Thursday, January 10, 2013

Zisma Kitchen

Ada restoren steamboat baru kat area rumah saya ni..berhampiran dengan gelanggang badminton & futsal DS(Datuk Sulong) di Wakaf Mempelam. Macam best dan happening je..so saya ajaklah MKS try. Tapi tak try lagi steambotnya..tau-tau jelah, MKS ni memang susah sikit nak cuba makan makanan pelik-pelik ni. Kitaorang makan makanan panas je..
Tempat air...mungkin pilihan air untuk yang order steambot. Saya tengok harga untuk steamboat..RM15.00 untuk satu kepala. Minimum boleh order..2 orang. Air free. Waiter tu cakap dia bagi portion ayam, daging, seafood, sayur, sosej, telur, dan mee. Sup pilih either tomyum or sup.
Belek-belek menu lain..makanan panas pon okey. Saya order nasi goreng paprik, MKS nasi goreng ayam, waiz nasi putih dan sup ayam. Air milo panas dan teh o ais..total RM21.00. Kalau beli ayam mentah..yang besar dah dapat RM20...hehe. Boleh makan sampai muntah! Hehehe...
Setiap atas meja memang ada dapur steamboat cam ni. Boleh bakar..boleh celup-celup. Agaknyalah...kesian, saya tak pernah try pon makan-makan steamboat ni! 

Makanan yang kitaorang order..boleh lah tahan. Tapi nasi gorengnya pedas..tu yang waiz tak boleh makan. Order lain (nasi putih & sup ayam) untuk dia..tapi bercintanya kami menunggu..lambat. 15 minit kemudian baru sampai order waiz! Biasa kedai makan, kalau masak tu..5-7minit je, kalau lebih 10minit..consider lambat lah. Sorri...

Mungkin chef baru kot..so kalut sikit nak masak. Tu yang lambat. Sampai waiz tu bosan menunggu nasi tak sampai-sampai. Tau-tau jelah budak ni, mana tahan duduk kat kerusi..abis round satu kedai. Mujur tak masuk dapur!

Sape nak try..boleh lah.



10 comments:

Rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

murah tu sis RM15 tu...
kalo saya dok sana mau tiap minggu makan steamboat...
kalo kat kl ni mostly RM20 ke atas tau...

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Nak try la wida. Hehehe....

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kena g try gok ni

N i e Z a said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

steamboat mmg sedap..

klu 1 kepala rm15 kira murah la tu..tp kena tgk pd bahan2 yg dia sediakan jg la..klu berbaloi ngan harga mmg ok..

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

patut dicuba makan steamboat...sedap wor!!

Mia Kassim said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Wah semua cerita pasal steamboat hari ni...berkobar2 pulak nak makan...

NM02 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

style johnys la ni...

deq noor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

suka makan steamboat ni. RM15 sgt murah. kat sini xdapat harga camtu wida..

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

murah tuu ... hurmm sedap2 ;)

Im happy being alone said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

murah la tu..saya selalu makan dekat seoul Garden.. satu kepala kalau student price untuk lunch ade la dalam rm25++..sedap tu sedap..tapi xleh la makan selalu..pokai den..hehe.. kat situ macam2 ade..abc blh wat sendiri..ade aiskrim..mcm2 la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal