Saturday, December 29, 2012

Didikan Mengikut Jantina.

Pernah tak korang terfikir untuk mendidik anak-anak yang berlainan jantina dengan cara yang berbeza? Ke korang balun je. Sama jugak dengan pekerja bawahan korang...ada lelaki dan perempuan. Dua-dua jantina ni di ajar dengan cara yang sama ke?

Tahu tak korang lelaki dan perempuan miliki personaliti dan pemikiran yang berbeza? Jom baca sini dulu!...pastu baru paham apa yang saya bakal bebelkan seterusnya..keh keh.

Mengikut penerangan adik saya yang dah pergi kursus tu, anak lelaki (L) dan perempuan (P) tak boleh di ajar dengan perkara yang sama. Pekerja L dan P pon sama.  Sebab L selalunya bersikap objektif di mana kita kena bagi pilihan pada mereka. Manakala P lebih bersikap subjektif.

Ibubapa sekarang selalu ajar benda/rules yang sama untuk anak-anak mereka. Lepas baca ni..apa kata kita renung-renungkan dan ubah sikit ajar cara didikan kat anak-anak kita.

Contohnya bila tanya soalan kat waiz (L), "Waiz nak aiskrim perisa ape? Coklat, stoberi atau vanila?" Beri pilihan.  Tapi lain pulak dengan anak P yang lebih subjektif. Tak bagi pilihan jawapan pon diaorang tau apa jawapan yang logik.

Kalau bagi arahan pon sama. Anak L kena diberi arahan secara satu persatu. Jangan beri arahan dalam masa serentak. Dalam 10 arahan, mesti ada 1-2 arahan yang tertinggal lah..terskip lah. So biar diaorang siap buat satu arahan, baru arahkan tindakan seterusnya.

Kalau anak P tak per..kita boleh listkan 10 arahan dalam masa yang sama. Sebab P ni kan multitask..boleh buat kerja serentak dalam satu masa lagi. Sebab tu dulu saya heran, kalau kat rumah kenapalah saya boleh masak, sambil basuh baju..tengok waiz mandi, intai Una kat ruang tamu. Laju je buat kerja...macam lipas kudung. Dalam satu jam..saya dah siap masak, mandi waiz dan Una, boleh jemur baju..tapi MKS? Diri dia pon tak terurus lagi! Kalau sapu sampah..sapuuuu je lah sampai siap. Kalau basuh kereta..basuh je lah kereta tu. 

Sama lah bila kat tempat kerja..time kerja saya boleh ingatkan anak kat taska & pengasuh. Makan ke diaorang hari ni..berak kencing orang tukar ke tidak, baju basuh pagi tadi kering lagi tak..kucing saya balik ke tak..bla bla bla..macam-macam bermain kat kepala otak ni. Ibaratnya otak ni tak berhenti berfikir pon..time nak tido pon boleh fikir lagi. Tapi..tapi kerja kat ofis tu siap tak? Siap okey...walaupon fikiran merewang ke tempat lain, tapi kerja ofis tetap siap.

MKS? Kalau kat tempat kerja..dia pikir kerja je lah. Kadang-kadang time dia kena amik waiz kat taska pon saya yang ingatkan! Pernah lah dulu time saya rajin ikut dia kat kedai, saje saya nak tau cara dia bekerja macam mana kan. Dia kerja non-stop dari pukul 9am-3pm. Perut saya dah lapar time tu..tapi saya senyap je. Pukul 3.30pm cam tu baru dia teringat tak lunch lagi! Emm patutlah kena gastrik..time makan pon tak betul!

Cuma satu je saya tak setuju..MKS tak shopping secara objektif (terus kedai, beli, balik) Oh no no no..MKS bukan sebegitu. Bab membeli ni..dia lagi cerewet. Nak beli sesuatu barang tu (yang mahal, tapi kalau murah pon kadang-kadang macam tu jugak!) survey 5-6 kali tau, kalau dah beli..kadang-kadang tu asyik komplen je. Rasa menyesal beli lah..salah beli lah, macam-macam lah! Fuh..memang tak tertahan lah dengan perangai orang cam tu. Cerewet!

Sebab kalau saya..dah terpandang barang tu. Tak pikir dah..beli, balik. Kalau tak beli..mesti menyesal..hehe.  Kajian yang lain-lain tu ada betulnya jugak lah..hehe.

Korang rasa macam mane?



5 comments:

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

memang banyak perbezaan diantara anak2 L dan P nie ..

TQ sharing dik .. insyaallahh

zue_ra said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Bagus lyly..share ilmu tu...selamat mengamalkan..hehe

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sebab itu kot perempuan hidup lebih lama dari lelaki.. sbb org perempuan lagi banyak benda nak kena buat hu hu... err.. mana je lah akak terbaca ttg ni? hu hu...

lyly yana said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Sampaikan walau sepotong ayat. Tak gitu kn? Memanjangkn ilmu yg dh diterima, dpt share dgn org lain. Alhamdulillah. :)

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sebab tu perempuan nampak cepat tua kan..banyak benda yang difikir

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal