Friday, December 7, 2012

Waiz 3 Tahun..Una 6 Bulan

Alhamdulillah..Khairul Waiz dah 3 tahun. Nurin Khairuna pulak dah 6 bulan..suka dapat tengok anak-anak membesar di depan mata. Rasa sekejap je..tak sedar pon masa bila budak-budak ni makin meninggi. Tau-tau baju dah tak muat...hiks.

Waiz ni dah 3 tahun, tapi cakap masih pelat. Kira 123 pon tak betul lagi.

"satu, uwe, epat, enam, ujuh, apan, ilan, uloh" 

Tu lah cara dia kira. ABC lagi lah..EFGH entah kemana..tiba-tiba dah Z!

Pampers pon tak buang lagi. Alahai..dah banyak kali pujuk buang air kecil & besar tu kat jamban. Takut...menangis melalak-lalak. Dia kalau masuk toilet..tengok mangkuk tandas tu tak bertutup..cepat-cepat dia hempas penutup mangkuk tandas tu.

Kalau tak bagi pakai pampers..nanti kencing & berak merata pulak. Saya tak yakin dengan tahap kesabaran saya ni lagi..emm. Cam ne nak buat ye.

Risau pulak dengan perkembangan waiz ni. Orang zaman sekarang bukan macam zaman saya dulu..kenal ABC, 123, Alif Ba Ta..masa umor 5-6 tahun. Budak-budak sekarang terlampau advance. Takut anak saya ketinggalan pulak.

Tapi bab main...memang nombor satu. Tak payah ajar..games kat hp papanya tu..ape yang dia tak reti main. Semua tauuu..
Hero saya, anak soleh saya..penyambung generasi MKS - Khairul Waiz. Boleh lah nak harap ke dia. Tolong buang pampers una, amik botol una, amik remote tv.

Dengan una pon dia sayang..kalau tak nampak saya pegang una, mesti tanya "ane una?" Setakat ni..tak pernah lagi lah dia khianat/mengusik adiknya. Kalau tak TERRRsengaja tu banyak kali lah..nak buat macam mana, budak lagi kan.

Khairuna pulak dah 6 bulan. Kejap je masa kan. Dah pandai meniarap dan mengesot pon. Kalau tido..berpusing 360 darjah!
Setakat ni saya bagi susu badan lagi, tak campur dengan mana-mana susu formula pon. Macam tak percaya saya berjaya susukan dia secara eksklusif.

Baru-baru ni timbang berat kat klinik..dah 6.1kg. Baju-baju yang newborn dan 3m memang dah tak muat..hehe.

Sekarang dah kenal orang..una ni tak semesra macam abangnya, waiz. Kalau orang selain mama, papa & tokminya yang dukung..mesti menangis. 
Muka catung [bahasa terengganu, bermaksud = masam]

Muka mengantuk nak tido..tu yang buat tak layan je bila mama amik gambar.
Ni dia permata hati saya..waiz & una. Comel kan?

p/s: Kepala una dah sama besar dengan kepala waiz..hehe.

11 comments:

lyly yana said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tak dapat la nk dukung una nnti..

Ratu Hatiku said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Sebaya la dgn ank akk yg no 2...pun pelat jugak...uhuhu

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

nak ajar anak free diaper mmg bukan mudah..memerlukan kesabaran yg tinggi, tapi kena buat jugakla...

try buat siang je dulu, kang dah ok, mlm pulak...

masa freekan diaper dia tu, kena tanya dia setiap 5 minit, nak kencing tak, nak berak tak

itu cara aku dulu la...hehe...

Rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

memang perlukan kesabaran yg amat bila nak ajar anak diaper free kan sis....

takpe slow2 boleh tu :)

bagus lah waiz nie, seorang abg yg penyayang....

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

seronok kan tengok anak membesar depan mata....bagus yer Waiz tak usik adik nya...good boy lah Waiz nih...:)

Ibu Lala said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hye..salam kenal..

TiranaAduka said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam mamawaiz
Tirana aduka jln. Pg

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kejap je masa kan
comel betul una
sebiji wajah wida tau!
putih ! ... ;))

deq noor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

seronoknya bila ada anak2 sebagai penghibur hati kan wida...

merpatisejoli45 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

morning kak!
come visit my blog http://merpatisejoli45.blogspot.com/.

kalau nk folow jgn segan2 ye utk folow! done folow ur blog. :)

N i e Z a said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mmg kena byk2 sbr nak praktis free diaper ni..kena sentiasa pujuk jer...

comeinye una...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal