Monday, March 19, 2012

MOGTT sekali lagi...Waaaaaa

Nampak tajuk menangis aku tu...

Yer..hari ni aku masuk ofis lambat sikit. Sebab kena pergi Klinik Kesihatan Hiliran (KK) untuk buat MOGTT. Hari tu masa awal2 preggy dah kena sekali..ni yang minggu ke-28 kena pulak sekali lagiiiii!!

Memang tak sedap minum air gula tu..Kak F [ofismate] aku kata macam minum air kertas. Hazabnya nak telan segelas air tu..fuhh. Harap2 tak muntah...

Ni aku snap dari buku merah aku..di antara golongan ibu2 hamil yang kena minum air gula:
Aku? Sebab no.3..berat badan melebihi 80kg sebelum kelahiran. Jangan terkejut..aku dah bagi tau banyak kali kan..aku gemuk..aku obes..huhu.

Sebenarnya aku nak diet b4 pregnant kali kedua ni, tapi tak dan ko! Asyiklah melantak..tau2 dah pregnant..bila timbang berat 85kg! Tu yang kena minum air kertas gula.

Tapi aku suka pregnant..sebab time ni lah aku boleh kurus. Tak percaya? Ni nak cite. Lepas jer dapat tau aku pregnant..terus morning sickness. Tak lalu makan..muntah. Nak kata teruk tu..tak lah jugak. Tapi 4 bulan pertama, aku turun 4kg! Kalau tak preggy..boleh ke turun 4kg senang macam tu? Hah hah hah? [Sambil angkat kening]

Sekarang ni dah 7 bulan..berat aku cam tu jugak. Setiap kali timbang..naik 500g, pastu next week turun 1kg pulak. Tu yang asyik kena refer doktor jer..sebab weight tak naik2! Tapi perut tetap membuncit yer..lemak2 lain yang mencair, tu yang 'macam' kurus sikit..hiks.

Masa aku preggy si waiz tu pon..naik 6kg atau 7kg jer. So rasanya..pregnancy kali ni pon macam tu jugak.

Dan yang bestnya..lepas deliver nanti. Memang berpantang kaw-kaw lah. Cara Terengganu. Menyalai..tungku..bengkung..nyalur dengan tempurung. Konpem boleh turun 20kg! Tapi lepas abis pantang, masuk kerja..aku pantang jugak. Pantang jumpa! Naik pulak 40kg..matikkkk!


Sincerely...

5 comments:

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

time pantang mmg best...
leh turun ber-kg2 kan...
tapi samalah cam akak...
bila dah start kirja...
double lak naiknya :D

~ yus ~ said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hihi, ayat last tu buat akak ketawa wida. Takpe yg penting wida dan baby sihat. Kak yus tak pernah lg kena minum air gula ni.

YAYA AZURA said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

air kertas?? ..kiki
akak tak pernah kena minum air gula dan harapnya kalau ngandung lg tak kena minum air tu..

xpe wida..nanti pantang betul-betul..sure boleh kurus..masuk keje kena kuat semangat..kena tahan godaan makan..

SYANI said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Tak pernah lagi merasa minum air gula tu. Ramai gak member kata tak sedap.

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

eehh minum air gula tu MOGTT rupanya... abis, akak takde sbb pun kenapa dia suh minum jugak?? umur pun baru 23 errhhh 32.. kekekee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal