Thursday, April 5, 2012

Dipersimpang Dilema Lagi..

Pasal waiz lah..

Tak lama lagi kan aku nak bersalin..nanti adik si waiz ni aku nak hantar ke Tok Mi (pengasuh waiz) untuk dijaga. Rasanya dah biasa dengan Tok Mi ni..aku senang dengan cara dia jaga waiz. So kalau boleh memang nak hantar si baby ni kat dia jugak. Tapi masalahnya..dia tak boleh lah jaga dua2 [waiz & baby]. Sebab sekarang ni pon dia jaga cucu dia jugak. Katanya tak yakin nak jaga 3 orang budak dalam satu masa.

So rasanya terpaksalah akur dengan keputusan Tok Mi. Waiz kena hantar kat tempat lain lah..huhu. Sape yang biasa baca blog aku mesti tau..dulu2 pon aku pernah try hantar waiz kat nursery, tapi tak jalan. Asyik menangis jer. Kali ni kena tegas sikitlah nampaknya..kalau nangis pon kena buat hati kering jugak.

Sekarang ni memang aku & MKS tengah mencari-cari nursery yang sesuai untuk waiz. Masih dalam pertimbangan samada nak hantar kat nursery di Chendering [tempat kerja MKS] atau nursery area bandar KT [tempat kerja aku].

Tak taulah macam mana perasaan si waiz & Tok Minya nanti bila berpisah..mesti sedih. Diaorang tu manja dan rapat sangat. Tok Mi tu antara waiz & cucunya sendiri..lagi di layan dan sayang kat waiz. Dari umur waiz 2 bulan dia dah jaga. Faham apa yang budak tu suka..apa yang di takut. Sampai sekarang..waiz dah 3 tahun pon, asyiklah di dukung budak tu. Padahal Tok Mi tu bukannya kuat sangat..

Aduhai...

MKS kata..nanti baby dah sebulan, bolehlah start hantar waiz ke nursery. Sebab bulan kedua tu nak hantar baby ke Tok Mi pulak. Harap2 waiz nak lah duduk nursery..sebab nanti dia 4 tahun memang kena hantar ker taska jugak kan. Semalam MKS dah mintak surat beranak waiz..nak tanya kat Yayasan Islam Terengganu kat Chendering tu, samada pendaftaran kemasukan untuk pelajar 4 tahun di buka atau tidak.

Taska untuk belajar dah cari..tapi nursery ni masih kabur lagi. Kadang2 tu rasa nak berhenti kerja jer..senang. Boleh jaga anak2 kat rumah..emm. Apa2 hal pon..mintak Allah permudahkan urusan kami. Dan bukakan hati si waiz tu supaya terima persekitaran baru kat nursery nanti.


Sincerely...

9 comments:

~ yus ~ said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

moga semuanya di permudahkan ya wida....InsyaAllah

Kazman / Sue said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

itulah pengorbanan untuk anak2x kan... susah nak buat keputusan yang terbaik untuk mereka...

Yaya Azura aka Naz Azra said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

nak tak nak kena hantar nursery jugak...cuma kena pandai pilih nursery je la..untuk tahun nie boleh hantar nursery..tp next year dah tadika kena la cari tadika yg sekali dengan transit..tp kalau nak waiz cepat sesuai utk tadika wida boleh la cari nursery yg sekali dgn tadika plus transit..senang dia biasakan diri..
pendapat je laa...hihi...

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

nie lah dilema ibu2 bekerja kan...
kesian kat waiz kan sis...
dah biasa dgn tok mi...
nanti mesti dia pelik kenapa baby hantar ke tok mi...
dia lak ke nursery...
doa2 semoga semuanya berjalan lancar...

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Dulu PR hantar rmh pengasuh. Tp x lame lg pengasuh die nak pindah. So langkah awal hantar jer kat tadika. Tp yg best tu tadika tu sampai ptg. Siap ajar mengaji lagi sebelah petang. So musim cuti sekolah pun tak de hal. Sbb tak tutup...

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Sian waiz.. Kalo la maksunye ni x keje, bleh jage die kat sane

RYA AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kasihannya waiz... harus beralah lah dia untuk adiknya... tak apalah, waiz pun akan masuk tadika juga, tak salah belajar ke nursery dari sekarang...

deqnoor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

insyaallah segalanya akan dipermudahkan. waiz dah semakin besar, insyaallah dia akan mula faham

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Iyelah... ma pun kesian jugak dengar. Tah apa perasaan Waiz nanti. Tapi, mudah2an Waiz akan lebih selesa di Yayasan, sebab ada perubahan dalam persekitarannya. Kawan pun ramai, dan tak lama lagi dia akan pandai membaca. Mudah2an dipermudahkan olehNya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal