Friday, December 21, 2012

Daku Yang Bersedih

Pasal kereta saya tu lah..eh salah, kereta MKS. Tapi sebab saya yang bawak hari-hari..dah macam kereta angkat saya lah jugak. Walaupon bukan saya yang isi minyak, atau bayar apa-apa maintenance kereta itu...tapi bila cacat sikit, saya pon terasa lah jugak tempiasnya. Ibaratnya..cubit peha kiri, peha kanan terasa.

Problemnya..ni bukan takat peha je terasa, hati..jiwa raga pon dah terasa. Biasalah..saya ni kan cepat sentap. Orang buat sikit..sedih..lari-lari nanges dalam bilik.

MKS ni bab kereta dan barang-barang peribadi dia, memang berhalus [cerewet] sikit. Kalau rosak atau tak cantik di mata dia, memang hari-hari lah saya kena dengar tazkirah dia.

Contohnya, dulu sebelah ofis saya..ada car wash. Pernahlah suruh abang car wash tu basuh kereta MKS. Niat saya baik..nak bersihkan kereta dia. Tapi bila balik rumah, saya pulak kena bebel sebab orang car wash tu tak susun karpet kereta dia elok-elok. Tak cukup sekeping pulak tu! Dah tu sape suruh pasang karpet kereta berlapis-lapis. Mane lah orang tu ingat cara susun karpet macam dia buat..logik tak? Sejak hari tu..sorilah kalau saya nak hantar basuh kereta dia. Biar kotor cam tu..serik.

Sama lah macam kejadian yang terjadi kereta dia baru-baru ni. Ada saya post kat entry semalam..gi tengok dulu. Walaupon bukan salah saya kereta tu jadi macam tu..tapi terasa jugaklah sebab kejadiannya berlaku kat ofis saya. Orang lain yang langgar..tak sengaja. [ ada ke orang sengaja nak langgar?]

Mula-mula tu saya relax je..cool. Tapi bila isu kecik jadi besar..saya pulak yang jadi mangsa. Macam saya yang bersalah. Sedih lah kan. 2 hari jugak saya meratap nasib saya ni..huhuh.

Nak mengadu kat "bff"..tak ada. Tak de tempat nak menganjing, bergosip, mengadu domba.  Dan saya ni tak reti nak mengadu kat orang sana sini. Mak dah tak ada, abah dan adik beradik pulak jauh. Makin hati sendiri lah. Sebab kecik macam tu..saya laki bini pulak yang bergaduh! Sedih lah. Duduk rumah sedih..kena tahan telinga. Duduk ofis pon sama! 

Tak pelah..saya senyap je. Mula-mula tu rasa nak marah jugak..tapi api jangan di balas dengan api. Nanti makin merebak pulak. Saya senyap...senyap..senyap..lastly menangis sendiri. Sokey lah..memang lama tak bergaduh pon kan. Phuiii lah sangat.

Sekarang boleh lah senyum..tapi hati saya masih berparut dek luka kerana kes kereta tu. Bukan lah saya nak berdendam. Tapi ini lah yang saya takut..kalau saya marah dalam diam. Nak marah kat sapa pon tak tau! Hai...stress? Ya..memang stress. 

Saya dengan MKS pon okey dah. Tak ada lah gaduh lama-lama. Cuma saya rasa bodoh pulak..sebab nak pertahan orang lain, saya sanggup bermasam muka dengan MKS. Dan orang yang saya pertahankan...emm. Ada ke dia kisah dengan diri saya ni?

Nasib baik lah ada korang..tempat saya luahkan perasaan. Terima kasih sudi baca.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal