Wednesday, January 11, 2017

Waiz Masuk Jawi (Entry Tertunggak)

Akhir tahun 2016 baru ni, bila start cuti sekolah..waiz telah berjaya di sunatkan. So saya amiklah cuti 2 hari untuk jaga orang sakit ni. Seminggu sebelum tu saya dah daftarkan untuk Waiz sunat di klinik sebelah kedai MKS kat Taman Permin Jaya. Ada slot kosong pada 30/11/2016, hari Rabu. MKS on je, Waiz pon setuju..okey let's do it!

Sebenarnya dari tahun lepas sebelum Waiz masuk darjah satu saya berura-ura nak sunatkan dia. Tapi suami saya kata kesian dia, kecik lagi. So saya postpone ke tahun 2016. Nak tak nak..kena sunat jugak! Setahun jugak saya bunyi2 ke Waiz untuk minta izin dia. Alhamdulillah dia setuju!


Dia dapat giliran pertama..fuh nasib baik lah. So kebarangkalian untuk dia tidak takut tu adalah tinggi. Sebab dia tengok cite Upin Ipin, tak sakit pon sunat. Mail tipu je..kata sakit macam kena gigit harimau..haha.

Siap pesan lagi ke saya, "mama tak payah masuk lah. Upin Ipin pon masuk sorang2..nanti doktor bagi lollipop". Adus..nilah pengaruh cite kartun. Sedar sikit lah Waiz.
Still steady..papa tak nak teman. Tau dah perangai papanya. Penakut yang amat..tak sampai hati nak tengok anak2 sakit. Kesian katanya. So marilah mama teman dari awal hingga akhir.

Bila masuk bilik dan baring atas katil, Waiz ternampak doktor pegang jarum untuk bius. Time tulah dia menangis..

Waiz tak nak jarum...waaaa

Cepat2lah doktor bawak keluar jarum tu..hehe. Doktor pon, tak cover sikit..hehe.

So far semua okey, dia jerit kejap je masa doktor bius 2 kali. Lepas tu tak sakit..siap main HP time doktor potong 'bird' dia.

Pertama kali saya tengok orang sunat..seram jugaklah, haha. Tapi buat2 gagah berani depan Waiz. Nanti dia lagi takut kalau tengok muka kita cuak je.

Prosedurnya ringkas je..dalam setengah jam dah siap. Ni cara tradisional lah. Lepas doktor bius 2x, dia akan bersihkan kawasan tut..memang bersih kaw-kaw lah. Terbeliak kot biji mata saya tengok. Sebab kalau tak bius, mesti sakit. 

Lepas dah bersih, doktor akan gunting bahagian kulit yang depan sekali tu. Berdarahlah sikit. Doktor akan guna alat macam pen pateri untuk matikan darah2. Masa ni memang bau macam kulit terbakar lah. Tetiba rasa macam loya pulak..tapi saya tahankan jugak, haha.

Kemudian doktor akan jahit pula bahagian yang dah digunting tu. Tak taulah nama jenis jahitan tu, macam kelim pon iye..hehe. Doktor kata ubat bius hanya tahan setengah jam, so kerja memang kena pantas. Bayangkan kalau ubat bius dah abis, tapi tak siap jahit lagi..waaa..mau meraung anak teruna saya tu nanti.

Lepas siap, Waiz boleh jalan keluar dari bilik doktor dengan sendirinya. Jalan kemain laju lagi..saya di tinggalnya! Wahh..memang hebatlah. Semua orang terkejut, siap ada orang hulur lagi not RM10 ke Waiz. 

Lepas masuk kereta saya terus bagi dia minum ubat tahan sakit. On the way nak balik rumah, dari Chendering ke Wakaf Mempelam..boleh tahan jauh lah jugaklah. Time tu lah dia merengik sebab ubat bius dah abis. 

Baru tau sakit..tadi kemain lagi jalan laju2, haha.
Kecik je 'khemah' Waiz. Tak delah kami gantung sampai ke siling. Kebetulan ada alat senam kempis perut MKS tu, gantung situ senang. Waiz nak bangun pon senang, boleh paut kat batang alat senam tu.

4 hari saya duduk rumah jaga orang sakit ni. Macam2 lah permintaannya. Layankan jelah. Kalau tak jangan harap lah nak dapat..hehe.

Doktor balut bahagian jahit tu. Cuma terbuka sikit je di bahagian hujung tu untuk tunaikan hajat kecil. So doktor dah pesan siap2, keesokkan hari kena buka kapas tu. Jangan di biar je..nanti kena jangkitan kuman. So esok tu memang terpaksalah buka jugak. Seram jugak. Sebab melekat kat bahagian jahit tu. Kena buat perlahan2.

Mula2 suruh Waiz buat sendiri, sebab kalau dia rasa sakit..boleh stop. Kalau kita buat nanti..dia sakit pulak. Berjaya lah buka separuh, kat bahagian bawah tu susah sikit sebab melekat. Dia menangis dah ni..nak tak nak kena bukak, so saya tariklah pelan2...eh boleh pulak dia terpancut (kencing). Aduh..banyak pulak tu! Tak pasal2 kena cuci satu rumah.

Kesimpulannya, sape yang akan lalui pengalaman macam saya ni..kena suruh anak kencing dahulu sebelum bukak kapas jahitan tu. Saya dah suruh Waiz ke tandas banyak kali..tapi tak rasa nak kencing katanya. Sekali..amik ko, punya banyak kencing di tahannya. Tak pon..nak senang bukak kapas tu kat tandas terus. Nak terkencing ke, terberak ke..memang sah2 kat tandas!
Ubat memang hari2 kena letak. Kalau boleh ambil yang spray. Lebih mudah dari yang krim. Sebab budak macam Waiz ni agak takut bila saya nak bubuh ubat di bahagian jahitan. 

Makanan pon kena berpantang betul2. Rasanya dekat 2 minggu juga saya tak bagi dia makan ayam. Hanya makan ikan tenggiri, merah, selar dan siakap. Menu pula hanya bakar, sup atau stim. Telur pon lepas 3 minggu baru saya bagi makan. Tu pon dia rasa bahagian tut dia gatal dan merenyam..haha.

Kos sunat tradisional kat klinik Waiz hanya RM100. Termasuk 2 botol ubat tahan sakit dan krim sapu. Tapi sata tambah ubat spray RM30. 

Alhamdulillah lepas ni boleh masuk saf depanlah kalau ke masjid. Siap boleh jadi Imam lagi.
Tahniah anak mama..dah jadi orang 'besar'. Mama bangga sebab Waiz berani untuk sunat. Tak menangis kuat2..kalau tak mama masuk fb dan jadi viral. Hah..kan malu tu, hehe..

Bye

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal