Tuesday, January 15, 2013

TIDAK tu maksudnya TIDAK

Kalau dah namanya orang melayu..duduk kat Malaysia, mestilah paham maksud 'tidak' tu kan? Tidak..maksudnya tak boleh..NO! Susahnya nak bagi orang paham..fuh. Dah cakap banyak kali..tak boleh..masih merayu-rayu kata boleh. Eeiii...mek menang tensi kalau jumpa manusia pesen macam ni. Tak makan saman! Nak cakap kasar..kang kena cop kurang ajar pulak kan. Tapi diri sendiri tu tak reti bahasa. 

Ni pasal customer lah. Hutang lama tak bayar lagi...tapi nak order barang baru pulak. Tanya saya..memang jawab 'tak boleh' lah. Bayar hutang lama...baru boleh services! Pujuk-pujuk saya..bukannya saya ada kuasa. Nanti..muka saya ni kena jawab dengan bos pulak. Fuh..mengeluh lagi. Eeiii...tak de mood nak kerja!

Waaaaa...saya ni dah tension tahap maksima. Letih..penat. Kerja 6 hari seminggu. Dari pukul 8pagi - 5petang. Tu masa kat ofis. Ikutkan...pukul 7.30pagi dah keluar rumah. Pukul 7petang pulak baru sampai rumah semula. Yeee..orang lain lagi teruk. Tapi badan saya dah tak larat. Bertungkus lumus...penat lelah, hujung-hujung apa yang saya dapat? Dapat bonus..emmm. Gaji rasanya dah lama tak naik. Bercuti? Jauh sekali..plezz plezz..letih okey.

Sampai masa..dapat kumpul kekuatan diri sendiri, saya resign jugak..emm.

p/s: tongkat dagu..renung masa depan.

4 comments:

abah khalisha said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

dah tau berhutang tu bayar lah dulu ye tak

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Cari keje baru dul ek. Br blh berenti....

eynda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Dia tak tau rasa malu ke? hehe..

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bercuti la 3 4 hari..seminggu terus pun bagus! hehe..waiz hantar sekolah..relax2 jer kat rumah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal