Wednesday, April 13, 2011

Dah Cek Penyata KWSP?

Ni semua ofismate aku, masing2 nak cek penyata KWSP diaorang. Sape2 yang kerja swasta mesti ada caruman KWSP kan? Bulan April ni..mesti ada yang dah dapat penyata 2010 korang kan? Dah cek ker? Wah...banyak soalan sungguh aku ni, cam polis jer. Tak ada lah..cuma nak ingatkan korang, supaya cek penyata tu. Rasanya KWSP bagi tempoh 6 bulan jer jika nak buat sebarang perubahan.

Jangan jadi cam aku, dapat penyata..tengok total kat bawah, pastu sengih2 sebab duit ko dah banyak..pastu penyata tu simpan mana pon dah tak ingat! Nasib baik lah exec. aku tu prihatin. Sebab dia yang perasan ada kelainan kat penyata 2010 tu. Kitaorang punya caruman untuk Nov 2010 tak termasuk dalam penyata 2010. So hari tu kecoh lah kat ofis, ingat KWSP silap cetak penyata. 

Tapi kitaorang tak nak lah terburu-buru..my exec kata, cek dulu kat penyata 2011. Takut KWSP masuk caruman untuk Nov 2010 tu ke penyata 2011. Maka dengan penuh semangat..hari tu pergi lah kami ke KWSP. Bila cek..betul lah, caruman tu di masukkan pada tahun 2011. Fuh..lega..
Ada juga kiosk internet..kalau daftar online, leh cek kat internet jer. Senang..tak payah nak menapak ke KWSP.

Sincerely...

8 comments:

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

saya pun pencarum KWSP jugak...tapi tahun 2013 akan dpt keluarkan semua duit tu sbb saya skang amek skim pencen...yeehaaa!!

Dinaz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

amik skem pencen gak..huhu baru keja dah berangan aku ni....ok chek it out!

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@wahida
Wah..time tu jadi okb(org kaya baru!) lah sis

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Dinaz
x per berangan tu sis, perlu jugak..utk motivate diri sendiri:)

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hany dah daftar yg internet tuh, so sng sikit. heheh dah cek, alhamdulillah semua ok...ameen

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Merancanglah cara berhemah, supaya tak berlaku pembaziran.

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mzhany
bagus hany ni..amin

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamariah Awang
insyaallah, duit ni utk simpanan hr tua:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal