Sunday, March 18, 2012

KERJA KOSONG DI KUALA TERENGGANU

Bukan nak iklan kerja kosong..tapi nak mintak tolong korang carikan kerja kosong untuk aku ni. Penat dah mencari ruang2 kosong..nak try kerja kat tempat lain. Aku ni dah tak larat nak kerja kat sini lagi. 6 hari seminggu..dari 8am-5pm! Fuh..banyak masa di abiskan kat pejabat dari rumah tau!

Gaji tu bukan keutamaan aku. Kalau dapat kerja 5 hari seminggu dah bersyukur. At least dapatlah lebihkan masa untuk waiz & baby yang bakal lahir nanti. Rasanya waktu kerja kat ofis aku ni dah tak relevan lagi. Kebanyakkan pekerja dah berkahwin..ada anak, family..penat tau kena datang kerja hari sabtu.

Time cuti hari jumaat tu..kelam kabut buat kerja rumah. Still kena bangun pagi, masak, basuh baju..kemas rumah. Mane nak layan suami..anak lagi..fuh. Hari cuti pon tak macam cuti..lagi penat dari hari biasa. Sedihnyaaa...

Sorilah kawan2..tetiba terrrremosi pulak hari ni. Tak de mood nak kerja..asyik meng-google kerja kosong tapi tak ada pulak. Jumpa kat ELX tadi..tapi kat Kemaman lah pulak. 

Orang yang nak menggantikan tempat aku time cuti bersalin nanti pon tak jumpa2 lagi. Bulan April nanti baru TESDEX bagi jawapan pasal budak T-GAS..huhu. Kalau aku terrrrberrrsalin awal, nasib lah yer..hai hai bye bye.

p/s: sesiapa yang ada info kerja kosong kat KT..bagi tau lah yer.

Sincerely...

7 comments:

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

aduhhh kerja 6 hari seminggu memang memenatkan dik .. akak yg 5 hari seminggu punn x daya rasa nak berhenti dah
dah lama kerja , anak2 pun semakin besar , perhatian memang mereka perlukan , huhuhuh

akak dah plan nak berhenti kerja juga , sian kat anak2 , nak2 amanina tuu lagi 2 tahun nak UPSR .. anak2 lebih penting kan ;)

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

semoga dapat kerja seperti yg dihajati yer...amin...

YAYA AZURA said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Pernah rasa keje 6 hari seminggu..selalu jugak ken balik malam..rumah buat mcm hotel je.sempat tdo dan mandi je.tp time tu bujang lg la...

Insya Allah kalau kak yaya tau ada keje kosong kat mn2, i'll inform u ok?

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tesdek mana ni???
marang ke?

Aida Lela said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

keje 6 hari seminggu ke? kat sini pun ada budak T-GAS & Gems :) biasa praktikal je la..

*nak suggest pasal keje o tapi takde idea sangat. SPA tau la..huhuhu, tak pun jabatan buruh KT, biasa dorang ada buat announcement pasal keje o.

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

aiseyman...jauh nun di sana...
i takde kawan sgt...
tapi mmg rasa tak sanggup nak kerja 6 hari seminggu...

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

balik slangor, balik slangor !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal