Tuesday, May 31, 2011

Tweetdeck..apa ke bendanya tu?

Jangan ditanya pada diriku ini..apa itu tweetdeck. Aku pon baru dengar istilah tu lepas kak halimunan komen kat entry twitter aku tu. So dah tak reti tu tunggu apa lagi..jom kita tanya pakcik google. Dah install semua mak nenek tweetdeck ni..otak aku terus blank! Tak reti nak buat apa dah lepas tu. Terkelip-kelip depan computer. Nak tanya bebudak ofis aku ni..diaorang akaun twitter pon tak bukak lagi. Aku ni nama jer pangkat makcik-makcik, tapi kat ofis ni..aku lah paling advance hokey. Mula2 ada akaun facebook, blog, twitter..http://www.cute-smiley.com eh, jangan tak caye!

Sekarang ni..aku dah fening, nak pitam meng-study tweetdeck ni. Mula2 aku nak tukar kaler background tweetdeck..tak semangat aku nengok kaler hitam tu. Tapi problemnya kat mane nak tukar tu pon tak jumpa2!   Aduh..pengsan!

Oksigen oksigen...

my twitter : wida_mks. Meh lah add aku..ajar cara2 nak twitter ni. baru sorang follow aku..huhu. 


Sincerely...

Monday, May 30, 2011

Dan Pemenangnya ialah....

Hari tu aku ada post entry pasal Dutch Lady buat pilihanraya untuk pilih perasa pilihan rakyat Malaysia kan? Kalau tak ingat..baca sini. Baru2 ni dah umumkan pemenangnya tau! Jeng jeng jenghttp://www.cute-smiley.com agak2 korang sape menang yer?

......



....



...


..


Tentu-tentu lah my feveret flavor tu....SWEET CORN!
Tak sia-sia aku vote kat Facebook Dutch Lady tu tau. Tak cukup tu..aku vote sekali lagi masa kempen kat Mydin Mall hari tu. Kali ni dapat rasa setiap flavor tu secara live (wah..apa punya bahasa lah ni!

Memang tak dapat di sangkal lagi..rasa sweet corn memang tersangat lah sedap! MKS sampai mintak tambah 3 kali tau. Tapi tu punya olang manyak jaat lorr..dia tak undi pon sweet corn, tapi undi si Melon pulak. Tak kisah lah..sweet corn dah menang..yeeey.

Tak sabar tunggu susu flavor sweet corn ni di jual di pasaran. Aku lah orang pertama yang akan beli nanti..ngeh ngeh.



Sincerely...

Saturday, May 28, 2011

Tak Reti lah Nak ber-Twitter Ni..

 Akaun twitter aku : wida_mks

Siyes terasa sangat ke'huluan'..sebab orang lain dah tweet beribu-ribu kali, aku baru nak create account! Bila tengok semua orang nak ber-tweet ni, rasa cam best pulak. So dalam sejarah..hari ini..SABTU bersamaan 28hb Mei 2011, aku buka akaun twitter.

Tapi rasa janggal lah pulak. Sebab aku ni taraf makcik2 kan..tak reti lah nak guna bahasa2 twitter ni. Nampaknya aku kena khatam dulu cara2 nak bertweet ni..baru boleh tunjuk taring.

Tengok aku punya 1st tweet.."hi" SAHAJA!. Nampak benorr tak retinya kan. Maluuu...


p/s: ada sape2 nak jadi fren aku dlm twitter?

Sincerely...

Giveaway: Siapa nak ole-ole dari Sabah dan Labuan

Nak lunaskan hutang GA yang aku kena tag. Kali ni dari sis sw33tdarling...TQ sis sebab tag saya! 

Disebabkan senang jer..so aku join GA http://www.zahidahwahid.com/

Nak Tag : Hanis, Yaya Azura & Lily

Tarikh tutup : 31 Mei 2011 @ 11.59pm


Friday, May 27, 2011

Waiz Dan Ikan

Rentetan peristiwa beli ikan waiz hari tu. Keesokan pagi..kesemua 10 ekor ikan tu mati! Tak tau lah apa silapnya. Lepas balik kerja..MKS terus pergi beli ikan untuk waiz. Rupernya kena letak garam khas kat akuarium tu..plus letak air klorin. Kali ni aku pesan..beli 5 ekor jer ikan tu. Kang mati lagi..tak lah tersa sangat kan. Ikan tu rege RM1 seekor tau..
Budak ni kalau nak tengok 'fif' dia..kena panjat kerusi, naik atas meja..baru feel! Sekarang ni papa dia pulak yang naik syeh membela ikan. Hari tu dah berabis RM80. Baru-baru ni dia beli penapis akuarium, lampu warna warni, ikan bandaran, ikan gapi..terbang duit hampir RM50 pulak. Tak kisah lah..janji nafakah aku jalan.

Tapi syiok gak...hilang tension bila tengok ikan tu berenang-renang. Boleh buat terapi minda & jiwa ni. Kalau ada duit lebih nanti..nak beli akuarium kecil letak kat ofis lahhttp://www.cute-smiley.com


Sincerely...

Thursday, May 26, 2011

Selamat Ulang Tahun..

Alhamdulillah..semoga ALLAH panjangkan jodoh kami berdua, amin.


Sincerely...

Wednesday, May 25, 2011

A&W

MKS : Nak makan burger lah..
AKU : McDonald ker..jom~

(MKS terus bawak kereta ke arah Pantai Batu Buruk)

AKU : Nak pegi mane ni?
MKS : Mekdi lah
AKU : Mana ada mekdi kat batu buruk ni..A&W ada lah
MKS : Yg tulah abang nak cakap tadi.
---------------------------------------------------------------------------------------------
McDonald dengan A&W pon tak tau nak beza tau! Sokmo tertukar. Nak makan pizza tapi kata nak makan KFC..ish ish.

Tak makan pon menu baru tu..ape ke namanya..long coney ek? Ater..nak diet. Dah malam pon masa tu..teman MKS & Waiz jer makan.

Tapi minum gak rootbeer float segelas plus curik2 ayam goreng waiz..hiks.


p/s: n3 ni aku dah publish masa blogspot ada problem hari tu..ni aku re-post balik.

Sincerely...

Dari Mana

Mostly memang dari Malaysia..yerr, korang lah tu. Korang jer yang sudi baca apa yang aku merepek hari2 kat blog ni kan.

From Japan..arigato gozaimas. Eh betul ker ejaan aku tu. Tak lain tak bukan ..tu mesti Hanis. Tq..tak jemu singgah blog aku ni.

Readers dari Egypt..syukran. Sepupu aku ada belajar kat Mesir nuuu. Tak tau lah samaada dia yang baca. Tak pernah komen pon. Anak2 buah MKS pon ada beberapa orang belajar di sinun.

Brunei? Emmmm..ex boipren aku kot. Ahaks...makan hati laki aku baca ni. Tak kira lah sape anda..tq!

Filipina..alamak, paham ker apa yang aku tulis ni.

Thank You semua...sayang kowang!

Sincerely...


Tuesday, May 24, 2011

Bosannya Tak Ada Geng

Bestnya kalau ada anak perempuan kan..boleh tumpang main barbie doll, main masak2 ker or main make-up2. Tak pon boleh teman aku window shopping.

Bila orang lelaki 'mengkonker' rumah / family..ini lah jadinya. Dua beranak sibuk bermain, mama jadi mak pacak. Dah ruper mak guard kat situ. Nak join sekali..tak tergamak!

Betul lah kata pepatah..bapak borek, anak rintik. Baju biru tu MKS..baju hijau si budak kecik. Tak padan kecik..nak main jugak!
Eksen jer lebeyy...


Sincerely...


Monday, May 23, 2011

Banyaknya Problem!

Fuh...awatlah banyak sangat problem hari ni ek? Ini boleh mendatangkan kemarahan ni..tiba2 blogger tak leh bukak pulak! Kena verify account..korang pernah kena tak?
Masuk country dan nombor telefon jer. Dalam beberapa saat lepas tu..terus dapat mesej code untuk verify account kita tu.

Lega...

Sincerely...


Problem Dengan Proxy..Ni Ada Solutionnya

Aku pon tak tau proxy tu apa..bila nak buka internet, tak boleh. Facebook tak boleh bukak..blogger pon sama! Boleh dengar radio jer. Aku ingat problem dengan modem. Tapi kenapa aku sorang jer kena. Tensionn...grrrrr
Ni lah proxy yang aku cakap tu..semua website tak boleh bukak kecuali radio. Macam kena block jer kan? Tapi bila aku google..nasib baik ada penyelesaiannya. Yess.. Ni berkaitan dengan windows gak. So kalau korang kena macam ni jugak, boleh try solution ni okey.
Firstly, pergi kat Tools ---> option.
Bila kuar kotak option ni..klik advance ----> network ----> setting
Pilih dan klik kat no proxy tu ----> OK.
Now..leh main internet.

Sincerely...


BE Keenam..TQ NUFFNANG

Suka suka suka..........
Dalam hati ada taman..dalam nuffnang ada duithttp://www.cute-smiley.com



Sincerely...

Sunday, May 22, 2011

Hatiku Menangis

Tak sanggup nak ber-bw hari ni..sebab banyak teman2 blogger post entry pasal tragedi tanah runtuh yang menyebabkan kematian pada anak-anak yatim rumah Hulu Langat. Baca satu entry mengalir air mata ni..

Tersentuh..sedih..pilu..hati ni menangis lagi.

Semoga mereka yang terkorban di tempatkan bersama orang2 yang beriman..amin.
al-Fatihah.


Sincerely...

Saturday, May 21, 2011

SEO - Erra Fazira Duta Desa Murni

Tak reti nak main SEO cam korang. Maksud SEO pon aku tak tau! CEO aku tau lah..ngeh ngeh. Rasanya ramai yang baca pasal post aku hari tu..'Erra Fazira - Duta Tudung Desa Murni'. Sekarang pon iklan tu makin kerap diulang tayang kat tv. Yang aku perasan setakat ni TV3 je lah..Astro sampai 'ceroh' pon tak ada!

Tadi gatai2 tangan nak google  pasal Erra Fazira & Desa Murni ni..tengok sape yang kuar. Kalau taip 'erra duta desa murni'..blog it's mine yang berada di atas sekali.
Kalau taip tudung erra fazira..blog it's mine berada di tempat kedua.
Aku tak tau tudung tu dah ada di jual kat Desa Murni atau belum. Nanti tunggu aku usha dulu ek...pastu kita cite kat sini. Nak tak?

Sincerely...


Friday, May 20, 2011

Harga Runtuh..

Lokasi : Giant Kuala Terengganu.

Masa ni banyak borong buku2 dan bantuan alat mengajar untuk waiz. Walaupun waiz tak pandai menulis dan membaca lagi..buat conteng2 pon bolehlah. Sekurang-kurangnya aku dah dedahkan kepentingan ilmu kepada dia. Harga lima puluh sen setiap satu!

Rasanya barang reject atau nak habiskan stok..tapi masih boleh digunakan. Sesetengah barang tu, masih dalam bungkusan..tak rosak pon. Time ni..waiz lah paling suka. Satu troli penuh barang dia jer. Hari tu mama borong semua untuk waiz!

Sincerely...

Thursday, May 19, 2011

Mengamuk Nak Makan Buah Pelam

Kejadian ni masa cuti Wesak hari tu...before kitaorang keluar jalan2. Masa tu aku tengah makan buah pelam. Si budak kecik tu menyibuk nak makan jugak..aku potongkan tak nak. Nak makan stail aku makan..gigit dengan biji2 tu. Aku takut dia tertelan jer biji tu. Bila tak bagi..mengamuk-ngamuk nak jugak. Tau2  jelah, pelam kecik tu bahaya kalau nak bagi budak seusia waiz tu makan macam tu jer...penat aku memujuknya!
- from Google -
Ish..ada lah sejam dia menangis plus mengamuk. Papanya pujuk pon tak jalan. Aku mandikan pon boleh nangis2 lagi dalam bilik air tu..sedu sedan, kesian pulak. Dah siap mandi..pakaikan baju pon menangis lagi. Lama betul nak hilangkan ingatan dia kat buah pelam tu...mati kutu dibuatnya.

Dipujuk-pujuk tak jalan..aku tinggal jer budak tu kat depan tv. Bagi dia tenangkan diri dia sendiri. Elok pulak..senyap. Tapi bila nampak jer muka aku..terus mengamuk lagi. Argghh..tensionnya. Jom kuar~

Duduk dalam kereta..baru senyap. Ni lah first time aku berhadapan dengan kerenah waiz mengamuk. Paling lama..hampir sejam dia nangis! Sampai aku rasa darah naik kepala..geram sangat. Tapi nasib baik aku mampu bersabar..
Muka still tak puas hati dengan mama! Hidung merah..mata berair. Oh anak mama dah besar rupanya..pandai marah2 and mengamuk yer. Waiz jangan buat perangai tak elok tu lagi yer. Aku tau perangai sape dia ikut..exactly perangai aku! Selagi sesuatu benda tu tak dapat..selagi tu tak puas hati..selagi tu memberontak. Emm..
Suruh senyum pon tak layan..catung (masam) jer! Tapi bab bergaya..nombor 1

Sincerely...

Wednesday, May 18, 2011

Bestnya cuti kalau tak payah masak kan?

Hi korang..pergi jalan mana cuti Wesak semalam? Kitaorang tak pergi mana-mana pon. MKS plan nak bawak kitaorang pergi Pengkalan Gawi kat Kenyir tu (dari hari tu bunyi2 nak pergi kan..tapi still tak boleh pergi!) Tapi si budak kecik tu kena flu lah pulak..takut kalau travel jauh2, melarat jadi demam nanti. So buat ntah beberapa kalinya, terpaksa postponed plan nak pergi Kenyir. Hampeh kan..duduk sini nak dekat 5 tahun, tapi tak pernah sampai Kenyir!

Pagi2 lagi masa cuti Wesak tu..MKS dah bawak waiz pergi cari brekpes. So mamanya sambung guling2 sambil menunggu suami dan anaknya mencari rezeki makanan. Selamat..tak payah susah2 nak memasak! Lepas brekpes..tok mi waiz (pengasuh waiz) hantar nasi dagang pulak kat rumah kitaorang. Cantek sangat lah tu..tak payah masak untuk lunch pulak. Lepak 3 beranak depan tv...layan filem Cun. Best jugak.. 

Habis filem..kitaorang lunch nasi dagang tadi. Mandi2...solat..kuar jalan2, dinner kat kedai pulak. Oh nikmatnya cuti begini..kan best kalau tak memasak cam ni.

Eh nampak benor aku bocor rahsia kat korang yang aku ni malas memasak ek?


Sincerely...


Ikan Waiz

Dah lama pasang niat nak singgah kedai ni. Hari2 lalu kat sini..tapi tak berkesempatan nak singgah. Tapi semalam, pas balik kerja..MKS ajak singgah jugak. So pergi amik Waiz dulu..sebab waiz suka tengok binatang ni. Mula2 masuk kedai tu..tak fikir pon nak beli apa. Saje buat lawatan sambil belajar untuk waiz..tunjuk bird, fish, rabbit, hamster etc.

Tapi waiz suka sangat tengok fish yang banyak dalam akuarium kat situ. Terjerit-jerit budak kecik tu sebut 'fif..fif fif ' (fish). --->Padahal memang binatang tu jer yang dia reti sebut.

Papanya tak sampai hati tengok budak kecik tu..jadi dibelikan lah akuarium dan semua peralatan. Akuarium tu tak ada lah besar mana..yang biasa jer. Campur beli ikan Guppy 10 ekor, pokok hiasan, batu warna warni, oksigen, tiub, makanan ikan..total RM80++. Duit MKS! Aku tak masuk campur..ngeh ngeh.

Suka lah waiz..ada 'fif'' kat rumah..pagi tadi bangun tido terus tuju ke akuarium diahttp://www.cute-smiley.com

Sincerely...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru..

Buat cikgu2 yang pernah mengajar saya..SELAMAT HARI GURU diucapkan. 
Halalkan ilmu yang telah diajar kepada saya dulu.

Terima kasih cikgu! Jasamu tetap di kenang...

p/s: Oh ya, Yong dan Kak Yong aku pon cikgu..selamat hari guru ya!

Sincerely...

Sunday, May 15, 2011

Hazama AF9 Minggu Ke-6

Sebenarnya aku tak ada layan sangat AF ni..tapi bila tengok kat diari yang Hazama akan nyanyi lagu Train - soul sister & Kay pulak nyanyi lagu Beng E king - Stand by me, terus aku tertunggu-tunggu dekat depan TV. Dua2 lagu tu lagu feveret aku..so nak tengok gak diaorang bawak lagu tu cam mana. Best ke tidak..

Tapi Kay nyanyi memang tak menepati citarasa aku..patutlah tersingkir pon. Hazama pulak..memang best. Dengan menarinya..memang bestlah. Terbaekkkk...

Dan dan rasa nak suruh MKS buat rambut cam Hazama..kui kui (berpaling tadah nampak! - tak tak, abang Noh tetap di hati)


Sincerely...

Saturday, May 14, 2011

Blogspot Problem..

Hari Khamis semalam rasanya blogspot ada problem.Walaupun tau blogspot tengah buat maintenance..aku tetap kecut perut okey. Takut semua draft & entry2 aku tu ilang. Bila aku nak sign in jer terus kuar macam kat bawah ni..
Disebabkan masa tu aku pon dah nak balik..so berdoa je lah blog aku tak apa2. Bila tengok hari ni..semua entry yang aku post masa hari khamis tu plus s/post aku jadi tak teratur. Komen2 yang aku terima untuk entry yang aku dah post tu pon ilang.
emmm...
Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal