Tuesday, January 15, 2013

Samsung Tab Waiz

Alhamdulillah tergerak gak hati adik saya nak jual samsung tab dia. Dah banyak kali pujuk tu..hehehe. 'Tab taiwan' yang saya beli untuk waiz tu rosak! Tahan lah jugak setahun..dah tamat warranty, baru rosak..haru! Asyik lah kata "mama wat osak". Cis...sabar jelah. Padahal dia yang main sampai tertido..pastu jatuh, rosak. Tapi keesokkannya on semula..okey jer. Nak jadi cerita..masa saya main dengan dia, tab tu buat hal balik..on off on off..macam tu jugak...ishhh. Jadi macam saya lah pulak yang buat rosak!

Lepas 'tab taiwan' dia rosak..dok main games dalam hp papanya je lah. Tapi MKS tu asyik membebel je. Mana taknya, suruh main games..abis semua budak cerdik pandai tu buka. Hari tu dia call balai polis Chendering tau! Kuss semangat..

Tu belum time saya tengah sedap-sedap skodeng wasap hp MKS...menyibuk je dia nak main games jugak. Anak berebut dengan mak..agak-agak siapa menang? Tentu lah dia!

Lepas bincang-bincang dengan MKS (kena pikir bajet jugak), saya ingat nak beli tab taiwan/china je ke waiz [adik saya marah..katanya tak terima pengajaran langsung lepas tab taiwan tu rosak!]. Kebetulan pulak..ada orang yang duduk atas ofis saya ni jual tab murah. So saya dah berjayalah guna-gunakan MKS..dia setuju. Tapi nak jadi rezeki waiz...adik saya - Lily tu tanya, nak tak tab dia tu. Hai...ulam mencita pucuk mendatang. Mestilah nak...hehe
Siap dapat housing free lagi..hehe. Ni saya pon tak reti nak godek-godek. Mula-mula nak cari games pon kena tanya adik saya..hehe. Nampak sangat buta IT! Tapi bagi ke waiz..hai..laaaajuuuuu je ditekannya. Pandai betul nak cari games kat mane, video kat mane. Ni dah pandai-pandai amik gambar. Ish saya risau je dia amik gambar sembarangan..buatnya dia amik gambar sensored ke..ish ish.

Harap-harap tahan lama tab ni. Sayang woiii..maksunya pon mesti sayang lagi tab ni. So kena jaga elok-elok. Mama bagi main waktu malam dan cuti sekolah je. Lain masa..mama pegang..ngeh ngeh.

p/s: Jangan lepas ni mama & papa yang berebut sudah!

3 comments:

lyly yana said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

jage elok2 tau.. hehe

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hurmmm sukelah nanti tuu ..

samalah dikk , akak nye samsung tab tuu zahrien je pakai .. dia main games ! erghh ;)

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

waiz lagi terrer..anak zaman IT tak perlu diajar..dorang berani jer tekan2..
wafiq sejak sekolah, tak bersentuh tab dia..malam2 tdo awal..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal