Monday, December 24, 2012

Hadiah Dari Sekolah

Baru-baru ni masa saya amik waiz dari taskanya..cikgu dia ada hulur beg, fail hasil kerja waiz dan bungkusan macam goodies bag[ada belon, muffin, coklat, gula2]. Sekolahnya yang bagi. Mungkin hadiah akhir tahun. Entah dapat nombor berapa lah budak tu. Tak ada pulak report card-nya..kihkih.

Beg Ben 10.

Alah...saya baru je belikan beg baru untuk waiz baru-baru ni. Sempena besday dia. Sayangnya...hihi.

"Waiz, beg tu bagi una ye"

"tak oleh.."

Amboi...tu yang dipeluk-peluk beg tu. Takut saya bagi kat una. Una tengok je dari belakang...see
Asyik tak jadi je peace waiz tu..jadi pistol sokmo!

Budak ni memang berkira sikit dengan barang-barang dia. Kalau mainan dia tu..una nak pinjam pon tak boleh! Ikut sapa entah!

Tapi kalau mood dia baik...dia bagi lah pinjam. Tu pon yang kereta dah tercabut tayar, atau robot yang dah patah tangan. Yang elok-elok..sorriii.

Very sebijik perangai tuttttt...hahaha.

4 comments:

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hahaha budak-budak mcm tu lah..mcm anak AK jugalah mainan byk dkt rumah bukan main sangat pun..tp kalau sepupu dia datang confirm sibuk berebut naik main jg tu

Rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hahahahaha budak2 memang gitu sis...
dah besar skit ok lah tu....
takpe sis, beg tu leh buat tukar2 nanti....

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

waiz..peace no war okeh..jgn tembak cik yaya...
Hihi
Sama la pulak perangai waiz dgn wafiq....penyayang tak bertempat

kurus said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ahahah comel waiz ..
handsome ..
x per dikkk .. biarkan aje dia ..

alor2 comel una tuuu
pandang2 aje ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal