Lama tak review pasal perkembangan waiz. Okey sekarang waiz dah 1 tahun 4 bulan. Konon dulu buat blog ni sebab nak buat cerita pasal perkembangan dia setiap minggu/bulan. Tapi haremmmm! Ni aku compile-kan jadi satu naskah ek...
Okey..ni untuk reminder aku jer. Saje nak test ingatan aku ni kuat lagi ke tak:
9-10 bulan
Waiz dah pandai merangkak & bertatih. Masa ni aku rasa cam nak pakai kan dia helmet jer. Tak ada ke kat pasaran ni jual helmet untuk protect kepala anak kita? Nasib baik lah rumah aku ni rumah papan..so kalau dia tersembam atau terjatuh tu, tak ada lah sakit sangat. Tapi kalau dia jatuh tu..menangis kuat jugak lah.
11 bulan
Dah pandai berjalan. Kata orang kalau budak cepat dapat kaki (cepat berjalan), nanti mesti lambat cakap. Betul ker? Tapi waiz sekarang memang tak berapa pandai cakap..aku ajar banyak kali pon susah dia nak ikut. Tapi kalau dia membebel dalam bahasa dia...ya ampunnnn!
12 bulan
Jalan dah makin laju..boleh memanjat. Tapi dia berani panjat tempat2 yang kurang tinggi lah. Masa ni memang aku kena bagi tumpuan yang lebih kat waiz. Pantang tinggal kejap..kalau dia bising, selamatlah..maknanya di tengah main mainan dia jer. Tapi kalau dia senyap jer..kena cepat2 intai/tengok..mesti tengah memanjat!
1 tahun 1 bulan
Pandai melompat..bukan lompat tinggi tu yer. Lompat2 manja jer..konon2 nak melompat, tapi tak terangkat pon tapak kaki tu. Gaya jer lebih! Pon pandai berlari! Kalau lepas kat mall..penat nak mengejornya. Makin kita kejar..makin laju dia berlari. Lagi satu dah pandai cakap satu suku patah perkataan. Contohnya ma, pa, nak, nah (hendak), bye. Tapi aku tak tau kena pesen dia cakap suka nipis2kan mulut/bibir dia..sampai sekarang aku tak paham.
Dah makin berani panjat tempat2 tinggi. Sampai papanya kena simpan kerusi2 meja makan kat dalam bilik. Kalau tak..asyik memanjat jer, pastu siap duduk atas meja makan lagi! Amboiii..banyak cantik!
1 tahun 2 bulan
Gigi dah tumbuh banyak...11-12 batang. Time ni banyak kali dia demam..sebab nak tumbuh gigi. Pandai menerima arahan [especially time mamanya berat vontot nak bangun amik remote or hp!]. Pandai main/susun lego sendiri. Pandai kemas mainan sendiri..time ni dia buat kalau mama dia jengil biji mata jer..huhu.
1 tahun 3 bulan
Percakapan bertambah kepada dua suku patah perkataan dan perkataan yang lebih panjang. Contohnya mama, papa, spam bob (spongebob), pin ping (Upin Ipin), susu, mane dan beberapa perkataan lagi. Tapi yang aku geram tu..kalau kita paksa2 dia sebut mama or papa mesti jadi mamak & papak. Apa lah waiz ni..panggil mama 'mamak'.
Juga pandai membezakan sesuatu benda dengan maksud/makna benda tersebut. Contohnya..amik ball/bola (dia akan amik bola), Cat (tunjuk kepada cat), kuda (tunjuk kepada kuda), mengenali pancaindera seperti gigi, perut, eyes, nose, hand, teii - bergantung kepada kerajinan beliau pada masa kita tanya.
Well done son! Usaha tangga kejayaan..yeahhh. Tak sabar nak tunggu kamu masuk sekolah, universiti, kerja..kawen..ehhhh!
Sincerely...
0 comments:
Post a Comment