Wednesday, January 23, 2013

Dalam Dilema

Rentetan dari entry ni. Masa tu memang saya tengah menunggu panggilan interview. Memang betul-betul berharap dan berdoa..kalau dapat pergi interview pon dah okey. Selalunya kalau hantar permohonan kerja..mesti senyap tak ada jawapan. Sekurang-kurangnya, kalau pergi interview..kita taulah permohanan tu di tengok kan?

Alhamdulillah..hari selasa baru ni, saya dapat pergi interview di sebuah kolej swasta di Kuala Terengganu ni. Okeylah jugak..walaupon memang saya berharap dapat kerja kerajaan. Tapi masih tak ada rezeki..nak buat macam mana. Terima jelah mana yang datang dulu.

Keesokkan harinya...dapat jawapan, saya diterima! Wah...alhamdulillah..syukur sangat. Dan pihak kolej harap saya dapat masuk secepat mungkin! Aduhh..saya sepatutnya kena beri notis 2 minggu berhenti kerja. Tapi 27hb Januari ni saya dah kena daftar kerja baru. Macam kelam kabut lah pulak. Mungkin ini cabaran bagi saya..saya terpaksa buat pilihan. Bukan senang nak hidup senang kan?

Dalam masa yang sama..saya tak sampai hati pulak nak tinggalkan kerja sekarang, berbelah bagi..huhu. Tak tidor lena saya sehari dua ni..dari hari saya hantar resume tu lagik! Nasib baiklah kerja saya tak ada yang tertangguh-tangguh. Kalau tak..lagi serba salah nak tinggal kerja yang menimbun.

p/s: Okeylah..tq pada kawan2 yang doakan saya sebelum ni. Harap-harap langkah saya berhenti kerja ni adalah jalan terbaik untuk masa depan saya dan family saya jugak. Yang pastinya...kerja 5 hari seminggu. Tak larat dah nak kerja 6 hari..fenaattt. Buat UMMI RAN..sis tak tertinggal ape2 cite. Cuma tau2 je lah saya ni..kuat berahsia..hehe.


7 comments:

N i e Z a said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Alhamdulillah..tahniah..

NM02 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tahniah dan selamat bertugas di tempat baru bersama cabaran dan pengalaman baru

Rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tahniah sis...
rezki tu sis...
selamat bertugas nanti di opis baru ye...

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

dh ada keputusan tu..bkn dlm dilema lg...akak dh 2 kali alami situasi mcm ni..sampai bos tmpt lama panggil setiap hari jumpa dia..setiap kali jumpa gaji up seratus..5 6 kali jugak mengadap dengar pujukan..tp..akak nk gaji naik dan keje 5 hari..hihi...so byebye...
Wida..kolej mana?

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kalau dpt tempat baru dgn offer yg lebih baik, pergi je lah wida...tak yah pening2 rasa bersalah ke apa...

gud luck dan tahniah wida...

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hmm... I got it right.
Alhamdulillah... tak tahu apa di depan kalau tak cuba, sis. kalau dah yakin, teruskanlah... yang lain urusan Dia. at least you'll have 1 day extra utk family.

TiranaAduka said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ta tumpang gembira sis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal