Friday, April 1, 2011

Bergraduasi

Ni citer anak saudara mr MKS berkonvo masa 19hb Mac 2011 hari tu. Kitaorang sajer2 menyibuk nak tengok Mukminah ni berkonvo..hehe. Lokasinya.. USM Pulau Pinang! Jauh kitaorang berjalan. Nak cite kat sini..3H2M belum tentu abes. Tapi mood nak menulis sekarang ni tersangat lah malas, so n3 ni jelah ek. Sebenarnya aku main2 jer masa ajak mr MKS nak pergi Penang tu, tak sangka pulak dia serius. So, bagai pucuk mencita ulam mendatang..bukan senang mr MKS nak berjalan jauh-jauh ni. Rasa hairan bin ajaib jugak bila dia setuju pergi Penang..hehe.

Hari Jumaat..b4 subuh kitaorg dah gerak ikot jalan Grik. Sampai Penang..terus check in Hotel Sri Malaysia kat Bayan lepas. Sampai pon dah pukul 3pm++..jalan2 pergi Batu Feringghi. Pastu balik hotel..tidooo. Driver penat, nak wat cam ner...kalau ikot kaki aku, nak jer round bandar Pulau Mutiara tu.

Hari Sabtu..pas brekpres siap2 nak gerak ke Konvo Mukminah. Tapi sayangnya dia konvo bukan kat USM tu..tapi kat Kampus Kejuruteraan Kat Nibong Tebal. Jauh gak...kena ke Tanah Besar Pulak. Tapi nasib baik lah Mukminah tu konvo sesi petang..so tak ada lah rushing sangat.
Budak kecik ni nak diamkan dia..senang jer. Beli jer belon Upin tu. Harga sama jer..RM5.00. Tapi rasanya dah banyak ringgit gak menghabiskan duit untuk beli belon tu. Kalau kat Terengganu...setiap kali pergi Batu Buruk, mesti dia mintak belon upin ni..main sekejap jer. Pastu tak sampai dua hari..dah kempis...buang. Minggu depan gi Batu Buruk..beli lagi!
Ni hari Ahad...semalam tak sempat bergambar dengan Mukminah pas dia konvo sebab hujan lebat sangat. Kitaorang dah masuk kereta sebab budak ni nak tido. Pastu laju2 balik hotel kat pulau sebab nak carik klinik. Waiz demam pulak masa gi Penang tu..dengan ulser kat mulut lagi. 2 hari kat sana..langsung tak nak makan nasi. Minum susu pon sikit jer. Kesian pulak..tengok dia tak ada mood, kita pon sama cam tak ada mood pulak.

Masih berbaju tido, tapi dah siap mandi..baju jer tak tukar. Baru pas nangis..muka sedih jer. Masa ni kitaorang dah check out dari hotel. Slow2 nak balik dah. Tapi sempat gak singgah USM kejap sebab ada urusan yang belum settled lagi. Sempat jugak bergambar kat fakulti Mukminah..
Tahniah Mukminah! Selamat menempuh alam pekerjaan pulak..ke nak sambung master?

Sincerely...

4 comments:

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Syoknya tengok orang berjaya... Tolong doakan sibungsu ma sama, yeer!

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

huhuhu belon RM5 tu memang membazir.. kitorang pun kalau terserempak mesti terkena.. so sebolehnya cari mainan lain yg lebih berbaloi...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamariah Awang
insyallah..semoga berjaya:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sW33tdARLiNG
betul..tp kalau dia asyik tunjuk jer, x smpai pulak kalau x beli:(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal