Tuesday, March 20, 2012

Cite MOGTT semalam

Lembik rasanya badan ni..abis lenguh2. Sepagi duduk di Klinik Kesihatan Hiliran. Gara-gara buat MOGTT lah. Result tak dapat lagi..hope semuanya okey.

Pagi2..seawal 6.30am aku dah gerak dari rumah. Angkut MKS & Waiz sekali. Kesian budak tu..tengah sedap2 tido, papanya angkut masuk ke kereta. Kali ni aku tak yakin nak pergi klinik sendiri. Takut tak boleh drive balik rumah nanti.Terpaksa mintak tolong MKS hantarkan.

Datang awal pon..still kena tunggu sampai pukul 7.30am. Baru misi2 tu start buat kerja. Kali ni bukan setakat buat MOGTT..kena cek pregnancy cam biasa jugak - timbang, tekanan darah, urine test. Lepas tu kena cucuk kat bahu untuk dos kancing gigi..tu yang bahu aku lenguh2 & kebas2 je ni.

Time nak amik darah tu..aku memang dah paham sangatlah dengan anggota badan aku ni. Memang susah nak jumpa urat ni. Sampai 2 kali di cucuknya lengan aku sebab tak jumpa urat..fuh!! Tu tak pe lagi..tapi time nak minum air gula yang paling tak tahan. Ambil napas panjang2..tutup hidung & mata, terus telan..yaarrks.

Ingat lepas minum air gula tu..aku nak sambung cek pregnancy kat klinik. Tapi sebab time tu bawak waiz..dan aku ni pon rasa macam nak terrmuntah jer. So balik rumah dulu lah. Lepas hantar waiz kat pengasuhnya..aku & MKS sambung tido kat rumah.

Dalam pukul 10am tu pergi semula ke KK untuk amik darah kali kedua. Lepas tu jumpa doktor untuk ultrasound yang sepatutnya appointment aku hari khamis ni [22hb]. Dah alang2 tu..buat sekali harung jelah. Tak payah susah2 nak datang lagi hari khamis nanti kan.

Alhamdulillah..time doktor scan, baby dalam keadaan sihat. Uri aku pon okey. Tapi bila tanya jantina baby..doktor macam..errr err err jer. Tak pasti lagi. Sampai ke sudah aku tak tau jantina baby ni..alahai.

Ni yang rasa cam nak cari 3D ultrasound jer. Tapi kat KT ni ada kat klinik mane yer?

Sincerely...

2 comments:

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Alhamdulillah, semuanya ok...
sekarang ni dah ada 4D pulak kan...

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

scan klinik kjaan mmg susah ler nak tanya jantina.. dorang malas nak godek...

akak plak esok kena minum air gula tp rasa malasnya nak pergi sbb lepas minum kena tunggu 2 jam pastu dia amik darah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal