Monday, December 17, 2012

Kawan-kawan Waiz

Gambar-gambar ni cikgu waiz yang amik kan time besday dia baru-baru ni. Semua saya dah upload kat facebook Khairul Waiz. Tapi kat sini pon kena lah tayang jugak kan...buat modal maknya bercerita..hiks.

Pernah cerita dulu, yang waiz ni duduk kat Taska Permata. Ini lah sebahagian keadaan taska waiz. Saya suka taska ni..sebab tempat bermainnya kat tempat berbumbung. So memang tak kena panas & tak pijak tanah lah. Selamat..tak hitam anak saya, hehe.

Baru-baru ni saya berdebat dengan ED saya, kebetulan dia pon hantar anak dia kat Taska Permata. Tapi area Permint Jaya yang kebetulan, saya nak hantar waiz kat situ jugak masa mula-mula dulu..tapi penuh. 

Kat permint jaya tu, tempat mainnya kat kawasan tanah lapang..kat luar. Memang kena panas dan main tanah/pasir. So bersyukur sangat hantar waiz kat Desa Chendering ni sebab tempat mainnya teduh. Tak payah risau anak kena hujan or panas. Tapi bos saya tegur..suruh anak saya kena matahari & main pasir. Budak-budak kena bagi bebas bermain..tak boleh terkurung macam tu. Mula-mula tu saya menjawab jugak..tapi last-last saya senyum je. Malas nak berdebat dengan bos..lagi pon dia banyak pengalaman..hehe.

Senyap dan senyum tu bukan bermaksud saya kalah! Masing-masing ada cara nak jaga anak kan..setiap ibu bapa tau apa yang terbaik. Tapi saya dengar jugak pendapat dia..mana yang saya boleh ikut, saya ikut. Macam dia suruh saya potong rambut waiz..okey, saya potong. Budak laki tak elok rambut panjang katanya. Tengok rambut waiz..dah pendek. Dengan saya sekali potong rambut bossss..

Melalut dah..jom layan gambar waiz..
Banyak kemudahan permainan kat taska Permata ni..under goverment kan. Kalau tak cukup, boleh report kat Rosmah..hehe
Adoi..awak tu kecik, bawak awek comei dan gebus pulak! Larat ke nak ooii. Saya perasan..awek awan nano ni selalu sambut waiz kat depan pintu..hehe. Pastu selalu senyum-senyum dan dekat dengan saya..amik ati bakal mak mertua kot.
Kaki pendek..ada hati nak bawak awek jalan-jalan..haha.
Peace aje budak ni..tapi tak betul, jadi pistol dah!
Baju belang kat belakang tu anak encik nahar & Kak ros..kerja ofis besar saya.
Asif anak en.nahar pulak tolak waiz..iyah iyah. Boleh tahan berat jugak waiz tu..12kg! 
Bukan main syok lagi depa bermain..
Nak pergi mana tu..

Okey, sekian report dari mak Khairul Waiz. 

cc : Datin Rosmah

10 comments:

NM03 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

comei weh basikal waiz naik tu... hehehe

N i e Z a said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

anak saya pon antar taska permata..tp area shah alam...mainan mmg byk..alatan ape sume lengkap...

ye la kan..klu tak cukup..report je kat rosmah kan..hikhikhik..

SyamimiNazifa said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

comelnya waiz ! ;D

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

setiap ibu bapa x sama cara mendidik anak2
terpulang pada masing2

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ibu bapa ada cara sendiri nak mendidik anak2 masing2 kan...

mana yg elok kita ikut, kalau tak tu kita dgr je la...

Mia Kassim said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wah siap cc lagi tu....hehehe

Rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tul tu sis...
masing2 dgn cara mereka tersendiri..
semua parents nak yg terbaik untuk anak2 mereka kannnn....

asalkan waiz happy and serasi di sekolahnya, alhamdulillah kan sis..
hehehehe comei jer 'peace' dia :D

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

cc ke datin rosmah tu yg tahan tu... hu hu...

hmm... waiz dah seronok berkawan di taska, bahagia je tengok dia kat situ hu hu...

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

yer la unik lah basikal tuh...tolong tanyakan kat mano nak beli tuh...hehe

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

awek awan nano? haha..tapi cute dan gebus je..
berdebar nie nak hantar wafiq sekolah..budak tu tak pernah berenggang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal