Monday, April 25, 2011

Segmen Jom Berkenalan

Terima Kasih pada mamadiana iaitu isteri kepada PCL sebab sudi nak berkenalan dan mengenali diri aku ni dengan lebih dekat lagi. Seronoknya ber-blogging ni, walaupun tak pernah berjumpa..tapi dapat mengenali & bersahabat dengan blogger2 lain yang sporting & baik hati. 
Apakah status anda?
Berkahwin. Jangan mengada2 nak mengaku anak dara okey. Tengok shape pon orang tau kelas makcik2! Huhu. 
Suami nama MKS, anak baru sorang..Waiz.

Ceritakan tentang diri anda?
Sebenarnya ramai yang tak tau aku ni pemalu & dan sombong. Jadi jangan terperdaya lah dengan tulisan2 di blog aku ni. Nampak cam peramah & suci jer kan. Cube jumpa kat luar..konpem korang menyesal. Haha..saiko tak aku?

Aku ni manusia biasa jer. Kadang2 baik..kadang2 jahat. Kadang busuk..kadang2 wangi. Kadang2 betul..kadang2 salah. Susah jugak nak describe kat sini. Kalau aku kata yang baik2 jer..kata angkat bakul sendiri. Kalau kata jahat..korang takut nak kawan pulak. Persepsi orang jugak berbeza-beza. Ada yang suka kita, ada jugak yang tak suka kita..betul tak?

Jadi  nak aku jadi orang yang cam maner?

Cerita tentang blog anda.
Blog ni aku dedikasikan pada budak kecik tu..waiz. Tapi ntah macam mana sekarang dah jadi macam blog aku pulak! Jadi rojak dah blog ni..tak kisah lah.
Aku tulis apa yang yang suka..apa yang aku tak suka. Yang baca tu suka ke tak..aku pon tak tau. Sebab ni blog syok sendiri..hehehe.

Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Aku pon sebenarnya baru dalam dunia blog ni. Tapi yang aku jeles dan heran tu..budak2 sekolah pon dah ada blog ek. Lagi hebat dan santek dari blog aku pulak tu!

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog.
Nak ber-blog ni..kena tulis dengan ikhlas. Janganlah mengada-adakan cerita yang tak wujud tu. Aku pon masih belajar dalam duni blog ni. Kalau salah silap..harap maafkan.

Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda.
Tak ada apa2 yang unik dan best pon. Tapi kalau rasa2 nak tengok gambar/video budak comot & masham tu..sila lah.

Sampai bila hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog.
Kita hanya mampu merancang..DIA yang tentukan segalanya. Selagi jari-jemari ni mampu untuk mengetuk keyboard, selagi idea mencuruh-curah..selagi tu lah aku menulis di blog ni.

Aku harap dapat berkenalan dengan ramai orang lagi di dunia maya ni.

Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat..
Blogger yang sejak akhir2 ni rajin mengomen di entry aku. So nak kenal korang dengan lebih rapat..boleh tak  sis ieda, sis So Shy Lady, dan sis tims?


Sincerely...

8 comments:

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

insyaallah dik akak try buat huuhu , panjang tu .. :))
anyway thanx dear ..
selamat berkenalan !!!

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@ieda
TQ jugak sis..
seronok dpt kenal sis:)

mimi jazman_MJ said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

saya bdak sekolah tp..........blog sy x lawa mcm blog mamawaiz pun.. :(

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mimi jazman_MJ
at least awk ada blog dah..zaman akak dulu, x ade pon..hebat lah tu:)

mimi jazman_MJ said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

terima kasih sebab sudi follow blog budak kecik ni ye.. :)

So Shy Lady said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam wida,
wah wah dera akak ye....hihi.. nanti akak buat tp lmbat sikit jgn marah ye..akak ni slow motion sket

;D

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mimi jazman_MJ
sama2:)
tq jugak sbb follow akak:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@So Shy Lady
bukan dera lah..nak rapatkan silaturrahim:)
take ur time

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal