Monday, March 12, 2012

Masak Pecel

Ni lah satu2nya makanan yang aku tak sempat nak makan masa balik kampung hari tu...masak pecel. Selalunya orang buat pecel lele (lele = ikan keli). Tapi aku tak makan ikan keli..boleh tukar dengan ikan lain. 

Gigihlah mencari resepi..sekali jumpa kat blog Mat Gebu ni. Dia guna ikan pari..aduh..ikan ni pon ai tak makan..hiks.

Sekali tengok resepi tu macam senang..tapi cekur tu apa yer? Maaplah..aku ni nampak benor tak pandai masak yer. Sampai cekur pon tak kenal. Tak pelah, nanti ai try tanya my SIL..huhu.

Cik Mat Gebu..tumpang copy resepi yer:


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan pari kecik (mat guna pari potong dalam 300 gram)
2 1/2 cawan santan pekat
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 inci ubi cekur*
20 biji cili padi kampung*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus)
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
2 helai daun cekur, hiris halus
Beberapa cili padi untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Ikan pari dibersihkan, perap dengan jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci dan toskan, lumur sedikit garam dan bakar hingga masak. Ketepikan.
2. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk, asam gelugor dan didih kan, tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan pari dan masak dengan api sederhana hingga kuah pekat.
3. Masukkan hirisan daun cekur, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan cili padi dan hidangkan segera bersama nasi hangat... Selamat mencuba...

Sincerely...

4 comments:

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ooo pecel nie ..
akak ingatkan sambal pecel yg cicah ngan kangkung celur tuu .. ekekeke ;)

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

cer letak gambar, bagi aku terliur sikit...haha...

Rtp Farra Arisha said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wah, enak toh eeeehehehe. :)

RYA AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Cekur tu ada banyak kat umah Mak Enon. Sampai kat umah akak ni pun ada tanam dalam pasu juga... nanti bawa balik tanam kat KT hu hu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal