Wednesday, March 7, 2012

Masuk wad Kecemasan & trauma HTAR Klang

Amik nafas panjang2..fuh. Ist time aku alami pengalaman macam ni. Dah lah masa tu kat Klang! Manalah aku & MKS ni tau selok belok jalan kat situ. Kalau kejadian ni berlaku kat Terengganu..tak ada lah aku susah hati sangat. Tau lah jugak tempat mana nak dituju..kan?

Kisahnya macam ni [tak ada gambar..tapi kejadian ada lah benar semata-mata, time tu tengah cuak giller..tak terpikir pon nak mengambil gambar]. Bangun pagi kat rumah Yong tu..aku dah pesan kat MKS, pukul 9am nak gerak ke GM Klang..sebab lepas tu nak balik Sabak pulak kan. Nak cari barang sikit..yelah, kalau balik Klang tak sahlah kalau tak singgah ke GM kan. Lepas brekpes..mandikan si waiz, then aku pulak mandi.

Masa aku kat mandi kat atas..Kak Yong [my SIL] ada tanya, waiz mane? Aku cakap kat bawah dengan papanya. Tapi Kak Yong aku kata dia tak nampak pon..aku rasa tak sedap hati dah. Cepat2 turun..sebab nak tengok budak tu. Sekali nampak kelibat dia, lega lah sikit. Tapi aku tengok MKS ni tak siap2 lagi..masih bergolek-golek kat tilam. Jam dah pukul 10am..tunggu kena ketuk, baru jalan. Ni boleh mendatangkan amarah..

Time MKS mandi tu, waiz pegang hidung dia.."akit" katanya. Aku picitlah hidungnya..menjerit budak tu. Bila aku cek lubang hidung, nampak benda bulat putih kat dalam hidung dia. Terkejutlah aku! Cepat2 panggil MKS..rupa2nya masa Kak Yong aku kata waiz menghilang tu..dia tengah main bunga plastik Kak Yong aku kat penjuru rumah tu. Papanya langsunglah tak monitor budak tu..geram betul aku time tu!

Biasakan bunga plastik tu ada putik2 polystyrene yang kecik2 tu kan..entah macam mana boleh termasuk dalam lubang hidung waiz. Aku try korek..tapi lubang hidung waiz tu besar mana lah sangat. Campur dengan dia menjerit lagi..nasib baiklah budak tu jenis tak menangis sangat. Bayangkan kalau dia asyik menangis tak henti2..tak ke makin gabra dibuatnya.

Cepat2 suruh MKS bersiap..terus ke klinik. Kak Yong aku recommend Klinik Wan E***a kat area Pandamaran tu. Bergegaslah kami ke sana..

Masa tunggu giliran tu..waiz sempat lagi main2 kat playground kat situ. Relax jer..macam tak de apa2. Aku memang tak boleh nak pegang dia dah..takut ada, geram ada, sedih ada..macam2 perasaan. Time doktor try keluarkan..waiz menjerit & menangis. Terus benda tu masuk makin dalam. Sebab polystyrene tu dah lah licin, bulat pulak tu. Susah nak amik. Doktor pulak guna penyepit besi..seriau aku tengok. Last2 dia cuba guna spray untuk buat waiz bersin..still tak jalan.

Doktor tu sampai tak reti nak buat dah, terus dia buat surat refer ke Kecemasan & Trauma kat HTAR Klang. Masa tu aku dah geram, doktor tu cepat sangat give up. Tak kan tak ada alatan yang selamat sikit nak handle budak kecik macam waiz tu. Kalau orang besar..bolehlah nak jolok2 guna penyepit besi. Ni budak 2 tahun!

Disebabkan tak tahu jalan ke HTAR, kitaorang balik semula ke rumah Yong. Nasib baiklah kebetulan Kak Yong aku cuti hari tu. Bayangkan kalau dia pergi sekolah [my SIL ni cikgu sekolah yer]..tak ke haru? Sape pulak nak tunjuk jalan?

Sampai kat HTAR..kena daftar dulu kat Kaunter A. Staff tu tengok surat doktor..tanya aku sambil sengih2, "doktor klinik tu tak leh buat yer?" Yelah, aku pon bengang jugak sebab doktor klinik yang kitaorang pergi tu tak boleh handle benda kecik macam ni. Dan aku pon bukannya suka sangat nak menapak ke HTAR tu..tapi tak ada pilihan..terpaksa!

Abis daftar, kena ke kaunter C pulak buat bayaran..RM1. Buat 2 proses ni dah amik masa dekat 20 minit. Orang lain yang dah nazak & betul2 kecemasan tu macam mana lah yer?

Lepas tu terus masuk bilik procedure 3, tunggu doktor tak datang2 pon. Menunggulah lagi kami 20 minit..barulah datang MA. Tanya serba sedikit..tengok hidung waiz. Aku citelah kat MA tu, kat klinik tadi..doktor dah guna penyepit & penyembur, tapi tak keluar jugak. Pastu aku tanya, tak de ke alat macam vacum untuk sedut benda tu keluar dari hidung..tak de lah bahaya sangat.

Lepas aku bagi cadangan macam tu..MA tu sediakan alatan. Masuk pulak sorang lagi MA, bawak selimut besar untuk bungkus/bedungkan budak kecik tu. Aku pegang kain bedung kat badan waiz tu..MKS pegang kepala. Sorang MA tu pegang tiub vacum, sorang lagi control alat tu.

Cubaan pertama..gagal. Cubaan kali kedua baru berjaya. Sekejap jer..tak sampai 1 minit pon nak menyedut benda tu. Tapi angin vacum yang menyedut tu memang kuat lah..abis tersedut hingus budak tu. Lepas selamat benda tu keluar, baru lah aku boleh bernyawa. Kalau tak..sebelum tu rasanya nafas aku terhenti. Sedih..nak marah, tapi budak tu bukannya reti apa pon. Nak menangis..air mata tak boleh nak keluar. Lagipon..kalau aku nangis, mesti waiz pon nangis jugak. Nanti makin masuk ke dalam pulak polystyrene tu.

Aduh, tu lah pengalaman yang rasanya aku tak akan dapat lupa sampai bila2. Tu baru sikit..punyalah takut time tu. Lepas ni kena berhati-hati lah. Sebab tu lah aku tak suka beli bunga2 plastik ni. Nampak cantik..tapi merbahaya pada sapa2 yang ada anak kecik. Kat rumah pon, memang hari2 aku sapu sampah..sebab takut ada benda2 kecik yang kita tak nampak ni..waiz buat main pulak. Masuk tekak ke..hidung ke, telinga ke..ishh..benda tu lah paling takut. Tak sangka pulak betul2 terjadi..

Balik dari HTAR..hantar Kak Yong aku dulu, terus keluar shopping di GM. Hati dah senang, bolehlah membeli..tapi rugi masa kat klinik & HTAR dalam 2 jam. Emm..tak pelah, mujur tak jadi apa2 kat waiz.

Sincerely...

6 comments:

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

x mention pon kite drive pegi HTAR....... Hihi. Saye cuak jugak tp berpura pura cool...

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

uish seram jugak la wida... saspen betul alhamdulillah boleh keluarkan. bahaya betul eh... kena beringat nanti...

Cho Zila said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

syukur selamat semuanyer... harap benda2 gini tidak terjadi sebab memang menakutkan...
akak harap kalau gi sepital kerajaantu sabojerler.. gituler prosedurnyer.. nak buat camner...

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

isk i baca rasa suspen jer tau...
syukur lah semuanya dah selamat...
anak2 kecil dorang nie ada jer experimen dorang tu kan...
kita memang kena alert jer...
tapi kkdg dlm alert2 pun...
terlepas gak....
takpe lah pengajaran utk kita as parents :)

Kamalia said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Memang dapat bayabgkn mcm mana wida rasa tu.ank saya pun camtu gak,tp kepal berdarah luka lebar..
Setuju,saya oun tak suka beli bunga atau perhiasan kecik2 ni..yela,ank masih kecik lagikn..

Anonymous said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

pembetulan...untuk kes yang betul2 kecemasan xkan nk suruh pesakit g daftar sendiri....mestilah waris pesakit yang g daftar...mcm kes ni yang bleh diagihkan sebagai bukan kritikal,.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal