Saturday, April 30, 2011

Kenangan..Part 2

Sambungan dari Part 1;

Antara kenangan yang aku nak share kat sini ialah perkataan yang sama tapi membawa maksud yang berbeza.

1) Kopek - bermaksud kupas (contohnya kopek buah durian, kopek bawang). Tapi kat Terengganu ni bermaksud anggota tubuh wanita iaitu breast. Aku ada pengalaman yang memalukan dengan perkataan ni masa mula2 duduk Terengganu dulu. Sampai sekarang teringat lagi tau.

Masa tu aku teringin nak makan durian. Biasanya masa musim durian ni, petang2 ramailah orang jual kat depan Pasar Payang tu. So request dengan MKS nak makan durian. Masa MKS tengah beli2 tu..aku dari dalam kereta dah terjerit-jerit "bang, kopek terus yer durian tu". MKS dah jeling masa tu..pakcik2 kat situ pon asyik sengih2 jer. Aku ingat diaorang gelakkan aku sebab nampak aku ni macam orang jakun tak pernah nampak durian jer. Bila MKS masuk kereta..

MKS : Tau tak kopek tu ape?
AKU : Ape?
MKS : Ni ni..(Sambil tunjuk breast aku)
AKU : Mana orang tau..orang suruh kopek durian tu.
MKS : Lain kali jangan sebut dah!
AKU :http://www.cute-smiley.com (Sentap wei..aku ni memang cewek sikit)

Tapi sekarang bila aku balik kampung Sabak Bernam, dengar je orang sebut 'kopek' terus sengih2 malu sambil tutup dada..hehe motip?

2) Musang - Sejenis binatang. Tapi kat Terengganu ni bermaksud garang/panas baran. 
Masa mula2 tu..aku terkejut bila orang kata aku ni 'musang'. Aku ingat orang tu menyumpah seranah kat aku. Sampai kata ke aku ni binatang. Tapi bila dah tau maksudnya..baru tau..hehe.

3) Telekung - Baju sembahyang, tapi kat Terengganu bermaksud anak tudung.
Kadang2 konfius gak..sebab orang luar memang sebut baju sembahyang tu telekung. Selalu tertukar perkataan ni. Pernah masa mula2 kawen..MKS bawak aku melawat makcik dia. Time tu nak tumpang solat Asar. So aku mintak lah nak pinjam telekung..sekali dia bagi serkup (anak tudung). Sedangkan dia nampak kat atas kepala aku memang tengah pakai serkup tu. Tak kan nak pakai serkup 2 lapis kot.

Sejak tu baru aku tau yang orang Terengganu panggil kain telekung tu baju sembahyang. Serkup tu telekung. Hah..nampak cam pening kan? Tapi lama2 duduk sini..paham dah.


Sincerely...

4 comments:

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hantu kopeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna
haha..sejak kuar filem mamat khalid, terus glamer perkataan kopek tu

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

masa darjah 5, kelas bahasa melayu...

"Mamat mengopek buah untuk neneknya..."

satu kelas gelak, pastu kena marah ngan cikgu hahahahha

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sW33tdARLiNG
hehe..kelakarkan.
nape lah org panggil breast tu kopek yer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal