Thursday, December 6, 2012

Sambutan Hari Lahir Di Taska

Bagi yang tak tau..semalam 5hb Disember adalah besday waiz yang ke-3. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kitaorang sebagai ibubapa raikan lah jugak sempena ulang tahun waiz ni. Walaupon waiz tu tak tau apa-apa pon..mamanya tetap beli kek. Terlebih eksaited pulak mamanya.

Tahun-tahun lepas, kitaorang sambut kat rumah. Panggil saudara-mara..buat jamuan kecil-kecilan je. Tapi di sebabkan tahun ni waiz dah duduk taska..so teringin jugak nak bagi dia sambut dengan kawan-kawannya.

2 minggu b4 majlis waiz lagi saya dah minta kebenaran kat cikgunya..so bila on, saya tempah kek kat Kak Su yang biasa saya tempah kek tu. Tapi nak dijadikan cerita..benda yang kita plan tak semestinya berjalan lancar kan..Kak Su tu ada kursus/hal yang tak dapat di elakkan. So terpaksa cancel order saya.

Alah mati kutu pulak bila nak cari orang lain untuk buat kek waiz..msg orang ni, tak boleh buat sebab bizi buat durian crepe sahaja..msg orang tu, ada kat KL pulak..haai. Rasa give up pulak. Last-last saya order kat orang biasa-biasa je.

Tema kek..spiderman ye Ummi RAN, bukan batman! Hahahaha...
Nampak dah besor je waiz ni..tak nak dah kek upin ipin, boboiboy..nak spiderman & robot je. So saya decide tempah kek spiderman. Deko-deko kek tu tak seperti yang saya harapkan..tak kisah lah. Sebab last minute punya order..emm.
Bagi jugak goodies bag untuk kawan-kawan waiz di taska..25 orang semuanya campur dengan babies. Cikgu 5 orang. Saya isi apam polkadot, kek, muffin & mainan. Harap budak-budak tu makan. Rasanya lagi elok dari saya bagi coklat/gula-gula/jajan kan? Sebab bukan semua ibubapa bagi anak-anak diaorang makan junk food cam tu.
Topi tu saya tak bagi pon..cikgunya yang pakaikan. Nak pulak budak tu pakai..hehe. Kitaorang tak tunggu pon masa potong kek waiz. Saje nak tengok dia berdikari ke tak bila mama & papanya tak ada masa tu. Saya cuma tinggalkan kamera untuk cikgu amik gambar waiz. Nasib baik cikgu sporting.
Eh bakal menantu saya ke ni..wah wah ada scandal dah ye! Mama tak tau pon..no no no. Boleh pandang-pandang, jangan pegang- pegang.
Ni lah sebahagian penghuni taska waiz..yang babies tak masuk lah, sape pulak nak pegang kan. Seronok tengok waiz gembira macam ni...ramai kawan-kawan. So next year boleh sambut kat taska lagi. Lagipon kat taska ni..dia behave je. Cikgu pon puji waiz ni baik je. Sebab kat rumah memang tak ada lah dia nak baik macam kat taska tu..ni mesti cikgu pegang rotan, kihkih.
Banyak lagi gambar-gambar yang cikgu ambil..nanti-nantilah saya share ye. Sape yang kawan dengan waiz..boleh tengok kat FB dia. Saya upload kat situ..so families, boleh komen and like ye.

Mama harap waiz sihat & jadi anak yang soleh..boleh jaga mama, papa & adik ye. Mama & papa saya waiz sangat-sangat.

6 comments:

Mia Kassim said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Hepi Birthday to waiz !!!

lyly yana said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Maktu pon sayang waiz...

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hepi beday waiz...comelnya dia...

mmg selalu budak2 ni kalau kat umah, notti sikit, kalau kat sekolah, eh, baiklah pulak...


semoga waiz sihat2 selalu ye...

Rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

suka lah dia sis....
dpt celebrate dgn kengkawan...
and celebrate dgn girlfriend....
larriiiiiikkkkkk hehehehehe

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Erk!? Tengok... Ummi RAN tak kenal pun yg mana Batman dan yg mana Superman ish ish ish... sib baik tak kata Ben 10 (sbb pd Ummi RAN yg hijau tu kalau tak PAS mesti Ben 10 kui kui kui)

Azian Elias said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

happy birthday waiz.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal