Saturday, February 23, 2013

Pindah Taska

Mama tukar kerja..dengan waiz sekali kena tukar taska, hehehe. Sebenarnya dari awal bulan Februari hari tu waiz dah pindah taska. Tapi saya tak berkesempatan nak cerita. Taska Permata jugak..tapi di cawangan lain. Sebelum ni waiz di taska permata desa chendering, sekarang ni di kg.panji..dekat sikit dengan rumah kitaorang.

Sebelum ni kan saya yang hantar dan amik waiz kat taska dia, tapi bila dah kerja baru ni..ofis hour saya berubah. Masuk kol 9 pagi..abis kol 6 petang. So tak kan nak berkejar dari ofis ke Chendering..then nak balik rumah pulak. MKS tu pulak, nama je kerja di chendering...tapi bukannya selalu masuk kedai. Jarang-jarang sangat masuk kedai, kalau pergi pon tak menentu masanya. Tu yang kitaorang decided tukar taska waiz.

Sekurang-kurangnya kalau MKS tak sempat nak amik..boleh mintak tolong SIL saya amikkan. Atau anak2 buah MKS. Lagipon dekat je dengan rumah.

So far waiz okey je bila tukar taska ni. Tak delah menangis atau sedih..dia kan mesraaaa alam. Cikgu2 pon kata dia okey. Cepat berkawan dan tak takut orang. Waiz okey..happy, saya pon senang hati pergi kerja.

Taska baru ni...lagi besar, macam rumah banglo je. Kanak-kanak kat situ pon ramai..adalah dalam 50 orang. Lagi ramailah kawan-kawan waiz..sukalah budak tu. Kemudahan pon lagi banyak...tv besar, ada library dan kelas belajar..okeylah.  Nanti tunggu una besar sikit..mama pon nak hantar dia kat situ jugak..hehe.

p/s: tak dapat nak beli kuih dan durian crepe kat Kak Anum di taska lama waiz dulu...huhu.

5 comments:

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

senang kalau kids boleh adapt fast... tak adalah susah hati sgt... good boy waiz...

SyamimiNazifa said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Baguslah waiz ni, tak susahkan mak dia ;D

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

apabila anak seronok di taska mahupun dibawah jagaan pengasuh kita ibu bapa nih pun turut gembira kan...

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bagus la waiz..mudah sesuaikan diri
kg akak kg pak pa..sebelah kg panji..;)

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Senang hati mamanya kalau Waiz pandai sesuaikan diri, kan? Memang biasalah budak2 ni,kalau mamanya bekerja, diorang baik, Wida... Kuasa Allah..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal