Tuesday, December 4, 2012

Rosak

Khamis baru ni..kereta kancil yang saya bawak tu rosak. Dah lah masa tu saya bawak sorang-sorang [on d way balik keje ke kedai MKS di Chendering], time jalan jammed! Nasib baiklah dia tak mati kat atas jambatan or jalan besar..fuh. Mau nangis sorang-sorang saya dalam kereta nanti..wa wa wa.

Cam ni, sepanjang jalan..kereta tu okey je. Tak semput-semput pon. Sampai kat Permint Jaya, saya berhenti beli ikan kat simpang jalan masuk ke kedai MKS tu. Lebih kurang 400m nak sampai kedai MKS, kereta mati dengan tiba-tiba. Tekan minyak tak jalan. Cepat-cepat saya hala stereng ke tepi jalan.

Lepas cubaan beberapa kali untuk start kereta tak berjaya, saya call MKS. Nasib baik dekat je dengan kedai MKS. Dan nasib baik sangat-sangat kereta tu tak mati kat jalan besar..alhamdulillah.

Kereta rosak..tak boleh balik lah kitaorang. MKS call kawan dia..semua bizi. Hai masa ni baru kenal siapa yang boleh tolong kawan masa susah kan. Nasib baiklah Cik Na [anak pengasuh waiz & una] boleh tolong amik kitaorang ni.

Sampai sekarang, kereta kancil tu masih di bengkel. Ada wayar tercabut..lebih kurang lah. Saya memang lembab bab-bab kereta ni. Pam tayar tak reti..isi minyak pon MKS yang buat. Kalau terpaksa..baru saya isi sendiri. Tu pon suruh orang kerja pump station tu yang buatkan.
Hemmm...duit lagi. Punah harapan nak pakai hp android yer.

9 comments:

TiranaAduka said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam mamawaiz
Dh sampai wakttunya kereta tu..sabo je la.insya-allah tercapai nanti hajat sis tu.

TiranaAduka said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tirana aduka doakan smoga sis dpt beli android bonus nanti.hehehe..5x

NM02 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sabar la noks... dia tau sbb tuan keto nak dapat bonus tu. hehehe

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

huhuh sabar ye dik
sama jee ngan kancil akk
nie duk pkai keter satu layie
yg kancil tuu x tahu bila leh betulkan huhuh

N i e Z a said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

nak suh beli kete baru tu..hehehe..sabar yer..

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hmm... kenapalah kete suka sangat nak rosak hehujung tahun ni kan...

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sabar la ye nok..pakai keta mmg gitulah...kejap2 mintak duit....huhu...

aku pulak baru lepas terbang rm400 ganti dua2 tayar belakang...pijak paku...huwaaaaaaa...

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

pernah dapat panggilan telefon dari wife keretanya tersadai di Federal Highway...waktu malam lak tuh...memang dia dah menangis ketakutan time tuh...

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sabar jer la..pakai kereta macam tu la..maintenance sokmo
hp android tu tak kemana...nanti ada la rezeki tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal