Monday, May 28, 2012

PETA

Hari tu Kak Yaya ada  tanya peta nak ke rumah aku. Nak tengok baby..hehe. Syoknya, baby tak kuar pon lagi. Best sangat duduk dalam perut mama ni.

Seronok rasanya kalau dapat berjumpa dengan blogger2 ni..selama ni sembang kat alam maya jer kan. So aku memang mengalu-alukan pada sesiapa yang nak datang melawat aku & baby nanti. Aku pon bukannya ramai kawan kat Terengganu ni. 4 orang budak pejabat ni lah kawan2 aku. Kawan2 masa belajar UiTM dulu..semua duduk KL.

Setakat ni, blogger yang duduk KT yang pernah aku jumpa ialah Ma Matahati. Tu pon sempat sembang kejap jer. Kebetulan aku nak kuar lunch time tu. Pastu Kak PR pernahlah terserempak kat Restoren Meka, tapi aku tak tegur pon masa tu. Takut salah orang..hehe.

Pada orang2 KT..tau kot jalan nak ke Kuala Berang tu. Rumah aku kat Kubang Tangga [Wakaf Mempelam]. Lepas traffic light Wakaf Beruas..terus lagi. Sampai jumpa traffic light Kubang Tangga..masuk kanan. Jumpa Pasaraya Nirwana..terus..sampai SMK Sri Nilam. Lepas tu akan lalui jambatan. Masuk lorong kedua sebelah kiri [lepas jambatan]..okey.

Kat lorong masuk rumah aku tu ada signboard Surau Kubang Tangga. Terus jer.. kalau jumpa Tadika Kemas dengan mural Spongebob, betul dah lorong korang masuk tu. Terus jer...rumah aku belah kanan. Dalam pagar kaler biru..ada dua buah rumah kat dalam pagar tu. Satu rumah rendah [rumah kakak MKS], rumah aku..rumah tinggi. Rumah papan jer tau. Kalau korang tengok ada kereta kancil kaler merah & kereta Dimax [4 wheel drive] kaler hitam tu..betul lah tu.

Rumah aku tu memang tertutup sokmo..so tekanlah loceng kat pagar. Tak dengar kalau orang bagi salam. Rasanya senang jer, tapi kalau tak jumpa..hello2 jelah yer. Kak Yaya..nanti wida bagi no.telefon okey.


Sincerely...

8 comments:

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

boleh bayang jalan setakat SMK Sri Nilam je..hehe
tp xpe..dah siap draw peta dah nie..
Insya Allah sampai...
Tq ye Wida

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Nanti blh la bwk twin g tengok baby. Cik Aisyah suka tu....

kurus said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hurmm bila boleh jumpe wida erkk ;)

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bestnyaaa nak jumpa wida n baby gakkk...

deq noor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

lama xpergi terengganu...

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

papa mifz pernah jumpa seorang jer blogger lain...huhu

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Akak nak ke Terengganu hujung minggu ni, tp tak sampai KB rasanya Wida, pergi Kerteh dgn KT je,..

Teringat dulu akak badge pertama MRSM Kuala Berang tau, dekat tak dgn rumah Wida tu, lama tak kesana...huhu

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Ma ingatkan wida tinggal di Panji Alam.. Dah bayang dah, mudahnya nak gi tengok wida bersalin nanti... Tapi rupanya di Kubang Tangga...
Apa pun ma dah salin peta rumah Wida ni, insya Allah kita jumpa...
Ma ada di KL ni tunggu SD, tah bila masanya.. mudah2an cepat2lah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal