Monday, December 24, 2012

Hujan dan Blackout

Semalam KT dilanda hujan lebat. Dah hujan..dalam pukul 1.15pm tu blackout lah pulak. Biasanya kalau blackout..sebab suis tendang je. Tapi ni..pencawang elektrik utama yang jammed. Memang jammed lah bandar KT semalam. Traffic light pon mati!

Mula-mula tu duduk failing DN yang dah lama saya tak simpan. Failing DN ni buat time balckout je..sebab nak mengadap komputer tak boleh kan. Sempatlah jugak failing untuk 3 bulan punya DN. Elok-elok je saya dah abis simpan fail semua..bos izin staff balik awal. Yahooo...dalam pukul 3.30pm punch card.

Tapi saya tak boleh balik rumah terus, kena amik waiz dan MKS kat Chendering dulu. Punya lah lebat hujan. Sepatutnya, semalam ada pasar malam kat area Permint Jaya tu..tapi kesian peniaga2 kat situ. Nak pasang khemah jualan diaorang pon tak boleh. Ribut! Saya ni..abis basah kuyup..ishh risau takut kena demam je.

Nak balik rumah ikut kubang ikan, pengkalan setar..memang tak lah. Dah lah naik kancil..kalau bawak jip memang berani nak mengharung air. Sebab kawasan tu memang selalu naik air. So redah balik ikut jalan bandar jugak. Alhamdulillah..selamat sampai rumah. Lepas ni kena simpan kancil kat rumah..kena naik jip je.

Sampai rumah pulak..MKS bising sebab susu, pampers waiz & una dah abis. Start lah 'tazkirah' dia..
"musim hujan ni kena siap sedia..nanti banjir nak beli barang macam mane"

"ye bang"

Dia masuk dapur..tengok tong beras pon tinggal separuh.

"Stok makanan pon kena simpan, beras..gandum, meggi, gula, biskut..bla bla bla..."

"ye bang"

Tu lah MKS yang saya kenal..sentiasa bersiap sedia. Everything kena perfect! Bukan lah saya tak nak beli barang-barang dapur dan keperluan waiz & una tu. Tapi..bajet tak dapat, nak beli macam mana kan. Nak guna duit saya..gaji pon tak masuk lagi.

Bila saya kata tak ada duit..cepat2 dia ajak ke Nirwana. Pergi beli barang-barang rumah..hehe. Dalam hujan lebat tu..gigih lah saya menurut arahan. Dia tunggu dalam kereta dengan waiz & Una. Basah kuyup lagi..huhu.

Ni kejap-kejap rasa dahi..macam panas je. Ishh...jangan lah demam!

4 comments:

NM02 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hati2 la musim2 ujan ni. tu yang kite tak brani nak p becoti...

abah khalisha said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Dgr Pantai Timur dah dilanda banjir

ieja amieja said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

betul la apa yg MKS cakap tu..hujan hari2..kena sentiasa bersiap sedia kot2 banjir kan..

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

musim hujan sekarang nih...bahagian pantai timur rasanya yang paling terjejas kan..?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal