Sunday, April 17, 2011

Sape Yang Lebey ni?

Hari tu pergi mydin..MKS kata nak beli drawer plastic untuk letak mainan waiz. B4 ni letak dalam bakul jer..time dia main, abes semua mainan dalam bakul tu dia tuang. Padahal nak amik satu mainan jer! Tu yang MKS nak belikan drawer untuk waiz..so boleh susun mainan waiz dalam drawer. Tapi tak ada drawer yang MKS berkenan..kecik lah, kaler tak menarik lah. Cam biasa lah..perangai MKS, dia memang agak cerewet sikit bab beli barang ni waima beli sebatang paku!
Tak tau lah cap apa..molek ke tak. Beli kat mydin jer. Harga di kotak RM59.00, tapi bila guna kad mydin..jadi RM50.00. Dah lama MKS usha benda ni. Dari dulu dia hint suruh aku beli..al-malas nak melayannya! Beli burger lagi kenyang okeyy..dapat 30-40 biji lagik!
Ooo..beli drawer anak banyak sangat songehnya. Tapi benda alah ni boleh pulak beli yer banggggg! Tak dapat drawer waiz, gatai tangan beli helicopter ni. Mula2nya lalu kat toys dept tu nak usha mainan waiz rege RM10.00 ke bawah jer. Tapi bila nampak heli ni..merengek nak heli ni okey. Bukan waiz lah yang merengek..tapi papanya! Buat tahi ke waiz..konon2 waiz yang nak main heli tu. Padahal budak tu main remote car pon asyik berlanggar dinding jer. So sape yang lebey sekarang ni? Terbang RM50.00 tau! Nasib baik bukan duit aku.Fuh..selamat selamat..
Balik rumah..terus main ko! Padahal bateri tak ada (kat mydin tadi MKS nak pau aku beli bateri, masuk dengan duit dapur..harus lah aku jengil mata besor2 - jangan mengada, hujung bulan nanti ada yang makan bateri masak pedas! - gila kedek punya bini kan? Mintak heli tak dapat, bateri pon sama!)..korek jugak bateri kat remote car waiz tu. Dapat lah main kejap..kuat makan bateri heli ni. Bila bateri low, tak larat nak terbang dah heli tu. Aku ngan waiz dah bosan melayannya..pelan2 masuk dalam selimut.

Nak dekat pukul 11pm tu..aku perasan MKS kuar. Katanya nak jumpa kawan. Tapi tu alasan jer..tapi sebenarnya dia nak beli bateri kat pasaraya depan tu. Alah..malu lah tu.

Kol bape dia balik pon aku tak sedar..dah selamat bermimpi dengan waiz. Tapi lebih kurang kol 1am tu aku sedar ada orang main heli sorang2. Kesian plak aku tengok laki aku tu.

Pagi tu aku tanya, nape main heli tengah2 malam. Tak mengaku..katanya aku mengigau! Ceh. Sabor je lah. Last2 tu..dia mengaku gak. Eksaited sangat. Yelah, zaman kanak2 dulu mana lah merasa nak main semua tu kan. Kesian pulak aku mendengornya..menyesal tak beli heli tu untuk dia..huhu.


Sincerely...

8 comments:

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

eiii memang overrrrr la abg nih, tapi memang kesiannn..hehe waiz kene mengalah la ngan papa yeee

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna
memang overr tau. waiz tgk papa dia main..terjerit-jerit takut ko!
budak tu mmg penakut!

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wida, sgt la mengalahkan waiz hoho, tapi betol kot masa kecik dulu tak dapat ;) hiihihi

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mzhany
yelah..tunggu lah dpt anak girl nnti, rasenya sy yg iya2 nak main barbie doll kot

p@kcikLie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sebenarnya MKS aka yr hubby tu nk bermanja2 je..tp kalau dibelikan yg rm500 ke atas tu ..lagi tambah sayangnya....menghargai minat nya...over sesekali xper...isteri kena paham..

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Hahaha.. papa yang teringin sangat tu, saja dia selek kat anak, Wida..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@p@kcikLie
rm500?fuh..kus semangat!

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamariah Awang
betul tu ma..taktik biasa lah tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal