Friday, September 20, 2013

Puting kepok dan Botak

Cuti hari Malaysia yang lalu, kitaorang ada projek baru (yg ni saya cite kemudian ok), so meeting lah sikit dekat rumah kawan my BIL. Balik dari rumah Cikgu Din tu (kawan my BIL), singgah beli air kelapa..cempedak goreng dan keropok lekor. Saje lah beli buat makan2 dalam kereta walaupon dah kenyang melantak laksa penang kat rumah Cikgu Din tadi. 

Nak dijadikan cerita, si Una ni memang dah mengantuk sangat. Tapi sibuk nak makan jugak..mengunyah jugak seMek ni kepok lekor yang liat tu. Ntah macam mana..boleh tertido time dia mengunyah tu..tengah duduk pulak tu. Hurmm..memang penat sangat lah tu.

So saya sandarkan badan dia ke badan saya. Dan kepok tu saya amiklah..takut tercekit pulak. Tapi dia boleh sedar pulak saya ambil kepok tu..di ambil semula dari tangan saya, dan di masuk balik dalam mulut dia. Ya Allah..memang kelakar lah masa tu..dia hisap kepok lekor tu macam hisap puting. Siap gigit lagi..saya try ambil, tak boleh ye! Una..una..hehe.

Oh ya, una dah 15 bulan sekarang ni. Time timbang kat klinik desa baru-baru ni..berat dia 7.8kg. Naik lah jugak walaupon sikit. Dah masuk border line kuning..emm. Nak buat macam mana, lemak-lemak dan zat2 una semuanya pergi ke mama! Saya ni yang takut nak timbang..takut pecah pulak scale tu.
Kat taska pon cikgu Una bagi report yang una dah rajin berlatih berjalan. Sekarang ni asyik nak berjalan je..senang lah sikit hati saya. Sebab b4 this, cikgunya kata una tak nak berjalan, asyik duduk je. Bila cikgu berdirikan dia..dia berdiri statik je. Maybe time tu dia masih takut lagi. Yelah, budak2 kan ramai kat taska tu..una ni plak pesen manja sikit.

Kalau kat rumah pon..abang dia tertolak sikit dia dah menangis. Tu tak sengaja..kalau abang dia memang sengat buat ke dia, lagi kuat lalaknya. Memang ratu air mata tau budak pompuan ni. Kadang2 tu..mata jadi bengkak sebab asyik nangis je. 

Ni kalau dia berlatih berjalan..tiba2 terjatuh, kita  bagilah support..suruh dia bangun dan jalan semula. Tapi dia duduk senyap je..tunduk macam nak menangis, sentap lah tu. Hai..nak sentap dengan sape pon tak tau lah. Memang macam perangai mama dia..suka sentap sorang2..haha.
Hero saya..budak ni dah banyak cakap sekarang. Kalau nak dengar dia senyap..time dia tidor je lah. Yang ni gambar terbaru, kali kedua saya botakkan rambut dia. Kuat makan, asyik ulang alik masuk dapur je. Kalau saya beli barang..hai dia pon sibuk kutip makanan dia masuk dalam troli, suka suki hati dia je!

Dengan adiknya pon pandai usik dah sekarang ni, dulu dia tak peduli pon. Tapi sekarang, asyik di usik je. Kadang-kadang di marah adiknya..di cubitlah, diketuklah, ditariklah..emm macam mana nak buat diaorang ni close ye. Ke normal situasi macam ni? Saya pernah dengar petua orang tua..kalau nak rapatkan hubungan adik beradik, simpan tali pusat diaorang dalam satu bekas yang sama. Rasanya tali pusat waiz dan una memang saya simpan bersama..tapi macam tak jadi je..huhu. Tu petua je..jangan percaya sangat ye

Hai lah..dah lama tak menulis, panjang pulak daku membebel. Terima kasih pada yang masih sudi membaca blog saya ni. Jumpa lagi..daaa


p/s: UmmiRan, lama x update blog. Betul ke cerita yang saya dengar ni? Tahniah :)

7 comments:

Pearl Kaz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

normal kot gaduh mcm tu.. walaupun nampak extreme.. hihi. saya dgn adik laki saya dulu pun slalu gaduh.. kadang2 saya lagi byk buli dia...(bersalah plak rasa bila fikirkan balik.. huhu).. tp skrg bila dah besar ni, paling rapat.. hehe

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

haha...comey puting kepok tu..
nampok lain dah muka waiz lening..kurus sket..

lili said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

lupe ke kite dulu gaduh sampai pegang pegang pisau

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ya allah comelnya una... bila nak jumpa ni wida? nanti i roger kat fb eh

PakcikLie PCL said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

assalamualaikum Wida , pcl mencari rakan blogger lama.. apa khabar anda?masih aktif blogging ?

pcl ~ www.nazlee.com

kacang buncis said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam perkenalan kak

kamariah awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Alahai... kelakarnya muka una hisap puting keropok tuuu... Lama tak menulis Wida... samalahlah kita. Blog ma dah berkulat. Haahaahaaa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal