Sunday, April 3, 2011

Ini Cerita Banjir

Okey ni cerita basi pasal banjir hari selasa (29hb Mac 2011) hari tu. Rasanya yang paling teruk sepanjang aku duduk sini. Ni certain area je..bukan semua Kuala Terengganu banjir okey. Cam kat kedai mr MKS..kat kawasan Chendering memang naik air lah. Sampai kedai dia pon masuk air. Biasanya kalau musim tengkujuh pon tak teruk cam ni. Tapi kali ni..air memang masuk kedai, takat paras buku lali. Tu nasib baik kedai dia tinggi sikit..kedai orang lain takat betis dah!
Masa kitaorg sampai ni air dan beransur surut. Kejadian air naik tu berlaku kejap jer, dalam masa 1 jam. Tapi kat jalan memang dah sampai paras betis. Ada kereta orang sebelah kedai mr MKS tu..sampai mati kat tengah jalan. Sebab air masuk enjin kot..kesian, terpaksa tolak.

Kitaorg sampai agak lewat sebab jalan jem giller pagi tu. Mula2 ikot jalan bandar sebab tak berani ikut jalan Kubang Ikan..takut jalan tu tak boleh lalu. Lagipon jalan Kubang Ikan tu air selalu naik, sekali jalan kat bandar punyalah jem..kereta tak bergerak! Rupe2 kitaorang dapat tahu..jalan kat Sekolah Khairiah tu kena tutup sebab naik air. Stuck dekat 1 jam. Pastu sampai simpang Tok Ku mr MKS buat u-turn, sebab orang kedai sebelah dah call banyak kali suruh datang cepat sebab air dah naik. Kitaorang tawakkal..lalu jugak dekat jalan kampung Atas Tol-Kubang Ikan tu. Seperti yang dijangka..air memang naik kat kawasan tu. Kat depan UiTM Chendering air sampai paras peha kot..laju pulak tu. Kalau naik kereta kancil..konpem mati kat tengah2 jalan tu. Tapi kitaorg naik 'gajah itam'..so selamat lah.
Sampai kedai..mr MKS cek2 barang yang rosak..amik gambar..kalau byk barang rosak, boleh claim insurance. Hari tu satu hari mr MKS dengan pekerja dia menimba air yang masuk kedai. Tak meniaga dia hari tu..kesian pulak.

Lepas kes tsunami kat Jepun tu, cuaca kat sini terus jadi tak menentu. Asyik hujan jer..rasa macam musim tengkujuh. Takut pulak..sebab kitaorang kan duduk dekat dengan pantai/laut. Risiko dan kebarangkalian untuk kena 'bah' tu sangat lah tinggi. Ya ALLAH..lindungi lah kami. Selamatkan lah kami dari malapetaka..amin.


Sincerely...

6 comments:

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

erm takutnye,, sian abg.

Pakcik Botak said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bayangkan.....setahun Terengganu menerima hujan sebanyak 1900 mil tetapi hujan pada kejadian itu dipercayai kira2 900mil...jadi itu lah yang terjadi

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna
hr tu mmg suspen sikit..skrg ni pon masih berjaga-jaga

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Pakcik Botak
patutlah..tp masa mlm tu mmg hujan lebat sgt. takut jugak..air hujan macam nak pecahkan bumbung.

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kat KL pun musim tak menentu.. kalau hujan tu lebat sangat.. kalau panas plak, terik sangat...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sW33tdARLiNG
ye lah..cuaca x menentu. org pon rmai yg sakit2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal