Thursday, November 1, 2012

Hari Keluarga YSR

Semalam saya cite raya kedua [Sabtu] baru ni ada buat PROGRAM untuk Yayasan Salleh Ramlah (YSR) kan? Kat sini saya titipkan sedikit gambar sepanjang majlis berlangsung. Ada banyak..tapi saya letak sebahagian jelah yer. Bukannya saya yang amik gambar semua ni..MKS yang pegang kamera. Saya kan demam..ingat tak? Sekarang pon demam lagi. Aduh..lamanya demam saya kali ni. Rasanya dah dekat seminggu. Sampai dah tersebar virus tu ke waiz dan una..emm.

Program ni MKS yang cadangkan kat adik beradik dia. Untuk merapatkan hubungan silaturrahim yang makin lama semakin jauh. Kalau adik beradik dia pon dah tak berapa nak bersatu/berhubung/rapat..agaknya macam mana dengan generasi yang seterusnya yer? So sebelum terlambat, baiklah kita eratkan atau tautkan kembali hubungan tu..InsyaAllah.
Antara menu yang ada malam tu..nasi goreng yang ditempah [nasi goreng lagi! Padahal pagi raya saya makan nasi goreng. Ni pon tempah nasi goreng jugak..emm] Sate ayam [tempah jugak], satu keluarga sumbang ayam seekor untuk di bakar/bbq. Tapi majoriti sumbang 2 ekor ayam sebab family besar. Family MKS je beli sekor..hehe. Ada lah jugak menu2 lain. Saya buat kek batik je..licing. Mendapat pujian ramai..tq pada adik saya, Lily. Tu saya guna resepi dia..simple tapi sedap.
Tahun ni saya tak join bakar ayam pon..ramai lagi anak dara boleh buat kerja. Mak2 & pak2 duduk meeting kat atas. Tapi saya tido dengan una kat dalam bilik, eh kan saya demam!
Ramai yang datang...cuma Fahim [anak Kak Mah] dan Syukriah [anak abang Li] je tak ada sebab diaorang belajar kat Mesir. Adik beradik MKS ada 7 orang, semua orang datang kecuali abang MKS yang sulong tu. Yang tu no komen lah. Duduk kat Bukit Payong je..Kuala Terengganu jugak, tapi rasanya dah 3 tahun saya tak jumpa. Last jumpa dia masa dia datang melawat saya bersalinkan waiz dulu..emm.

Bestlah jugak ada family gathering macam ni..tapi yang family saya buat [Yayasan Haji Yunus] seribu kali ganda lagi best kot! Hahaha..makan hatilah family sini kalau baca statement saya ni. Apa lah nak di marah-marah, tau jelah perangai sengal saya ni. Cakap kat mulut jer, tapi kat hati tak simpan apa-apa. So tak payah nak emo-emo okey.

Next family gathering YSR ni mungkin akan diadakan pada raya cina tahun depan. Ala..raya tu saya nak balik kampung! Amboi...semua raya ko nak kaut balik kampung ko kan! Memang melampau!!





7 comments:

lyly yana said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

harusla kaut semua balik sabak, kn hari hari da duk Tengganu kann...

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sape tak nak balik rumah parents kan..yaya setiap kali raya balik rumah mak walaupun duk dekat-dekat je..sebabnya mak mertua pun nak balik rumah mak dia..hihi..

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

seronoknyaa family day macam nie .. banyak benda nak makan , bual2 seronok lahh ..

huhu macam akk dah x der umah MIL soo bila cuti ke ape kee duk rumah ajelahh .. sbb skrg dah duk ngan mak ayah kan ;)

Sherwieyna Muzzawer said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam kenal. wah meriahnyaaa hari keluarga korang, semua pun nampak hepi je.i bari singgah blog kiut ni.jgn lupa follow kita balik ye..tq ;)

N i e Z a said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

meriah..mmg best kdg2 wat family gathering ni kan..

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

aduhaiiii mak kalau demam, mmg risau mengjangkit anak2.. mmg takleh nak elak, kesian kan budak2 kan....?

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

demam apa ni wida? pi klinik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal