Sunday, March 11, 2012

Fobia Paip Getah

Lately susah betul nak mandikan anak bujang sorang ni. Nak cebukkan kencing & beraknya pon bukan main susah..fobia sungguh tengok paip getah.

Tok mi [pengasuh waiz] kata, hari tu dia ada potong paip getah yang dah pecah kat hujung2nya tu dalam toilet. Kebetulan waiz tengok..lepas tu terus dia takut. Agaknya dia rasa paip getah tu hidup macam ular kot..entahlah.

Sekarang ni, nak ajak mandi memang susah. Dia selalu tunjuk paip getah tu...then cakap 'akut [takut]. Apa yang ditakutkan pon aku tak paham.

MKS kata nak tanya 'orang' untuk tengok2kan waiz. Takutlah terkena apa2 yang kita  ni tak nampak kan. Seram pulak...dah lah semalam tengok cite Semadikan Aku..huhu.
Budak ni kalau menyengih..comel lah. Kalau melalak...ya ampun, bukan main kuat lagi. Takut jiran sebelah kata aku ni mendera anak pulak..

Sincerely...

2 comments:

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ye ingat macm ular kot.
huhuhu

deqnoor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hmm.... kenapa dia takut ye. pelik, kena tukar paip warna lain kot...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal