Thursday, April 7, 2011

Mak Nenek Penakutt!

Eh bukan mak aku yang penakut..bukan jugak nenek aku yang penakut [al-fatihah, diaorang dah tak ada pon~]. Tapi aku ni yang penakut! Segala benda nak takut. Tu yang jadi mak nenek penakut. Walaupon sebagai orang Islam..kita sepatutnya takut pada-NYA sahaja. Tapi insan yang lemah cam aku ni..memang banyak benda nak di takutkan. Nak nak bila datang malam jumaat. Kat tibi asyik main cite hantu jer..takut aku tau!

Macam malam jumaat minggu lepas, mr MKS kuar mesyuarat kat balairaya..tinggal lah aku dengan waiz. Tangan gatal2 bukak tv3, masa tu tengah main cite mantera anjasmara anjasmoro. Tak tau lah dari mana keberanian aku nak tengok cite tu..agaknya pas baca entry dari sis ni kot!! . Kalau mr MKS ada kat rumah, memang dia tak bagi tengok cite2 hantu tu..sebab dia tau nanti malam2 ada orang tak boleh tido lah, buang air ajak berteman lah. So dia warning siap2..JANGAN tengok!

aL-kisahnya, aku tengok lah cite tu sama waiz. Sambil tutup2 mata ko. Tapi budak kecik tu relax jer tengok, siap gelak2 lagi. Eh..aku pulak yang seram bila tengok waiz gelak2. Tak lama tu..waiz tido. Abes tak ada kawan aku nak tengok cite tu..rasa nak terkucil pon..aku tahan jer. Bila mr MKS balik baru aku masuk toilet..teruk kan?

Malam ni tak tau lah boleh tengok ke tak..cite tu best. Kalau mr MKS ada kat rumah..tak boleh lah aku tengok! Huhu...

p/s : Teringat zaman dulu-dulu, masa  kat rumah..kalau nak tengok cite hantu mesti ajak Lily temankan. Kenapa lah aku ni penakott sangat.

Sincerely...

12 comments:

kayzie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

huhu..org suka tgk cte seram-seram..tapi hb lak tak suka tgk..huhu..iklan kuar pun dia dah suh tukar..so sape yg penakut?ekekeke(balik kena btau suami n minta ampun..hahahaha)

dwatyKNY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

saya pon kalau tengok cite hantu kena ada teman.... hehehehe

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@kayzie
hihi...sebnrnya dia pikir kebaikan kita.x bg tgk mesti ada sebabnya..walaupon sekadar iklan!

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@dwaty
ramai jugak yg penakot cam sy ek..
nak tgk, tp penakut.

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sis, citer anjasmoro tu tak seram la...klaka la u sis...mmg penakut abes ni...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@wahida
x seram ker..ayoo, sis tu yg terlebey berani lah, hihi

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Ma klik kat entry tuu.. rupanya entry si halimunan? 'Halimunan' tu sendiri pun dah seram kan? Hihihi...

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tgk tak malam tadi... best wooooo!! kekekekeke

takyah tgk laa, citer ni makin seram! tp kalau bg kat akak, akak gelakkan jer.. gelak kat orang2 yg nak tgk tp tutup muka

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamariah Awang
mmg pon..blog halimunan tu baca n3 pon dah serammmm..hihi

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sW33tdARLiNG
x tgk...huhu.hubby ada kat rmh, dia control remote..x leh wat apa2 lah

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

penakot sangat, hati tu nk tgk cite hantu, tp kt tangan mesti peluk bantal nk tutup mate kan

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna
hehe..you know me. kali ni sambil peluk2 waiz..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal