Tuesday, March 6, 2012

Habis duit di Terengganu

Ni masa adik aku - Lily ada kat KT. Dia lah yang menghabiskan duit..acara wajib kalau ke KT, mestilah shopping sutera & keropok lekor/keping kan.

Tapi masa kitaorang ke Pasar Payang tu, aku tak koser nak mengambil gambarnya. Penat ko! Asyik meng-survey jer..belinya idok pon. Aku ni dengan membawak perut..dahaganya lagi. Tu nasib baik awal2 aku dah tinggalkan si budak kecik tu kat Tok Mi-nya. Kalau tak..penat nak mengejor dia lagi..fuh.

Tapi memang rambang matalah kalau round kat Pasar Payang ni..banyak sutera baru. Corak merak, ombak rindu..macam2lah. Tinggal sediakan ongkosnya ajaa..

Last2 tu..kitaorang berhenti satu kedai, maka berurusniagalah Lily kat situ.
Kedai nilah kitaorang pergi..PPA 35 Aku pon tak tau port mana yang jual kain murah2 ni..pakai gamble jer. Nama jer duduk Terengganu..tapi nak naik Pasar Payang tu..setahun sekali pon susah! Ni masuk Pasar Payang pon kes bawak adik aku memcari kain sutera.

Okeylah harga2 kain kat kedai ni..kakak2 yang menjual tu pon tak jemu2 melayan. Bising & kecoh dengar suara adik aku kat situ. Siap ber-3G lagi dengan membernya. Sebab kawan dia ada jugak kirim kain sutera..tu yang lambat sikit nak buat pilihan. Kalau beli untuk diri sendiri..senang je kan.
Dua pasang kain sutera selepas penat tawaf satu Pasar Payang. Warna Biru tu kawan Lily punya..memang cantik. Aku tengok pertama kali..terus jatuh cinta..cewah! Nasib baik kawan Lily tu jadik amik..kalau tak, aku yang merengek kat MKS mintak kain sutera tu..huhu. Lagi satu..mestilah Lily punya. Tak kan beli untuk orang jer kan..jauh2 datang, sekurang-kurangnya kenalah rembat sepasang jugak. Cantik jugak..sesuailah untuk gaya muda mudi..hiks.
Ni pulak hari last (Rabu) adik aku kat KT..before bergerak balik KL sama kitaorang. Sempat jugak singgah kat STR di Kuala Ibai tu. Memang sebelum tu MKS ada bawak Lily survey2 kain kat situ..tapi tak beli pon. Bila Lily masuk gambar kain kat FB..ada lah kawannya kirim jugak. So tolonglah belikan..
Sibuk memilih untuk kawannya. MMS lah..call lagi...dapat 2 pasang kat sini. Harga okeylah..kena pandai tawar. Harga kat kain tu memang gila2...tapi kalau kita pandai, memang berbaloi.
Ni pulak keropok keping..adalah bahagian untuk saudara mara & kawan2 adik aku tu. Keropok lekor kitaorang beli time nak balik, dekat je kat rumah aku. Keropok lekor Sungai Rengas..sama jenis & sama sedap dengan Keropok lekor Bukit Tok Beng.

Mintak maap banyak2 kat Kak Yati sebab tak belikan bahagian keropok akak..masa akak balas komen tu, wida dah cuti..terkilannya lah. Next time ok...kalau wida balik, automatik belikan untuk akak..tak payah pesan2 dah..insyaallah.


p/s: Nanti sambung lagi cite k..

Sincerely...

5 comments:

mama tim said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

byk membeli belah adik tu..
lama dah tak gi pasar payang dah..huhu

deqnoor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

fuiyooo!! berkodi2 beli nampak. nanti bila DN ke ganu boleh wida jd tourist guide DN. hee... :p

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bestnya ke pasar payang...
mau bling bling mata tgk sutera kat situ kan...
tapi tu lahhh kena pandai tawar...
cam akak nie tak pandai tawar...
tu yg agak malas nak beli...
tapi kalo gi dgn geng yg pandai tawar...
compom akak beli hehehehehe

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

lain kali kalo pergi redang ke kene singgah nih pasar payang...lamo sgt dah tak pergi situ...huhu

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tenkiu kakakkkk cayang. lili malas nk taip entry hehe. xpuas nak pegi lagiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal