Friday, April 29, 2011

Kenangan..Part 1

Hampir 5 tahun tinggal dan bermastautin kat Terengganu ni. Banyak kenangan aku sepanjang duduk kat sini. Ada kenangan manis..ada yang pahit, kelat masam masin..semua ada! Paling aku ingat..ada lah bahasanya. Yelah, orang Selangor cam aku ni mana ada loghat/dialek. Bahasa jawa ada lah..tu pon tak reti jugak. Siji loro telu je aku khatamhttp://www.cute-smiley.com

Seingat aku, tahun pertama duduk di Terengganu ni memang tak paham apa orang2 cakap. Terutamanya orang2 tua/lama lah. Budak2 dan orang muda..aku paham lah jugak. So nak mengelakkan orang ingat aku ni sombong, biasanya aku senyum dan angguk je bila diaorang bercerita. Nak ikut bersembang, memang tak boleh lah. Elok2 jer orang cite pasal benda lain..aku paham lain. Tak ke haru tu.

Dan pada pendapat aku (pada masa tu) bahasa Terengganu ni agak kasar berbanding bahasa kelantan. Sama kasarnya dengan bahasa utara. Aku pernah duduk Perlis 3 tahun masa belajar kat UiTM Arau dulu. Bergaul dengan orang utara yang asyik cakap 'hang'..aku rasa cukup kasar. Aku ni nampak jer ganas..tapi dalam hati ada taman lorr. Tapi lama2 boleh lah terima dengan bahasa utara tu. Samalah jugak dengan orang Terengganu, bila cakap 'mung'..aku rasa kasar sangat. Padahal tak ada apa2 pon..memang bahasa diaorang dah cam tu. Sekarang aku bahasakan orang..'mung' jugak. Siap berdengung lagik!


p/s: tak kisah kita asal utara, barat, timur or selatan..masing2 ada 'trademark' tersendiri. Bangga dengan diri sendiri sebab dapat belajar bahasa & budaya orang utara & timurhttp://www.cute-smiley.com

Sincerely...

3 comments:

mimi jazman_MJ said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

saya bangga saya budak kedah.. hehehe.. walaupun sekarang dok seremban.. :)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mimi jazman_MJ
x kisah duduk mana2 kan..asalkan tmpat tu aman damai:)

YUYUE MELISSA said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

saya pon sama ...ramai kwn2 dr sabah, kelantan , ganu , kedah, n9 , melaka..tp dlm byk2 tmpt sye merantau bahasa melaka , ganu n kedah saya rse agak ksr. tp skg dah ok kot n x kisah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal