Friday, March 9, 2012

Mee Udang BNO

Dipersembahkan..Mee Udang BNO.


BNO tu singkatan untuk Bagan Nakhoda Omar. Lebih kurang 15 minit dari rumah aku di Kampung Batu 38, Sabak Bernam. Terbaeekkkk wokkkkkk...

Nampak kosong sebab order mee udang tak ada sayur. So ada kuah, udang, telur dan mee sahaja. Harga RM5.50 sepinggan. Aku kira2..ada lah 8-9 ekor udang saiz sederhana kat dalam setiap pinggan tu.

Bagi tekak aku ni..sedaplah. Sebab aku memang hantu udang & seafood ni. Hirup kuah jer dah rasa 'keudangannya' tu..

Nak banding dengan mee udang Mak Jah kat Taiping tu, aku pon no komen lah sebab tak pernah makan pon mee udang kat situ.

Tapi menurut orang yang pernah makan mee udang BNO & Mak Jah..Lily [adik aku], dia kata mee udang yang BNO punya ni..kuah lagi pekat. Tapi rasa lain2. Hah..camno tu?
Kalau korang pergi pantai BNO..ada dua buah kedai kat situ. Wajib pergi kedai Kak Jaiton ni yer. Kedai yang paling ramai orang. Kedai di buka dari 10am - 7pm. Kalau musim orang balik kampung..kadang2 pukul 5pm dah sold out yer. 
Nak tau glamer ke tak..ni buktinya. Dah masuk paper yer.. Tu dia Makcik Jaiton..baju kaler purple. Biasanya..dia duduk kat kaunter jer. Kira duit.

Ada jugak menu lain..korang sebut jer. Laksa Penang ada, mee sup ada, nasi goreng ada, kerang bakar ada..macam-macam ada lah!

Menu terbaru udang celup tepung..RM10 sepinggan. Tapi aku tak order pon. Lily kata sedap..next time lah aku try ek. Tepungnya makan macam tu pon sedap..ni adik aku lah yang cakap yer. Tapi aku tengok kat meja sebelah tu order udang celup tepung..memang penuhlah sepinggan. Puas hati lah dengan harga RM10 tu. Ala-ala stail udang celup tepung perlis je aku nengok..nyesal pulak tak order, huhu.
Macam biasa..model tak berapa nak cerah. Best katanya...

Lepas makan, terus ajak aku bukak kedai mee udang kat Terengganu. Aduh...mana nak dapat resepi abang wooiii..



Sincerely...

3 comments:

deq noor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

waaaa!! lama dah xdatang sini. orang terengganu ni pun dah singgah. xboleh jadi ni. kena balik kampung gak. huhu...

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

haih rase nk p order udang goreng tepung je petang neh hehe

Azahar said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

saya mengunjung BNO untuk makan mee udang, amat sangat mengecewakan saya.
Layanan yang buruk dari tuan punya gerai mee udang, bila saya tunggu 5 minit untuk membuat order saya terus ke kaunter untuk membuat order.
Apa yang saya dapat saya di herdik sebab tak sabar menunggu oleh isteri tuan punya gerai. dengan kasarnya isterinya berkata "SABAR LAH" sangat mengecewakan.

Apabila saya ajukan aduan saya ke kaunter, seorang wanita tua berkata memang disini lambat.
Masaalah saya bukan lambat tapi isteri tuan punya gerai ni tidak ada budi bahasa.

Apabila saya kata saya tak puas hati dan tak akan datang lagi, isteri tuan punya gerai menjerit "ALHAMDULLILAH". Sangat memalukan, saya tak pernah hadapi keadaana sebegini.

Tuan punya gerai datang jumpa saya bertanya apa yang berlaku, tapi apa yang saya dapati dia sokong isterinya. bukan nak mintak maaf.

Saya sudah berumur lebih 50 tahun tak pernah saya hadapi keadaan sebegini seumur hidup saya.

Saya harap rakyak Malaysia tidak berlaku biadap sebegini, jangan lah sokong orang2 yang biadap sebegini.

Harap maklum
Pengunjung hampa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal