan. Baru okey..baru tak suruh orang pegang kepala dia. Lepas ni nak pesan kat cikgu2 kat taska, jangan letak minyak kat rambut dia.

Macam2 masalah aku ni kan..mesti korang tension baca kan. Nak buat cam mana..aku lagi TENSION..

Sincerely...

Friday, August 19, 2011

Babai MAXIS..Welcome CELCOM

Baru-baru ni MKS terminate broadband maxis dia. Services makin lama makin lembab..bil pulak tiba2 bertambah. Sampai beratus..MKS kata tiap2 bulan dia bayar, tapi asyik ada kos tunggakan jer. Entah ye ntah idok dia bayar..hehe. Last2 dia terminated broadband tu.

3-4 hari tanpa berukband..tak senang duduk di buatnya. So MKS ajak beli broadband baru. Kali ni try guna Celcom Broadband pulak. Mula-mula guna ni laju lagi..kita tengok sebulan akan datang..Okey ke idok.



Sincerely...

Thursday, August 18, 2011

1st Day di Taska

Mari baca bebelan aku di pagi hari...

Hari selasa semalam aku half day..cari taska untuk waiz. Fikir punya fikir, bincang punya bincang..kitaorang setuju nak hantar waiz ke taska di Chendering. Dekat dengan papanya. Kalau ada apa2..boleh papanya tengok. Lagipon MKS kerja sendiri..so tak kisah nak kuar banyak kali. Aku ni kerja dengan orang..kena ikut peraturan pejabat. Taska ni pon MKS kenal dengan ownernya (Ummi)..biasa berurusan dengan MKS. So senanglah nak berbincang. Kak yah (pengurus taska) tu pon kitaorang kenal..sebab dulu dia pernah kerja kat kedai makan sebelah kedai MKS. Okey..settled.

Semalam cuti nuzul Quran, kitaorang pergi rumah Tok Mi (pengasuh waiz) untuk berbincang hal waiz. Kitaorang tak nak lah ada rasa tak puas hati ni. Tak sedap jugak kalau nak gaduh2..sebab duduk satu kampung. Dia pon minta maaf sebab keadaan dia sekarang tak dapat jaga waiz. Katanya sayang nak lepas waiz..dan masih nak jaga waiz. Yelah dari waiz 2 bulan dia dah jaga..apa budak tu suka, tak suka..semua dia tahu. Layan macam cucu sendiri. Anak dia pon layan waiz macam anak sendiri..sedih jugak kalau nak lepaskan waiz ke orang lain.

So sekarang ni..setelah berbincang, kitaorang setuju hantar waiz ke taska selama sebulan. Lepas tu kemungkinan..waiz akan di jaga semula oleh Tok Mi-nya. Tapi tu kemungkinan sahaja..apa2 jadi pas ni tak tau lah. Tengok keadaan. Sebab kesian jugak kat Tok Mi tu..kena jaga waiz, jaga cucu dia lagi.

Pagi tadi nak mengejut budak tu dari tido punya lah susah..masa tukar pampers pon mata still pejam. Masuk kereta sambung tido. Sampai taska..cikgunya amik, dia senyap jer. Mungkin still mamai lagi kot. Alhamdulillah..tak nanges, kalau dia nangis..cuak gak. Takut aku pon sama nanges nanti!

Tadi MKS call..katanya Kak Yah (pengurus Taska) tu call dia. Bagitau keaadaan waiz. Waiz okey jer..aktif..opps super aktif. Semua budak kat situ dia tegur..pusing2 lawat kawasan baru. Tak duduk diam..ceria..tak nangis dan tak takut orang pon. Okey..kesimpulannya waiz okey duduk di taska. Mamanya jer yang over..pikir bukan2. Kalau cam tu..boleh lah mama kerja dengan senang hati hari ni.


Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal